Sabtu, 29 Oktober 2011

DAKU MENGHARAPKAN SATU PENGERTIAN

Bismillahirahmanirahim.
Permulaan hari ini dimulakan dengan seusai solat subuh. Sebelum itu melakukan solat sunat subuh kerana Rasulallah pernah berkata solat sunat subuh lebih baik daripada isi dunia. Alhamdulillah hari ini masih lagi diberi kesempatan menghirup udara di Bumi Wadud ini. Setiap hari dimulakan dengan tahmid kesyukuran dalam kehidupan. Entri kali ini lebih kepada mengharapkan pengertian dari seseorang yang bergelar hamba. Kadang kala iman ini sentiasa meningkat , kadangkala iman ini menurun , maka pengertiannya kita manusia yang mampu menjadi lebih baik daripada malaikat, menjadi lebih jahat daripada syaitan.

Dalam satu perhubungan antara manusia , banyak yang sukar untuk ditafsirkan kerana banyak hijab yang menghalang, perihal hati, perasaan serta perangai. Manusia punya ego yang sendiri. Bisa buat teman jadi selesa, tapi kadang-kadang begitu menyesakkan. Namun begitu Allah memberi teman sebagai nikmat bersaudara kepada kita, wajarlah kita bersangka baik sesama kita kerana selemah-lemah iman dan ukhwah itu adalah bersangka baik antara satu sama lain. Saya minta maaf buat teman-teman yang terguris hati atas setiap perbuatan yang saya ketahui mahupun tidak. Hati ini memginginkan yang terbaik untuk setiap kita. Mahukah kita jadi teman yang berbantah-bantahan di akhirat kelak. Sama sekali tidak.

Perhubungan manusia dengan Allah melakarkan sebuah hubungan yang amat –amat harmonis, hubungan yang mengeratkan jiwa nurani, hubungan yang menjamin kekalan yang abadi..
HABLUMINALLAH. Saya bukan manusia yang terbaik, saya juga mungkin tidak sesolehah mana, tapi jiwa saya meronta untuk mengikut fitrah saya iaitu Islam. Alangkah bertuannya saya lahir-lahir terus menjadi islam , malahan saya diberikan ilmu pengetahuan untuk mempraktiskan islam dalam kehidupan. Memetik kata-kata ustaz Don Danial , roh kita, fitrah kita memerlukan Islam. Islam is too beautiful, but some people not aware of this. Rasa kasih, rasa cinta, rasa marah , Allah adunkan dalam kehidupan ini agar nampak lebih mencabar, dan cabaran itulah yang menguatkan sistem ketahanan iman kita.

Baru saya ketahui dan saya rasakan yang dunia ini tidaklah seindah mana, seindah-seindah perhiasan dunia ialah wanita solehah. Tapi saya bukan ingin bicara kan mengenai wanita solehah pada ruangan ini tapi saya ingin menceritakan keburukan dunia. Dunia tempat manusia berbuat maksiat dan kemungkaran, dunia ini busuk dan lebih teruk daripada segala jenis kekotoran. Rasulallah berjalan bersama sahabatnya, mereka melalui bangkai kambing ditepi jalanan, bau yang amat busuk menebak ruang pernafasan setiap mereka… Rasulallah saw berkata : dunia ini lebih busuk berbanding bangkai kambing itu. Dunia ini amat-amat menakutkan tetapi dunia ini sebagai medan ujian untuk orang-orang mukmin.

KEHIDUPAN INI DUNIA IBARAT SEORANG PERANTAU
Daripada Abdullah bin Umar r.a. berkata : Rasulallah s.a.w memegang bahuku seraya berkata : jadikanlah diri kamu di atas dunia ini sebagai perantau atau pengembara . Ibnu Umar berkata : jika kamu berada pada waktu petang jangan kamu tunggu menjelangnya waktu pagi, apabila kamu berda diwaktu pagi janganlah kamu tunggu menjelangnya waktu petang, gunakanlah peluang untuk beramal semasa kamu sihat untuk persediaan ketika kamu sakit dan semasa kamu hidup untuk persediaan matimu.
(Riwayat Al-Bukhari)

Sabtu, 22 Oktober 2011

Hadiah untuk kita,

Bismillahirahmanirahim.

Segala puji-pujian hanya untuk Allah ,tuhan sekalian alam.... Tahmid panjang...Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah....

Subhanallah, maha suci Allah,.. maha suci Allah.
Buat ibu yang mengasihi diri kita, buat ayah yang melindungi keluarga, buat ahli-ahli keluarga yang memberi kasih sayang sesama kita, buat guru-guru yang mendidik kita, buat sahabat-sahabat di kala senang dan susah....Terima Kasih Ya Allah. Paling aku berterima kasih Kau turunkan Muhammad saw menjadi rasul dan kau pilihku untuk menjadi hambaMu yang terpilih. Memilih Islam sebagai pegagangan dan petunjuk. Aku ini kosong tanpa nikmat dan kelebihan yang Kau berikan. Mampukah aku hidup sehingga kini andai tiada rahmatMu.

Aku tersenyum, aku kesedihan, aku kegembiraan , aku jatuh, aku lelah, Kau sentiasa disisi, ketika Kau uji aku dengan dugaan dalam berteman dengan manusia , aku belajar bahawa teman setiaku ialah Kau. Lantas wajarkah aku menyekutukan Kau..

Hadiah tak ternilai ialah kasih sayangmu... antaranya ibubapaku, sahabat-sahabatku.... syukran,,, aku yang lemah, aku yang hina, aku yang tiada apa-apa...asal dari tanah....asal dari tempat yang kotor ...menjadi khairun ummati.... siapalah aku tanpa anugerah dariMu...