Jumaat, 21 September 2012

La Tahzan.. doakanlah yang terbaik buatnya.


Bismillhirahmanirahim.
Hari ini 21 September 2012.

Seorang kawan sekolah aku meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun ,Ipoh. Namanya Nor Amirah Binti Ghazali.  Aku tahu semua orang sedih dengan kehilangan seorang kawan yang baik macam dia. But La Tahzan semuanya. Ajal maut, jodoh dan pertemuan itu di tangan Allah. Sudah tercatat di loh mahfuz , sudah tiba detik untuk dia menemui tuhan yang menciptakannya.
Perjalanannya baru bermula didunia akhirat sana, tapi kita masih didalam perjalanan dunia yang kita tidak tahu bila akan terhentinya waktu buat kita. Kita datang dari Allah, kita pulang kepada Allah.

Insaf. L

Sebab hidup ini cuma sementara. Bahkan semuanya pinjaman buat kita. Yang masih hidup ini terus perjuangan dalam menjadi seorang hamba Allah. Sahabat baik kita kelak disana ialah amal  bukan lagi keluarga, mak, ayah, suami,isteri mahupun teman.

Aku tahu semua orang sedih. Semua orang rasa kehilangan lebih-lebih keluarga mira dan kawan-kawan baik dia. Aku yang baru kenal dengan dia pun , rasa sedih tapi kesedihan ini usah berlanjutan. Terus maju dalam hidup. Doa pada Allah moga kita bertemu dengannya di Syurga Allah kelak.

Syurga itu bukan senang digapai. Ia perlu dengan pengorbanan. Kematian kadang kala buat kita insaf, melembutkan hati yang keras. Sahabat yang baik adalah sentiasa saling ingat mengingati. Sedekah al fatihah dan yassin untuk allahyarhamah.

Nak tahu?

Orang baik pasti akan pergi dahulu.

Sebab..?

Allah nak sentiasa orang baik ini berada disampingNya..

Alhamdulillah, mira meninggal hari jumaat… moga terbuka pintu syafaat buatnya.

Ketahuilah…. Tiada satu pun milik kita, semuanya milik Allah..bahkan teman seperjuangan….

La Tahzan semuanya… Allahhumma inni a’u’zubika minnal hammi wal hazzan…
Ya Allah ,Kau cucurilah rahmat untuk sahabat kami Nor Amirah Binti Ghazali, moga dia kau jadikan antara bidadari disyurgaMu. Ameen..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan