Jumaat, 14 September 2012

Cabaran Hidup..( cerpen )



Orangnya seindah nama yang diberi, Syarifah Farhannah. Sedang tekun menelaah mata pelajaran  Pengajian Perniagaaan. Orang yang memandang Syarifah Farhannah tidak mengerti apa yang terbuku dalam hatinya.

Kekesalan yang menggunung kerana tidak hadir pada peperiksaan taksiran sekolah kerana takut untuk menghadapi soalan-soalan yang dia fikir dia tak mampu untuk menjawabnya, walhal, dia sendiri yang tidak pernah bersungguh-sungguh untuk belajar. Bukan mata pelajaran  Pengajian Perniagaan je yg dia tak jawab, matapelajaran Sejarah pada hari yang sama pun tidak diambilnya. Senang cerita cik Syarifah Farhannah telah ponteng sekolah pada hari itu.
Kekesalan demi kekesalan menghimpit, lantas membuat dia kembali berazam untuk belajar bersungguh-sungguh. Kalau dulu SPM hanya cukup-cukup makan takkan dia nak buat STPM pun cukup-cukup makan. Masih terngiang dalam kepalanya kata-kata dari cikgu-cikgu ,
“ kalau masuk form 6 sekadar untuk jumpa kawan-kawan , nak bersembang-sembang, nak tidur, nak menghabiskan masa , lebih baik awak berhenti sekolah”
“masuk form 6 ni, awak kena jadi rajin dan komited dalam setiap perkara”
“form 6 memerlukan kerajinan”
Okey , itu kata-kata panduan la agaknya dari cikgu-cikgu atau boleh dikatakan WARNING.
“argh…..aku tak boleh terus macam ni, sampai bila nak main-main.  Aku tahu walaupun budak-budak kelas aku banyak yang bermain-main, banyak mempengaruhi tapi aku tak boleh jadi mcm mereka. Aku kena ambil side positif , tak boleh malas-malas lagi. Kena jadi rajin, dapatkan pointer yang tinggi untuk semester ni.. Target nak masuk Universiti Kebangsaan Malaysia 2014… I CAN DO IT… INSYAAllah”, dengan penuh keazaman cik Syarifah Farhannah bagi semangat dekat diri sendiri. Nak buat macam mana itu je yg mampu.

Penangan masuk form 6 ni satu je, KEBOSANAN TAHAP GABAN + PERSEKITARAN YG AGAK POYO(TAKDE  BUDAK-BUDAK YG MUKA CEMERLANG, BERKREDIBILITI,BERSUNGGUH-SUNGGUH, KEPIMPINAN TAK BERAPA NAK ADA SANGAT LA KATAKAN)
Namun begitu, wajar ke aku terus buat macam tu? Asyik salahkan orang lain tanpa terus berusaha. Masa makin suntuk , aku tak mahu perkara dahulu terjadi, aku tak mahu jadi anak yang hanya tahu menghabiskan duit mak, bukan aku tak tahu mak aku susah payah cari duit sediakan macam-macam untuk aku, walaupun aku masih lagi tak cukup untuk menggembirakan dia. Abi dah takde, tinggalkan aku, mak dengan kakak je. Bukan aku tak tahu mak pergi menoreh getah pagi-pagi lagi dengan naik motosikal buruk peninggalan arwah abi, petangnya , mak menjahit baju sampai ke malam. Aku ni hanya ditugaskan untuk belajar  sahaja untuk mencari ilmu. Takkan itupun susahkan?

Peristiwa yang terjadi beberapa hari dahulu menginsafkan aku.

Secara tak sengaja Syarifah Farhannah bertemu dengan seorang muslimah yang bernama Siti Ainum. Siti Ainum seorang wanita yang berniqab tapi sebalik hijab yang menutupi wajahnya, ada sesuatu perkara yang menarik hati Syarifah Farhannah . Apa dia?
Kesungguhan wanita itu dalam berusaha menjadi wanita yang baik, yang sama-sama berdakwah mengajak manusia melakukan perkara-perkara kebaikan dan keinginannya untuk melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah. Kenapa Siti Ainum ini mampu mepunyai impian sedemikian?
Aku terkesima dengan jawapannya,” kerana manusia ini dilahirkan untuk menjadi yang terbaik. Berikanlah yang terbaik walaupun didunia ini kita tidak dapat ganjaran namun ganjaran disana sudah tersedia”.
 Masih ingat lagi ceritanya ketika menjadi terpaksa menggantikan naqibah yang tidak mampu hadir dan dia terpaksa menjadi bidan terjun. Dia menceritakan  sebuah cerita “Turning point in her life”.
 Katanya ada seorang budak perempuan ni yang sangat nakal. Mesti orang ingat kalau kanak-kanak kecil je nakal mereka biasa-biasa tapi ada suatu hari tu dia cakap kurang ajar dengan mak dia sebab mak dia taknak hantar dia pergi rumah kawan dia “ kalau kau tak hantar aku, aku boleh pergi sendiri “ sambil tengking-tengking mak dia.
Nakal giler budak ni, kalau gaduh dengan kakak dia pun dia takkan bagi chance dan kakak dia selalu akan menangis. Sampai dia besar pun dia jadi macam tu. Kiranya dia spesies yang memberontak. Cakap tak pernah baik dan dia tak suka dengan apa yg terjadi. Kadang-kadang tu juga dia akan buat tanda salib dekat tangan dia untuk protes Allah. Memang budak ni ada masalah jiwa.
Sampai satu saat tu dia bergaduh dengan kakak dia , semua benda dia baling kecuali tafsir quran tu. Kakak dia cakap “tafsir tu kau taknak baling ke?”
Dek kerana tercabar dengan dengan kata-kata kakak dia , dia pun balinglah tafsir quran tu. Meraung dan menangis kakak dia  sebab dia buat sampai macam tu sekali. Tak hormat langsung dengan kitab suci.

Mesti semua orang ingat budak ni memang KEPALA BATU dan tak dapat nak ubah perangai lagi. Ataupun ending dia mesti budak ni dapat balasan burukkan?


Sebaliknya, one day dia baca sebuah novel islami, novel yang ada fikrah tanpa sedar hatinya mengajak dia untuk berubah. Kalau dulu dia kasar sekarang dia jadi lembut. Kalau dulu dia suka memberontak sekarang tak lagi. Siapa sangka. Tak siapa sangka macam mana Allah membolak balikkan hati budak perempuan ni. Kalau dia rasa serabut dia akan buka tafsir al quran kecil yg sentiasa dibawa ke mana-mana. Dan satu hari  bila dia dilanda kesusahan dia buka tafsir tu dan setiap ayat-ayat yang terkandung bagi dia ketenangan. Ingat Allah tu buat semua ni secara kebetulan ke? Tak. Sebab Allah nak bantu dan sentiasa ada disisi hambaNya. 
Ada orang tanya kenapa berubah?
Jawabnya, sebab Allah itu ArRahim dan ArRahman. Tiada jawapan yang lebih baik berbanding memang benar Allah  itu Maha Pengasihani dan Penyayang. Siapa sangkakan?

Cerita Siti Ainum membuka mata dan minda aku. Aku rasa terkesan. Kalau budak itu boleh berubah dengan kuasa Allah yang maha Penyayang, aku yang masih dalam keadaan waras dan sedar untuk mensyukuri nikmat Allah ini, mengapa tidak segera untuk kembali bertaubat untuk setiap kejahilan ,kesilapan yang telah aku lakukan?
Air mata turun tidak henti-henti.” Aku bertaubat ya Allah. Aku mahu jadi hambaMu yang kembali taat, yang kembali mencintaiMu, yang sentiasa bersungguh dalam melakukan setiap pekerjaan”.

Aku sentiasa fikir orang-orang sekeliling aku tak mampu untuk membantu aku. Ia benar sebab seharusnya aku yang membantu diri aku bukan yang lain.
Peperiksaan tak lama lagi, aku berazam pada diri untuk melakukan yang terbaik.
 Gantunglah citamu setinggi langit dan cubalah untuk menggapainya (HAMKA.)


Aku Syarifah Farhannah binti Syed Yusuf berjanji dengan diri aku sendiri, aku akan melakar sebuah kejayaan bukan sahaja yang mampu tercatat dalam dunia ini bahkan hingga ke akhir nanti.
Aku kembali mendongak memerhatikan keadaan sekelilingku. Kawan-kawan sekelasku kebanyakkannya sedang bersembang, makan dan ada juga yang keluar ke tandas. Agak terganggu dengan kondisi sedemikian kerana persekitaran dan keinginanku tidak sama. Aku ingin Berjaya, biarlah apa pun yang terjadi aku tahu, Allah sedang mengujiku untuk aku berusaha bersungguh-sungguh dalam mencari ilmu .
Jika engkau inginkan dunia hendaklah kau berilmu, jika kau  inginkan akhirat hendaklah engkau berilmu dan jika engkau inginkan kedua-duanya sekali hendaklah engkau berilmu.



p/s: cerpen ringkas 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan