Sabtu, 29 Oktober 2011

DAKU MENGHARAPKAN SATU PENGERTIAN

Bismillahirahmanirahim.
Permulaan hari ini dimulakan dengan seusai solat subuh. Sebelum itu melakukan solat sunat subuh kerana Rasulallah pernah berkata solat sunat subuh lebih baik daripada isi dunia. Alhamdulillah hari ini masih lagi diberi kesempatan menghirup udara di Bumi Wadud ini. Setiap hari dimulakan dengan tahmid kesyukuran dalam kehidupan. Entri kali ini lebih kepada mengharapkan pengertian dari seseorang yang bergelar hamba. Kadang kala iman ini sentiasa meningkat , kadangkala iman ini menurun , maka pengertiannya kita manusia yang mampu menjadi lebih baik daripada malaikat, menjadi lebih jahat daripada syaitan.

Dalam satu perhubungan antara manusia , banyak yang sukar untuk ditafsirkan kerana banyak hijab yang menghalang, perihal hati, perasaan serta perangai. Manusia punya ego yang sendiri. Bisa buat teman jadi selesa, tapi kadang-kadang begitu menyesakkan. Namun begitu Allah memberi teman sebagai nikmat bersaudara kepada kita, wajarlah kita bersangka baik sesama kita kerana selemah-lemah iman dan ukhwah itu adalah bersangka baik antara satu sama lain. Saya minta maaf buat teman-teman yang terguris hati atas setiap perbuatan yang saya ketahui mahupun tidak. Hati ini memginginkan yang terbaik untuk setiap kita. Mahukah kita jadi teman yang berbantah-bantahan di akhirat kelak. Sama sekali tidak.

Perhubungan manusia dengan Allah melakarkan sebuah hubungan yang amat –amat harmonis, hubungan yang mengeratkan jiwa nurani, hubungan yang menjamin kekalan yang abadi..
HABLUMINALLAH. Saya bukan manusia yang terbaik, saya juga mungkin tidak sesolehah mana, tapi jiwa saya meronta untuk mengikut fitrah saya iaitu Islam. Alangkah bertuannya saya lahir-lahir terus menjadi islam , malahan saya diberikan ilmu pengetahuan untuk mempraktiskan islam dalam kehidupan. Memetik kata-kata ustaz Don Danial , roh kita, fitrah kita memerlukan Islam. Islam is too beautiful, but some people not aware of this. Rasa kasih, rasa cinta, rasa marah , Allah adunkan dalam kehidupan ini agar nampak lebih mencabar, dan cabaran itulah yang menguatkan sistem ketahanan iman kita.

Baru saya ketahui dan saya rasakan yang dunia ini tidaklah seindah mana, seindah-seindah perhiasan dunia ialah wanita solehah. Tapi saya bukan ingin bicara kan mengenai wanita solehah pada ruangan ini tapi saya ingin menceritakan keburukan dunia. Dunia tempat manusia berbuat maksiat dan kemungkaran, dunia ini busuk dan lebih teruk daripada segala jenis kekotoran. Rasulallah berjalan bersama sahabatnya, mereka melalui bangkai kambing ditepi jalanan, bau yang amat busuk menebak ruang pernafasan setiap mereka… Rasulallah saw berkata : dunia ini lebih busuk berbanding bangkai kambing itu. Dunia ini amat-amat menakutkan tetapi dunia ini sebagai medan ujian untuk orang-orang mukmin.

KEHIDUPAN INI DUNIA IBARAT SEORANG PERANTAU
Daripada Abdullah bin Umar r.a. berkata : Rasulallah s.a.w memegang bahuku seraya berkata : jadikanlah diri kamu di atas dunia ini sebagai perantau atau pengembara . Ibnu Umar berkata : jika kamu berada pada waktu petang jangan kamu tunggu menjelangnya waktu pagi, apabila kamu berda diwaktu pagi janganlah kamu tunggu menjelangnya waktu petang, gunakanlah peluang untuk beramal semasa kamu sihat untuk persediaan ketika kamu sakit dan semasa kamu hidup untuk persediaan matimu.
(Riwayat Al-Bukhari)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan