Ahad, 26 Februari 2012

ZAUJAH DI HATI.

Bismillahirahmanirahim.


Mata ini melihat satu figura wanita solehah, seorang zaujah yang setia terhadap suaminya. Tidak pernah walau sekali meninggikan suara terhadap suami, amanah dengan tanggungjawab mendidik anak-anak, tidak pernah tinggalkan solat, dan terbit kekaguman dalam hati ini, melihat ketabahan dan kegigihan dalam menjalani kehidupannya sebagai seorang isteri,ibu dan muslimah.


Setiap wanita perlukan pembimbing?


Ya, sekiranya aku ditanya soalan ini pasti aku katakan , “semestinya aku juga ingin seseorang yang memimpin aku ke jalan yang benar. Mendampingi setiap masa, berkongsi kasih sayang, kesusahan dan menjalani sebuah kehidupan berkeluarga yang Allah berkati”. Setiap wanita inginkan pembimbing, tapi aku melihat dari sudut yang berlainan. Andai kata bukan aku yang terpilih dalam hidup bersama yang tercinta maka dimanakah pembimbingku yang sebenar. Saban kali aku mendengar, segelintir akan berubah baik apabila sudah berjumpa dengan pembimbing masing-masing. Walhal, baru kini aku sedar , aku yang membimbing diriku. Kalau ikutkan hati, aku begitu penat dan amat penat hidup keseorangan, aku bukan abid bahkan bukan yang alim. Aku cuma seorang perempuan biasa yang sering khilaf. Namun begitu,tatkala aku mengatakan aku keseorangan sebenarnya tidak. Allah lengkapi hidup ini dengan keluaga dan sahabat-sahabat.



Bimbingan hanya dari lelaki?


Penyataan tu siapa yang keluarkan? SALAH. Women can survive without men. But she cannot survive without Allah. Adakah kesedaran yang aku peroleh ini daripada seorang lelaki? Semestinya tidak. Bukankah Allah pernah berfirman dal surah al Qasas ayat 56


Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah pertunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah pertunjuk kepada sesiapa yang dikehendakkiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah pertunjuk (kepada memeluk Islam).


 Then, ones again. Its not from a men but it comes to us if we find it. (english aku memang berterabur, jangan komen lebih-lebih). 


Bukan aku membuka aib sendiri tapi kelemahan aku, aku kerap menghadapi situasi futhur. Keep try and error. Sungguh rugi diri ini kalau berterusan sedemikian.

Zaujah pendamping suami.


Bila masuk bab kahwin, memang topik yang paling paling paling paling paling aku minat. Senyum sikit sampai nampak gigi...:) ngeeeee.  JIWANG TAPI BERIMAN.. kriteria yang harus ada pada bakal suamiku. Hehe(ini bukan gatal tapi kena cari yang sekufu la katakan). Baiklah, definisi kahwin ialah percantuman antara lelaki dan perempuan. Lelaki dan perempuan Allah ciptakan untuk saling melengkapi. Kahwin itu amatlah indah tapi aku amat mengetahui apabila terbinanya sebuah pernikahan maka pernikahan atau perkahwinan itu ialah satu perjanjian berat dimana pasangan itu sudah mampu dan bersedia untuk menggalas tanggungjawab dalam melahirkan generasi pembina ummah. Rumahtangga tercipta adalah bertujuan untuk pembinaan ummah yang bersatu padu dan meneruskan delegasi Islam. Masih lagi aku ingat apabila Habib Ali Zaenal Abidin pengasas majlis taalim Kuala Lumpur dalam kuliyah di masjid Muadz bin Jabal, menerangkan perkahwinan itu satu perjanjian berat dan berkahwinlah mereka(iaitu orang-orang yang mampu). MAMPU. Ulang lagi sekali MAMPU. Mampu dari segi zahir dan batin . bahkan tidak bertujuan untuk menyeksa wanita itu.

Aku sukakan perkahwinan tapi bukanlah sekarang ,kerana masanya belum tiba( ye la baru umur 18 tahun kot, tak matang lagi untuk memahami erti tanggungjawab). Berusahalah wahai sahabtku dalam mencari jodoh yang terbaik untuk dirimu. 


Bila orang yang tersayang meninggalkan aku dan keluarga , aku lihat zaujah itu kepiluan, masih aku ingat air mata yang mengalir, masih segar dalam ingatanku betapa kelamnya hari-hari yang dihadapi. Namun zaujah itu tetap kuat menghadapi hari yang seterusnya tanpa suami tercinta. Kerana anak-anak, hidup perlu diteruskan.

Simbolik cinta zaujah itu, mengajar aku untuk sebuah persediaan menghadapi hari yang seterusnya tanpa seorang PELINDUNG. Dan perlindunganku hanya kepada Allah.

PESAN PADA DIRI YANG LEMAH INI, BERSEDIALAH WAHAI DIRI UNTUK SEBARANG KEMUNGKINAN KERANA SEDIH DAN GEMBIRA ITU PASTI AKAN ADA PENGAKHIRANNYA,

Ahad, 19 Februari 2012

Beribu Sesalan.

sahabat yang baik adalah sahabat yang saling mengingati kerana Allah. dan selemah-lemah ukhwah itu ialah bersangka baik..
sahabat itu ibarat bulan, menyinari di waktu malam yang gelap, menerangi suram tatkala gelita..
walhasil bulan itu antara cahaya dari pantulan matahari...
begitu juga sahabat..Allah aturkan pertemuan, dan juga kenangan untuk dijadikan satu muhasabah bahawasanya Allah itu maha ArRahman. nikmatnya bersahabat dijaga dengan menjaga hubungan dengan Allah sudah dikira ibadat. Sungguh beruntung meraka yang mencintai sesama sendiri kerana Allah.

Atas ni adalah kata-kata yang aku layangkan untuk sahabat-sahabatku dekat facebook. Based on the true story, ya, aku memang sayang dengan kawan-kawan aku tapi aku terkilan dengan sikap aku sendiri yang cepat terasa. Alhamdulillah , Allah beri banyak teman-teman yang menemani dalam hidup ini.
Aku katakan aku sayang mereka kerana Allah tapi bila terjadi  waktu2 genting dalam perhubungan kami , hati aku jadi terlalu rapuh, waktu ketika itu, baru aku dapat mengerti apa yang diertikan dengan kelukaan. Macam-macam la aku ni.
Sahabat ni bila waktu susah dia ada disisi, bila waktu senang dia akan tumpang gembira. Aku tak nak buat ayat skema kat sini, dan hanya ingin buat ayat yang mudah difahami. Rajin pula aku menulis dalam blog ni, mungkin sebab aku tak tahu nak buat apa lagi. Dengan menulis , at least nnt aku boleh ingat balik cerita dolu-dolu.huhu. .
Aku ambil masa yang agak lama untuk berfikir, dan aku terus berfikir, untuk ikhlas dalam setiap yang terjadi. Persoalan ikhlas tu hanya Allah yang mengetahui, nak rungkaikan dengan lebih mendalam aku tak berapa pandai, ya, aku mungkin pandai berfalsafah tapi falsafah aku kadang-kadang tak kena tempatnye juga.
§  Walau kita terasa hati dengan kawan kita sekalipun , berusahalah untuk mendoakan yang terbaik. Sebab aku bukan kawan yang baik, aku juga bukan manusia yang sempurna, tapi kita usahalah untuk menjadi kawan yang baik. Dalam usaha kita nak berubah menjadi manusia dan kawan yang baik itu , Allah akan kira sebagai satu pahala. Mungkin la, sebab kita buat sesuatu yang baik. Allah takkan tanya adakah nanti kita berjaya untuk peroleh sesuatu tapi Allah akan tanya apakah usaha kita untuk memperoleh sesuatu. Aku belum cukup berusaha, maka aku nasihat diri aku supaya aku mengubah diri menjadi manusia yang berusaha. Aku selalu juga kena perli..antara ayat kawan aku perli...   manusia yang sedar akan keburukannya tetapi masih lagi melakukan keburukannya.payah benar mahu merubah diri sampai tidak sedar diri itu telah mencerminkan rohmu sendiri.tidak pula dia sedar akan kata2nya sendiri yang telah menghukum af'alny...a sendiri.berkecamuk betul jiwa sebegini.diri itu bagai tidak berguna lngsug umpama kitab yang tidak pernah dibaca mahupun dibuka.menjadi hiasan di dalam almari sahaja.tetapi tidak mustahil bakal menjadi kitab yang kian dibawa dan dibuka andai jiwanya masih mengingati kebaikan disebalik debu keburukan...


Nak sakit hati tu, sikit la tapi sebab aku ni hebat dan berminda positif aku anggap sebagai satu komen membangunkan diri aku kepada yang lebih baik.
Tidaklah pula aku ingin menjadi antara kalangan yang menyimpan hasad, bertindak melampaui batasan dan begitulah juga menyakiti yang lain. Cuma kerana terfikirkan kembali bahawa aku hanya manusia biasa yang seringkali melakukan kesilapan dan kerap kali juga mengulang perkara yang sama. Aku agak kesal dengan diriku ini, jenis yang cepat melatah. Tapi ,hari ini aku kembali menilai diri ini, aku mencari makna disebalik kesedaran dan hari ini aku merenung agar aku mampu utk perbaiki diri ini.

Rabu, 8 Februari 2012

THE SPLENDOUR OF LOVE

THE SPLENDOUR LOVE.
Tajuk yang masyuk gitu.. “A Splendour Love”. Hai, this is me  ,Hidayah Baharudin, 18 years old girl that would like to talk about love. Wow, quite unmatured am i.. waa..terabur juga english aku ni. Tidak mengapalah teruskan berusaha memperbaiki englisah education anda. 
But, wait .... it just an opinion from a girl teenager okay. Nak start dari mana yer. Okey la, have you falling in love my friends? Na.... I know, ada yang kata pernah, ada yang kata tak pernah, ada yang kata no komen. Kenapa aku sebut pasal cinta tiba-tiba ni yer, erm sebab , sebab, sebab, sebab , sebab i love the meaning of love damnly. WADUD. Huhu. Kalau bukan sebab cinta maka tak lahirlah aku ke dunia, menjadi anak yang paling mengada-ngada dalam family aku...hehe. Kalau bukan sebab cinta , Allah takkan izinkan aku jadi orang Islam. Aku tak reti la nak buat ayat mcm blog org lain sebab aku cuma buat ayat waktu penulisan bahasa melayu untuk score A sahaja.
Saudara mara aku selalu kata aku dan abang ,mohammad fadhlan, anak harapan abah..pergh.. “ANAK HARAPAN” tu. Haish, sebab kami terlebih sikit dalam akademik waktu sekolah rendah.Tapi masuk sekolah menengah mengucap panjang abah aku, aku banyak kali juga la susahkan mak abah aku waktu tingkatan 3. Habis saja trial PMR , aku terus minta keluar asrama sebab aku ada masalah dengan kakak senior , kes handphone punya pasal. Aku allergic sikit bila ketua-ketua umum bawa benda terlarang . Bermulalah kehidupan aku duduk rumah, pergi sekolah naik bas pagi-pagi lepas solat subuh. Bas sekolah yang majoriti dipenuhi dengan budak sekolah Shing Chung(cina), sekolah Wahab(india) dan 3 orang budak melayu iaitu aku, dan 2 orang kawan aku. 
Aku sememangnya bukan pelajar pilihan guru.huhu.tak kisah pun, waktu cikgu target senarai pelajar yang dapat 8A , aku tak tersenarai pun sebab aku dulu OKU  (Orang Kurang Usaha) tapi demi menjayakan PMR aku , aku pun diwajibkan untuk belajar dan terus belajar. So, tamat PMR aku duk kejap dengan kakak aku, saja nak bermanja-manja dengan akak aku..huhuhu ...padahal nak lari dari buat kerja dekat rumah memandangkan waktu tu abang aku fadzly nak kahwin. Tak sampai sebulan duduk dengan kakak aku waktu tu, masa aku banyak dihabiskan dengan melayari internet, waktu tu aku tak pandai layan FB , aku dengan kehidupan myspace aku. Ha, dekat myspace ni aku terjumpa dengan myspace2 budak-budak sekolah agama, ada yang baik tu, insyaAllah baik, ada yang bercouple tu, insyaAllah wallahualam aku katakan. Mungkin sebab aku memang suka membaca , aku teringin nak menterjemahkan apa yang aku baca dalam kehidupan. Ada beberapa buah buku je aku tak boleh nak terjemahkan dalam kehidupan aku, biologi, fizik, kimia, addmath dan est.
You are what you eat, you are what you read. I don’t know why, asal aku buka mana-mana link je, asyik2 relate pasal Islam, asyik-asyik related pasal Islam. Sampai aku kata takde benda lain ke. Kalau dulu , keluar rumah memang pakai tudung tapi bila dalam rumah, abang ipar ada, tudung pun dah tak pakai , itulah gaya kehidupan orang melayu. Aku tahu wajib untuk tutup aurat depan ajnabi, tapi waktu tu sekeliling aku tak macam orang-orang yang benar-benar mempraktiskan Islam secara syumul. Masuk form 4, alhamdulillah, i try my best juga, akhirnya sampai sekarang masih istiqamah, moga2 istiqamah la, insyaAllah. The Splendour Of Love dalam hidup aku bila, Allah always give me chances many time.
Seingat aku Allah bagi peluang dan selamatkan aku antaranya.
1.       Aku nak masuk kelas bahasa Arab waktu tingkatan 1 , emak tak bagi sebab , pelajar2 dalam kelas tu kurang tarbiyah  dalam menjaga hubungan lelaki dan perempuan.
2.       Allah bagi peluang aku jadi pelajar cemerlang untuk PMR ,sebab dapat 8A, ..mahu taknya, aku sempat doa dan bernazar kalau aku dapat 8A, aku puasa 8 hari..orang lain pun tak buat macam tu gamaknye. Terkejut mak aku.
3.       Allah beri aku sahabat-sahabat yang baik macam AJ,ATIN,KHALAF(Spesis kuat nyentap mcm aku walau selalu gaduh),WAN,FIRDAUS,WANI,KHIDIR,IQAH,IDA..BLABLABLA...banyak la.... huhuhu
4.       Kalau kelas aku akan ditakdirkan didenda pada hari tertentu, hati aku tiba2 sahaja tak jadi nak pergi sekolah( ponteng sekolah) dengan pelbagai alasan. Sebab tu mak aku bising, waktu sekolah rendah hari2 pergi sekolah, masuk sekolah menengah, memonteng je. Paling koman aku tak pergi sekolah, sebulan sekali..hehehe..ni start aku form 4.
5.       Walau aku buat mcm2 benda Allah always give me opportunities to change my life. Eventhough sometimes its quite terrible.
6.       Yang paling penting Allah masih bagi aku hati sampai detik aku menulis hari ini, Dia bagi kesedaran walau aku cuma manusia biasa untuk menjadi seseorang yang hebat.
Sebenarnya ada banyak , tak tertulis. Saja aku coretkan sedikit coretan memori . Apa yang aku jadi pada hari ini hasil tarbiyah ke? Entah aku tak tahu sebab aku selalu baca novel Hilal Asyraf, majalah Solusi, majalah Anis, kadang-kadang aku surfing internet pasal Islam. Terdetik hati aku nak pakai niqab tapi aku agak pening kepala dengan hukum-hukum fiqh maka aku tangguhkan sebentar sementara aku perhatikan sekeliling aku. Sekeliling aku memang biasa, dulu pernah juga minta izin dengan mak tapi mak tak beri, sama juga waktu aku  nak pakai tudung labuh, mak tanya tak panas ke, aku cakap dekat mak , “adik boleh pakai tudung biasa juga la mak, asal tutup aurat, yang labuh tu,insyaAllah. Boleh diseimbangkan”. Well aku tak tahu nak kata apa.
Hidayah takkan datang kalau tak dicari. At least , i thanked to my mak because give my name, NUR HIDAYAH. Siapa yang tak nak hidayah Allah bukan? Aku harap aku terus kuat untuk terus mencari hidayah dalam hidup aku. Aku pun buat dosa dan pernah hati aku jadi bongkak ,takbur dengan diri sendiri taknak minta maaf sama Allah. Tapi waktu ketika itu hati aku tak pernah tenang. Aku berhenti sekejap untuk merenung, aku dah tak tahan sangat nak menanggung perasaan hina, malu dan macam-macam. Sampai aku sujud pohon pada Allah, “ ya Allah ampunkan aku, aku yang hina, yang lemah, yang buruk ini banyak melakukan dosa”.. untuk seketika itu hati bagai dicurah air yang sejuk, tenang. Sekali lagi aku menangis, Allah berikan ketenangan yang cukup-cukup mendamaikan, aku tidak pula ingin jadi manusia kufur dan munafik, sebab itu ada peluang, bila aku ada berada di luar, aku akan pandang ke langit, dalam hati aku, menyuruh aku memuji kebesaran Allah. 18 tahun tak cukup lama macam orang yang hidup lebih lama daripada aku. Tapi biarlah dalam kesempatan ini aku mencari kesedaran. Allah tunjukkan kesempatan dan ketenangan kepada aku dari arah yang tak disangka-sangka.

MAKA YA ALLAH, ENGKAULAH KEBESARAN CINTA YANG PALING AGUNG. AKU POHONMU YA ALLAH, TIKA AKU MENULIS INI, AGAR ENGKAU JADIKAN AKU MANUSIA YANG SUKA DENGAN SIFAT CINTA, PENUHILAH AKU DENGAN CINTA TERHADAPMU, KELAK ANDAI AKU JATUH CINTA PADA HAMBAMU YANG LAIN BIARLAH TERHADAP HAMBA YANG TURUT MELABUHKAN CINTANYA TERHADAPMU. CINTA DALAM DIRI INI DIKUASAI,DIMILIKI OLEH ENGKAU,WAHAI ARRAHMAN,MAKA SUBURKANLAH, AGAR AKU MAMPU MENJADI HAMBAMU YANG BERSIFAT CINTA TERHADAP YANG LAIN. ENGKAU SEBAIK-BAIK PENGURNIA CINTA. AMIN.

Isnin, 6 Februari 2012

Aku yang merasakan diri yang HEBAT.

Kita yang HEBAT itu.

Bismillahirahmanirahim. HEBAT. Ada kisah waktu naik bas untuk balik rumah dari sekolah sebab ambil buku teks tingkatan 5 masa tu bulan 12 tahun 2010. Ada seorang pakcik menyapa aku ,bertanyakan bas tu nanti berhenti dekat mana. Pada mulanya aku ingat pakcik ni orang Indonesia sebab dialek dia lebih kurang sama je, rupanya dia orang Sabah. Manager balak dekat kampung sebelah aku. Kaya la tu. Entah macam mana , aku dan pakcik ni boleh bersembang. Pakcik ni tanya aku nak jadi apa, aku jawab aku nak jadi cikgu. Dia kata baguslah, lepas tu dia cerita pasal keluarga dia. Aku  bangga juga dengar kisah anak-anak dia yang berjaya. Yang paling aku tak boleh jangka , pakcik tu siap telek muka aku , biasala muka aku lain sikit dari orang lain, muka aku ni terlebih manis sebab orang lain biasanya ada satu tahi lalat, yang aku ni ada 2. Satu sebelah kanan bawah bibir, satu lagi dekat pipi kiri. Memang lain sangat. Dan untuk pengetahuan aku memang tak suka dengan diri aku pada mulanya.
Pernah ada ustaz masuk kelas aku , dia niatnya nak buat lawak dan bergurau je tapi gurau dia tu buat meleleh air mata aku keluar. Waktu aku dah menyentap la sebab dia buat gurauan pasal tahi lalat aku. Malu pun ada tapi ustaz minta maaf dekat aku dan dia menjadi antara cikgu fevret aku,nama ustaz tu ustaz zaki. ....cerita baru nak start.
Dalam keluarga aku, aku sorang je ada tahi lalat dan kakak-kakak aku kulit diorang kira cerah and licin la juga. Mak aku kulit cerah dan kurus orangnya. Waktu muda , pergh cantik... makan jamu la katakan. Kalau tak cantik takkan la abah menjadikan ibuku suri hatinya. Aku ni baka abah aku, kulit aku hitam manis, hidung pesek tapi Allah dah cipta maka jadilah aku hamba yang bersyukur. Okey apa hidung pesek,Al Khansa tu hidung pesak gak,tapi ramai yg nak, lepas tu antara bidadari syurga tu...
Aku pernah tanya mak aku,”mak ,kenapa adik ada tahi lalat? Orang lain takdapun”. Aku sedih sebab penampilan aku. Waktu aku darjah 2 sampai darjah 6, aku seorang yang berbadan gempal,gemuk dan tembam sebab aku kuat makan. Walaupun aku berpenampilan tidak berapa cantik , tapi ada sesuatu dalam diri aku, yang aku tahu aku ada iaitu KEBERANIAN. Aku berani untuk berhadapan dengan khalayak ramai sebab waktu sekolah rendah, aku selalu masuk pertandingan bercerita,masuk tilawah,masuk nasyid,main bola jaring. Masuk tilawah memang la aku takkan menang sebab tok guru aku selalu perli aku. Kalau masuk bercerita paling koman dapat no 2 je...dah juaranye mesti la hebat daripada aku. Bola jaring tu, aku jd Goalkeeper je, budak tembam macam aku ni dulu mana boleh lari-lari sangat. Aku bab lari-lari aku fail, kalau kat sekolah rendah asyik dapat no last je. Sekolah rendah aku sekolah paling kurang murid. Satu darjah hanya ada satu kelas. Kelas aku Cuma ada 24 orang. Budak darjah lain pun standard bilangan macam kelas aku juga. Masuk sekolah menengah je, aku lumba lari tak dapat no last dah sebab ada ramai murid yang seangkatan dengan aku..hehehe.
Mungkin Allah tak beri kelebihan untuk aku lebih cantik fizikal dan paras daripada yang lain, tapi Allah beri aku sesuatu yang lebih daripada cantik itu. Kekuatan, minda positif, yang paling penting aku ada kehebatan aku sendiri. Dan aku gunakan kehebatan aku untuk mencantikkan hati aku. Aku tak malu untuk katakan aku hebat, kerana kata-kata itu adalah doa. Aku tak juga jelek dengan diri aku kini, kerana setiap yang Allah kurniakan kepada aku terkandung hikmah yang tersendiri. Aku lebih suka untuk bersangka baik, kerana dengan bersangka baik itu memaniskan hati yang tawar.
Semakin aku meningkat dewasa, pemikiran aku semakin berkembang. Pernah aku pergi satu kem ni, kawan aku tanya aku tak segan ke sebab aku ni lain daripada orang lain . aku jawab tak sebab aku pun manusia sama dengan mereka walaupun dalam hati aku, aku terasa dengan pertanyaan mereka ,but at least terasa aku tak lama, aku boleh go on. Ilmu tu untuk dicapai, sebab aku berani dan aku yakin aku boleh , aku boleh jadi presiden untuk satu kem kelab setia peringkat negeri Perak walaupun waktu tu ada juga budak tingkatan 5 dan 6 yang lebih tua daripada aku.So, kalau aku boleh, kamu semua atau kita pun boleh. Aku ni budak perempuan, mana pergi leader2 lelaki gamaknye. Naib Presiden aku baru la budak lelaki tingkatan 3. Nama dia agak panjanh Muhammad Amirul Amir ...ntah panjang sangat nama dia...huhu
Okey la sambung cerita pakcik yg telek muka aku, dia tengok aku ni ada tahi lalat, dia kata suatu hari nanti aku akan jadi seorang yang HEBAT. Aku senyum la sorang-sorang. Tak tau la boleh percaya ke tak tapi jauh dalam sudut hati aku, andai aku menjadi orang-orang yang berusaha, kelak kehebatan dan kejayaan itu bakal menjadi milikku...aku ingat nama pakcik tu AZLI. Sejak hari tu aku dah tak terserempak dengan dia sebab aku dah tak naik bas pergi mana2 , naik tingkatan 5 dengan beraninya aku pergi sekolah sorang2 naik motor dari pukul 6.50 pagi. Sekolah dengan rumah aku lebih kurang lebih 14 kilometer la jugak. Ada je sekolah kat kampung sebelah  tapi aku sejak tingkatan 1 dah sekolah dekat pekan sungai siput, SMK Tok Muda Abdul Aziz. Lama2 jadi biasa , dah berani untuk pergi mana2 sampai boleh pergi jalan2 dekat Kuala Kangsar sampai emak aku tak tahu. Ha yang tu jangan tiru perangai aku.
I thanked to Allah because Allah gave me courages. Keperasanan adalah asas keyakinan, keyakinan asas kejayaan, deduksinya, keperasanan asas kejayaan. Hehehe. Biarlah apa moto mahupun prinsip dalam hidup , aku yang bergelar muslimah dan umat Islam ini, teramat yakin, umat Islam umat yang hebat, umat ini adalah umat yang terbaik yang pernah dilahirkan.  Setiap orang Allah berikan kelebihan masing-masing, kelebihan aku adalah untuk berminda positif, dulu mungkin aku jelek dengan penampilan aku, tapi lepas aku kenal erti ISLAM yang cantik tu, kejelekan itu hilang, bila aku sarungkan diri ini dengan pakaian taqwa, dengan pakaian seorang muslimah, menutup aurat, dan aku ketika itu menjadi antara orang-orang yang tenang hatinya.
Well, i am not a religion people, mak abah aku bukan orang agama, walaupun mak dan kakak aku tak pakai tudung labuh, tapi aku tetap berani untuk pakai tudung labuh sebab aku kan HEBAT, kalau dah betul aku buat, tak salahkan. Berani biarlah bertempat, kerana kehebatan  berlandaskan keberanian yang sewajarnya.
Tahi lalat aku ni pemanis muka,sekarang aku dah tak gemuk, dah kurus sikit hasil aku duduk asrama ,jalan kaki, dan naik basikal pergi sekolah dulu. Aku tak bercerita untuk takbur, aku bercerita untuk aku sematkan kenangan lalu, tak gah mana tapi sekurang-kurangnya aku ada asas kehidupan. Kita semua hebat, kita semua akan jadi hebat apabila kita berminda positif.
Aku diangkat menjadi pemimpin, tapi sebaik pimpinan dari kalangan lelaki, aku akui fitrah aku sebagai seorang perempuan. Aku bukan wanita lagi, aku masih remaja perempuan yang memupuk diri menjadi seorang yang matang, fitrahnya aku hanya mahu jadi pemimpin rumah tangga dan anak-anak suatu masa kelak. Sekarang ni dalam proses pembelajaran..
Selamat menjadi Orang yang HEBAT UNTUK SEMUA SAHABAT-SAHABATKU.

Cerita banyak lagi, nanti-nanti aku sambung la..k... wassalam.

6/2/2012
8.18 PM
KUALA LUMPUR.

Jumaat, 3 Februari 2012

Mari Sayang Ibu.. Khas untuk anak-anak

Ibuku yang solehah.

Sejak kecil lagi , emak jaga saya, berikan kasih sayang, pakai makan dijaganya, ajarkan saya solat, hantar saya mengaji dekat rumah jiran belakang sebab emak tahu,bila emak ajar saya, saya akan lebih memberontak . Sejak kecil lagi emak jaga saya. Buktinya, setiap kali emak pergi belajar menjahit, emak akan bawa saya ikut sama. Kami pergi jalan kaki sama-sama, emak dukung saya. Bila saya umur 3-4 tahun mak akan bawa saya naik basikal, saya duduk dekat belakang, emak kayuh basikal. Emak akan bawa saya ke mana saja dia pergi. Sayangkan emak dengan saya.

Bila saya dah bersekolah, saya tak tahu nak buat kerja sekolah, saya Tanya emak, emak boleh tolong sikit-sikit je sebab emak sekolah sampai sekolah rendah je tapi emak suruh saya belajar tinggi-tinggi supaya nanti saya boleh tolong emak.
waktu saya kecil dulu, saya suka merajuk sambil tu saya tanya mak saya “Emak, sayang adik tak?”. Emak jawab, “mana ada emak yang tak sayangkan anaknya”.
Sekarang umur saya 18 tahun. Saya merupakan anak yang bongsu, ada yang kata saya anak manja tapi tidak sebenarnya. Emak dan abah akan bagi apa yang saya minta , setiap keperluan saya dipenuhi. Allah juga yang mencukupkan hamba-hambaNya. Saya belajar erti syukur. Tapi bila saya tak peroleh sesuatu saya tidak pula ralit sebab “ orang mukmin itu apabila dia mendapat seseuatu dia akan bersyukur, apabila dia memperoleh kekurangan tidak pula ia marah dan sebaliknya redha serta sabar”.



Emak seorang yang tabah. Seorang wanita yang taat dan setia terhadap suaminya.Rasulallah pernah bersabda , sekiranya aku menyuruh wanita itu sujud aku akan menyuruh mereka sujud dikaki suami mereka. Sebabnya suami itu pemimpin yang menggalas tanggungjawab yang berat. Abah seorang yang garang dan tegas. Setiap kali abah marah, emak tak pernah nak menjawab, emak diam dan emak seorang wanita yang tidak suka memburukkan orang lain terutama di khalayak ramai. Emak seorang ibu yang prihatin, kasih akan anak-anaknya, tidak pernah membezakan anak-anak yang lain. Dikandungnya kami selama 9 bulan , disusuinya kami adik beradik. Emak pernah mengandung , lepas tu anak emak meninggal dalam perut, bila saya dengar cerita emak, jauh dalam sudut hati saya ,saya tahu emak sedih. Anak-anak merupakan hadiah dari Allah sekaligus penawar hati untuk wanita yang bergelar ibu.

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). Luqman ayat 14



Seorang emak boleh jaga 7 orang anak tapi 7 orang anak tak semestinya boleh jaga seorang ibu.
Oleh itu, hati disapa keinsafan untuk menghargai emak, jasa dan kasih sayangnya tak terbalas. Saya seorang anak perempuan , orang kata doa anak lelaki lebih cepat makbul tapi saya simpan azam dalam diri saya, sekiranya diizinkan Allah, saya mahu jadi pelindung ahli-ahli keluarga saya dari azab neraka.

Ada kisah, saya terasa hati dengan emak. Agak berhari kami tak bercakap,saya agak berkecil hati . saya pergi sekolah dengan riak muka yang biasa, bila balik sekolah saya terus masuk bilik. Waktu ketika itu ibarat menjadi anak derhaka tapi emak tetap kisahkan saya,jaga makan minum saya. Saya berdoa supaya Allah ampunkan dosa saya ini. Waktu tingkatan 3 , hari pohon restu untuk ibu ayah, abah takde waktu masa tu, mak je ada. Saya ingat lagi saya minta maaf dengan emak sungguh-sungguh. Emak menangis, saya pun menangis. Emak selalu doakan kejayaan, kebahagiaan anak-anaknya.

Emak seorang yang taat pada Allah. Tak pernah saya tengok emak tinggal solat. Sebab saya tahu sesuatu, emak meletakkan Allah sebagai tempat pergantungannya bukan manusia lain. Kadang-kadang tu saya tengok air mata mak mengalir. Bagi emak, yang paling kuat pertolongan,bantuan dan ketenangan adalah dengan dekat dengan Allah, sebab tu mak baca al quran hari-hari. Tak macam anak-anak emak . Emak sabar dan terus mendoakan anak-anaknya.



Emak seorang surirumah tangga yang teramat hebat dimata saya. Macam-macam emak buat, jahit baju, masak, kemas rumah, pergi amanah ikhtiar, kadang-kadang bermarhaban,berzanji,berkompang ,macam-macam lagi. Waktu kecil, kalau kampung buat rombongan,emak akan bawa saya dengan kakak saya sebab kami sama-sama budak-budak lagi. Semua kerja mak buat. Hebatkan?


Emak seorang yang menjaga diri dan cinta akan suaminya. Waktu abah meninggal, emak tak menangis teresak-esak depan kami tapi dihadapan seorang opah saudara saya ,emak cakap dengan lirih yang abah dah pergi. Waktu tu saya sangat tersentuh. Saya tahu, emak dah kehilangan seorang suami,pendampingnya didunia. Tapi emak tetap sabar. Emak kuat, sebab kami anak-anak.
Lepas abah meninggal, saya tinggal dengan emak. Masa saya lebih banyak duduk luangkanmasa, sembang-sembang dengan emak. Ada hikmah juga saya tak duduk asrama. Saya ingat lagi emak tak bagi saya masuk kelas agama , mula-mula saya desak nak masuk tapi tak dapat juga. Hikmah emak larang masuk kelas agama, kelas agama itu tak sepenuhnya menerapkan tarbiah tapi sekadar pelajaran akademik bahasa arab. Tapi yang terjadi pada saya lain, saya dapat tarbiah walaupun caranya agak berlainan daripada pelajar yang belajar di sekolah atau kelas agama.Alhamdulillah. Allah beri teguran kepada saya dengan menjadikan emak sebagai asbabnya. Lepas abah meninggal saya istiqamah tutup aurat , supaya abah dan emak takkan terkena bahang api neraka sebab saya sayangkan emak abah saya. Saya tahu saya manusia biasa, bukan anak yang solehah tapi saya akan usaha sebab itu lebih baik daripada kelak saya mati saya tak berbuat apa-apa.



Barangkali kamu sangkakan baik itu, buruk bagi kamu, dan yang kamu sangka buruk itu, merupakan kebaikan bagi kamu. Ayat dalam surah al Baqarah.

Emak juga manusia biasa. Kerap terluka hatinya, tapi seperti saya cerita emak seorang yang tabah. Kasihnya seorang ibu itu sehingga tidak sanggup untuk anak-anaknya susah.
Saya nak beli sesuatu tapi waktu tu emak takda duit, jadinya saya cakap pada hati lain kali pun boleh beli. Lepas tu emak dah ada duit,mak belikan saya barang tu.
Kasih sayang bukan sekadar dari material. Walau hati emak terasa dengan anak-anak tapi terasa emak tak pernah lama. Tak macam anak-anak, ada yang sanggup berdendam. Nauzubillahminzalik. Antara tanda-tanda hari kiamat apabila seorang perempuan melahirkan tuannya. Sepatutnya aku merenung, wajarkah aku menafikan hak ibuku sebagai pendamping anak-anak yang setia? Sama sekali tidak.


Saya menulis kerana salah satu cara saya luahkan sayang saya terhadap emak. Emak mungkin tak membaca apa yang saya tulis sebab emak tak tahu buka computer. Sebelum pergi mana-mana saya akan cium pipi emak, lepas tamat perbualan kami dekat telefon, saya akan cakap saya sayang mak. Sebab I really mean it. Saya cuma nak jadi hamba Allah yang bersyukur. Apa yang saya buat masih tak cukup untuk balas balik pengorbanan yang emak buat. Saya percaya hukum karma, saya percaya takdir Allah. Niat menulis sekadar untuk jadi peringatan buat saya yang alpa, menghargai seorang wanita bergelar ibu.

Pernah saya terfikir, kalau emak sudah tiada, baru nak cari emak padahal waktu hidup taknak pun jumpa emak,baru nak rindu, baru nak kesal sebab tak sempat minta maaf pada emak. Nasihat Luqman terhadap anaknya” wahai anakku sayang,berbuat baiklah terhadap ibu dan ayah”.

Emak sayang anak emak, emak sayang menantu emak, emak sayang cucu emak. Emak selalu disisi saya waktu macam-macam masalah yang melanda, macam mana masalah dengan kawan-kawan saya, betapa tergurisnya hati saya. Emak beri nasihat kepada saya, temankan saya. Emak antara pillar strength saya selain Allah dan Rasulallah saw.
Bila Allah menyapa lembut hati ini dengan hidayahNya, hati ini sedar agar menghargai manusia-manusia sekeliling.


Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah pertunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah pertunjuk kepada sesiapa yang dikehendakkiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah pertunjuk (kepada memeluk Islam). Al Qasas ayat 56.,



Hadis Qudsi
“ hai cucu Adam ! Janganlah engkau melambatkan taubat, memanjangkan angan-angan dan kembali ke Akhirat tanpa amal . Berkata bagai abid namun berbuat seperti orang munafik. Jika diberi tidak menerima. Jika tidak diberi tidak sabar. Suka orang soleh tetapi tidak termasuk mereka. Benci orang munafik tapi dia termasuk mereka. Dia perintahkan kebaikan tapi tidak melakukannya. Dia melarang kemungkaran namun tidak meninggalkannya.

Buat emak tersayang Puan Jamaliah binti Asri, she is the great mother, bidadari hati, penyejuk dan pendamai mata bahkan kalbuku...


Untuk anak-anak semua ,hargai ibu anda, kerana nilai seorang ibu tak ternilai kerana pengorbanannya bahkan tempatnya disisi Allah dan Rasulallah saw dalam syurga yang mengalir sungai dibawahnya....

Wallahualam bissowab.

Satu Penghijrahan

Pada saat khalifah Umar Bin Abdul Aziz menjadi pemerintah, baginda memerintahkan seseorang untuk membeli sehelai baju untuknya denggan wang sebanyak lapan dirham. Utusan itu kemudian pergi dan setelah beberapa saat, ia kembali dengan membawa baju yang dibeli. Umar Ibnu Abdul Aziz meletakkan tangannya di atas baju yang baru dibeli itu sambil berkata:” Alangkah lembut dan bagus baju ini!” Lelaki yang membelikan baju itu tersenyum dan Umar kepadanya:”Mengapa engkau tersenyum?” Dia menjawab :”Kerana engkau,wahai Amirul Mukminin, sebelum menjadi khalifah ,engkau pernah memerintahkanku untuk membeli kain sutera .Ketika aku membelinya dengan harga seribu dirham ,dan engkau merabanya dengan tanganmu, engkau bersungut:” Alangkah kasarnya kain ini! Tetapi sekarang engkau merasakan lembut pada kain yang hanya lapan dirham.”

Umar berkata:”Aku tidak boleh menganggap orang yang membeli sehelai kain berharga seribu dirham memiliki rasa takut kepada Allah.” Kemudian dua berkata:” sesungguhnya aku memiliki jiwa yang selalu ingin naik ke tingkat yang lebih tinggi. Setiap kali aku meraih sesuatu kedudukan , aku ingin yang lebih tinggi daripada itu, aku telah diangkat menjadi gabenor, aku pun ingin menjawat jawatan sebagai khalifah. Kemudian aku diangkat menjadi khalifah, aku pun ingin meraih yang lebih agung daripada itu, iaitu syurga.”

Aku terlihat sesuatu dalam peribadi Umar Ibnu Abdul Aziz ini.....
sentiasa menginginkan yang paling tinggi dalam setiap pekerjaannya ..

Jauh merenung, jauh aku memikirkan, hati sering disapa dengan teguran dari Allah secara lembut. Terkesan tapi aku takut sekiranya hati ini berubah kembali ...

Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah pertunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah pertunjuk kepada sesiapa yang dikehendakkiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah pertunjuk (kepada memeluk Islam). Al Qasas ayat 56.

Berhijrah kepada sesuatu yang lebih baik hidayah. InsyaAllah,,

Rabu, 1 Februari 2012

Kata-Kata Hikmah.



· Nabi SAW bersabda ”Ada tujuh golongan manusia yang akan dilindungi Allah dengan lindungannya pada hari tiada lindungan lain kecuali lindungannya sahaja iaitu :- Pemimpin yang adil, pemuda yang membesar dalam keadaan mengabdikan diri kepada Allah, lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid, dua lelaki yang berkasih sayang hanya kerana Allah bertemu dan berpisah hanya keranaNya, seorang lelaki yang digoda oleh seorang perempuan yang mempunyai kedudukan dan kecantikan tetapi lelaki iti menolak dengan berkata sesungguhnya aku takutkan Allah, seorang lelaki yang merahsiakan sedekahnya sehingga tidak diketahui oleh orang lain dan seorang lelaki yang duduk menyendiri munajat kepada Allah lalu mengalirkan air matanya.[Muttafaqun Alaih]

· Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka akanku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah.."*hassan banna*