Ahad, 30 September 2012

Terima Kasih atas teguran..Ia Berbaloi.


Bismillahirahmanirahim.

“Dan kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian  dan cubaan bagi sebahagian yang lain. Apakah kamu mahu bersabar? Dan ingatlah tuhanmu sentiasa melihat keadaan makhlukNya”. Surah Furqan ayat 20.

Today entry is about EXHORTATION @ ADMONITION.

Kenapa?

Tak faham?hehehe…

Maksudnya TEGURAN.

As usual I am just ordinary human that always making mistakes. And for sure, people around me will reprove me. Yes. Indeed.

“dayah, kau tahu tak bahaya kau bawak motor mcm tu”
“erm…aku tahu.” Dengan muka selenge aku,aku jawab acuh tak acuh.
“aku cakap betul-betul ni,ikut la nasihat aku”, nada dia dah lain macam. Macam org tak puas hati dgn jawapan dan respond aku..

Bila aku ingat balik , banyak teguran-teguran yang aku terima daripada sekeliling aku contohnya, mak,kakak-kakak,abang-abang,guru-guru dan ,kawan-kawan malahan mereka yg tak begitu mengenali aku dengan begitu mendalam.

Apa tujuan aku tulis entri ni?

Semestinya aku ada tujuan, takkanlah aku menulis entri ni takde tujuan…itu namanya sesuatu yg sia-sia bukan?

I realize setiap teguran yang mereka tujukan pada aku merupakan tanda mereka sayang, ada juga tanda tak puas hati dan so on. Tapi dari sudut positif , teguran mereka itulah yang menyedarkan aku tentang hakikat hidup. Hakikat untuk aku menerima sesuatu teguran dengan berlapang dada agar aku dapat belajar  menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

Beb and Bro sekalian…

Mungkin pada pertama kali korang tegur aku, aku hanya mampu untuk mendengar sebab aku tak tahu nak kata apa-apa and maybe at that time I can’t give any response. But BELIEVE me , I always thinking about all the advises you all had said to me.

Beb and Bro…

Aku tak tipu… its WORTHY.

SERIOUS..

Why?
Pernah sekali aku post dekat fb , aku cakap boleh ke aku tegur(kesilapan, example expose his or her aurat)  somebody ni dekat komen. Tapi ada sorang bro ni cakap “inboxkan ada”. Hint dia sebenarnya, dia nak bgtau aku yg  tegur secara elok-elok dan sembunyi-sembunyi supaya kita tak mengaibkan org tu.



Once again , aku buat silap dan akan ada org tegurkan aku. It for my own good. It isn’t ?
Aku mengaku, aku memang pandai berkata-kata tp setiap kata-kata aku pun ada terselit nada –nada sinis( bukan nada-nada cinta okay)…

Tapi hari ini, aku rasa sangat bersyukur sebab sekurang-kurangnya teguran-teguran mereka buat aku tersedar dengan khilaf-khilaf yg aku pernah buat..
Ia sgt berbaloi. Bila Allah hantarkan mereka-mereka yg cukup baik untuk beri teguran yg penuh hikmah . kau nak tahu apa aku rasa?

Aku rasa sangat-sangat terharu sampai aku katakan pada diri aku,

 You should be a better muslimah after this.

Terima kasih beb and bro sekalian…

Mungkin pada mula teguran mereka semua tu buat aku annoying tapi jangan risau sebab aku seorang yg sentiasa akan memastikan yg mana baik atau buruk untuk diri aku walaupun kadang-kadang aku ni pun ting tong sikit…

Setiap kali doa aku lepas solat..
“Ya Allah ya tuhanku, ampunkan dosa-dosaku, dosa kedua ibu bapaku, ahli-ahli keluargaku, guru-guruku ,sahabat-sahabatku dan para mukmin dan mukminat sekalian”
Walaupun sahabat-sahabat tu list yg ke-6 tp peranan mereka dalam hidup aku sangat besar. Ia sebahagian dari kehidupan aku dan dari mereka aku belajar macam-macam 
benda….


“aku nak tegur sesuatu ni tp aku harap kau jgn terasa”

“kau boleh tak jgn terlalu pikir masalah kau tu”

“kau tak boleh buat mcm tu tau tak”

“aku takut nak tegur tp aku taknak kau tanggung dosa”

“dik, takyah la beli teddy bear tu , malaikat tak masuk rumah nnt”

“awak tu memang pandai cakap, tp awak buat tak”

“lain kali, nak buat apa-apa bincang dengan mak dulu, jgn buat keputusan sendiri”

“kamu tak malu ke, org lain yg kurang daripada awak tp dia dh dpt apa yg dia nak”

Sebenarnya ada banyak. Banyak tak terkira…

Tp ada satu teguran kasar yg aku akn ingat sampai bila-bila… waktu ni aku tgh makan, aku makan waktu tu memang berbunyi.. makan org yg mengunyah sambil tak tutup mulut dan makan org yg mengunyah sambil tutup mulut berbeza..  waktu tu aku tak ingat umur berapa tahun tp ada la sorang hamba Allah ni..

Elok-elok aku tgh makan, dia pergi tegur cara kasar and sergah “ko x reti makan senyap-senyap ke?”

Mak aih…mahu tak nyentap aku waktu tu. Sorry to say.. giler RUDE… hati aku ni memang pergh… toksah cakap la… rasa nak nangis..rasa malu.. dah bertahun dah tp aku ingat lg beb… susah nak lupa tp aku tak ambik hati sgt dah… teguran dia membuatkan aku makan lebih bersopan santun selepas itu…hehehe…

Tapi memang betul la, kita kena tegur org elok-elok. Amar makruf nahi mungkar.

Ucapan terima kasih je dari td.. let say Alhamdulillah… Allah sampaikan teguranNya melalui hamba-hambaNya yg lain…alhamdulillah..Allah bagi aku peluang untuk sedar stiap kesilapan aku.. dan dari situ rasa sayang dan ukhwah terjalin..

Terima kasih ya Allah…
Terima kasih Ya Allah…

Coretanku : aku tahu Allah tu maha Penyayang dan dia nak aku jadi lebih baik daripada sebelum ni. Sweetnya Allah, tuhanku yang satu.. dan aku beriman hanya padaNya. Amin.


Jumaat, 21 September 2012

La Tahzan.. doakanlah yang terbaik buatnya.


Bismillhirahmanirahim.
Hari ini 21 September 2012.

Seorang kawan sekolah aku meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun ,Ipoh. Namanya Nor Amirah Binti Ghazali.  Aku tahu semua orang sedih dengan kehilangan seorang kawan yang baik macam dia. But La Tahzan semuanya. Ajal maut, jodoh dan pertemuan itu di tangan Allah. Sudah tercatat di loh mahfuz , sudah tiba detik untuk dia menemui tuhan yang menciptakannya.
Perjalanannya baru bermula didunia akhirat sana, tapi kita masih didalam perjalanan dunia yang kita tidak tahu bila akan terhentinya waktu buat kita. Kita datang dari Allah, kita pulang kepada Allah.

Insaf. L

Sebab hidup ini cuma sementara. Bahkan semuanya pinjaman buat kita. Yang masih hidup ini terus perjuangan dalam menjadi seorang hamba Allah. Sahabat baik kita kelak disana ialah amal  bukan lagi keluarga, mak, ayah, suami,isteri mahupun teman.

Aku tahu semua orang sedih. Semua orang rasa kehilangan lebih-lebih keluarga mira dan kawan-kawan baik dia. Aku yang baru kenal dengan dia pun , rasa sedih tapi kesedihan ini usah berlanjutan. Terus maju dalam hidup. Doa pada Allah moga kita bertemu dengannya di Syurga Allah kelak.

Syurga itu bukan senang digapai. Ia perlu dengan pengorbanan. Kematian kadang kala buat kita insaf, melembutkan hati yang keras. Sahabat yang baik adalah sentiasa saling ingat mengingati. Sedekah al fatihah dan yassin untuk allahyarhamah.

Nak tahu?

Orang baik pasti akan pergi dahulu.

Sebab..?

Allah nak sentiasa orang baik ini berada disampingNya..

Alhamdulillah, mira meninggal hari jumaat… moga terbuka pintu syafaat buatnya.

Ketahuilah…. Tiada satu pun milik kita, semuanya milik Allah..bahkan teman seperjuangan….

La Tahzan semuanya… Allahhumma inni a’u’zubika minnal hammi wal hazzan…
Ya Allah ,Kau cucurilah rahmat untuk sahabat kami Nor Amirah Binti Ghazali, moga dia kau jadikan antara bidadari disyurgaMu. Ameen..

Jumaat, 14 September 2012

Cabaran Hidup..( cerpen )



Orangnya seindah nama yang diberi, Syarifah Farhannah. Sedang tekun menelaah mata pelajaran  Pengajian Perniagaaan. Orang yang memandang Syarifah Farhannah tidak mengerti apa yang terbuku dalam hatinya.

Kekesalan yang menggunung kerana tidak hadir pada peperiksaan taksiran sekolah kerana takut untuk menghadapi soalan-soalan yang dia fikir dia tak mampu untuk menjawabnya, walhal, dia sendiri yang tidak pernah bersungguh-sungguh untuk belajar. Bukan mata pelajaran  Pengajian Perniagaan je yg dia tak jawab, matapelajaran Sejarah pada hari yang sama pun tidak diambilnya. Senang cerita cik Syarifah Farhannah telah ponteng sekolah pada hari itu.
Kekesalan demi kekesalan menghimpit, lantas membuat dia kembali berazam untuk belajar bersungguh-sungguh. Kalau dulu SPM hanya cukup-cukup makan takkan dia nak buat STPM pun cukup-cukup makan. Masih terngiang dalam kepalanya kata-kata dari cikgu-cikgu ,
“ kalau masuk form 6 sekadar untuk jumpa kawan-kawan , nak bersembang-sembang, nak tidur, nak menghabiskan masa , lebih baik awak berhenti sekolah”
“masuk form 6 ni, awak kena jadi rajin dan komited dalam setiap perkara”
“form 6 memerlukan kerajinan”
Okey , itu kata-kata panduan la agaknya dari cikgu-cikgu atau boleh dikatakan WARNING.
“argh…..aku tak boleh terus macam ni, sampai bila nak main-main.  Aku tahu walaupun budak-budak kelas aku banyak yang bermain-main, banyak mempengaruhi tapi aku tak boleh jadi mcm mereka. Aku kena ambil side positif , tak boleh malas-malas lagi. Kena jadi rajin, dapatkan pointer yang tinggi untuk semester ni.. Target nak masuk Universiti Kebangsaan Malaysia 2014… I CAN DO IT… INSYAAllah”, dengan penuh keazaman cik Syarifah Farhannah bagi semangat dekat diri sendiri. Nak buat macam mana itu je yg mampu.

Penangan masuk form 6 ni satu je, KEBOSANAN TAHAP GABAN + PERSEKITARAN YG AGAK POYO(TAKDE  BUDAK-BUDAK YG MUKA CEMERLANG, BERKREDIBILITI,BERSUNGGUH-SUNGGUH, KEPIMPINAN TAK BERAPA NAK ADA SANGAT LA KATAKAN)
Namun begitu, wajar ke aku terus buat macam tu? Asyik salahkan orang lain tanpa terus berusaha. Masa makin suntuk , aku tak mahu perkara dahulu terjadi, aku tak mahu jadi anak yang hanya tahu menghabiskan duit mak, bukan aku tak tahu mak aku susah payah cari duit sediakan macam-macam untuk aku, walaupun aku masih lagi tak cukup untuk menggembirakan dia. Abi dah takde, tinggalkan aku, mak dengan kakak je. Bukan aku tak tahu mak pergi menoreh getah pagi-pagi lagi dengan naik motosikal buruk peninggalan arwah abi, petangnya , mak menjahit baju sampai ke malam. Aku ni hanya ditugaskan untuk belajar  sahaja untuk mencari ilmu. Takkan itupun susahkan?

Peristiwa yang terjadi beberapa hari dahulu menginsafkan aku.

Secara tak sengaja Syarifah Farhannah bertemu dengan seorang muslimah yang bernama Siti Ainum. Siti Ainum seorang wanita yang berniqab tapi sebalik hijab yang menutupi wajahnya, ada sesuatu perkara yang menarik hati Syarifah Farhannah . Apa dia?
Kesungguhan wanita itu dalam berusaha menjadi wanita yang baik, yang sama-sama berdakwah mengajak manusia melakukan perkara-perkara kebaikan dan keinginannya untuk melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah. Kenapa Siti Ainum ini mampu mepunyai impian sedemikian?
Aku terkesima dengan jawapannya,” kerana manusia ini dilahirkan untuk menjadi yang terbaik. Berikanlah yang terbaik walaupun didunia ini kita tidak dapat ganjaran namun ganjaran disana sudah tersedia”.
 Masih ingat lagi ceritanya ketika menjadi terpaksa menggantikan naqibah yang tidak mampu hadir dan dia terpaksa menjadi bidan terjun. Dia menceritakan  sebuah cerita “Turning point in her life”.
 Katanya ada seorang budak perempuan ni yang sangat nakal. Mesti orang ingat kalau kanak-kanak kecil je nakal mereka biasa-biasa tapi ada suatu hari tu dia cakap kurang ajar dengan mak dia sebab mak dia taknak hantar dia pergi rumah kawan dia “ kalau kau tak hantar aku, aku boleh pergi sendiri “ sambil tengking-tengking mak dia.
Nakal giler budak ni, kalau gaduh dengan kakak dia pun dia takkan bagi chance dan kakak dia selalu akan menangis. Sampai dia besar pun dia jadi macam tu. Kiranya dia spesies yang memberontak. Cakap tak pernah baik dan dia tak suka dengan apa yg terjadi. Kadang-kadang tu juga dia akan buat tanda salib dekat tangan dia untuk protes Allah. Memang budak ni ada masalah jiwa.
Sampai satu saat tu dia bergaduh dengan kakak dia , semua benda dia baling kecuali tafsir quran tu. Kakak dia cakap “tafsir tu kau taknak baling ke?”
Dek kerana tercabar dengan dengan kata-kata kakak dia , dia pun balinglah tafsir quran tu. Meraung dan menangis kakak dia  sebab dia buat sampai macam tu sekali. Tak hormat langsung dengan kitab suci.

Mesti semua orang ingat budak ni memang KEPALA BATU dan tak dapat nak ubah perangai lagi. Ataupun ending dia mesti budak ni dapat balasan burukkan?


Sebaliknya, one day dia baca sebuah novel islami, novel yang ada fikrah tanpa sedar hatinya mengajak dia untuk berubah. Kalau dulu dia kasar sekarang dia jadi lembut. Kalau dulu dia suka memberontak sekarang tak lagi. Siapa sangka. Tak siapa sangka macam mana Allah membolak balikkan hati budak perempuan ni. Kalau dia rasa serabut dia akan buka tafsir al quran kecil yg sentiasa dibawa ke mana-mana. Dan satu hari  bila dia dilanda kesusahan dia buka tafsir tu dan setiap ayat-ayat yang terkandung bagi dia ketenangan. Ingat Allah tu buat semua ni secara kebetulan ke? Tak. Sebab Allah nak bantu dan sentiasa ada disisi hambaNya. 
Ada orang tanya kenapa berubah?
Jawabnya, sebab Allah itu ArRahim dan ArRahman. Tiada jawapan yang lebih baik berbanding memang benar Allah  itu Maha Pengasihani dan Penyayang. Siapa sangkakan?

Cerita Siti Ainum membuka mata dan minda aku. Aku rasa terkesan. Kalau budak itu boleh berubah dengan kuasa Allah yang maha Penyayang, aku yang masih dalam keadaan waras dan sedar untuk mensyukuri nikmat Allah ini, mengapa tidak segera untuk kembali bertaubat untuk setiap kejahilan ,kesilapan yang telah aku lakukan?
Air mata turun tidak henti-henti.” Aku bertaubat ya Allah. Aku mahu jadi hambaMu yang kembali taat, yang kembali mencintaiMu, yang sentiasa bersungguh dalam melakukan setiap pekerjaan”.

Aku sentiasa fikir orang-orang sekeliling aku tak mampu untuk membantu aku. Ia benar sebab seharusnya aku yang membantu diri aku bukan yang lain.
Peperiksaan tak lama lagi, aku berazam pada diri untuk melakukan yang terbaik.
 Gantunglah citamu setinggi langit dan cubalah untuk menggapainya (HAMKA.)


Aku Syarifah Farhannah binti Syed Yusuf berjanji dengan diri aku sendiri, aku akan melakar sebuah kejayaan bukan sahaja yang mampu tercatat dalam dunia ini bahkan hingga ke akhir nanti.
Aku kembali mendongak memerhatikan keadaan sekelilingku. Kawan-kawan sekelasku kebanyakkannya sedang bersembang, makan dan ada juga yang keluar ke tandas. Agak terganggu dengan kondisi sedemikian kerana persekitaran dan keinginanku tidak sama. Aku ingin Berjaya, biarlah apa pun yang terjadi aku tahu, Allah sedang mengujiku untuk aku berusaha bersungguh-sungguh dalam mencari ilmu .
Jika engkau inginkan dunia hendaklah kau berilmu, jika kau  inginkan akhirat hendaklah engkau berilmu dan jika engkau inginkan kedua-duanya sekali hendaklah engkau berilmu.



p/s: cerpen ringkas 

Traumatic



Cerita ini berlaku khamis yang lalu.. one part yang takkan pernah aku lupa dalam memori hidup aku..

 September 13, 2012

Today is my traumatic day. Hari di mana aku tak pernah menyangka kenalan sekolah yang aku kenal akan terbaring di atas jalan kerana kemalangan. Walaupun aku tak rapat dengan amirah tapi aku masih rasa terkejut. Sungguh aku tak sangka..
Pagi ini aku keluar agak lewat untuk ke sekolah gara-gara terlalu mengantuk . get ready go to school , dah dekat nak sampai sungai siput, di hujung jalan sebelum lampu trafik, aku tengok ramai orang yang berkerumun.
 Pada mulanya aku sangkakan ada roadblock rupanya tidak. Ada kemalangan. Semakin aku dekat, aku Nampak seorang budak perempuan pakai kain hitam . pelajar tingkatan 6 sekolah aku pakai kain warna hitam jadinya aku dah mula syak budak sekolah aku dan motor yang dinaikinya itu juga aku kenali. Aku berhentikan motor aku untuk tengok apa yang terjadi. Seorang budak perempuan terbaring dengan kepala yang berdarah. Motornya pula ada disampingnya. Mira tak sedarkan diri. Aku ternampak Farid kawan sekolah  aku juga. Kami menggunakan jalan yang sama untuk pergi ke sekolah. Aku turun dan aku seperti tak mengenali mira sebab mukanya lain sangat. Aku jadi keliru. Farid kata nama dia mira tapi kenapa otak aku macam tak boleh nak proses sesuatu. Otak aku tak dapat bertindak dengan cepat dan aku agak keliru . seorang pakcik suruh aku pergi sekolah untuk inform dekat cikgu-cikgu dekat sekolah supaya boleh call mak ayah mira. Nasib baik jarak sekolah tak berapa nak jauh dah.

 Waktu aku bawa motor tu, betapa tak keruannya aku, hati aku tak sedap. Sampai je sekolah aku cari parking, dah parking, aku nak turun motor boleh pula sangkut dengan motor sebelah. For sure aku dah jd agak kelam, teramat kelam kabut. Dapat je keluar dari masalah kena sangkut dengan motor lain, aku buka helmet, buka sweater , cabut kunci motor, beg aku lg satu aku tinggalkan, aku terus berlari cari cikgu.

“cikgu, ada budak form 6 accident.. nama amira,”

First, cikgu ingat aku sebut Amirul , aku kata amira buka amirul… dah tu dah jd kecoh la juga.. yang aku ni TRAUMA  sebab first time berhadapan perkara mcm tu dah tu aku ni rupanya jenis lemah semangat. Badan aku terketar-ketar dan aku tak boleh control dari tak menangis. Seriously aku memang jenis yang kuat menangis . aku tak tahu nak sembunyikan rasa sedih aku. Bayangkan cikgu terus peluk aku sebab cikgu faham aku tak pernah hadapi perkara macam ni dan cikgu pun pernah rasa apa yang aku rasakan.

Kondisi aku masih tak betul, jam belum tunjuk pukul 8pg, kejadian baru berlaku beberapa puluh minit yang lalu.. aku ambil beg aku dalam raga motor dan aku terketar-ketar lagi waktu berjalan dan aku terpaksa lalu depan alif dengan wan. Aku tahu alif dgn wan pelik kenapa aku tiba terketar-ketar , aku terus jalan …dan bila aku masuk dalam kelas aku Nampak atin, sampai je tempat duduk aku , aku dah tak tahan, aku terus menangis. Wei .. memang la orang yg tengok akan kata aku mengada-ngada tapi masalahnya aku tak buat-buat , aku rasa takut sgt, aku rasa tak tahu knp tuhan tunjuk aku kejadian macam tu.

Waktu ketika aku tengah menulis ni, aku ada dekat rumah dah. Aku tadi balik sekolah ikut jalan lain . tak ikut jalan estet tapi ikut jalan felda. Kesian Faez sebab kena potong dengan aku tadi.(tak menyesal2 lagi aku  bawa motor laju2, dah la bahaya). Tapi lepas ni aku akan lebih hati-hati dan mungkin Allah nak suruh aku ingat mati banyak-banyak. Ajal maut kita tak pernah tahu terjadi bila. Sekarang mira ada dekat hospital ipoh. Aku tak tahu apa lg berita dia tapi aku harap dia akan sembuh. Ameen.





Khamis, 13 September 2012

Put Down The Glass



A professor began his class by holding up a glass with some water in it. He held it up for all to see and asked the students, ‘How much do you think this glass weighs?’


’50 grams!’…. ’100 grams!’…… ’125 grams’ …… the students answered.


‘I really don’t know unless I weigh it,’ said the professor, ‘but, my question is: What would happen if I held it up like this for a few minutes?’


‘Nothing’ the students said.


‘Ok! What would happen if I held it up like this for an hour?’ the professor asked.


‘Your arm would begin to ache’, said one of the students.


‘You’re right, now what would happen if I held it for a day?’


‘Your arm could go numb, you might have severe muscle stress and paralysis and have to go to hospital for sure!’ ventured another student; and all the students laughed.


‘Very good. But during all this, did the weight of the glass change?’ asked the professor.


‘No’


‘Then what caused the arm ache and the muscle stress?’ The students were puzzled.


‘Put the glass down!’ said one of the students.


‘Exactly!’ said the professor. ‘Life’s problems are something like this. Hold it for a few minutes in your head and they seem okay. Think of them for a long time and they begin to ache. Hold it even longer and they begin to paralyze you. You will not be able to do anything’.


‘It’s important to think of the challenges (problems) in your life, but EVEN MORE IMPORTANT is to have trust in Allah (swt) and to ‘put them down’ at the end of every day before you go to sleep. That way, you are not stressed, you wake up every day fresh and strong and can handle any issue, any challenge that comes your way!’


So at the end of the day, remember to ‘PUT THE GLASS DOWN’ and put trust in Almighty Allah SWT.


Holy Quran: “He it is who sent down tranquillity into the hearts of the believers that they might have more faith added to their faith”. (48:4) Tranquillity is the sign of strong faith while worries and stress is the sign of weak faith.


Tell your mind every day before you go to sleep: “Yaa Ayyatuhan Nafsul Mutma-innah, Irji’ee iLaa Rabbiki Raadhiyatam Mardhiyyah, Fadhkhulee Fee Ibaadee Wadhkhulee Jannatee” (Al-Fajr 89:27-30)


“O soul that is at rest satisfied. Return to your Lord well-pleased (with Him), well-pleasing (Him). So, enter among My servants, and enter into my Paradise”

^_^ What a nice story. So guys, let us put the glass down for today!