Isnin, 30 April 2012

ALLAH AJARKAN AKU TENTANG HIDUP

Bismillahirahmanirahim.
With the name of Allah . Allahumma solli a’la muhammad. Tiada tuhan yang kusembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad saw itu pesuruh Allah..
.
Today entry is something about myself and it just one way I motivate myself and remind me to learn about my past.

I may lied people with my fake  akhlak, with  my  fake  attitude, with the way i clothes but I never can lie Allah swt.
Allah always see what i’m doing. Allah know what i’m hiding from other people.

Duduk mengenang setiap perkara yang telah terjadi , buat aku belajar sesuatu. Iaitu aku harus

 JADI DIRI SENDIRI!! 

Kalau dulu aku rasa , aku sentiasa keseorangan, aku takde kawan yang boleh tarbiah aku, suasana sekeliling aku bukanlah dalam kalangan yang tergolong mereka-mereka yang bersifat agamawan, aku tak pernah duduk dalam bulatan gembira, aku takde kawan yang sama-sama aku boleh ajak pakai tudung labuh, aku takde  kawan yang boleh sembang-sembang pasal agama, aku takde kawan yang aku boleh ajak pergi masjid sama-sama dengar ceramah duduk sebelah aku , kalau pergi mana-mana masjid , aku Cuma keseorangan. Aku mengaku sifat aku ialah aku seorang yang pemarah, aku mengaku aku manusia yang pengecut tak berani dalam bersuara, aku mengaku aku malas dalam berusaha, aku mengaku aku bukan hamba yang baik ,aku mengaku kadang-kadang aku bersifat berpura-pura... nauzubillah... aku belum cukup baik...belum cukup baik...

But , today i learn something from my past. Allah bagi aku kawan-kawan yang sentiasa caring dengan aku, kawan-kawan yang sentiasa menyokong tatkala aku jatuh, kawan-kawan yang sentiasa menghiburkan aku dengan pelbagai gelagat dan dari kwan-kawan inilah aku belajar ibrah kehidupan . mungkin Allah tak beri kawan yang aku inginkan tapi Allah beri kawan-kawan yang aku perlukan. Kawan-kawan yang menyedarkan aku hakikat bahawa berteman itu antara salah satu anugerah Allah. Allah bagi aku seorang Amira yang selama 5 tahun bertahan dengan sifat-sifat   aku yang tak dijangka, Allah bg aku seorang Fatin untuk aku belajar erti sabar, Allah beri aku seorang Rafidah untuk mengajar aku erti sakit itu antara salah satu cara aku mengingati Allah,Allah beri aku seorang Afiqah yang mengajar aku jangn cepat berputus asa, Allah bagi aku seorang Najihah agar aku belajar erti ceria, Allah bagi aku dua  kawan lelaki iaitu Khalaf dan Syazwan bahawa lelaki itu antara pembantu seorang  wanita dan tanpa lelaki, wanita itu bukan sesiapa ...Allah beri aku Allah beri aku kawan-kawan yang aku perlukan. Mungkin apabila dilihat dari pandangan kasar mereka ini serta aku dalamhidup mereka umpama tiada peranan apa-apa tapi dalam hidup aku, aku belajar, mereka-meraka yang hadir ini adalah salah satu bentuk  pengajaran untuk aku ambil buat bekalan hidup yang seterusnya.


INI BUKAN MASA UNTUK AKU MENULIS SESUATU YANG MENGUNDANG LAGHA ATAU SESUATU YANG MEMBUANG MASA. INI BUKAN MASA UNTUK AKU MENULIS SEBUAH KISAH KEPURA-PURAAN KERANA AKU HIDUP DI ALAM REALITI BUKAN FANTASI!!

Aku juga pernah berkata aku perlukan kasih sayang dari seseorang yg berlainan gender. Aku juga membayang rasa bahagia yang akan dikecapi, aku juga pernah jatuh hati, aku juga sering lakukan perkara-perkara yang lagha , aku juga sentiasa khilaf dalam melakukan keputusan. Ah, banyak keburukan yang aku lakukan...

TAPI...

Disebalik semua itu, aku belajar lagi.. Allah ajar lagi aku tentang hidup ini bukan hanya untuk bahagia yang smentara ..bukan bahagia anganan indah yang akhirnya akan roboh kerana hambatan nafsu ,bukan kerana kita suka maka kita akan buat perkara-perkara yang tak patut tapi kalau kita suka ,kalau kita CINTA maka biarlah CINTA ITU MEMBINA PERIBADI MULIA. Allah loves me!! Ya, I know.... the way Allah loves me, Allah always make me learn and realised my mistakes ... Allah jadikan aku antara hambaNya yang positif walau dalam diri aku masih tersemat sifat amarah. Allah itu maha penyayang. Aku sentiasa lupakan Dia tapi Dia tak pernah sekali pun lupakan aku. Aku bukan hambaNya warak jauh lagi seorang hamba yang abid. Aku memandang diri sendiri tanpa apa-apa kelebihan. Masih dibawah tapi dihadapan hambaNya yang lain, ada yang memandang aku sebagai manusia yang ada kelebiha-kelebihan yang lain. Maka, aku tanyakan diri ini sekali lagi, mana datang kelebihan ini kalau bukan dari Allah. Allah bagi aku terlalu banyak dalam hidup..

Aku inginkan seseorang yang mengajak aku masuk ISLAM...menjadi sebenar-benar Islam.. adakah ingin masuk ISLAM itu dengan menanti? Lagi sekali, aku lakukan kesilapan. Hidayah Allah sentiasa menyapa , sama ada aku yang ingin menggenggamnya atau aku biarkan ia berlalu. Tatkala tangan pantas menaip kata-kata, ibarat satu perasaan sedih menerpa , sedih kerana aku belum cukup baik dalam melaksanakn amal-amal yang lain. Dan sesungguhnya aku amat tahu, aku dipertanggungjawabkan dengan apa yang aku tulis.. tulisan yang melambangkan siapa aku yang sebenarnya...

Buat apa ingin berpura-pura sedangkan menjadi diri sendiri itu lebih baik dan lebih mendamaikan. Aku harap aku tak pernah kesal dengan apa yang aku lakukan. Aku harap aku akan istiqamah untuk sentiasa  untuk bersangka baik dengan Allah.

Nikmat kasih sayang Allah bagi dekat dunia inipun buat aku rasa bahagia, dengar gelak ketawa mereka-mereka, kata-kata semangat dari mereka-mereka itu, ...bagaimana pula dengan syurga disana nanti?
Adakah aku antara yang mendapat  tempat disana?

Semua manusia termasuk aku dambakan syurga Allah, namun mengapa masih tidak bergerak?

Solat masih tidak cukup 5 waktu,  perintah Allah tidak dipatuhi, larangan Allah tidak dijauhi...

Tunduk termangu seketika, air mata keluar lagi, sebak menghambat setiap sanubari...

ISLAM MENGAJAR AKU UNTUK HIDUP DALAM KESEDERHANAAN.

Namun BERSUNGGUH-SUNGGUH dalam melaksanakan  kewajipan didunia.

Semoga Allah terus kurniakan mereka-mereka yang mampu memimpin aku.

Mereka-mereka yang sama-sama menjalinkan ukhwah atas namaNya.

Dan aku akan terus BELAJAR DARI SEMUA KETENTUAN ALLAH. DAN SETIAP PELAJARAN ITU MEMATANGKAN AKU UNTUK TERUS MENJADI HAMBA-HAMBA YANG BERTAMBAH KEPERCAYAAN BAHAWA ALLAH ITU SEBAIK PELINDUNG,PENEMAN, PENGHILANG DUKA, DAN PEMBERI CINTA.




husnuzon is the best treatment for me

Sambungan entry the way I overcome my stress. Kali ini tajuk husnuzon is the best treatment for me.

Nak buat mcm mana la agaknya. Masuk form 6 8/5 ,test JPJ dekat subang 10/5. Agaknya macam mana aku nak buat yer?

So, my mom suggest me, petang 8/5 aku balik kl  sebab 9/5 ada driving class dan 10/5 test jpj. Moga Allah beri keizinan untuk meluluskan aku. Amin.

Tapi yang tak bestnye, aku kena ponteng, apa tidaknya, baru daftar esok dan lusa kena ponteng. Tapi aku akan cuba tabahkan hati.walau aku tahu aku akan banyak ketinggalan dalam masa 2 hari itu ditambahkan STMAA dah ada pengetua baru!!  Nak buat mcm mana, lama sangat baru nak test jpj. Belum lagi dgr mak aku bising sebab aku ambil driving class dekat KL bukan dekat PERAK. Apa pun sekali lagi tabahkan hati.

Jadinya sebab lesen L kereta dah mati , hari ini aku pergi pejabat pos dekat jalan gurney sebelah pejabat akak aku, Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia(JUPEM) . Sambil duduk-duduk dekat situ aku menyembang dengan seorang makcik dan seorang baby comel berumur setahun lebih . Nama baby tu  Nurul Huda Batrisya. Makcik tu penjaga baby tu sebab mak baby tu kerja cikgu dekat sekolah area Keramat. Kisah sedih bermula bila  baby huda waktu 7 bulan kandungan ibunya , ayah dia meninggal dunia. Baby huda memang comel. Sukenye maksu ni, bulu mata lentik gitu..huhuhu..cantik sangat-sangat, semoga baby huda jadi muslimah solehah bila besar kelak ..amin... baru 7 bulan dalam kandungan dah hilang ayah.. apa la sangat dengan aku ni, sekurang-kurangnya selama 16 tahun aku hidup dengan adanya abah disisi. Semoga Allah tempatkan abah dalam kalangan hamba-hamba yang soleh.   Makcik tu cerita, bila baby huda nampak baby lain dgn ayah mereka mesti baby huda kan pandang lama-lama. Baby huda mesti rindu dan nakkan ayah. Mode sedih aku pun kunjung tiba waktu tu. Baby huda ada abg, abg dia kalau ditanya mana ayah, abg dia ckp, ayah naik ambulans.  Dah ajal seseorang nak buat mcm mana, go on with our life and do the best fot our next destination ...AKHIRAT.

Turn aku nak pergi Renew lesen...renew lesen kereta RM32.00...mak aih...mahalnya...buat muke hampeh sikit aku ni... kalau L motor memang la RM 4.00.   huhuuuu..duit lagi...haish..ni  yang maksu tak berkenan kalau bab2 duit..huhu...  sebelum balik rumah kena fotostat ic dan kena hantar dekat Metro Driving. Harapnya en.nazri ambil salinan ic tu,kalau tak, entah bila dan berapa lama aku nak test jpj...lama maksu tunggu ni ha..
Balik rumah, kena bawak qalesya naik tangga, dah sendi lutut aku sakit ditambahkan semalam sebab tension keluar rumah berjalan jauh, jalan kaki je... penat tak hilang lagi.  BerFB sebentar sementara tggu nabil, berkomen2 dengan Ain Mior dan Firdaus...lps tu offline... sebenarnya aku nak check interview maktab... pkul 2 baru bukak server dia... so, after dah siapkan nabil pergi sekolah, maksu pun ajak qalesya and qaisara sleeping...dengan maksu sekali tidur sampai pukul 2 lebih... bangun solat kejap,lepas tu bukak notebook balik... masak belum lg, huhuhu..nabil makan pun makan kuetiau ibu buat yang masih banyak dekat kuali... bawa bekal lauk maksu masak semalam... masih sedap lagi yer..

“MAAF ANDA TIDAK TERPILIH UNTUK TEMUDUGA MAKTAB”

Hurm....... takde la kecewa sangat..okey sikit tapi MAK!! My mom want me become a teacher.. takpe la takde rezeki... diorang nak student 8A je... kalau aku guna result PMR boleh tak? PMR aku 8A.. SPM aku just  1A+,3A.1A-,1B.2C.1D.1E..semuanya aku rembat,,:P  tak boleh ke guna result PMR? (kenapa aku tanya soalan bodoh?)
Oh, lupa, waktu tgh tidur dgn babies , mak ada call, mak kata jangan kecewa-kecewa sangat... alhamdulillah, my ummi always besides me.. my ummi is the best mom in the world...i love Puan Jamaliah Asri so much...:)  then  she should know, i am type people who like husnuzon!!

Akak balik dari kerja pun , aku terus cakap..”Adik tak dapat interview la kak”...buat muka sedih sikit... akak aku cakap “ mungkin rezeki dekat tempat lain”.

So. Kini, aku amat-amat berlapang dada walau timbul sedikit perasaan cemburu(sewajarnya dan harus untuk cemburu tapi belum kategori wajib) .. rezeki kita Allah yg tentukan, Allah itu sebaik-baik pemberi nikmat...

Kerana esok aku akan pergi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL 12) maka , esok aku akan enjoy sepuas-puasnya jalan-jalan dalam syurga buku.. senyum sambil tunjuk tanda aman!!

Aku tidak mampu menjadi seperti khalifah Umar Al Khatab kerana aku bukan dia, walaupun Umar seorang yang pemarah namun bila Umar masuk Islam , dia jdi seorang yg tegas...aku Cuma mohon secebis ketegasan Umar, kelembutan mengikuti sunnah2 Rasul  yang aku rindukan itu...Muhammad saw .. aku memohon semangat dan keazaman namun bukan untuk menjadi mereka... aku inginkan secebis semangat Ummu Sulaim yang redha dgn kematian anaknya, lalu...hanya semangat..bukan menjadi mereka... kerana aku hanya seorang Hidayah....

Hanya ingin jadi manusia yang sentiasa percaya Islam itu sentiasa membantu aku... InsyaAllah...

“Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberikannya rezeki  dari arah yang tidak disangka-sangkanya . dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu”
(At Thalaq :ayat 2-3)

Ahad, 29 April 2012

the way I overcome my STRESS

Hari ini memang tak dijangka-jangka. Semua ni start bila En.Nazri call aku untuk bagitau test JPJ 10 haribulan.

 WHAT?

Aku nak daftar masuk form6 8 haribulan. Mahu tak menangis aku. Dah la Kl dengan perak 4 jam baru nak sampai. KECEWA!! Dengan tak semena-mena aku pandang surat tawaran tingkatan6.
Mak dan kakak aku bising dengan aku. Everybody pointing over me!!

Argh.. what the......
Aku rasa amat serabut dan aku rasa sangat sedih sebab apa yang di rancang tak menjadi. Dengan anak-anak kakak aku yang dah mula buat bising dalam rumah lagi la aku tertekan.. waktu dah nak dekat azan asar. Aku tukar baju  . isi beg dengan telekung ,tafsir quran dan sebuah buku karangan Imam Ghazali kepunyaan atin(aku bukan nak lari rumah...HARAP MAKLUM!!). Then, aku keluar rumah , sebab aku dah tak tahan . aku terus jalan kaki keluar dari Desa Tun Hussein Onn, aku lalu depan guard askar dengan selambenye.. terus aku menuju Masjid Muadz Bin Jabbal. Dan aku masuk je, ambil wudhuk..aku solat asar berjemaah... perjalanan dari kuarters ke depan masjid dengan berjalan kaki memang buat aku penat.. tapi aku go on juga...anggap satu exercise yang boleh hilangkan resah aku ,...

Siap2 solat asar, baca surah yassin sikit then aku keluar masjid... dah la aku sentiasa pergi mana 
 keseorangan!! .

Waktu nak keluar dari pintu pagar, atas tu ada papan tanda tertulis...”JALAN BERJEMAAH LEBIH BAIK DAN SELAMAT BERBANDING JALAN KESEORANGAN”... aku dah tersenyum..macam perli aku pula..haha.

Nak pergi mana pun aku tak tau, so,aku round-round la dekat depan-depan tu tgk kedai-kedai yang menjual pelbagai jenis barang!!! METRO DRIVING dekat situ je... tapi aku malas nak masuk...yang penting aku kena RENEW aku punya lesen L...24 haribulan 4 dah MATI!!!!  GERAM LAGI NI!! Aku masuk kedai buku, rasa macam nak beli buku, tapi MASYAALLAH, panas  la pula dalam kedai ni!! Aku terfikir 1/5 ni nak pergi PWTC dengan Angah. Tak jadi nak beli.. aku pergi kedai QQ yang jual aksesori...ada patung..macam2 la... aku usha semua benda..yang menarik hati aku ni sbentuk cincin..aku asyik usha sampai aku jemu n puas..haha..tak payah beli walaupun rasa macam nak beli..mentang2 dah gaji...sapa jd laki aku senang je,,bawak aku window shopping..aku hanya beli barang yang betul2 berguna utk aku.
Lepas tu, aku pergi kedai kasut...KASUT!!! aku perlukan kasut sarung untuk interview atau masuk tingkatan 6...haha..gelak sikit...so, macam2 kasut aku tengok...jenama BETTY BLUE..kalau ada banyak duit aku nak cuba pakai STILETTO..pergh...warna MERAH  KUAT...haha...duk mengarut lagi aku nih!! Cari punya cari dapat la sepasang kasut... RM39.90... NAK DEKAT RM 40.00.. aku mana pernah beli kasut mahal2..selalunya kasut aku beli kat pasar malm RM10.00.. takpun bawah RM20.OO ke bawah. Aaa...kalaau kasut sekolah dulu aku tak berapa nak ingat..hehe....berapa harga pun ,mak aku yang bayar..sekarang ni guna duit sendiri!!! Agaknya kalau aku dah kerja , ada duit banyak, tak tau la, kasut apa lg and berapa mahal aku beli... MEMBAZIR!!! 






Sebenarnya,aku ni mula-mula je resah macam orang tak betul, lepas tu aku dah chill mcm sekarang...sebab aku tahu, semua ni pasti akan berlalu. Penat sangat berjalan kaki, naik bukit turun bukit...Desa Tun Hussein Onn ni berbukit-bukit...mahu tak penatnye...tapi mood aku dah okey la... sebelum aku keluar rumah,aku call abg aku, ecece, mengadu kat dia sebab makpergi mesyuarat...

Pasti ada jalan utk stiap masalah. Ujian diberi utk kita muhasabah atau tuhan memang nak  uji aku. Malam ni je,mak aku call, dia kata tu la, ambil lesen takde pun nak bincang dgn mak... haish... aku kena lagi... nak buat mcm mana, takkan aku nak salahkan org...SEMUANYA SALAH AKU!!! PUAS!!

Tapi stiap apa yang terjadi nak suruh aku belajar dari kesilapan...diam itu lebih baik..aku luahkan dekat blog supaya aku akan ingatkan diri aku...LEARN FROM MISTAKE...SHARE YOUR PROBLEMS WITH OTHERS...DON’T MAKE DECISION BY YOUR OWN....BLABLABLABLA..ONE MORE, ALWAYS ALERT,  BERSEDIA SEPANJANG MASA,.....AND CHILL ALWAYS!!!

CHILL D ..U MAY DO IT D.
Go   D... hidayah@ D.... easy rite when just call me D...haha

Bila aku lihat dan renung kembali, aku jenis bila dah down, aku akan jd ok balik dengan izin Allah....and juST  LEARN FROM MISTAKE!!!

Aku sebenarnya seorang yang tinggi motivasi(PERASAN LEBIH)

I just accept my fate, and do much better improvement after this...with the name of Allah..I hope Allah always make me a positive woman...and always remember Allah and the prophet Muhammad(peace be upon him)

Jangan memberatkan segala perkara hingga semua kerja yang lain tak boleh go  on... sebab, Allah setiap masalah ada jalan penyelesaian...

Sabtu, 28 April 2012

Abang, Doakan Rumah Tangga Kita Sampai syurga!!






Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen – ceramah bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu ...solat. Tiba-tiba, si dia bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan. “abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.” Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam?



Huh,lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu lah. Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh pulak tu. Okay,salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa suruh. Okay,salah aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay,salah lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk.



Okay, salah aku lagi, duit syarikat abah habis aku joli kan. Banyaknya salah aku. Jadinya,abah kahwinkan aku dengan Siti Syahirah binti Hj. Amran ni. Bukan itu je, abah hantar aku dengan dia duduk dekat Kepala Batas, Pulau Pinang ni. Itu okay lagi, abah ambil kereta sport aku – dan aku kena guna kereta isteri aku ni. Abah suruh aku uruskan syarikat dia dekat ceruk ni. Nak enjoy pun tak boleh, sebab ini Pulau Pinang bukan Kuala Lumpur. Enjoylah aku dengan laptop ni. Baru sehari duduk rumah ni, aku dah nak gila. Belum seminggu lagi. Kalau sebulan? Huh.



“abang dengar tak?”. Macam cakap dengan laptop tu je. “hm,saya sembahyang dekat surau.” Ek, macam mana ayat tu keluar. Huh,surau pun aku tak tahu dekat mana. Nak lari dari jadi imam sebenarnya. “saya ikut. Jap saya siap.” Si isteri telah pun hilang di pandangan mata. Aiman tersentak. Aduh,dia nak ikut pulak. Laptop di matikan. Dia duduk di sofa sementara menanti si isteri bersiap. Fikiran ligat memikir dekat mana surau.? “abang, dah siap.” Aiman memandang isterinya yang lengkap bertudung labuh saiz 60 dengan t-shirt muslimah dan seluar track-suit. Cantik! “abang..?” Aiman tersedar. “jom.” Kunci kereta di atas meja di capai. “saya bawa kereta awak, tak kisah?” tanya Aiman ragu-ragu. Syahirah senyum. “harta saya harta abang juga.” Aiman hanya mengangguk. Dalam kereta – hanya dengar radio – hot fm refleksi.



Aiman dah tak tentu arah. Syahirah yang dari tadi perhatikan itu macam nak ketawa . Rasanya asyik ulang-ulang je jalan ni. “abang,surau belok kiri tu.” Aiman hanya diam. Malu. Kereta di belokkan pada arah yang diberitahu isterinya. Mereka telah pun tiba di hadapan surau As-Syakirin. Aiman masih tidak mematikan enjin. Syahirah pun tidak keluar lagi dari kereta. Aiman melihat dirinya yang hanya ber-t-shirt dan seluar track-suit. Aduh,mana bawak kopiah ke? Songkok ke? “err,Ira..” Syahirah menoleh. Mana ada orang pernah panggil dia Ira. Pertama kali dengar. “ya?” “okay ke saya pakai macam ni? mana tahu kene halau ke nanti?” Syahirah senyum. “jangan risau yang menilai itu Allah bukan manusia. Kalau niat kita kerana-NYA,insyaAllah. Pakaian abang ni dah okay dah ni.” Aiman terdiam. Tak pernah sebelum ini dia bercakap dengan orang masuk bab-bab agama. “jom.” Ajak Syahirah. “hmm.” Enjin kereta di matikan.



Malam itu Aiman duduk di ruang tamu menonton televisyen. Teringat tadi imam itu bagi ceramah tentang solat. “solat itu tiang agama, kalau tak solat umpama kita meruntuhkan agama.” Teringat diari isterinya yang dia jumpa tadi. Ter-baca. “saya nak suami yang soleh! Ya Allah makbulkan doa hamba.” Aku tak adalah baik sangat. Kenapalah kau kahwin dengan aku. Kesian kau dapat aku jadi suami. Aku jahil agama! aku dah jauh terpesong! Seperti ada suara yang datang dalam fikirannya ‘tapi kau boleh berubah. Allah Maha Pengampun.!’ Televisyen di hadapannya itu di pandang kosong.



Berubah? Teringat juga dia amaran abang iparnya. “aku bagi amaran dekat kau, jangan sesekali berani angkat tangan kau ni dekat adik aku, lagi, jangan pernah kau buat dia menangis.” Aiman hanya mendengar amaran keras Shahir sewaktu mereka berduaan di dalam kereta sebelum ke rumah mertuanya. “..ingat! aku dapat tahu hidup adik aku sengsara, hidup kau jugak sengsara! Jangan kau buat perangai buruk kau tu . aku dapat tahu. Aku terus pergi Kepala Batas tu. Kau faham tak?” Aiman hanya mengangguk. Huh,garang! Syahirah memandang suaminya yang duduk di sofa itu. Dia senyum. Dia ke belakang Aiman dan menutup mata Aiman dengan tangannya. “cuba teka ini siapa?” kata Syahirah dengan suara yang di buat-buat macam suara lelaki. Aiman yang tengah berfikir itu terkejut tiba-tiba pandangannya gelap. Lama. Senyumnya terukir apabila mendengar suara Syahirah. “hmmm, Tom Cruise..” main-main Aiman. “salah! Tom Cruise tak reti cakap melayu!” Aiman ketawa. “hm,Hj. Amran.” Syahirah pula ketawa. “salah! Hj.Amran dekat Johor.” “ha! Tahu..tahu..Syah!” Syahirah kerut dahi. “Syah mana?” “Syahirah.” Aiman menarik tangan isterinya agar duduk di sebelahnya.



Cepat sungguh si Syahirah ni mesra. Ingat kan stok yang pendiam. Terkejut juga tiba-tiba si isteri ini nak beramah mesra tapi saudara-mara dia ada kata yang Syahirah ini jenis yang ceria dan dia pula jenis yang boleh je ‘masuk’. “abang buat apa?” “tak ada apa-apa. Saya nak tanya awaklah..” “tanya apa?” “er..kenapa awak terima lamaran abah untuk kahwin dengan saya?” “sebab Allah.” Aiman diam sebentar. “tak faham.” “saya buat solat istiharah. Minta petunjuk dari-Nya.” Aiman senyap. Rasanya tak ada apa yang hendak di katakan lagi. Sebak tiba-tiba.





Seminggu berlalu…. “Abang,saya tak reti masak” kata Syahirah yang tengah bercekak pinggang di dapur itu. Terkejut juga Aiman.Nak makan apa kalau isterinya ini tak reti masak – hari-hari makan kedai bankruplah. Dah lah abah tak bagi duit banyak. Nak berkata sesuatu tetapi tak terluah sebab teringat ayat dalam diari isterinya. “lelaki bising perempuan tak reti masak! Habis, kalau lelaki tak reti jadi imam itu!” Walaupun ayat itu di tulis dalam diari dan bertarikh sebelum mereka bernikah lagi tetapi amat terkesan dalam hati Aiman. “macam mana ni abang?” kata Syahirah sayu. Aiman menggaru kepala. Tak tahu nak jawab apa. “tak apalah, lepas ni kita sama-sama belajar masak.”



“maaf ya abang..” Aiman senyum. “tak apa.” Aiman keluar dari dapur. Syahirah rasa bersalah. Itulah! Umi selalu suruh masuk dapur belajar masak. Buat malu je. Sedang Syahirah berfikir di bar dapur itu Aiman masuk dengan membawa laptop. “abang nak buat apa bawa laptop ke dapur?” “belajar masak guna internet.” Aiman senyum dan mengangkat kening. Syahirah senyum. “huish masin.” Komen Syahirah. Aiman mengambil gulai di hadapan isterinya itu. “abangkan yang masak ni.” Kata Syahirah lagi. Aiman rasa dan ketawa. “okay lah ni. ha,awak punya sayur campur ni tawar! Tak rasa apa-apa..” komen Aiman pula. “okay apa..” “is okay. Gulai itu banyak garam, sayur awak tak rasa apa-apa. Campur je semua. Gulai sayur.” “boleh ke macam itu?” “boleh je.” “okay..” “dah makan cepat. Nanti tak sempat nak siap pergi surau.” Aiman langsung tak sedar apa yang dia cakap.



Ajak orang pergi surau? Ajak isterinya? Huh,sejak bila jadi geng surau ni. Syahirah senyum. Dah ada perubahanlah abah ! “ustaz.” Panggil Aiman pada insan yang baru selesai mengimami solat Maghrib itu. Ustaz itu menoleh. “ya?” “saya nak…” “nak apa?” Aiman malu untuk berkata. Tapi sedaya upaya dia cuba luahkan. “anak nak apa?” “saya nak belajar agama.” Terluah juga. Ustaz itu senyum. “mari.” Selesai solat Isyak tadi Syahirah terus keluar dari surau. Lama dia menunggu Aiman di kereta.



Senyum terukir apabila melihat Aiman menghampiri bersama seorang lelaki separuh umur. “ustaz kenalkan isteri saya.” Aiman kenalkan Syahirah pada lelaki itu. Syahirah hanya senyum dan mengangguk. “baguslah. Muda-muda kahwin sama-sama pergi surau.” Aiman sentak. Walau apapun senyum paksa di beri. “Alhamdulillah ustaz, Allah beri suami yang soleh macam Aiman ni.” kata-kata Syahirah membuatkan Aiman terdiam. “Alhamdulillah, semoga kalian berbahagia hingga ke syurga.” “terima kasih ustaz.” Aiman bersuara. Ustaz itu menepuk bahu Aiman. “baiklah, saya balik dulu. Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” Jawab Syahirah dan Aiman serentak. Aiman duduk di birai katil dengan mata memandang Syahirah yang tengah mengemas bajunya ke dalam bagasi. “lamanya abang pergi..” Aiman tersedar. “hmm,seminggu je.” Ya,dia kata dengan Syahirah ada urusan kerja sebenarnya dia mahu ke pondok agama untuk belajar agama dengan ustaz yang dia jumpa sewaktu di surau kelmarin.



Rasanya dia perlu berubah. Sampai bila dia nak mengelak untuk menjadi imam dalam keluarganya. Sampai bila dia nak terus jahil. Sampai bila dia nak membiarkan isterinya keseorangan tanpa bimbingan seorang suami. Sampai bila dia nak terus hipoktrik mengikut Syahirah ke surau tetapi tak tahu apa-apa. Sudah tiba waktunya dia berubah.! “seminggu tu lama tauu..” lirih Syahirah. “pejam celik- pejam celik sekejap je tu..” “kalau pejam tak celik- celik?” tersentak Aiman apabila mendengar ucapan isterinya itu. Sudah, rasa berat pula dia nak tinggalkan si Syahirah ni. Aiman memandang Syahirah. “apa awak cakap ni..” lembut dan ada nada risau di situ. Syahirah ketawa halus. “gurau je lah. Abang ni cepat betul sentap.” Aiman diam. “tak yah lah kemas beriya-iya. Nanti yang lain saya kemas.” Isterinya tarik muncung. “tak mau lah, nanti kurang pahala.”



Sudah dua hari Aiman di pondok agama itu. Memang air matanya di situ asyik mengalir sahaja. Teringat dosa lampau yang pernah di buat. Ya Allah… banyaknya dosa hamba. Selesai solat berjemaah dengan rakan-rakan di pondok, dia menelefon isterinya. Salam berbalas. “awak sihat?” Aiman duduk di tangga surau papan itu. Syahirah bersuara riang. “Alhamdulillah sihat. Abang tak rindu saya ke? Dah masuk hari kedua baru nak call? Abang tahu tak saya bosan duduk rumah sorang-sorang? Saya dah dua hari tak sembahyang jemaah tau? ” Aiman hanya senyum mendengar coleteh si isteri. “..ha, lagi satu abah kata abang mana ada kerja luar, baik abang cakap abang pergi mana?” tiba-tiba suara Syahirah bertukar sebak. “..saya tahu,saya bukan sapa-sapa dekat abang, tapi tak patut abang tipu saya..” air mata Syahirah mengalir. Aiman terdiam. Syahirah juga diam. Terkejut Aiman tiba-tiba terdengar esakkan. “awak nangis ke?” Diam lagi. “awak, saya…” Syahirah memintas. “tak apa. Saya faham.” Air matanya di seka. “ abang sihat tak?” “Alhamdulillah sihat.” Diam. “Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah.



Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman ketawa. “next?” “..kalau terjaga pukul dua tiga pagi, solat tahajut..” Aiman hanya mengangguk. “lagi?” “..selalu beristigfar” “okay. Lagi?” “..ingat Allah dalam setiap perbuatan.” “alright, next?” “sentiasa berselawat.” “okay.” “abang ni last.” “apa dia tu?” soal Aiman lembut. “doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Aiman senyap sekejap. “sure.” Dari jauh Aiman telah nampak senyuman isterinya di hadapan pintu. Selesai membayar tambang teksi Aiman mengheret bagasi berodanya. Syahirah telah pun keluar menyambutnya siap bertudung. Mereka bersalaman. “Assalammualaikum,awak.” Sapa Aiman. “waalaikumsalam,abang.” Nada ceria. Syahirah bersalaman dengan Aiman. Terpegun juga dia melihat Aiman yang hanya bert-shirt kolar dan berseluar slack serta berkopiah (mungkin Aiman tak perasan).



Wajah Aiman seolah ada sinar keimanan. Sangat tenang! Aiman perasan isterinya memerhatikannya. “er,,awak pandang apa?” Syahirah tersentak. “eh, tak.. abang nampak lain.” “apa yang lain?” Aiman memandang dirinya dan baru perasan akan kopiah di kepalanya. “oh..” jawab Aiman dan menarik kopiahnya. “jom masuk.” Mereka beriringan ke ruang tamu. Aiman telah pun duduk di sofa sementara Syahirah pergi membuat air di dapur. Mata Aiman menebar ke seluruh ruang tamu. Kemas dan bersih.



Walaupun rumah itu kecil tetapi sangat selesa. Entah. Dulu tinggal dekat villa abah tak pernah rasa selesa dan tenang. “abang nah..” lembut Syahirah menghulurkan gelas itu pada suaminya. Aiman menyambut. “thanks.” “abang, nak tahu tak?”dia duduk bawah melutut depan Aiman yang duduk di sofa itu. “hmm?” Aiman merenung Syahirah. Dia sudah faham dengan sikap Syahirah yang peramah dan banyak cakap ini. Kadang-kadang macam budak-budak. “ada sinetron baru tau.” Berkerut dahi Aiman. “oh, apa benda tu?” “apalah abang ni. itu cerita drama bersiri Indonesia. Tajuknya cinta fitri.” “oh..” gelas di letak di atas meja. “kenapa dengan cerita tu?” “best.” Syahirah senyum hingga nampak lesung pipitnya. Comel! Walaupun penat Aiman masih lagi melayan. “ apa yang best?” “lagu.” Ek.. “oh.. jalan cerita tak best.?” sungguh, ini baru pertama kali dalam hidup Aiman berbual mengenai drama Indonesia. “best jugak tapi sedih.” “kenapa?” “entah. Abang nak dengar lagu tema cerita tu.?” “lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga.



Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. Inilah aku apa adanya Yang ingin membuatmu bahagia Maafkan bila ku tak sempurna Sesempurna cintaku padamu “saya baru download tadi..” Syahirah senyum. Aiman turut senyum.



Sungguh dia tak pernah buat benda luar alam untuk melayan lagu dari seberang. Ini cintaku apa adanya Yang ingin selalu di sampingmu Ku tahu semua tiada yg sempurna Di bawah kolong langit ini “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” Jalan kita masih panjang Ku ingin kau selalu disini Biar cinta kita tumbuh harum mewangi Dan dunia menjadi saksinya Untuk apa kita membuang-buang waktu Dengan kata kata perpisahan Kedua-dua mereka melayan perasaan dengan lagu itu. Tanpa di sedari Aiman telah melatakkan tangannya di bahu sofa dan spontan menarik isterinya ke dalam pelukkannya. Khusyuk melayan lagu.



Demi cinta kita aku akan menjaga Cinta kita yg telah kita bina Walau hari terus berganti hari lagi Cinta kita abadi selamanya… Aiman tersentak apabila terdengar azan. Pantas dia menarik earphone itu. Dia menoleh ke kiri. Syahirah dah tidur. “eeerr.. awak…” Aiman cuba mengejutkan isterinya lagi. “awak…bangun. Dah azan Asar ni..” Syahirah bangun dengan mengosok matanya. “abang saya ABC la. Abang solat lah..” Aiman pelik. Apa benda pula dia nak ABC ni. “awak, dah Asar. Kalau nak makan ABC jap lagi kita keluar.” Syahirah memandang Aiman.



“Allah Bagi Cuti. Sakit perempuan.” Aiman teragak-agak. “oh.. haa. Okay. Saya solat dulu.” Aiman telah pun bangun untuk menuju ke bilik. “abang.” Langkah Aiman mati. Dia menoleh. “doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Syahirah senyum dan gaya menadah tangan. “sure.” “abang,saya nak cari buku masak..” Aiman hanya mengangguk dengan tangannya yang ada dua beg kertas barang yang dia beli dan Syahirah beli tadi. “..nanti jumpa abang dekat kaunter lah.” Kata Syahirah lagi dan terus berlalu. Aiman hanya senyum dan menghantar dengan pandangan mata. Aiman berjalan ke buku-buku Islamik. Terdetik hatinya tafsir Al-Quran. Aiman pergi ke kaunter pertanyaan dalam kedai buku itu.



“ada boleh saya bantu encik?” “hm, ada tafsir tak? Hmm.tafsir Al-Quran?” “maaf encik tiada stok.” Aiman senyum paksa. “okay. Thanks.” Kenapa tiba-tiba rasa sebak ni. Tiba-tiba, Syahirah datang. “ abang tak beli apa-apa?” “tak. Awak dah jumpa buku?” Syahirah senyum dan menunjukkan buku itu pada Aiman. “tadaaa… nanti kita try dekat rumah ok?” “okay.” Aiman membayar buku itu. Sewaktu mereka telah keluar dari kedai buku itu. Pekerja kedai buku itu berbisik. “wah,romantiknya mereka!” “tahu tak apa. untungkan wanita itu dapat suami yang punya lah handsome dan baik!” “mana kau tahu baik?” “tadi dia nak beli tafsir Al-Quran.” “oh, memang padanlah. Perempuan itu pun alim je.” “sweet kan. Suami dia just pakai t-shirt berkolar dan seluar slack, isterinya just pakai baju kurung dengan tudung labuh. Baju dorang warna match. Jalan pegang tangan” “superb! Romantic!” “kan Allah S.W.T telah berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26) “betul-betul.”



Aiman sibuk membuat kerjanya di ruang tamu. Lama dia bercuti selepas pergi ke pondok hari itu. Justeru, banyak kerja yang perlu di lakukan. “abang..” sapa Syahirah manja. Aiman senyum. “kenapa?” “nah..” Syahirah menunjukkan sesuatu pada Aiman. Aiman mengambil dan berfikir. “birthday saya rasanya belum lagi..” “abang buka lah dulu. Saya dah ngantok. Jangan tidur lewat-lewat tau. Nanti dah masuk bilik tolong perlahankan air-cond. Nite abang. Assalammualaikum.” Syahirah nampak penat. Mana tidaknya sehari suntuk berjalan. Setelah Syahirah masuk ke bilik. Perlahan-lahan Aiman membuka balutan itu. “subhanaALLAH, tafsir Al-Quran..” terasa macam nak mengalir air mata Aiman. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Aiman turn off laptopnya. Kertas-kertas yang bertaburan di perkemaskan. Setelah selesai berkemas bahan-bahan kerjanya Aiman mengambil tafsir itu dan masuk ke bilik. Samar-samar. Hanya lampu di sisi katil sahaja yang menyala. Dia lihat Syahirah sudah lena tidur.



Mungkin penat sangat. Aiman senyum. Dia meletakkan tafsir itu di atas meja make-up. Seluar di lipat. Aiman menuju ke tandas. Dia perlu melakukan sujud syukur kerana dia memang beriya-iya hendakkan tafsir Al-Quran itu. sewaktu pekerja kedai itu mengatakan sudah habis stok dia seakan kecewa teramat, entah. Tidak tahu kenapa perasaan itu timbul. Sungguhlah kemanisan iman itu sungguh manis. “Aiman!! Kamu nak jadi apa ha ni!” tengking Dato Rahimi merangkap abahnya. Aiman hanya tunduk. Sejak menjadi suami Syahirah dia banyak sangat mendiamkan diri. Dia tak banyak cakap.



Selepas pulang dari pondok agama hari dia tak cepat marah atau melenting. “kamu dengar tak ni?! hari tu kamu pergi mana? Kamu buat hal lagi ya? ni akaun syarikat kenapa jatuh teruk ni!” Dato Rahimi mencampak fail itu di meja pejabat Aiman. “abah, ekonomi dekat sini buat masa ini tak stabil..” Dato Rahimi memandang sinis anaknya. “bukan kamu joli kan semua duit tu?” “Abah..” “dah! Abah tak tahu kamu buat macam mana, abah nak kamu settle kan semua bil-bil ni! “ Tercengang Aiman mana dia ada duit banyak tu. “abah, saya tak da duit banyak tu.” “abah tak peduli. Kamu buat apa yang patut!” Dato Rahimi terus keluar dari pejabat itu. Terduduk Aiman. Ya Allah… tiba-tiba telefon Aiman berbunyi. Shahir. Ada apa abang iparnya ini telefon. “Assalammualaikum.” Lemah Aiman menjawab. “waalaikumsalam, weh Aiman. Kau balik rumah kau sekarang.!” “er, kenapa along?” “kau balik je!” Tersentap Aiman tatkala talian di matikan. Tak tahu pula dia yang abang iparnya ini datang Kepala Batas. Ada apa ya?



Aiman mengambil briefcasenya. Satu, satu masalah dia dapat. Laju Aiman memandu kereta isterinya itu. Hari ini Syahirah tak kerja cuti sekolah jadi dia pun cuti lah. Syahirah seorang ustazah yang mengajar subjek Sirah. Justeru, Syahirah menyuruhnya membawa kereta dia. “Along.. tolonglah jangan buat kecoh dekat sini..” rayu Syahirah. “eh, kau diam lah dik..” Aiman melangkah masuk ke rumah. “Assalammualaikum.” “hah, sampai pun kau..” Aiman menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abang iparnya tetapi lelaki itu tidak melayannya. Aiman menarik kembali tangannya. “kenapa along?” “aku nak bawak Syahirah balik..” Sentap Aiman mendengar. Matanya memandang Syahirah yang telah pun berair mata. “..ta..tapi kenapa?” “kenapa kau tanya? Kau tahu tak? Aku pergi dapur, tak ada makanan langsung! Macam mana kau sara adik aku ha? Lepas tu, aku dengar syarikat kau dah muflis kan?!” herdik Syahir. Sebak Aiman dengar. “along tak boleh buat macam ni..” “apa tak bolehnya! Tak akan kau nak adik aku sara kau pulak! Aku ingatkan abi kahwinkan kau dengan dia kau dah berubah rupanya hampeh je.” “along,kenapa along cakap macam tu?” Syahirah yang tadi berair mata membela Aiman. “kau diam. Dah sekarang aku nak bawa dia balik dekat rumah keluarga kami!” Syahir menarik tangan Syahirah.



Syahirah sedaya upaya menarik kembali tangannya. “saya tak akan pergi! Tempat seorang isteri di sisi suami!” “hoi, Aiman. Baik kau izinkan. Tak akan kau nak biar isteri kau ni mati kebulur.!” Marah Syahir lagi. Ya Allah, tabahkan hati hamba. Habis satu masalah di pejabat sekarang masalah isterinya pula. Betul juga apa yang abang iparnya cakap. Dia nak bagi makan apa dekat isterinya ini. Memang kali ini dia muflis tersangat! “abang..tolong…” sayu Syahirah meminta pertolongan Aiman. “saya izin..” sebak. “..saya izinkan awak balik.” Terus Syahir menarik adiknya keluar. Air mata Aiman jatuh juga. Mata di pejam. “abang….” Teriak Syahirah sayu sempat menoleh Aiman yang membelakanginya. Aiman terduduk. Ya Allah beratnya dugaan-MU…



Aiman baru selesai solat Maghrib. Sayu hatinya melihat rumahnya itu sunyi. Memang dia tidak ke surau. Rasa nak demam je. Puas dia memikirkan macam mana nak dapat duit nak selesaikan bil-bil nya. Sedang dia termenung di atas sejadah itu telefonnya berbunyi. Terus button hijau di tekan tanpa melihat nama pemanggil. Aiman terkejut mendengar esakkan di talian itu. “awak..” Esakkan itu masih lagi berbunyi. “Ira..awak..” “sampai.. sampai hati abang..” Aiman senyap. “saya buat macam ni agar awak senang…” “tak ada istilah senang kalau saya kene tinggalkan abang sorang- sorang lalui kepayahan.” “awak tak faham..” sayu Aiman jawab. Suara serak Syahirah berbicara lagi. “abang… biarlah susah senang kita bersama.” Aiman senyap. “abang,tolong lah abang. Saya nak jadi isteri yang solehah.” Aiman masih lagi senyap. Air matanya mengalir. Terharu dengan kata-kata isterinya. Di saat semua orang menyalahkannya tapi Syahirah tidak. “abang…tolong jangan senyap macam ni.. saya bersalah sangat ni..” “sayang tak perlu rasa bersalah.” Terdiam Syahirah. Ya Allah…. “abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) Aiman beristigfar. Mata di pejamkan seketika. “sayang..abang betul-betul tak kuat..” buat pertama kalinya kalimah abang itu terluah juga. “abang, tolonglah. Saya nak berada di samping abang saat susah dan senang.” “tapi abang tak kuat nak berhadapan dengan along dan semua orang.” “abang, along hanya insan biasa. Abang ada kuasa untuk membawa saya kembali.…” Aiman hanya diam. “istikharahlah abang, minta petunjuk-NYA…. Assalammualaikum.” Syahirah dah tak sanggup nak berbicara lagi. Talian di matikan. Aiman menarik nafasnya. YA ALLAH…… lagu untuk entry ini, click lah =)



Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Jujur dalam berkata-kata. 2) Menjauhi segala yang haram. 3) Merendahkan diri. Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Merahsiakan ibadahnya 2) Merahsiakan sedekahnya. 3) Merahsiakan ujian yang menimpanya. Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Takut berlaku dusta dan keji. 2) Menjauhi kejahatan. 3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman. Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Mengawasi dirinya. 2) Menghisab dirinya. 3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.



“Assalammualaikum..” Aiman menoleh. “waalaikumsalam, eh ustaz.” Mereka bersalaman. Ustaz itu senyum. “baca artikel apa itu?” “Nasihat Rasulullah pada Ali.” “oh, Alhamdulillah. Dari tadi ustaz nampak kamu duduk sini. Tak balik?” Aiman senyum. “tenang duduk dekat masjid ni.” “dari Subuh tadi. Dah nak masuk Maghrib ni, isteri kamu tak ikut?” Aiman sentap. “hm,dia balik kampung.” “oh..eh, ustaz nak pergi toilet sekejap. Kamu bacalah buku ini dulu.” Aiman menyambut lembut buku nota kecil itu. Tangannya menyelak muka surat pertama. Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan, Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya, Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit, Air mata yg menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka, Indahnya tarbiah Allah,tersiram rahmat dan hikmah, Diuji kita sebagai tanda sayang-Nya…. Terkedu Aiman. Ya Allah… Telah dua hari dia tidak berjumpa dengan isterinya. Tipu kalau dia kata dia tak rindu pada wanita yang banyak mengubah hidupnya itu. Memang perit sangat dia rasa. Urusan syarikat pula berkerja keras dia agar dapat projek untuk membayar semua bil-bil syarikatnya. Abah memang dah tak nak tolongnya. Yelah, dulu banyak kali abah tolong, tapi dia yang mensia-siakan. Tapi itu dulu… sekarang lain…



Assalammualaikum, abang dah makan? – Syahirah.

Aiman membaca message itu dan senyum. Dia tahu Syahirah tidak mahu bercakap voice to voice dengannya. Merajuk tapi still tanya khabar melalui pesanan ringkas (sms). Comel je isterinya itu merajuk.

Waalaikumussalam, Alhamdulillah sudah. – Aiman

Lepas beberapa minit.

Syarikat abang dah okay? – Syahirah.

Doakanlah ada projek yang masuk. – Aiman

Solat Dhuha lah abang. Solat itu membuka rezeki. insyaALLAH, kalau kita sabar berdoa dan berusaha Allah akan tolong. – Syahirah.

Aiman senyum membaca message itu. insyaALLAH. – Aiman.



“Assalammualaikum, abi.” Aiman menelefon ayah mertuanya, Haji Amran. “waalaikumsalam. Aiman, kenapa ni?” nada risau. “abi,saya… saya..” tak terluah oleh kata-kata. “Aiman, abi faham. Sekarang kamu buka email kamu. Abi ada hantar satu video. Kamu hayati dan kamu fikir lah baik-baik. Bersabar ya Aiman.” “terima kasih abi.” Selepas salam berbalas. Talian di matikan. Syukur,abinya seorang yang memahami. Aiman membuka emailnya. Abinya agak moden kerana seorang dekan di sebuah university terkemuka di tanah air. Wajarlah, alongnya tak mahu adiknya Syahirah itu hidup melarat. Matanya tertala pada email versi video itu. kamu hayati dan kamu renung2kan lah. Kesian, abi tengok Syahirah. Dia sangat memerlukan kamu. Air matanya jatuh lagi saat melihat video itu. Sungguh, dia hampir melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Astarfiruallahalazim. Erat Syahirah memeluk suaminya saat Aiman masuk ke dalam rumah abinya tadi. Haji Amran hanya senyum melihat mereka. “abang please.. jangan tinggalkan saya lagi..” esak Syahirah. Aiman yang terkedu itu mengesat air mata Syahirah. “shhtt, abang dah datang ni. jangan nangis lagi ya.” mata mereka bertentangan. Syahirah mengangguk dan memandang abi dan uminya. “jaga dia baik-baik Aiman.” Pesan Hj. Amran. “terima kasih abi, umi..” sayu sahaja Aiman bercakap. Teringat nasihat abinya itu. Mujur alongnya ada conference dekat Seoul,Korea. Tak perlu dia berdebat dengan alongnya itu. Terima kasih Ya Allah, KAU permudahkan urusan ini. “kami balik dulu abi, umi.” Aiman bersalaman dengan kedua mertuanya itu di turuti Syahirah. “Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” “saya sayang abang.” Luah Syahirah sewaktu mereka dalam kereta perjalanan untuk pulang ke rumah. Aiman yang tengah memandu itu senyum. “saya pun sayang awak juga.” Syahirah senyum senang. “Ira…” panggil Aiman. “ya?” Syahirah memandang suaminya yang tengah memandu itu. Aiman diam sekejap. “thanks.” “thanks untuk apa?” “sebab awak saya dah banyak berubah.” Syahirah ketawa kecil. “bukan saya lah tapi Allah. Allah yang ketuk pintu hati abang.” “tapi kalau abang tak jumpa inspirasi hati abang ni, abang tak berubah..” kata Aiman. Syahirah senyum. “saya hanya pengantara je. Semua itu telah tertulis di Luh Mahfuz.” Aiman mengangguk dengan mata yang masih lagi focus memandu. “thanks lagi sekali.” Dahi Syahirah berkerut. “untuk apa pula?” “settlekan bil-bil syarikat tu..” “kita suami isteri kene saling membantu.” “mana Ira dapat wang banyak macam itu?” Syahirah senyap. Sebenarnya itu wang yang di kumpul sebelum kahwin lagi untuk dia menunaikan haji dan untuk kos perubatan barah hatinya yang dia rahsiakan daripada abi,umi dan along . Dia bersyukur Allah beri penyakit itu, dia rasa beruntung kerana dia akan sentiasa mengingati mati dan bertaubat atas setiap kesalahannya. Biarlah,hanya dia dan Allah yang tahu derita bahagia ini. Aiman memandang Syahirah sekilas.



“sayang..mana awak dapat wang banyak macam itu?” Syahirah terkelu. “hm,rezeki Allah.” “dari mana? Tak akan turun dari langit kot?” soal Aiman lembut. “abang, jom kita makan dekat restoran tu, lapar pula rasanya.” Syahirah menunjuk ke arah sebuah retoran di sebelah kiri itu. Aiman terus lupa apa yang dia soal tadi. Kereta di belokkan. Sewaktu makan di restoran itu mereka bertukar cerita dan ketawa. Tiba-tiba , Syahirah terbatuk. Aiman terkejut. Syahirah terkejut tangannya berdarah selepas dia menutup mulut tadi. Aiman terus menerpa ke arahnya. “awak.” Terkelu lidah Aiman sewaktu melihat darah itu. Syahirah senyum. “biasalah ni, panas tu yang berdarah tekak tu.” “kita pergi klinik.” Syahirah dah pening. “tak apa. Ni panas ni. Dah biasa.” “no… nampak serious ni.” ujar Aiman yang melutut di sisi Syahirah yang duduk di kerusi itu. Syahirah ketawa perlahan yang di buat-buat. “abang ni, panas je lah ni. saya nak pergi toilet jap.” Sedaya upaya Syahirah cuba melangkah. Kepalanya tiba-tiba berdenyut. Sakitnya Ya Allah. Aiman tak tahu nak buat apa. Hanya dengan pandangan dia menghantar isterinya itu. Sebak tiba-tiba hatinya. Ya Allah, semoga semuanya baik-baik sahaja. “abang, bangun..” Syahirah menggerakkan Aiman di sebelahnya. “..Encik Aiman, bangun..” kejut Syahirah lagi. Kenapa tak bergerak ni. Kuat Syahirah menggerakkan Aiman lagi. “abang….abang.. bangun…” Aiman membuka matanya perlahan-lahan. “hmm, kenapa sayang?” “abang,jom buat qiamullai berjemaah. Kita tak pernah qiamullai berjemaah.” Aiman duduk menghadap Syahirah. “dah pukul berapa?” “hmm, 4.30 pagi.” “jom.” Ajak Aiman. Kini, dia telah yakin untuk menjadi imam tidak sia-sia dia ke pondok agama hari itu. “..sayang ambil wudhuk dulu..” “okay.”



Sebelum turun dari katil sempat Syahirah mencium pipi Aiman. Terkejut juga Aiman. “mimpi ke reliti ni?” seloroh Aiman dan memegang pipinya yang di cium tadi. Syahirah hanya ketawa halus dan masuk ke bilik air. Selesai berqiamullai dan membaca doa Aiman bersalaman dengan Syahirah. “abang,saya nak minta maaf kalau saya ada terkasar bahasa dan menyakitkan hati abang.” Seperti biasa Syahirah akan sentiasa memohon kemaafan pada suaminya selepas solat. “..halalkan semua makan minum.” Aiman menarik Syahirah dalam pelukkannya. “abang pun nak minta maaf tersalah kata dan menyakitkan hati awak. Abang, minta halal juga semuanya ya.” dahi isterinya di cium. “Allah makbulkan doa saya untuk dapat suami yang soleh.” Kata Syahirah dan senyum. Aiman hanya senyum. “hm, nak ikut abang Subuh dekat surau tak?” Syahirah geleng. “boleh ea abang. Saya nak sembahyang dekat rumah je. Letihlah.” Aiman mengangguk. “oklah. Nanti abang belikan sarapan.” “okay, saaaaayang abang !” lirih Syahirah dan senyum. “sayang awak juga.” Aiman memasukkan keretanya ke dalam porch rumah selepas pulang dari surau. Sebelum keluar dia mengambil plastik yang mengandungi dua bungkus nasi lemak. Aiman keluar dari kereta.



PRRRANGGGGG!!!!!!!! Terkejut Aiman mendengar pinggan pecah. Terus dia berlari masuk ke rumah. Aiman ternampak kelibat dua orang berbaju hitam dan bertopeng. Pantas dia cuba mengejar dua makhluk yang pecah masuk rumahnya itu. Dia berlari ke dapur. Terkejut Aiman sewaktu dia ke dapur. Darah berlimpahan. Isterinya. “Sayang !!!!” jerit Aiman melihat Syahirah yang menahan sakit akibat di tikam dengan pisau. Aiman cuba mencari dua orang kelibat tadi, tapi malangnya ada orang telah menerkup mulutnya dengan kain yang mengandungi bahan kimia yang membuatkan Aiman tidak bernafas dan pengsan.



**********



Aiman terpisat-pisat bangun. Kepalanya seakan sakit. Sewaktu mata terbuka dia terdengar suara orang yang hendak masuk ke rumah. Matanya beralih ke kiri. Ya Allah. “sayang..” Aiman memangku Syahirah yang lemah itu. Entah macam mana dia boleh memegang pisau. Aiman mencampakkan pisau itu. “ha, ini tuan yang membunuhnya!” terkejut Aiman tatkala anggota polis masuk ke dalam rumahnya. “bukan saya.” “dah bawak dia. Cuba periksa nadi mangsa.” Tangan Aiman bergari. “bukan saya!..” Aiman terkejut melihat abahnya juga turut di disitu. “Abah! Bukan Aiman!!! Abah!!” anggota polis itu membawa Aiman keluar rumah. Abahnya hanya menggeleng dengan air mata berlinangan. “kalau kamu tak suka dia pun janganlah sampai macam ni…” sayu abahnya berbicara. “bukan Aiman bah!!” Sewaktu keluar. Memang dah ramai orang di luar rumahnya. Aiman memandang abi,umi dan alongnya. “abi, bukan saya, umi!!” meronta-ronta Aiman. “sedangkan orang gila tak mengaku dia gila, inikan kau yang waras nak mengaku kau bunuh adik aku!” herdik abang iparnya yang mata merah mungkin sebab menangis. Aiman cuba meronta. “bukan saya! Abi!! Umi!! Percaya saya..” “cepat bawa dia!” arah alongnya. Ya Allah dugaan apa yang KAU berikan ini. Ya Allah izinkan hamba dapat berjumpa dengan isteri hamba. Ya Allah…………. Semoga dia selamat. Air mata Aiman jatuh tika pandangan rumahnya makin hilang. Sayang… Bantu hamba Ya Allah……… Haji Amran melawat menantunya di penjara. “abi..percayalah saya..” Haji Amran senyum. “sabar Aiman, kebenaran akan terungkap, bersabarlah..” “abi, macam mana keadaan Syahirah?” Haji Amran senyap. Air matanya bergenang.



Sebak dadanya. “abi kenapa dengan isteri saya?” Haji Amran hanya senyap dan senyum terpaksa. “bersabarlah Aiman, berdoa banyak-banyak. Doa itu senjata muslim gunakan sebaik- baiknya.” Haji Amran bangun dari kerusi itu. “abi,jawab saya abi. Syahirah macam mana?” mengalir air mata Aiman tatkala ayah mertuanya tidak menjawab soalan. “abi,kene pergi dah ni. banyak-banyakkan bersabar. Ingat Allah sentiasa. Assalammualaikum.” Haji Amran terus keluar dari bilik itu. Lemah lutut Aiman mendengar kata-kata abinya itu. Ya Allah, hamba tak kuat….. “abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) “Encik,saya nak sejadah dan tafsir Al-Quran..” kata Aiman pada warden yang menjaganya itu. Alhamdulillah,sepanjang dia di penjara itu. warden-warden di ditu berlembut dengannya. Terima kasih Ya Allah, KAU melindungi aku. Aiman membuat solat sunnat. Selepas itu dia membaca Al-Quran. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Air matanya terus mengalir sewaktu membaca ayat-ayat suci itu. Basah tafsir itu dengan air matanya. Allah…



Belajar DIAM dari banyaknya BICARA Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN Belajar TAWAKKAL dari UJIAN Belajar REDHA dari satu KETENTUAN..



“Alhamdulillah.” Berulang-ulang ayat itu keluar dari mulutnya. Haji Amran hanya senyum melihat wajah menantunya itu. “bebas juga saya abi..” kata Aiman. “Alhamdulillah, Allah tunjuk kekuasaanNYA dengan anggota polis yang menemui kain yang menerkup kamu itu dan dompet perompak yang tercicir itu.” Aiman senyum. Terima kasih Ya Allah. “abi,jom jumpa Syahirah.” Bicara Aiman ceria. Haji Amran tersentak. Dia hanya mengangguk. Aiman duduk di bahagian sebelah memandu. Abahnya telah berangkat ke umrah, sebagai tanda bersyukur Aiman tak bersalah. Aiman hanya senyum sepanjang jalan. Tak sabar hendak bertemu isterinya. Rindu. Hampir sebulan dia tak bertemu. Haji Amran berhenti di hospital.



Aiman terkejut. “abi, kenapa di sini?” “turun dulu Aiman. Jom.” Ajak Haji Amran. Aiman hanya menuruti. Sewaktu tiba di depan wad Aiman terkejut melihat ramai orang. Dia merenung dari luar sebuah bilik itu. Dia nampak abang iparnya dah duduk menangis. Dia nampak uminya tengah menangis. Dia nampak doctor. Perlahan Aiman melangkah ke arah bilik itu. “maaf, dia tak dapat di selamatkan.” Lemah lutut Aiman dengar. Bukan. Salah ni. Aiman menghampiri katil itu. “barah hatinya dah kriktikal, effect. Dia tak dapat nak survive. Bersabarlah.” Kaki Aiman hampir di tepi katil itu. Ya Allah… Air matanya cuba di tahan. Sakit! Dia lihat Syahirah baring tenang di atas katil itu. Aiman mengangkat sedikit kepala isterinya itu dan di kucup dahi isterinya lembut. Selepas itu, kakinya sangat lemah. Ya Allah beratnya ujian ni.. “TAK!!!!!” jerit Aiman dan terduduk. Dia menangis. Haji Amran menenangkan menantunya itu. “sabar Aiman…bawa mengucap.” “bukan Ira abi..bukan dia…” tangis Aiman. Haji Amran mengusap bahu Aiman. “dah di tentukan ajalnya..” sebak Haji Amran.



“tak…tak…bukan dia..” sayu Aiman mengungkap. Sekali lagi dia memandang wajah jenazah isterinya itu. Sakit. Ya Allah sakitnya rasa ini. Sakit sangat! Kenapa Ya Allah. Syahirah………. Air mata lelakinya deras mengalir. video cinta kita – click sini =) “lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga. Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” kenapa harus begini…..



Aiman menutup buku agama yang di bacanya itu. Buku itu di letak di sisi katil. Pelipisnya di gosok. Ya Allah. Sedar tak sedar hampir masuk setahun setengah Syahirah pergi menemui Ilahi. Sungguh, hampir 5 bulan dia cuba kembali ke reality. Abah dan abinya puas meredhakan hatinya. Puas mereka menghantarnya berubat. Waktu itu, hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa sedihnya dia kehilangan orang yang di sayangi dalam sekelip mata. Benarlah, ajal maut ketentuan tuhan. Akhirnya, dia akur. Setiap hari tak pernah dia lupa untuk membacakan Yassin untuk isterinya. Isterinya yang solehah. Inspirasi Hatinya. Aiman turun dari katil dan keluar dari biliknya. Kini, dia kembali tinggal bersama abah dan mamanya di villa mereka. “Aiman, nak pergi mana?” Dia senyum. “ma..” Aiman menghampiri mamanya dan di cium tangan wanita itu. “nak keluar.” “pergi mana malam-malam ni?” soal abahnya pula. Aiman bersalaman dengan abahnya pula. “hm, pergi masjid. Aiman pergi dulu. Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.”



Aiman meletakkan kereta sportnya di hadapan masjid itu. Senyumnya terukir. Dia keluar dari kereta. Kaki melangkah masuk di pintu utama masjid. Setelah berwudhuk. Aiman melakukan solat sunnat masuk masjid. Setelah itu dia melakukan solat sunnat taubat dan solat sunnat yang lain. Selesai melakukan solat dia membaca Al-Quran pula. “Assalammualaikum.” Sapa seorang lelaki separuh umur. Aiman memberhentikan bacaannya. “waalaikumsalam.” “anak musafir ke? Dah lewat malam ni.” Aiman senyum. Dia tahu dah hampir 12 tengah malam. “saya ingat nak tidur sinilah pak cik.” “oh, kalau begitu pak cik balik dulu lah ya.” Aiman mengangguk. Setelah hampir satu juzuk Aiman baca matanya sudah mahu terlelap. Aiman menyimpan semula Al-Quran itu ke rak. Sejadah di ambil untuk di jadikan bantal. Aiman membaringkan badannya. “Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah. Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman menadah tangannya untuk membaca doa tidur. Ya Allah, rindunya hamba pada dia. Air mata Aiman mengalir. Dia baring mengiring ke kanan. Mata cuba di lelapkan. Tiba-tiba, mata Aiman terpandang seseorang. Sayang. Aiman bangun. Dia menghampiri Syahirah yang senyum memandangnya dengan siap bertelekung. “sayang..” Aiman menggenggam tangan Syahirah. “jangan tinggal abang lagi.” Tangan itu di kucup. Syahirah hanya senyum dan menarik tangan Aiman agar mengikutinya. Lemah lutut Dato Rahimi dan isterinya sewaktu mendapat berita itu. Cepat mereka bergegas ke masjid yang di katakan pemanggil itu. “tu lah Dato. Malam tadi saya jumpa dia sebelum arwah meninggal. Dia kata nak tidur masjid. Saya ya kan je lah. Tak tahu pula saya yang ajalnya dah makin tiba.” Sebak Dato Rahimi mendengar. “terkejut saya pagi tadi melihat dia tidur. Saya kejutkan dia untuk bangun Subuh tapi tak bergerak-gerak, tu saya suruh orang check nadi dia. Dia menemui Ilahi.” Mengalir air mata isteri Dato Rahimi. Ya Allah, semoga roh anak kandung dan menantunya di bawah rahmat-MU. Al-Fatihah.



Assalammualaikum – alhamdulillah tamat juga. Kadang-kadang dalam hidup ini tak semua benda kita boleh dapat. Apa yang kita rancang terkadang tak sama dengan apa yang kita akan dapat. Untuk kisah ini, bagi Aiman satu pengakhiran yang baik sebab dia sempat mendekati dirinya dengan ALLAH, dia juga dalam keadaan yang bersih. Bagi kita? wallahualam, hidup mati ini tak tentu bila tapi ingatlah. Ianya pasti. Permulaan hidup kita sangat indah di azan atau di iqamatkan. Ayat pertama yang kita dengar. Alangkah indahnya jikalau akhir hayat kita juga di akhiri dengan kalimah yang indah. Mari kita berusaha menjadi hamba yang baik. Ingat mati itu pasti syurga atau neraka yang menanti. wallahua'lam...

p/s: i take it from facebook page, Indahnya Islam... 

very touching!!... dan perkara ni pernah berlaku depan mata aku, banyak ibrah..dan aku belajar setiap perkara yang terjadi!! bercinta sampai syurga...

Jumaat, 27 April 2012

Arjuna Hati..(Destinasi Cinta Rania Iman Part 2)

“Bajet bagus la tu pakai purdah, tutup habis konon”
“nak berselindung disebalik niqab , bukan cantik pun”
“dah mcm hantu kum kum je, kelubung sana sini”
“ada ke lelaki nak kat dia, tutup hbis nampak mata je tu?”

Lidah  mereka itu , umpama pedang yang tajam, namun, sunnah orang berjuang, macam2  halangan, macam2 cacian. Hati jadi lapang bila teringat kata-kata seorang ustaz “ dalam melalui jalan agama itu, pasti akan merasa kesusahan,kepayahan, dan sekiranya kita merasa senang dalam membawa perjuangan maka ada yang tidak kena dengan  perjuangan itu, ada kecacatan. Kita pasti merasa sakit tapi sakit itu  setimpal dengan apa yang kita perolehi kelak bahkan buat selama-lamanya iaitu menghuni syurga yang terdapat air yang mengalir dibawahnya.”
“Subhanallah. Moga Allah kuatkan hati ini”. Doaku sendiri.
Usah dikisahkan tentang apa yang diperkatakan oleh mereka itu.
“kakak tu macam robot, jalan terus kedepan,tak pandang kiri kanan”
“kakak tu mcm ninja, nampak mata je”
Robot atau ninja, aku tetap seorang muslimah. Katakanlah apa yang kalian ingin perkatakan namun, aku tekad biarlah aku istiqamah dengan caraku kini. Aku merasakan ketenangan.  Itu yang penting.


“Rania Iman, tunggu kejap”, aku seperti kenal suara itu. Ai. Tuan Aizam Tuan Kamal.
“Assalamualaikum.” Aku memberi salam sambil aku tundukkan mataku. Tak mampu untuk menatap wajahnya, kerana masih ada getar yang tersembunyi dalam hati. Bilalah mahu hilang..
“Waalaikumsalam, Rania, saya nak minta tolong  sikit boleh”, Ai berkata sambil menjarakkan diri dari aku, mungkin dia menghormati aku.
“Tolong apa?”
“tolong saya menguruskan majlis perpisahan nanti, boleh?” dia tampak sungguh-sungguh.
“InsyaAllah.”
“Terima kasih, saya pergi dulu dan jaga diri”, bunyi mcm gelabah , aku melihat dia terus berlalu, hanya belakangnya sahaja aku perhatikan.
Sisihkan rasa ini ya Allah, aku tak layak untuknya. 


“Mira, what happened?”
Aku lihat Mira jadi sungguh tak keruan, “Ren , Zamil minta putus dengan aku. 2 tahun aku dengandia, sekarang dia taknak aku lagi. Aku benci Zamil, sampai hati dia buat aku mcm ni. Argh, Ren aku kecewa sangat. Aku tak sanggup hidup macam ni.”
“Mira,let bygone be bygone, perkara ni memang susah nak hilangkan sekelip mata . Mungkin tak mampu untuk hilang tapi bersabar dan berlapang dadalah. Apa yang engkau rasakan ni, akan pergi secara perlahan-lahan. Zamil bukan lelaki yang baik untuk kau.”
“betul Ren, selama ni Zamil banyak perempuan lain tapi aku tak kisah sebab aku sayangkan dia. Aku buta dalam menilai kasih sayang manusia”.
Dalam hatiku, manusia senang untuk jatuh cinta. Ah, terlalu mudah. Harga  cinta manusia yang hanya berlandaskan rupa dan material. Cinta itu membina peribadi menjadi mulia. Ya, aku pasti. Aku akan terus berusaha mencari cinta.


Seusai solat maghrib, ibu datang kepadaku.
“Rania, ibu nak cakap sesuatu”.
“Cakap la ibu, Rania dengar”.
“Ada orang ingin mengkhitbah Rania”. Aku agak terkejut . dalam hati aku tertanya-tanya siapa gerangan yang ingin mengkhitbah aku itu.
“Siapa ?”.
“InsyaAllah, lelaki ini baik dan soleh. Ibu rasa dia boleh bimbing Ren. Ibu yakin, kalau boleh, ibu mahu Ren terima pinangan dia. Ibu berkenan dengan dia , ibu yakin dia boleh jadi suami yang baik dan ini antara harapan ibu . Boleh tak Ren pertimbangkan “.
Siapakah dia yang ingin menjadi suamiku itu. Ah, harapan ibu? Ibu bagaimana aku harus mencintai orang lain sedangkan getar rasa nan satu itu masih tidak hilang.
“Ibu bagi Ren solat istikharah dulu ya”.
 “Baik sayang”.


“Ya Allah ya tuhanku, ku memohon padamu untuk menjadi hamba yang mencintaiMu, mencintai hamba-hamba yang mencintai agar bertambah kekuatanku mencintaiMu, dan jadikanlah perasaan cintaku padaMu lebih kusukai berbanding air yang sejuk. Ya Allah, sungguh aku tak mampu untuk melupakan dia, maka sekiranya bukan dia takdirku ,kau hilangkan rasa kasih ini terhadapnya. Aku memohon yang terbaik dariMu. Bantulah aku dalam membuat keputusan. “
Pagi itu sungguh syahdu. Aku tidak mengungkap siapakah nama si dia, cukup 
hanya aku memanggilnya  si dia. Si dia yang aku sendiri tidak pasti.


Hari pernikahan, aku tidak tahu siapakah calon suamiku sehingga hari aku dinikahkan. Aku bersetuju kerana aku yakin dengan pilihan ibuku , dan aku ingin menggembirakan ibu selagi masih ada peluang.
“Tuan Aizam bin Tuan Kamal, aku nikahkan dikau dengan Rania Iman binti Megat Ahmad  dengan mas kahwin sebanyak RM 80.00 tunai”
“Aku terima nikahnya, Rania Iman binti Megat Ahmad dengan mas kahwin sebanyak RM 80.00 tunai”
“Sah?”
‘”Sah”.. saksi-saksi semua mengatakan sah.
Takku sangka yang ingin menyunting aku ialah Ai. Sewaktu dia masuk ke dalam kamar pengantin untuk menyarungkan cincin, aku sedikit terkesima. Sungguh aku tak menyangka dia yang menjadi suamiku.
Aku menikah pada malam jumaat. Kami mengadakan walimah dalam keadaan yang sederhana. Perasaan aku sukar untuk ditafsirkan. Kebesaran tuhan mengizinkan aku menjadi isteri Ai.

Malam pertama kami, sebelum masuk ke kamar tidur, aku solat terlebih dahulu, Ai pula solat dibilik yang lain.
Seusai solat isyak aku mengintai Ai yang sedang sujud menghadap ilah yang satu. Tenang. Cintanya dia pada DIA yang satu itu. Menitis air mata .Murah dengan air mata sejak kebelakangan ini.
Ai , masuk ke dalam bilik sambil memberi salam,”Assalamualaikum”.
“Waalaikumsalam”
Dia datang dekat terhadapku dan tangannya membuka niqab yang terlekat dimukaku. Muka aku menjadi merah. Malu!!
“kenapa awak pilih saya jadi isteri awak. Saya tak cantik macam wanita lain”
“sebab awak berniqab.”
Aku tunduk dan dia terus menyambung,” sebab awak pandai jaga diri awak, awak lain dari perempuan lain, awak yang saya pilih dengan nama Allah, awak yang sesuai menjadi ibu untuk anak-anak saya. Saya mula jatuh hati bila awak menjauhi saya dan menjadi seorang muslimah yang baik. Waktu itu saya rasa sangat cemburu dan bila lama-lama saya rasa awak yang sesuai jadi pendamping saya”
“tapi..”tiba-tiba bibirku disentuh dengan jarinya.
“tiada tapi-tapi inilah takdir ilahi. Dan abang nak berterima kasih kepada Puan Rania Iman kerana sudi menerima abang menjadi suami dan moga kita kekal hingga ke akhirat kelak. Rania ialah bidadari abang. Abang berkahwin dengan Rania untuk membina ummah bukan kerana ingin mengecap bahagia yang sebentar”
Aturan Allah cukup cantik. Ai rupanya seorang lelaki soleh. Hadiah daripada Allah,  diberi suami yang memahami. Aku tak pernah mengenali Ai dengan sebetul-betulnya. Allah bagi peluang bercinta dengan Ai selepas menikah. Cinta yang lebih indah. Cinta yang sebenar-benar cinta.
“tanda cinta abang untuk Rania ialah abang ingin sama-sama masuk syurga dengan Rania. Sekiranya abg melakukan sesuatu perkara yang mencampakkan kita ke neraka maka telah hilang cinta antara kita.Rania ialah qurratu aini abg. “
“terima kasih abang sebab pilih Ren jadi isteri abg, Ren akan berusaha untuk jadi isteri yang solehah buat abg. InsyaAllah”. Air mataku segera diseka Ai.
“Uhibbukifillah jiddan jiddan” Ai menutur kata cinta
“wa kaman ana, Rania dah lama jatuh cinta dengan abang..” aku mengaku dihadapannya.
“abang tahu, sebab tu abang cepat-cepat masuk meminang”..dia tersenyum dan aku pun tersenyum...
Moga perkahwinan ini berkekalan sehingga ke jannahNya. Amin.

Tiadalah ubat yang lebih baik melainkan mendekati Ilahi.
Saat engkau berkesedihan, engkau akan rasa diselimuti kasihNya,
saat engkau bergembira, engkau akan rasa diraikan oleh Dia.
Apakah yang lebih menggembirakan jiwa,
selain apabila bersama yang mulia?
Maka apakah yang lebih mulia,
daripada Allah SWT Yang Maha Esa?

~TAMAT~

P/S: mode jiwang tapi beriman... apasal aku tulis cerita jiwang ? layan je la!! Kena belajar untuk menulis dari hati agar sampai ke hati... aku tahu cerita ni tak berapa nak umphh...tapi gasak je la..alhamdulillah... 

Created by ummu farhan_hidayah