Jumaat, 20 April 2012

AL INSYIRAH(PENGLUASAN)


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
~Bukankah Kami(Allah) telah melapangkan dadamu(ya Muhammad)~
~Dan telah Kami ringankan bebanmu yang berat~
~yang memberati punggungmu~
Dan Kami tinggikan(muliakan)namamu?~
~Sesungguhnya di samping kesukaran itu ada kemudahan~
~Sesungguhnya disamping kesukaran itu ada kemudahan~
~Apabila engkau telah selesai,(mengerjakan sesuatu pekerjaan),maka bersusah payahlah(mengerjakan yang lain)~
~Dan kepada Tuhanmu, berharaplah~


Keterangan Surah AL INSYIRAH
Erti terbuka dada Muhammad ialah senang hatinya dan tenteram jiwanya kerana telah memperolehi ilmu pengetahuan (wahyu) yang dianugerahi oleh Allah swt kepadanya. Sebenarnya nama Nabi Muhammad saw telah ditinggikan oleh Allah swt, yakni namanya mahsyur dimana-mana sahaja. Setiap kali azan, terdengar nama nabi Muhammad saw , setiap sembahyang disebut nama Nabi Muhammad saw. 

Orang-orang yang beriman kepada Allah swt dan hari kemudian ,jika ditimpa satu bala (ujian kesusahan) dia teringat akan firman Allah swt ini( disamping kesukaran terkandung kemudahan, disamping kesempitan ada kelapangan, sesudah bala menggoda , dibelakangnya terdapat nikmat berlipat ganda. Sebab itu dia tidak berduka cita dan berkeluh kesah benar atas cubaan Allah swt ,kerana dia percaya  selepas kesukaran ,kemudahan akan datang. Hanya orang beriman sahaja yang akan memperolehi  kelebihan yang sedemikian rupa. Tidak seperti orang yang tidak beriman, yang mudah berputus asa dan akhir sekali akan terlibat dalam perkara-perkara yang dilarang Allah swt seperti membunuh diri..nauzubillahminzalik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan