Jumaat, 3 Februari 2012

Satu Penghijrahan

Pada saat khalifah Umar Bin Abdul Aziz menjadi pemerintah, baginda memerintahkan seseorang untuk membeli sehelai baju untuknya denggan wang sebanyak lapan dirham. Utusan itu kemudian pergi dan setelah beberapa saat, ia kembali dengan membawa baju yang dibeli. Umar Ibnu Abdul Aziz meletakkan tangannya di atas baju yang baru dibeli itu sambil berkata:” Alangkah lembut dan bagus baju ini!” Lelaki yang membelikan baju itu tersenyum dan Umar kepadanya:”Mengapa engkau tersenyum?” Dia menjawab :”Kerana engkau,wahai Amirul Mukminin, sebelum menjadi khalifah ,engkau pernah memerintahkanku untuk membeli kain sutera .Ketika aku membelinya dengan harga seribu dirham ,dan engkau merabanya dengan tanganmu, engkau bersungut:” Alangkah kasarnya kain ini! Tetapi sekarang engkau merasakan lembut pada kain yang hanya lapan dirham.”

Umar berkata:”Aku tidak boleh menganggap orang yang membeli sehelai kain berharga seribu dirham memiliki rasa takut kepada Allah.” Kemudian dua berkata:” sesungguhnya aku memiliki jiwa yang selalu ingin naik ke tingkat yang lebih tinggi. Setiap kali aku meraih sesuatu kedudukan , aku ingin yang lebih tinggi daripada itu, aku telah diangkat menjadi gabenor, aku pun ingin menjawat jawatan sebagai khalifah. Kemudian aku diangkat menjadi khalifah, aku pun ingin meraih yang lebih agung daripada itu, iaitu syurga.”

Aku terlihat sesuatu dalam peribadi Umar Ibnu Abdul Aziz ini.....
sentiasa menginginkan yang paling tinggi dalam setiap pekerjaannya ..

Jauh merenung, jauh aku memikirkan, hati sering disapa dengan teguran dari Allah secara lembut. Terkesan tapi aku takut sekiranya hati ini berubah kembali ...

Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah pertunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah pertunjuk kepada sesiapa yang dikehendakkiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah pertunjuk (kepada memeluk Islam). Al Qasas ayat 56.

Berhijrah kepada sesuatu yang lebih baik hidayah. InsyaAllah,,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan