Khamis, 19 April 2012

DASAR PEMBINAAN CINTA?..ANDA BAGAIMANA?

Somebody asked me about LOVE. Quite speechless to answer because she more older then me. Theres a lot of definition of LOVE. LOVE  is subjective, LOVE  ....LOVE...and LOVE....Lol,  however, when people asked me, I need to give the answer, right? 

But for me..

Manusia selalu silap dalam cinta . mereka fikir cinta hanyalah perasaan suka antara lelaki dan perempuan . hakikatnya cinta lebih besar daripada itu. Cinta yang benar sepatutnya akan membina peribadi manusia. Menjadi lebih baik daripada dahulu. Itulah cinta yang suci dan bersih kerana cintanya berhubung dengan Allah. Cinta sesama manusia belum tentu indah penghujungnya. Namun cinta pada Allah, tidak pernah membawa padah. Maka sepatutnya kita merenung,atas dasar apakah kita membina cinta itu?.....

DASAR PEMBINAAN CINTA KITA?

Pastinya setiap kita ingin memiliki pasangan soleh dan solehah. Tapi, terdetik pada pemikiran dan hatiku, lihat sahaja Siti Asiah, isteri Firaun. Wanita solehah dan taat pada Allah pada zaman  nabi Musa alaihissalam. Perhatikan isteri nabi Lut dan isteri nabi Nuh. Kadang-kadang juga kita tak dapat apa yang kita inginkan tapi Allah mencukupkan dengan segala keperluan kita.  Kalian rasa Siti Asiah tu sayang tak dengan Firaun? Siti Asiah sayang dgn Firaun sebab begitu menjaga Asiah dgn sebaik mungkin, Asiah juga berdoa pada Allah agar Firaun kembali menyembah yg Maha Esa, Allah swt.  Tapi dah ketentuan ilahi, Firaun tetap mati dalam keadaan kufur, berbangga dengan harta kemewahan dan kekuasaan  sehingga mengaku dirinya tuhan. Kalian rasa nabi Lut dengan nabi Nuh sayang tak dengan isteri mereka dan anak-anak mereka. Semestinya sayang, tetapi Allah beri ujian yang sedemikian terhadap kekasih-kekasihNya.
Ada yang mengatakan kami takperlu cinta manusia..kami ada cinta Allah dan Rasul..

Hairan.

Kenapa mereka tak berkata sebegini..kami memerlukan cinta mereka yang mencintai Allah agar ,kami turut bertambah cinta kepada Allah dan Rasul.

Sekarang ini, ramai yg sibuk nak mencari pasangan-pasangan soleh dan solehah. Tapi kenapa tak ramai nak cari hidayah Allah terlebih dahulu? Cukup-cukup menghairankan... tapi itulah senario yang terjadi dalam masyarakat Islam. Kalau ditanya kepada aku, aku cukup muak dengan pos-pos cinta islamik yg semakin berleluasa... kerana, natijah dari pos itu, makin ramai yang hanya berharap untukmemiliki pasangan soleh dan solehah tanpa berusaha untuk memperbaiki dan menjadi diri sendiri itu soleh dan solehah. Itulah  umat akhir zaman.

Ditambahkan lagi dengan budaya ‘couple’ yang sememangnya sudah terang lagi bersuluh. Antara tanda-tanda kiamat ialah bila zina berada berleluasa dihadapan umat akhir zaman ini. Zina dianggap seperti perkara biasa. 

Daripada Abu Hurairah. Aku telah mendengar Rasulallah saw bersabda, “ perkara yang aku larang daripada melakukannya hendaklah kamu jauhkan diri daripdanya. Dan perkara yang aku perintahkan kamu lakukan ia hendaklah kamu lakukan ia, hendaklah kamu laksanakan dengan sepenuh keupayaan kamu. Sesungguhnya umat sebelum kamu telah dibinasakan disebabkan oleh banyaknya persoalan mereka serta percanggahan ke atas apa yang diajarkan oleh para nabi yang diutuskan kepada mereka.”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dasar pembinaan cinta ialah kita bercinta untuk Allah, untuk Rasulallah saw dan untuk ummah. Maka jangan dinodai cinta itu lagi...

Hayati puisi ini...

Tak mampu kudustai rasa ini,
cukuplah dengan pertautan hati.
Belum masanya berhubung saban hari,
awasi hati dan anggota,takutkan Ilahi.
 Aduh! Beratnya menggalas perasaan cinta tatkala pacaran menjadi budaya,
mujurlah wahyu menunjuk cara,
jangan diikuti sebahagian manusia,
 cintaku bukan cinta murahan,
 jati diri benteng pertahanan ,
 cabaran komunikasi kutundukkan,
 mengawal hati formula kekuatan.
 Aku berazam pada diri, kuingin mahligai kasihku berdiri tanpa kenangan cinta yang dicemari, tanda noda kemurkaan Ilahi...
-FATIMAH SYARHA-.

For man, please ask yourself..do you love her because Allah?
For women,please ask yourself...do you love him because Allah?
If yes,whoever love somebody because Allah, she or he might be love Allah at the first place. Then Rasulallah saw.
What is the prove that you love them because Allah?

The prove is, want to be with she/he in jannah..and never let them jump into the hell.

Melompat ke neraka??

Sekiranya kau terjatuh kedalam neraka, aku akan terjun kesana untuk tarik tangan kau keluar dari neraka itu dan berpimpinan tangan memasuki syurga...

Menyayangi sesiapa sahaja ..tidak kira pasangan ,ibu ayah, adik beradik, guru dan kawan-kawan..ialah kita berusaha mengajak semua masuk syurga Allah. Semua orang boleh masuk syurga Allah selagi tidak menyekutukan Allah.. Allah itu maha pembericinta..Allah itu maha Penyayang..jangan disangkal kelebihan Allah..
Bercinta dan menyayangi dalam kata erti yg sebenar... dan berjaya dalam erti yang sebenar bila kami masuk syurga Allah dan terselamat dari azab seksaan neraka....

Jangan risau.. semua daripada kita pasti jatuh cinta dan pastikan cinta itu berada dalam landasan kebenaran. Mungkin kadang-kadang kita pernah melakukan kesilapan  dalam membina cinta tapi....selagi diberi kesempatan yang sebentar Cuma ini.. lakukan pembaikan dan pulihkan kembali cinta..

So, guys, please...please and please.. jangan jatuh cinta atau bercinta secara sembarangan...
Menghayati cinta kurniaan Ilahi apabila hati tunduk hanya pada yang satu...ALLAH!!.
Menghayati cinta ajaran Muhammad untuk terus berkasih sayang sesama manusia seperti mana ansar dan muhajirin...

Ya, I know, my article not good enough.. bila aku rasa aku nak tulis then aku akan tulis dan inilah hasilnya...tak bagus mana ,tak seilmiah mcm blogger lain, tak secantik, tak seindah kata-kata..Cuma mari niatkan hati untuk memupuk  diri kembali menjadi hamba....
Last but not least....syukran because read my article walaupun hanya artikel yang tak seberapa dan mungkin juga tak menarik..:)
~Allahumma solli a’la Muhammad~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan