Khamis, 19 April 2012

Pesanan pengerusi majlis ulama sedunia tentang “bercinta”


Prof Dr.Syeikh Yusuf AL-Qaradawi , mufti global berkata:

1.     Saya ingin tegaskan bahawa saya tidak memuji apatah lagi mengiktiraf apa-apa yang dikatakan oleh sebahagian orang tentang pentingnya bercinta sebelum menikah kerana cara seperti ini dikhuatiri berbahaya dan syubhah.
2.    Ramai orang yang memulai cinta dengan cara yang tidak benar dan tidak adil ,seperti berpacaran melalui telefon dengan perbualan yang tidak jelas dan dilakukan ketika waktu kosong atau bosan.
3.    Sebahagian remaja wanita mahupun lelaki berpacaran melalui internet  atau telefon tanpa diketahui oleh ahli keluarga. Mereka juga tidak memikirkan akibat disebalik tindakan mereka itu.
4.    Disebabkan perasaan ingin tahu dan mencuba yang mendalam, remaja biasanya sekadar ingin mencuba, namun kemudian menjadi ketagih pula. Pada awalnya bergurau tetapi akhirnya menjadi serius.
5.    Amat jarang ditemui mereka yang ‘bercinta’ sebelum menikah tidak terlibat dalam tegahan agama sama ada perbuatan ,percakapan atau nawaitu. Apatah lagi apabila dilakukan secara bersunyian , didalangi perasaan dan hawa nafsu, ditambah dengan godaan syaitan.
6.    Dalam keadaan seperti ini ,remaja terjerumus dalamlembah maksiat ,sebab kedua-duanya  bukanlah malaikat dan para nabi yang maksum.
7.    Kadang-kadang bercinta antara dua orang yang tidak serasi dari segi status sosisal ataupun pendidikannya. Kesannya, kedua-duanya dipisahkan oleh dinding pemisah dan tentangan yang menghalang mereka mengakhiri hubungan mereka dengan pernikahan. Keadaan ini boleh menyebabkan jiwa tertekan
8.    Cara terbaik untuk menikah ialah cara yang dilakukan oleh masyarakat Islam Arab  sebelum Barat memerangi kita, iaitu dengan memilih kita , iaitu memilih calon pasangan hidupnya dengan tenang setelah merisik peribadi calon masing-masing.
9.    Perkara yang sesuai dirisik ialah :
1.     Menilai keserasian antara kedua-duanya.
2.    Menilai kemampuan pasangan dari segi psikologi,kematangan akal ,ekonomi dan status sosial.
3.    Tidak ada penghalang yang akan menghambat pernikahan sama ada pihak keluarga ,adat tradisi masyarakat ,undang-undang negara atau pelbagai halangan lain.
10. Jika sudah merisik,seseorang pemuda hendaklah dengan berani(gentleman) oergi ke rumah calonnya untuk menemui keluarganya. Si pemuda berhak melihat calonnya walaupun dalam keadaan gadis itu tidak mengetahui bahawa pemuda itumenaruh minat kepadanya. Ini supaya si gadis tidak terluka jika pemuda tersebut tidak tertarik kepadanya.
11.  Apabila ‘kapak sudah menancap dikepala’(cinta berputik), keluarga hendaklah menilai calon pilihan si anak dengan bijaksana dan penuh hikmah. Janganlah pula menolak lamaran tanpa sebab yang munasabah. Keluarga hendaklah mengamati dengan saksama sebagaimana dianjurkan oleh hadis nabi , maksudnya “ tiada yang lebih patut kepada dua orang yang saling mencintai  kecuali pernikahan.” (Riwayat Ibnu Majah dan al Hakim). Dengan kata lain, nikah ialah cara yang paling tepat untuk meraikan fitrah cinta yang indah ini.
12.  Yang menjadi kayu ukur dalam menilai calon suami atau isteri ialah agama dan akhlaknya. Hanya inilah sumber dan faktor kebahagiaan  yang boleh diraih dalam kehidupan berumah tangga.
(Fatwa Mu’asirah,jilid 2 ,halaman 348-349)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan