Ahad, 26 Februari 2012

ZAUJAH DI HATI.

Bismillahirahmanirahim.


Mata ini melihat satu figura wanita solehah, seorang zaujah yang setia terhadap suaminya. Tidak pernah walau sekali meninggikan suara terhadap suami, amanah dengan tanggungjawab mendidik anak-anak, tidak pernah tinggalkan solat, dan terbit kekaguman dalam hati ini, melihat ketabahan dan kegigihan dalam menjalani kehidupannya sebagai seorang isteri,ibu dan muslimah.


Setiap wanita perlukan pembimbing?


Ya, sekiranya aku ditanya soalan ini pasti aku katakan , “semestinya aku juga ingin seseorang yang memimpin aku ke jalan yang benar. Mendampingi setiap masa, berkongsi kasih sayang, kesusahan dan menjalani sebuah kehidupan berkeluarga yang Allah berkati”. Setiap wanita inginkan pembimbing, tapi aku melihat dari sudut yang berlainan. Andai kata bukan aku yang terpilih dalam hidup bersama yang tercinta maka dimanakah pembimbingku yang sebenar. Saban kali aku mendengar, segelintir akan berubah baik apabila sudah berjumpa dengan pembimbing masing-masing. Walhal, baru kini aku sedar , aku yang membimbing diriku. Kalau ikutkan hati, aku begitu penat dan amat penat hidup keseorangan, aku bukan abid bahkan bukan yang alim. Aku cuma seorang perempuan biasa yang sering khilaf. Namun begitu,tatkala aku mengatakan aku keseorangan sebenarnya tidak. Allah lengkapi hidup ini dengan keluaga dan sahabat-sahabat.



Bimbingan hanya dari lelaki?


Penyataan tu siapa yang keluarkan? SALAH. Women can survive without men. But she cannot survive without Allah. Adakah kesedaran yang aku peroleh ini daripada seorang lelaki? Semestinya tidak. Bukankah Allah pernah berfirman dal surah al Qasas ayat 56


Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah pertunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah pertunjuk kepada sesiapa yang dikehendakkiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah pertunjuk (kepada memeluk Islam).


 Then, ones again. Its not from a men but it comes to us if we find it. (english aku memang berterabur, jangan komen lebih-lebih). 


Bukan aku membuka aib sendiri tapi kelemahan aku, aku kerap menghadapi situasi futhur. Keep try and error. Sungguh rugi diri ini kalau berterusan sedemikian.

Zaujah pendamping suami.


Bila masuk bab kahwin, memang topik yang paling paling paling paling paling aku minat. Senyum sikit sampai nampak gigi...:) ngeeeee.  JIWANG TAPI BERIMAN.. kriteria yang harus ada pada bakal suamiku. Hehe(ini bukan gatal tapi kena cari yang sekufu la katakan). Baiklah, definisi kahwin ialah percantuman antara lelaki dan perempuan. Lelaki dan perempuan Allah ciptakan untuk saling melengkapi. Kahwin itu amatlah indah tapi aku amat mengetahui apabila terbinanya sebuah pernikahan maka pernikahan atau perkahwinan itu ialah satu perjanjian berat dimana pasangan itu sudah mampu dan bersedia untuk menggalas tanggungjawab dalam melahirkan generasi pembina ummah. Rumahtangga tercipta adalah bertujuan untuk pembinaan ummah yang bersatu padu dan meneruskan delegasi Islam. Masih lagi aku ingat apabila Habib Ali Zaenal Abidin pengasas majlis taalim Kuala Lumpur dalam kuliyah di masjid Muadz bin Jabal, menerangkan perkahwinan itu satu perjanjian berat dan berkahwinlah mereka(iaitu orang-orang yang mampu). MAMPU. Ulang lagi sekali MAMPU. Mampu dari segi zahir dan batin . bahkan tidak bertujuan untuk menyeksa wanita itu.

Aku sukakan perkahwinan tapi bukanlah sekarang ,kerana masanya belum tiba( ye la baru umur 18 tahun kot, tak matang lagi untuk memahami erti tanggungjawab). Berusahalah wahai sahabtku dalam mencari jodoh yang terbaik untuk dirimu. 


Bila orang yang tersayang meninggalkan aku dan keluarga , aku lihat zaujah itu kepiluan, masih aku ingat air mata yang mengalir, masih segar dalam ingatanku betapa kelamnya hari-hari yang dihadapi. Namun zaujah itu tetap kuat menghadapi hari yang seterusnya tanpa suami tercinta. Kerana anak-anak, hidup perlu diteruskan.

Simbolik cinta zaujah itu, mengajar aku untuk sebuah persediaan menghadapi hari yang seterusnya tanpa seorang PELINDUNG. Dan perlindunganku hanya kepada Allah.

PESAN PADA DIRI YANG LEMAH INI, BERSEDIALAH WAHAI DIRI UNTUK SEBARANG KEMUNGKINAN KERANA SEDIH DAN GEMBIRA ITU PASTI AKAN ADA PENGAKHIRANNYA,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan