Selasa, 26 Februari 2013

Indah Berkasih





Satu cerita,1000 makna...
1x baca...
dpt plbagai pengajaran...
1x trsemat di hati..
berkali2 terselamat drpd godaan cinta..
1x dibaca dgn ikhlas..
akn smpy juga mesejnya...=D
================================
Pada suatu hari, Saya bertanya kepada emak, "Mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? "
Mak jawab, "dua-dua bukan.." Saya tercengang..
Mak mengukir senyuman.
"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." Saya menarik nafas dalam-dalam.
"Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.
Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.
"Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.
"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. " mak menyusun ayat-ayatnya.
"Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu.."
Saya memintas, "Tak faham.."
Mak menyambung "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.." Mak menyambung lagi,
"begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."
Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..
Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika.
Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi.
Emak buat-buat tidak nampak.
Secret Admire
"Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. .
Lama budak tu tunggu mak..Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak..
Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu." Mak merenung jauh.
Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..
"Mak memang tak ada perasaan langsung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil.
"Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..
Mak takut pada Allah.
Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain..
"Mak, seperti kakak.." mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya.
Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.
"Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.
Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.."
emak melemparkan pandangan ke lantai. "Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak.
Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.
Adakah ia suatu diskriminasi?
"Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu.
Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."
Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan,
"Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia.
Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.
Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya.
Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain..
Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya." emak berhenti seketika.. Bukan luar biasa...
Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.
"Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang..
Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. ."
"Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. "
Redha
"Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak..
Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. "
Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri. Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.
"Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara.."
Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya....




=================================
Kasih ibu..tak ada pengakhiran..xseperti cinta sesama manusia..kita tak tahu bila hati kita akn dipalingkan walaupun kita berusaha untuk setia..
tak ada ibu yang mahu anaknya menconteng arang di mukanya..tak ada ibu yang percaya anak y dididiknya tidak mengikuti didikannya..melainkan kalau ia telah terbukti..
lembutnya hati ibu,sedia memaafkan diri walaupun anak telah buncit dikerjakan orang,walaupun anaknya sudah ternoda dek sentuhan lelaki,walaupun anaknya telah merosakkan anak dara orang lain...
lembutnya hati ibu,lebih rela menyalahkan diri sendiri walaupun ia bukan salah ibu mengandung...=(
IBU...
EMAK..
MAMA..
UMMI...
MUMMY...
MUM..
semuanya 1 dalam seribu..tiada pengganti dan tiada y terbaik selainnya..
Wahai muslim n muslimah budiman...
bayangkanlah wajah ibumu..
bila kamu dilanda gelora cinta..
bila kamu ingin masuk ke pelukan pasanganmu..
bila kamu ingin berbicara melebihi batasan bersama pasanganmu..
bila kamu ingin membalas semula cinta dr insan y xhalal bgmu..
bila kamu terfikir utk melakukan dosa...
bila hatimu berdebar atas perbuatanmu...
bila kamu sudah melupakan ibumu akibat hebatnya panahan cinta itu.....
bila2 masa sahaja...
agar kamu tahu...
kepercayaan yang dipatri oleh ibumu terhadapmu...
tak mungkin akan dimiliki lg andai engkau cairkan...
agar kamu tahu...
apabila ibumu terluka...
tercatat sudah namamu sbg anak derhaka...
agar kamu tahu...
bahawa dialah insan yang melahirkn n mmbesarkanmu..
dgn titis susunya..
dgn sedaya upayanya..
dgn 1 juta pngorbanan y xmungkin kau balas....
PELIHARA DIRIMU.....(Y_Y)
sumber: Amirul Mukminin
||tdak plu mminta izin jika ingin b'kongsi b'sama shabat2 anda..(^^,)||


Bercinta pun aku takut...

Jumaat, 22 Februari 2013

704 boredom _____. Hey.. this is a lovable class




Bismillahirahmanirahim and Assalamualaikum to readers…(ada ke  yg nak baca ni?)
Erm…. What I’m going to write ha? Okay…  lets me reveal something that I keep for last few months ago… sekitar semester 1 yang lepas.

Dalam surah al Baqarah terdapat ayat yg menyatakan… sesuatu yg kamu sangka baik bg kamu mungkin merupakan musibah yg kamu tak pernah jangkakan..dan apa yg kamu sangka buruk bagi kamu mungkin merupakan sebuah kebaikan yang terkandung buat kamu.

Masuk form 6 adalah decision aku sendiri… tapi lepas buat keputusan masuk form 6 aku  dilanda…. BOREDOM tahap cipan… huish…. Menyesal mula-mula pun ada… barulah aku sedar selama ni frenship aku begitu limited dgn budak kelas 501 especially Aj, Atin and others… iyer la…. Sgt lain la… bajet  lebih aku ni…prasan aku ni budak pandai…huish  riak jugak kau ni yer cik dayah..blah la…  bila  masuk form 6 ,aku jumpa banyak individu yg sgt berbeza… setiap mereka ada kelebihan, ada keunikan yg tersendiri…dan form 6 jugak la yg mengeratkan hubungan aku dengan cik Atin sayang…   mula-mula aku tak suka… tak suka maksudnya… aku tak boleh nak adapt dgn suasana yg ( susah aku nak perkatakan)..ahahah…. tapi sekarang lain… syukur Alhamdulillah, Allah bagi ruang untuk aku buka minda, buka hati bahawasanya Allah itu tidak mencampakkan seseorang di sesuatu tempat kecuali Allah menjadikan ia satu kebaikan untuk hambaNya..

704 hari ni aku rasa lebih happening…lebih aku rasa happy… bodohnya aku.. bila aku ingat zaman form 4 & form 5 yg paling best..no la… form 6 rasanya lagi best… sebab… saya jumpa banyak orang…banyak la sgt yer..huhuhuhu… class ni jd lovable sgt…entah apa yg lovablepun aku tak tahu… yg pasti I feel very comfortable… this class full with sense of humor… hey.. boys in my class love karaoke.. love making jokes.. sgt terbalik…dlu prempuan bising dri lelaki, sekarang perempuan senyap je..(xde makna senyap aja)..  

We get  cikgu-cikgu form 6 yg bapak gile OSEM doh….. Tuan Haji Kamel  ajar BM…Serius kelakar.. Puan Sharini ajar PP… telah membuka hati dan mata aku untuk jd minah bisnes lepas ni… J   Puan Putri yg mengajar PA , apa yg istimewanya cikgu ni… dia bukan yg jenis cepat melenting sebab dia fikir jauh..kalau dia marah nnt mcm mana agaknya anak-anak dia…mana taknya… kalau dia marah, darah naik boleh buat penyakit je… dah sakit sapa nak jaga anak-anak? Tak gitu? …En.Asri  yg mengajar Sejarah…. Start intro pasal Bai’ah syura …tetiba masuk baiah  perkahwinan.. ha…banyak tak ilmu kitaorang dapat…. Adoi…  buka buku last2 ada juga sejarah lain yg xde dlm buku msuk..tabik la ngan cikgu Asri… so post kali ni nak show off kawan2 kelas mike je..huhuhu…
















Khamis, 7 Februari 2013

~short story... Rasulallah saw & her~



“ kenapa nangis?”
“rindu”, pendek jawapannya.
“rindu? Kau rindu kat sapa?”
“kau percaya …aku merindukan seseorang yang tak pernah aku jumpa dan setiap detik hingga penghujung nafas ini tak mungkin aku berjumpa dengannya”.
“ah, karut la kau… mana ada org boleh rindu seseorang yg dia tak pernah jumpa. “
“aku tak tipu”
“yer la tu. Sapa org yg kau rindukan tu”
“aku rindukan Rasulallah saw”, suara tiba-tiba serak kerana hati juga sebak. Bunyi esakan terdengar.
“Rasulallah saw?” gadis itu terpempan seketika dengan jawapan sahabatnya.
“aku tak tahu kenapa dan mengapa aku berperasaan sebegini tapi aku tak dapat tahan air mata ni keluar. Aku rasa macam tersentuh. Sgt-sgt tersentuh dan ia satu perkara yg ajaib, bila kita merindui seseorang yg tak pernah kita jumpa dan x akan pernah kita dapat jumpa spnjg hayat kita didunia ini melainkan di akhirat nanti”
“Bee, aku minta maaf yer”
“so k.” dia hanya tersenyum. Air ditubir mata segera disapu dengan telekungnya.

Teman ,kau ingin tahu satu perkara tentang aku?
Dulu , aku pernah jatuh cinta dengan seorang syabab pelajar aliran tahfiz. Setiap malam panggilan telefon tidak pernah lekang. Entah apa silapnya. Kami bodoh dalam erti perhubungan. Nama sahaja kami ini pelajar agama tapi sama seperti orang lain yang sentiasa melakukan maksiat. Kami  lagha, kami leka.. sehinggalah satu saat. Aku ibarat tersedar dari lena yang panjang.
“awak , kita jadi kawan je la lps ni”
“kenapa?. Awak nak tinggalkan saya?”
“apa yg kita buat ni silap. “
“baru sekarang sedar. Selama nix de plak “, nadanya sinis.
“maafkan saya”
“awak ada lelaki lain kan. Cakap je la. Tak payah awak nak sorok apa-apa” suaranya mula meninggi.
“maafkan saya. Saya bukan tinggalkan awak sbb lelaki lain.. awak lelaki yg pertama.. tetapi saya tak pasti adakah yg terakhir atau sebaliknya. Saya pergi dulu. Assalamualaikum”, gagang telefon segera diletak..


Saya takde apa-apa dapat kongsikan dengan awak .. hanya rasa cinta Allah dan Rasulallah saw je yg saya ada untuk saya kongsikan bersama-sama dengan awak…bukan saya tak cinta, bukan saya tak rindukan awak tapi saya pilih cinta Allah dan Rasulallah saw
Kerana syg ini saya tggalkan awak.. kerna syg ini saya taknak awak terus leka dgn cinta yang kita semai selama beberapa tahun ini…

Pertama dan selamanya buatmu Rasulallah…
Air mata dosa ini masih belum dapat menebus sesalanku yang lepas….
Aku menjadi teramat rindu bila mengingatimu…
Aku menjadi teramat sedih mengenang pengorbananmu…
Belum aku diberi kesempatan menatap wajahmu….
Namun, hati ini… rindu ya Allah…   sesal… hanya aku bukan umat baginda yang baik…
Tetapi baginda masih rindukan aku… masih memberikan syafaatnya walau aku ini jauh ….

p/s: bru lps layan cerita pendek Naskhah Cinta buat Rasulallah...

Rabu, 6 Februari 2013

Satu Benda yg Aku Tahu

satu benda yang aku tahu...
aku tahu aku bukanlah yang terbaik..
aku juga manusia yg selalu buat khilaf ...
aku juga tak layak untuk prejudis terhadap orang lain..
beb, aku minta maaf beb... sbb aku bukan kawan yg baik...
maafkan aku kerna nada kasarku, kerna aku sering melukaimu ...
aku tak perfect... dan aku tak macam kalian yg sabar... maaf sbb aku bersangka buruk terhadap kamu semua...
aku tahu juga, satu hari nanti kalian pasti akan menjadi lebih baik daripada aku...
siapalah aku...
hanya hamba...
hanya manusia biasa...
hati aku... dan tangisan sentiasa mengalir...tapi aku masih tak pasti...sama ada tangisan itu kerna aku insaf atau kerna menandakan aku manusia yg hanya mementingkan diri sendiri..maafkan aku ya... aku ... aku ...dan aku...

Ahad, 3 Februari 2013

`
“ Aku tidak tinggalkan fitnah yang lebih buruk selepas kewafatan ku dari fitnah perempuan terhadap lelaki”. (Riwayat Bukhari)

~cutenye budak perempuan ni..kalau la dapat anak nanti cantik macam ni...huhuhu....mama suke... bukan muke je cantik tapi agama ngan iman pun cantik...~


Sabtu, 2 Februari 2013

merentas desa 2/2/13

cik mie yg banyak peminat.... aiseh....


ketua biro kelas...hahaha

Izul...@artist....huhuhu

koi,nazmi,alif,wan and cik mie... smua clasmate aq kcuali nazmi...hurm,..rindu nak cakap dgn wan tp wan dah benci n marah kan aku... takde guna dah lagi... huuuuu... sedey ke? aq tak sedey daa... kdg2 aq rindu frenship dlu ngan k and others... tu aja...=p

anak buah akak la katakan... yana,ana and izul... f5... yg snyum manis tu aminurrashid... alahai comeinye dia tu..senyuman manis kot..haha...nak jd adik angkat akak x? hehehe

cik mie ,maksu & zana...huhuhuhu....   i ask him ..u know platonic love?  no la...no heart feeling lgsg... btul....

akak dayah and akak zana gitu...huhuhuhu...