Isnin, 18 April 2011

PENGALAMAN



Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Teringat aku pada firman Allah.”sesungguhnya manusia itu berada didalam kerugian melainkan orang yang sabar dan beramal soleh”. 5 tahun di bumi STMAA memberi pelbagai seribu satu rasa,gembira,suka,duka dan pengalaman serta pengajaran untuk hari esok. Alhamdulillah,Allah itu maha mengasihi hamba-hambanya. STMAA merupakan medan perjuangan untuk berjihad dalam medan ilmu yang para pendidiknya menginginkan setiap anak didiknya itu akan berjaya. Ya, aku pasti..itulah harapan guru-guru termasuk aku yang ingin turut menggapai cita-citaku sebagai seorang guru. Mendidik dan melahirkan anak-anak harapan agama,bangsa dan negara. Ada suatu ketika aku mengunjungi sekolah rendahku,terbaca aku sebuah kata-kata.. “ sultan yang bertakhta pada hari ini,perdana menteri yang mentadbir sebuah kerajaan pada hari ini , doktor pada hari ini, dan setiap apa yang kita berjaya lakukan pada hari ini, permulaannya dari GURU. Persekolahanku akan tamat sehabisnya SPM 2011 . Guru-guruku, aku mewakili semua pelajar tingkatan 5 mengucapkan ribuan terima kasih dan aku tahu ucapan ini masih tidak mampu untuk membalas setiap nikmat ilmu yang dicurahkan. Guru itu asbab(perantara) untuk kami ini menerima ilmu yang tak sudah dan maafkanlah kami atas kelancangan sifat yang tidak kami sengajakan. Bumi STMAA jugalah menemukan aku dengan sahabat-sahabat yang pelbagai ragam. Bila ada yang jatuh, ada yang menghulurkan tangan membantu bangun bersama. Kesedihan yang dihadapi dikongsi bersama tanda itulah sahabat. Dan di situ jugalah persahabatan terjalin atas dasar iman. Setiap ahli didalam kelas itu aku rasakan ibarat sebuah keluarga. Ada abang ,adik-adik perempuan dan adik-adik lelaki. Subhanallah, benarlah Allah itu yang menemukan sesama hambanya,berkenalan dan menjalinkan ukhwah. Kelak pasti aku terasa dengan perpisahan. Perpisahan itu jugalah yang membuahkan rasa rindu dan dari situlah jadinya kita hamba yang mensyukuri bahawasanya lebih banyak nikmat yang Allah bagi berbanding dengan dugaan.


Pasti ada kerinduan mendengar suara cikgu Arbaiyah (pk koko) memanggil kami turun dari kelas untuk pergi KOKO. Aura cikgu zabidi yang memberikan kata-kata semangat menggegarkan keazaman kami untuk terus berusaha lebih gigih, guru-guru yang aku cintai. Kaunselor-kaunselor yang prihatin dan yang lain-lain. Aku masih ingat , aku mungkin bukan pelajar yang bijak tetapi hadirnya guru ,aku jadi seorang yang sedar. Mungkin aku bukan pelajar yang terkenal kerana bijak dalam akademik dan handal di dalam medan kesukanan tetapi aku mahu jadi pelajar yang ilmunya berkat sepertimana guru-guruku ini mendidik aku dan pelajar-pelajar lain atas mencari keberkatan Allah itu sendiri. Aku juga turut bersyukur kerana aku lahir sebagai seorang Islam. Kerana aku lahir sebagai seorang Islamlah, aku mengerti semua nilai-nilai yang aku peroleh di bumi STMAA ini tidak ternilai dan tetap tersemat kukuh dalam ingatan . Betapa banyak pengorbanan, rungutan tapi semua itu membuatkan aku menjadi seorang manusia ikhlas ,ikhlas dalam mendoakan kesejahteraan warga STMAA ini agar pada penghujung hari kelak semua ini menjadi hamba yang beriman mengisi syurga-syurga Allah . Hadis riwayat muslim “ tidak dikatakan kamu beriman andai kamu tidak mencintai saudaramu yang lain”. “ Kamu adalah sebahagian yang lain”. Aku tetap yakin kita semua bersaudara, kerana Adam dan Hawa itu permulaannya . Kita ini percambahan dari induk itu.


Tinta ini pasti kehabisan dakwat. Perjuangan di STMAA pasti akan beralih arah di medan ilmu yang lain. Pengalaman dan cabaran yang seterusnya pasti ditempuhi juga. Allah itu maha besar, setiap anak didik di STMAA ini, insyaAllah pasti akan berjaya walaupun bukan gah dimata dunia sekalipun tetapi gah di hati dan mata penciptanya. Oleh itu, wahai adik-adik sekalian ingatlah perjuangan tidak akan tamat dan akan berterusan walaupun kalian semua tamat belajar di STMAA, tamat universiti , sudah bekerja sekalipun dan berkahwin perjuangan itu hanya tamat bila malaikat Izrail menjemput . Perjuangan dalam menjadi insan yang berguna dan STMAA itu merupakan salah satu wasilahnya. Jadikan apa yang berlaku semalam sebagai pengalaman yang indah,dan

yang buruk sebagai pengajaran. Dan usah sedih atas kegagalan lagi kerna dari kegagalan kita menjadi manusia yang sedar dan dari kegagalan itu kita berazam untuk menjadi anak didik STMAA yang cemerlang. Misi utama setiap pejuangan itu ialah rasa bersyukur dan berusaha untuk jadi hambaNya yang lebih mensyukuri dan memahami setiap yang berlaku. Mungkin aku tak sehebat penulis yang hebat mengarang tetapi Rasulallah s.a.w pernah berkata “ballighu anni walau aayah( sampaikanlah walaupun satu ayat).


Nukilan : Full Time Muslimah.