Khamis, 30 Disember 2010

PeRkHaBaran daRIkU.

Berkali-kali berkata pada hati, namun masih tak berdaya istiqamah..
Wahai hati....bawa pergi semua ini...
Nak berkata ibarat orang bijak pandai rasanya tak bersesuai.
Nak berdiskusi ibarat perdana menteri , lagi entah ke mana..
Melihat sahabatku Amira sedang tekun dalam menaip blognya,aku turut tidak terlepas meluahkan apa yangterbuku dalam pemikiran dan hati ku. Menjelang esok , mulanya tahun baru 2011. Tahun dimana aku melangkah sebagai seorang pelajar tingkatan 5. SPM pun mula memburu aku,mula untuk memaksa aku untuk belajar lebih gigih, Teringat aku pada minggu yang lepas. Pergi ke kem easymath itu memudahkan pelajaran addm3ku.. Dikala itu, kata-kata sepupuku terimbau kembali dalam benakku ini. Apa yang berlaku atas muka bumi ini manusia hanyalah asbab(perantaraan). Contoh yang mudah Ikhwan ajarkan pada aku,: kenapa kita kenyang waktu makan? aku menjawab kerana kita makan lantas kita kenyang. Tapi jawapan yg keluar ialah BUKAN KERANA MAKANAN ITU KITA KENYANG, namun kerana Allah yang mengenyangkan kita . Makanan itu cuma asbab bagi kita. Ada juga orang yang makan banyak tapi masih lagi tak kenyang-kenyang. Its very a good example for me. Ikhwan juga mengajar aku, sebelum meminta sesuatu daripda orang lain, minta dulu daripada Allah....subhanallah.. pergi ke kem itu buat aku terlupa yang Allah mengizinkan aku untuk menimba ilmu fardhu kifayah ini. Kini aku memohon pada Allah agar hati aku ini,Allah bukakan pintu hidayah untuk aku menjadi hambaNya yang bertaubat sebelum terlambat. Amin.

PELIKNYA MANUSIA


Peliknya manusia
Pelik ya, duit RM50 kelihatan begitu besar bila di bawa ke kotak derma masjid,Tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.Pelik ya, 30 minit terasa terlalu lama untuk berzikir,Tapi betapa pendeknya waktu itu untuk satu cerita komedi.Pelik ya, betapa lamanya satu jam berada di masjid,Tapi betapa cepatnya dua jam berlalu saat menonton wayang di panggung.Pelik ya, tak sampai 30 minit dengar khutbah jumaat, dah rasa jemu,Tapi tak pernah puas dengar lagu kesukaan kita walaupun dah ulang dua tiga kaset berkali – kali.Pelik ya,dengar iklan jaulan murah dalam TV, rasa tak sabar – sabar nak pergi beli belah,Tapi dengar laungan azan tak sabar – sabar nak tukar channel lain.Pelik ya, pasar malam jauh sanggup naik kereta pergi,Tapi masjid dekat dengan rumah rasa berat pula kaki nak melangkah pergi.Pelik ya, susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau solat,Tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang dengan kawan – kawan.Pelik ya, betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu pertandingan bola sepak jadi kegemaran kita,Tapi betapa bosannya bila imam solat Tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama dan panjang.Pelik ya, rasa susah sungguh untuk habiskan al – Quran walau satu halaman,Tapi majalah hiburan dan novel best – seller 100 halaman pun habis dilahap.Pelik ya, ramai orang berebut paling depan untuk menonton bola atau konsert,Tetapi berebut cari saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar.Pelik ya, susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah,Tapi mudahnya orang menyertai dan menyebarkan gossip.Pelik ya, kita begitu percaya pada yang dikatakan di email yang laying di internet,Tapi kita sering mempertikaikan apa yang dikatakan al – Quran.Pelik ya, kita boleh mengirimkan ribuan jenaka dan surat berantai dalam email,Tapi bila mengirim yang berkaitan dengan ibadah sering berfikir dua tiga kali.Pelik tak kita…?
Tepuk dada… tanyalah iman di hati.