Rabu, 11 Disember 2013

Malu Yang Hilang

Hari demi hari…
Aku tak mengerti diri ini…
Hari ini aku malu terhadap diriku yg kurang rasa malu…
Malu itu cabang iman bukan?
Kesedihan makin menapak di jiwa…
Aku kian lelah… bagaimana lagi mahu aku tempuhi…
Keluhan-keluhan ini masih tak mampu mengubah rasa kecewa ini…
Nafas dan detik berlalu…..
Bikin aku tidak terkutik dalam pesona kehidupan ini…
Fitrah ini mencari sakinah…
Mencari cinta yg abadi…
Kerna ilmu dipelajari tidak mampu diamalkan seistiqamah mungkin…
Ya Allah… kau jadikanlah aku hamba-hambaMu yg bertaubat…
Dengan sebenar-benar taubat…
Ampunkanlah aku ya Allah…
Tuhanku yg satu….yg Maha Esa…
Yg mengurniakan cinta dihati…

Ahad, 17 November 2013

Tuhanku sepiku tak bertepian…

Tuhanku sepiku tak bertepian…
Sedang hatiku tau bahawa Engkau dan Muhammad yg paling istimewa…
Namun tuhanku, aku tak betah hidup tanpa pendamping…
Tanpa imamku sendiri…
Adakah aku begitu terdesak wahai tuhanku?
Tuhanku , andai aku menjadi seorang isteri kelak, jadikanlah aku bidadari dunia yg menyenangkan hari-harinya..
Tak pernah kutahu apa yg Engkau rencanakan…
Sama ada aku ini berjodoh atau sebaliknya….
Aku sendiri tidak tahu bilakah saat pertemuan itu….
Tetapi tika itu, aku akan memastikan aku seorang wanita yg terbaik buatnya..
Menjadi zaujah bgnya, ibu kepada anak-anak kami….
Aku mencari murabbi dihati….
Aku mencari kasih yg abadi….
Lantas mengingatkan aku pdMu….
Dan ya Allah ajarkanlah aku cara menghayati nikmat Iman ,Islam dan Ihsan
……..
Aku sendiri kini…. Sering tak mengerti apa yg hatiku kehendaki…
Bisakah aku bertahan sebegini lama….
Ya Allah, jodohkanlah aku dengan seseorang yg mengembalikan dan menguatkan cintaku padaMu….
Yg mendidik aku dengan ikhlas…walau aku tahu aku tidak layak untuk menerima ia…

Teteapi kini aku hilang dalam lautan kesepian..

Sabtu, 27 Julai 2013

A friend from Palestine.

I have a friend from Palestine. His name is Ahmad Qazzaz. 
I am feel touched with his words. 

Khamis, 18 Julai 2013

Hati

yang dikaitkan dengan hati ialah ketaatan pada tuhan..
kerana namanya hatilah... manusia perlu berhati-hati..

Sabtu, 22 Jun 2013

cinta yg tak halal lama kelamaan pasti akan pudar

Isnin, 13 Mei 2013

tahap kematangan cinta kita

Bismillahrahmanirahim

macam mana kau tahu kau telah matang dlm cinta ?

pengalaman mematangkan kita...huhuhu

no la, mencintai seseorang tak bermaksud kita akan memiliki dia bukan?

mencintai seseorang membutuhkan satu pengorbanan... dan mencintai Allah memerlukan pengorbanan dalam mengorbankan keinginan nafsu ... dan pengorbanan dalam mencari dan menggapai cinta Allah lebih diutamakan.

jatuh cinta biarlah berpada.
jatuh cinta jangan sampai merana.
jatuh cinta biarlah bersederhana agar nanti tidak ada yg kecundang mahupun kecewa menanggung rasa terseksa.

kata hati
rasa cinta makin bertambah-tambah dalam sanubari
namun kata akal
hati dan cinta ini juga mampu menjurus kepada perbuatan yg kurang wajar.

sebab aku juga pernah tersungkur.
dalam menjalani erti kehidupan, cinta amat penting.
kerana cinta kita tidak keseorangan
kerana cinta memberi kekuatan
kerana cinta menghidupkan hati yg subur.

hati aku sendiri sukar untuk aku tebak..
hati seorang perempuan...
dan aku sgt mengetahui ada susuk-susuk muslimah yg begitu menjaga cinta..

bagaimana dengan aku?
tidakkan aku menjaga cinta hatiku?

aku belajar sesuatu perkara,
cinta mematangkan manusia...
cinta mematangkan manusia yang sedaya upaya mengambil ibrah setiap apa yg terjadi..

cinta ... cinta dan cinta
cinta yg merupakan fitrah semula jadi
cinta juga menyesakkan dada bagi mereka yg bercinta tanpa panduan cinta yg telah ditetapkan...


cinta membentuk peribadi..
kerana cinta Umar kepada Islam
cinta Umar kepada Allah
cinta Umar kepada Rasul saw
seorang yg keras hatinya bertukar menjadi seorang hamba yg paling tawadhuk, yg paling tunduk, yg tidak gentar terhadap musuh Allah

kerana cinta kepada Allah, Rasul dan Islam, Umar Abdul Aziz membuka Kota Constatinople
kerana cinta kepada Allah, Rasul dan Islam ,Salehuddin Al Ayubi menguasai kembali Baitul Muqaddis.


dan aku? bagaimana aku? apakah erti cintaku?

aku sendiri tidak pasti... yg hanya aku mahukan ialah aku ingin mencintai setiap perkara dengan tahap kematangan yg berpandukan panduan yg benar.

walau aku sendiri mengakui aku juga sering silap menilai cinta... 

walaupun cinta telah kuurai dan kuterang dengan panjang lebar
namun tanpa kata-kata, cinta itu lebih indah

kata-kata pecah berkeping-keping
begitu sampai kepada cinta

dlm mguraikan cinta
akal berbaring tak berdaya
hanya lah cinta yg benar mampu menyedarkan kita...


~madah bercinta pulak malam ni~



Khamis, 25 April 2013

Mati itu pasti bagi Aku.

Bismillahirahmanirahim.

Segala puji-pujian buat tuhan semesta Alam.. Al Khaliq , AlGhaffar , Al Majid.
Dia yang Menghidupkan dan Dia juga yg mematikan. Genap 19 tahun hidup di muka bumi Allah ini banyak dosa dan noda hamba ini... 
Andai aku mati esok hari aku tidak tahu cukupkah amalanku... aku merasakan tiada satu amalan pun didunia ini yg mampu untuk aku istiqamah... aku ini hamba yg sering futhur...  kerna telah menjadikan nafsu sebagai tuhan... 
aku beristighfar.... ya Allah ampunkan aku... 


Andai aku mati ... wahai Tuhanku Ya Malik... Kau saksikanlah ibuku sudah menjalankan segala tanggungjawabnya kepadaku, mendidikku, menyayangiku, memberi ilmu agama kepadaku , mengajar aku erti hidup susah, mengajarku erti kesabaran tatkala dia membesarkan aku ... dia jugalah contoh terbaik dan yg paling dekat padaku dalam mengagungkan Kau ya Allah... solatnya tidak pernahku lihat ditinggal semata-mata kerana leka dengan duniawi..sungguh dia itu bidadariku...Kau rahmatilah ibuku... kau limpahkan rezeki kepada ibuku...  
ya Tuhanku, andai aku tidak cukup solehah buat kedua ibubapaku...mohon ampunkan dosaku... 

Aku bersyukur padaMu tuhan kerna Engkau memberi aku saudara-saudara menemani dan memenuhi ruang kehidupan...Kau tidak lahirkan aku ke dunia ini keseorangan, sebagai anak tunggal mahupun anak yg terbiar tp Kau lahirkan aku dalam sebuah keluarga yg begitu ramai, keluarga yg harmoni, keluarga yg saling sayang menyayangi.. walau apapun, hati hamba ini terpalit dengan dosa kerana tidak mampu ikhlas mengharungi hidup bersaudara... hamba ini sombong dengan manusia yg lain... Kau ampunkan aku ya Allah. Bukan aku membenci , bukan aku tak suka tapi aku ini lemah dengan perasaan amarah .. hari ini Tuhanku, tiada dosa daripada mereka , hanya kesilapan yg berpunca dari kelemahan hambaMu ini... Ya Allah bukakanlah pintu hati mereka untuk memaafkan aku yg hina ini...

Andai aku mati ..... Matikanlah aku dalam keadaan beriman... tuhanku... aku mengasihi sahabat-sahabatku...sahabat-sahabat yg setia denganku, yg ikhlas menerima kelemahanku... berikanlah mereka kesejahteraan... Tuhanku... teman-temanku di dunia ini mengajarku banyak perkara... erti sabar, erti rindu, erti marah, erti kesakitan tapi ya Allah ..teman-teman inilah yg memberi peluang pada hati ini , pd jiwa ini memikirkan keagunganMu , perancanganMu , pengajaran dalam hidup hamba yg serba dhaif ini...

Tuhanku, Kau sahaja tuhan yg satu, tuhan yg Esa.. aku tidak punya kekuatan sepertiMu kerna Kau lebih hebat dariku...Kau telah memberikan aku kejayaan demi kejayaan, Kau telah limpahkan hidayahMu bagai tak sudah...walau kerap aku tergelincir ...walau seringkali aku berpaling... Kau tetap sentiasa disisiku... Kau sentiasa mendengar rintihanku tika aku jatuh...segala puji-pujian bagiMu ya Allah...

Ya Rabb.... aku ini pasti mati... matikanlah aku dalam khusnul khatimah..jauhkan aku dari su'ul khatimah... golongkanlah aku dalam golongan yg sedikit ..golongkanlah aku dalam golongan yg sedikit di dunia dan di akhirat... selawat dan salam untuk junjugan Rasulallah saw......


Amiin(perkenankanlah ya Allah)


Sabtu, 13 April 2013

kisah jiran kiri dalam kelas


Jiran kiri  dan kananku dalam kelas…kedua2nya nama F…
Ini kisah tentang jiran kiri yg sgt kesian …kesian kerana selalu dibuli oleh cik dayah… pd masa yg sama cik dayah pun akan kena balik sbb asyik kenakan dia….
1.     Selalu pijak kasut dia sampai kotor… wahaha…aku suka.. pastu aku akan bertekak dengan dia…
“ kenapa kau pijak kasut aku ?”
“sebab kau yg slalu pijak kasut aku…=p”
“tak…aku tak pijak kasut kau, aku suka pijak kain kau, padan muka”. ==’
Sambil keduanya duk gelak jahat…

2.     Pernah sekali aku campak pen dia dari tingkat atas sekali… wahahaha….
Ia bermula waktu aku tgh bengang sebab apa aku dah lupa… satu persatu aku campak… ..dia pun turun ke bawah mengutip pen dia yg jatuh dengan penuh redha…

3.     Waktu pbs bm, bila dah hbis jawab pbs tu… aku ngan dia akan menyembang.. yg peliknya kami dua org je yg duk ralit nyembang..ni badi ni sbb dia duk blakang aku… kadang2 tu dgn penuh sombong dan riak, dia akan mengatakan..
“aku tahu aku hensem”
“wei, apasal kau prasan sgt?” ==’
Kdg2 tu jugak ade masa dia mengata aku…

4.     Ada satu kejadian, dia dah terkantoi dgn aku…ahahaha… aku ingatkan mungkin dia akan marah or tacing ngan aku..kot2 nyentap x mo kawan aku dah..tp Alhamdulillah…manusia ni seorang yg amat cool..(eh, terpuji plak….)

5.     Aku tak pernah jumpa org yg duk renyih lebih2… wahaha… selama ni seorg yg sgt pendiam tetiba duk gebang lebih ngan aku…
“ kau dah jd bad boy”
“ha’a la dayah aku dah jd bad boy , tak tau la..ish ish “

6.     Key chain nama dia aku buat sampai empat..mesti ada org fikir…apasal special sgt sampai 4… the truth is, saja nak buat smpi empat… no reasons..
7.     Aku tak tau kenapa… aku masuk form 6 ni kuat sgt duk nyentap je… oh no… mmg x matured lgsf… fahmie lg la x matured….wahahahaha…..

Berapa ramai yg misunderstand dgn aku … they thought  I’m having relationship with this guy… so funny peeps…
“ku sangkakan dua, rupanya tiga, nasib baik tak empat”
“lima sebenarnye”….
Errr…. Too much…
Len cerita ngan Firdaus…
“aku kat felda ni, tgh usha awek”
“err… oh no, sila tundukkan pandangan anda”
“kalau aku tunduk,lagi la aku Nampak, akukan tinggi”
“eiiiiiiii…time bila kau jadi bad boya ni?”
“bukan bad boya la, casan*va je”
“omg omg omg… kawan aku ke ni…. Setan kau keluar dari badan dia cepat”….
Kelakar la plak…aish… extremely Firdaus going to be totally different … for sure la… org dah duk KL….aku duk kampung lintang je lg ni ha…. Dia duk UTM sebelah JUPEM je… tempat keja akak aku…huhuhuhu…

 maybe for other girls , they will have that kind of feelings towards him..but for me…. I don’t feel  that feeling… I am just happy with what I have… I’m appreciating him as my friend… kawan yg sentiasa akan aku psiko(be careful…kahkahakhak)…sebab aku suka …sbb x slalu aku buli org
Peeps….  Hati perempuan tak sama… I hve my own prince charming.. … prince charming ni la adalah seorang savior dalam hidup aku… my future zauj…
 We are totally different…ahaha..but  seronok la ada org suka loyar buruk ngan aku…ahaha.. 
Errr….. mengarut sebentar..  jiran kiri dalam kelas….

“dayah, aku nak tumbuk muka kau boleh?”
“tumbuk la…aku tak kisah pun”
“dapat tumbuk ni sedap”
“buat la” sambil aku jelir lidah…

Selalunya aku yg bengang aku duk hempuk dia…kadang2 aku duk katok dia ngan blazer aku..
“eiiii..aku geram ngan kau… “

Femes fahmie masuk blog aku…hahaha…


MOMENT TERHARU DI FACEBOOK BY ALIF


Khamis, 28 Mac 2013

~untuk kita~


Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi saw bersabda : " Tiga perkara apabila terdapat pada diri seseorang, ia merasai kemanisan iman : Siapa yang cintanya kepada Allah dan Rasul lebih dari cintanya kepada yang lain ; siapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah ( dan bukan kerana suatu tujuan duniawi) ; dan ia membenci kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkannya (daripada kekufuran), dan sebagaimana bencinya akan dicampakkan ke dalam api" - HR Muslim

Tak seperti bintang di langit
Tak seperti indah pelangi
Kar’na diriku bukanlah mereka
Ku apa adanya…
Wajahku kan memang begini
Sikapku jelas tak sempurna
Kuakui ku bukanlah mereka
Ku apa adanya…
Menjadi diriku dengan segala kekurangan
Menjadi diriku atas kelebihanku…
Terimalah aku seperti apa adanya
Aku hanya insan biasa, tak mungkin sempurna
Tetap ku bangga atas apa yang kupunya
Setiap waktu kunikmati, anugerah hidup yang kumiliki…


Selasa, 19 Mac 2013

Untuk Teman

Teman.. aku jauhkan diriku kerana aku malu...
aku tak pantas disisimu..
terlalu banyak sangka burukku terhadapmu..
maka aku berlalu pergi...

aku ini teman yang sering melukakan...
aku ini teman yang mudah terasa hati....
maka...itulah khilafku...

diamku tanda aku sudah tak betah lagi untuk mendepanimu..
aku sedar kekuranganku...
kau terlalu bagus dan hebat berbandingku yang hanya seorang perempuan yang tak punya apa-apa...
temanmu yang lain.... lebih mampan berbandingku...
aku ini cemburu teman....
aku ini tidak lagi mahu bersama-samaan , duduk rapat-rapatan dengan si syabab...
aku gembira berteman denganmu dan dengannya...
aku cuma sudah terlalu jauh tersimpang...
aku dahagakan perhatian dan teman yg soleh membimbingku...
namun tak pernahku peroleh peluang itu...
kita bagai langit dan bumi....
hati aku..iman aku semuanya sudah direntap,...
maluku tiada lagi...apa guna jilbabku yg labuh?
sekadar menutup keaiban diriku...
tnp mereka sedari,..aku ini pendosa...  =(

terasa kecil hati lagi...
aku memang tak mampu memikul amanah...
aku dambakan pangkat namun baruku sedar...
aku tak mampu...biarlah aku menjadi kader..
disini aku mula...mengumpul semula keimananku...
tak perlu ku ulang dan katakan padamu...
kerna aku sudah tahu jawapanmu....
aku ini perempuan degil....
sukar mendengar nasihat katamu...
kamu tak pernah ketahui...
aku sentiasa mempraktikkan ia....
aku bangkit semula bila aku mengingati setiap pesanmu....

aku ingin terus berdiam...
agar aku tidak lagi bersangka buruk denganmu....
menyusahkan hidupmu....
aku ini kasar...aku ini punya lidah yang tajam,... nanti hatimu pasti berdarah...
aku sendiri terluka dgn perbuatanku....

syabab itu.....
aku tidak mahu peristiwa dahulu berulang....
aku mahu ia berlalu....
aku dikatakan bukan-bukan...
aku sedar...aku juga punya saham dengan perkara yg terjadi...

-------------------------------------------------------------------------------------------

Selasa, 12 Mac 2013

KETIKA CINTA BERBUAH KECEWA.


RASA KECEWA?
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih
hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya),
jika kamu orang-orang yang beriman.” ~ Surah Al-Imran ayat 139.

Pujuklah diri, putus cinta mungkin juga disebabkan:
1. Allah ingin temukan jodoh buat anda yang lebih baik.
2. Allah akn kembalikan semula dirinya bila dia jadi lebih baik atau anda jadi lebih baik.
3. Kafarah kepada dosa-dosa kita. Untuk kita lebih dekat kepada-NYA.

✿Belajarlah BERSYUKUR walau KEKURANGAN
✿Belajarlah IKHLAS walau TAK RELA
✿Belajarlah TAAT walau BERAT
✿Belajarlah MEMAHAMI walau TAK SEHATI
✿Belajarlah SETIA walau BANYAK GODAAN
✿Belajarlah MEMBERI walau TAK SEBERAPA
✿Belajarlah MENGASIHI walau kau DISAKITI
✿Belajarlah TENANG walau kau sedang GELISAH
✿Belajarlah PERCAYA walaupun SUSAH
✿Percaya bahawa Allah SWT masih sanggup menolongmu :)





Teman.. Pernahkah kamu merasa satu ketika, kamu ditemukan dengan seseorang yang benar-benar satu kepala denganmu, sehingga kamu merasa dia sebagai teman sejiwamu, tapi kamu harus merasakan penderitaan yang teramat sangat kerana bagaimanapun ‘dia bukan untukmu?

Teman.. Pernahkah kamu ingin menangis sekuatnya dan membiarkan seluruh dunia mengetahui betapa dalamnya luka di hatimu ketika ‘dia yang bukan untukmu’ bagaimanapun juga tak akan boleh kamu lenyapkan dari hati dan fikiranmu?

Teman.. Pernahkah kamu ingin berteriak melepas semua beban dari hatimu namun ‘dia yang bukan untukmu’ itu berada semakin kuat dalam hatimu?

Teman.. Pernahkah kamu begitu merindukannya, bahkan dalam tidurmu kamu masih dan tetap merindukannya walaupun hampir setiap hari kau tahu kamu boleh berjumpa dengan ‘dia yang bukan untukmu’ itu?

Teman.. Pernahkah kamu terus dan terus berusaha untuk menjaga hatimu dan mengisi relung jiwamu dengan terus ‘taqarrub Ilallah’ kerana walaupun kamu sedar bahawa semua ini telah digariskan oleh Allah Tuhan Sekalian Alam sebagai ujian bagimu, kerana Dia teramat menyayangimu?

Untukmu ‘sayang yang bukan sayangku’, saat aku tengah bergelut untuk lebih kaffah memasuki dan menjalankan ajaran agamaku, saat aku berusaha menyalakan kembali ghirah ke-Islamanku yang sempat redup..

Kamu datang padaku membawa kesejukan, membawa semangat perjuangan untukku sehingga kebimbangan tak lagi menyerang dan perlahan menyingkir dariku.
Wahai ‘sayang yang bukan sayangku’, namun mengapa kamu datang di saat yang tidak tepat? Tidak tepat bagiku, atau bahkan mungkin juga tidak tepat bagimu.

Wahai ‘sayang yang bukan sayangku’, mengapa kamu datang tiba-tiba dalam hidupku tanpa sempat aku berlari untuk menghindari dan menjauhimu?

Tanpa sempat aku mendirikan tembok yang kukuh sehingga kamu tak akan boleh memasuki hidupku?
Wahai ‘sayang yang bukan sayangku’, aku sedar betapa dirimu tak boleh ku salahkan begitu sahaja. Bahkan aku selalu berhusnuzhan terhadapmu, kerana aku yakin kamu pun mungkin tak menyedari bahawa dirimulah penyebab semua ini.
Wahai ‘sayang yang bukan sayangku’ sebenarnya ingin ku tanyakan kepadamu banyak pertanyaan yang tak boleh ku temukan jawabnya, kerana hanya dirimu yang tahu jawapannya.

Ya Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..
Ya Allah Ya Aliim, sesungguhnya ENGKAU Maha Mengetahui.
Ya Allah, sesungguhnya hanya ENGKAU lah tempat kami bergantung.
Ya Allah, sesungguhnya ENGKAU Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Ya Allah, sesungguhnya ENGKAU Maha Urus semua urusan makhluk.
Ya Allah, sesungguhnya ENGKAU Maha Mencintai dan Memelihara.
Ya Allah Ya Ghaffaar, sesungguhnya ENGKAU Maha Pengampun.



Bila rasa yang pernah ada padaku untuk ‘sayang yang bukan sayangku’ adalah hal yang salah dan tidak Engkau redhai, ampunilah aku. Hamba-Mu yang berlumuran dosa ini.
Semoga Engkau pertemukanku dengan si dia yang lebih sesuai dengan diriku. :)









Selasa, 26 Februari 2013

Indah Berkasih





Satu cerita,1000 makna...
1x baca...
dpt plbagai pengajaran...
1x trsemat di hati..
berkali2 terselamat drpd godaan cinta..
1x dibaca dgn ikhlas..
akn smpy juga mesejnya...=D
================================
Pada suatu hari, Saya bertanya kepada emak, "Mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? "
Mak jawab, "dua-dua bukan.." Saya tercengang..
Mak mengukir senyuman.
"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." Saya menarik nafas dalam-dalam.
"Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.
Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.
"Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.
"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. " mak menyusun ayat-ayatnya.
"Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu.."
Saya memintas, "Tak faham.."
Mak menyambung "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.." Mak menyambung lagi,
"begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."
Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..
Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika.
Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi.
Emak buat-buat tidak nampak.
Secret Admire
"Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. .
Lama budak tu tunggu mak..Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak..
Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu." Mak merenung jauh.
Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..
"Mak memang tak ada perasaan langsung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil.
"Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..
Mak takut pada Allah.
Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain..
"Mak, seperti kakak.." mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya.
Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.
"Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.
Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.."
emak melemparkan pandangan ke lantai. "Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak.
Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.
Adakah ia suatu diskriminasi?
"Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu.
Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."
Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan,
"Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia.
Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.
Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya.
Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain..
Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya." emak berhenti seketika.. Bukan luar biasa...
Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.
"Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang..
Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. ."
"Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. "
Redha
"Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak..
Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. "
Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri. Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.
"Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara.."
Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya....




=================================
Kasih ibu..tak ada pengakhiran..xseperti cinta sesama manusia..kita tak tahu bila hati kita akn dipalingkan walaupun kita berusaha untuk setia..
tak ada ibu yang mahu anaknya menconteng arang di mukanya..tak ada ibu yang percaya anak y dididiknya tidak mengikuti didikannya..melainkan kalau ia telah terbukti..
lembutnya hati ibu,sedia memaafkan diri walaupun anak telah buncit dikerjakan orang,walaupun anaknya sudah ternoda dek sentuhan lelaki,walaupun anaknya telah merosakkan anak dara orang lain...
lembutnya hati ibu,lebih rela menyalahkan diri sendiri walaupun ia bukan salah ibu mengandung...=(
IBU...
EMAK..
MAMA..
UMMI...
MUMMY...
MUM..
semuanya 1 dalam seribu..tiada pengganti dan tiada y terbaik selainnya..
Wahai muslim n muslimah budiman...
bayangkanlah wajah ibumu..
bila kamu dilanda gelora cinta..
bila kamu ingin masuk ke pelukan pasanganmu..
bila kamu ingin berbicara melebihi batasan bersama pasanganmu..
bila kamu ingin membalas semula cinta dr insan y xhalal bgmu..
bila kamu terfikir utk melakukan dosa...
bila hatimu berdebar atas perbuatanmu...
bila kamu sudah melupakan ibumu akibat hebatnya panahan cinta itu.....
bila2 masa sahaja...
agar kamu tahu...
kepercayaan yang dipatri oleh ibumu terhadapmu...
tak mungkin akan dimiliki lg andai engkau cairkan...
agar kamu tahu...
apabila ibumu terluka...
tercatat sudah namamu sbg anak derhaka...
agar kamu tahu...
bahawa dialah insan yang melahirkn n mmbesarkanmu..
dgn titis susunya..
dgn sedaya upayanya..
dgn 1 juta pngorbanan y xmungkin kau balas....
PELIHARA DIRIMU.....(Y_Y)
sumber: Amirul Mukminin
||tdak plu mminta izin jika ingin b'kongsi b'sama shabat2 anda..(^^,)||