Jumaat, 27 April 2012

Arjuna Hati..(Destinasi Cinta Rania Iman Part 2)

“Bajet bagus la tu pakai purdah, tutup habis konon”
“nak berselindung disebalik niqab , bukan cantik pun”
“dah mcm hantu kum kum je, kelubung sana sini”
“ada ke lelaki nak kat dia, tutup hbis nampak mata je tu?”

Lidah  mereka itu , umpama pedang yang tajam, namun, sunnah orang berjuang, macam2  halangan, macam2 cacian. Hati jadi lapang bila teringat kata-kata seorang ustaz “ dalam melalui jalan agama itu, pasti akan merasa kesusahan,kepayahan, dan sekiranya kita merasa senang dalam membawa perjuangan maka ada yang tidak kena dengan  perjuangan itu, ada kecacatan. Kita pasti merasa sakit tapi sakit itu  setimpal dengan apa yang kita perolehi kelak bahkan buat selama-lamanya iaitu menghuni syurga yang terdapat air yang mengalir dibawahnya.”
“Subhanallah. Moga Allah kuatkan hati ini”. Doaku sendiri.
Usah dikisahkan tentang apa yang diperkatakan oleh mereka itu.
“kakak tu macam robot, jalan terus kedepan,tak pandang kiri kanan”
“kakak tu mcm ninja, nampak mata je”
Robot atau ninja, aku tetap seorang muslimah. Katakanlah apa yang kalian ingin perkatakan namun, aku tekad biarlah aku istiqamah dengan caraku kini. Aku merasakan ketenangan.  Itu yang penting.


“Rania Iman, tunggu kejap”, aku seperti kenal suara itu. Ai. Tuan Aizam Tuan Kamal.
“Assalamualaikum.” Aku memberi salam sambil aku tundukkan mataku. Tak mampu untuk menatap wajahnya, kerana masih ada getar yang tersembunyi dalam hati. Bilalah mahu hilang..
“Waalaikumsalam, Rania, saya nak minta tolong  sikit boleh”, Ai berkata sambil menjarakkan diri dari aku, mungkin dia menghormati aku.
“Tolong apa?”
“tolong saya menguruskan majlis perpisahan nanti, boleh?” dia tampak sungguh-sungguh.
“InsyaAllah.”
“Terima kasih, saya pergi dulu dan jaga diri”, bunyi mcm gelabah , aku melihat dia terus berlalu, hanya belakangnya sahaja aku perhatikan.
Sisihkan rasa ini ya Allah, aku tak layak untuknya. 


“Mira, what happened?”
Aku lihat Mira jadi sungguh tak keruan, “Ren , Zamil minta putus dengan aku. 2 tahun aku dengandia, sekarang dia taknak aku lagi. Aku benci Zamil, sampai hati dia buat aku mcm ni. Argh, Ren aku kecewa sangat. Aku tak sanggup hidup macam ni.”
“Mira,let bygone be bygone, perkara ni memang susah nak hilangkan sekelip mata . Mungkin tak mampu untuk hilang tapi bersabar dan berlapang dadalah. Apa yang engkau rasakan ni, akan pergi secara perlahan-lahan. Zamil bukan lelaki yang baik untuk kau.”
“betul Ren, selama ni Zamil banyak perempuan lain tapi aku tak kisah sebab aku sayangkan dia. Aku buta dalam menilai kasih sayang manusia”.
Dalam hatiku, manusia senang untuk jatuh cinta. Ah, terlalu mudah. Harga  cinta manusia yang hanya berlandaskan rupa dan material. Cinta itu membina peribadi menjadi mulia. Ya, aku pasti. Aku akan terus berusaha mencari cinta.


Seusai solat maghrib, ibu datang kepadaku.
“Rania, ibu nak cakap sesuatu”.
“Cakap la ibu, Rania dengar”.
“Ada orang ingin mengkhitbah Rania”. Aku agak terkejut . dalam hati aku tertanya-tanya siapa gerangan yang ingin mengkhitbah aku itu.
“Siapa ?”.
“InsyaAllah, lelaki ini baik dan soleh. Ibu rasa dia boleh bimbing Ren. Ibu yakin, kalau boleh, ibu mahu Ren terima pinangan dia. Ibu berkenan dengan dia , ibu yakin dia boleh jadi suami yang baik dan ini antara harapan ibu . Boleh tak Ren pertimbangkan “.
Siapakah dia yang ingin menjadi suamiku itu. Ah, harapan ibu? Ibu bagaimana aku harus mencintai orang lain sedangkan getar rasa nan satu itu masih tidak hilang.
“Ibu bagi Ren solat istikharah dulu ya”.
 “Baik sayang”.


“Ya Allah ya tuhanku, ku memohon padamu untuk menjadi hamba yang mencintaiMu, mencintai hamba-hamba yang mencintai agar bertambah kekuatanku mencintaiMu, dan jadikanlah perasaan cintaku padaMu lebih kusukai berbanding air yang sejuk. Ya Allah, sungguh aku tak mampu untuk melupakan dia, maka sekiranya bukan dia takdirku ,kau hilangkan rasa kasih ini terhadapnya. Aku memohon yang terbaik dariMu. Bantulah aku dalam membuat keputusan. “
Pagi itu sungguh syahdu. Aku tidak mengungkap siapakah nama si dia, cukup 
hanya aku memanggilnya  si dia. Si dia yang aku sendiri tidak pasti.


Hari pernikahan, aku tidak tahu siapakah calon suamiku sehingga hari aku dinikahkan. Aku bersetuju kerana aku yakin dengan pilihan ibuku , dan aku ingin menggembirakan ibu selagi masih ada peluang.
“Tuan Aizam bin Tuan Kamal, aku nikahkan dikau dengan Rania Iman binti Megat Ahmad  dengan mas kahwin sebanyak RM 80.00 tunai”
“Aku terima nikahnya, Rania Iman binti Megat Ahmad dengan mas kahwin sebanyak RM 80.00 tunai”
“Sah?”
‘”Sah”.. saksi-saksi semua mengatakan sah.
Takku sangka yang ingin menyunting aku ialah Ai. Sewaktu dia masuk ke dalam kamar pengantin untuk menyarungkan cincin, aku sedikit terkesima. Sungguh aku tak menyangka dia yang menjadi suamiku.
Aku menikah pada malam jumaat. Kami mengadakan walimah dalam keadaan yang sederhana. Perasaan aku sukar untuk ditafsirkan. Kebesaran tuhan mengizinkan aku menjadi isteri Ai.

Malam pertama kami, sebelum masuk ke kamar tidur, aku solat terlebih dahulu, Ai pula solat dibilik yang lain.
Seusai solat isyak aku mengintai Ai yang sedang sujud menghadap ilah yang satu. Tenang. Cintanya dia pada DIA yang satu itu. Menitis air mata .Murah dengan air mata sejak kebelakangan ini.
Ai , masuk ke dalam bilik sambil memberi salam,”Assalamualaikum”.
“Waalaikumsalam”
Dia datang dekat terhadapku dan tangannya membuka niqab yang terlekat dimukaku. Muka aku menjadi merah. Malu!!
“kenapa awak pilih saya jadi isteri awak. Saya tak cantik macam wanita lain”
“sebab awak berniqab.”
Aku tunduk dan dia terus menyambung,” sebab awak pandai jaga diri awak, awak lain dari perempuan lain, awak yang saya pilih dengan nama Allah, awak yang sesuai menjadi ibu untuk anak-anak saya. Saya mula jatuh hati bila awak menjauhi saya dan menjadi seorang muslimah yang baik. Waktu itu saya rasa sangat cemburu dan bila lama-lama saya rasa awak yang sesuai jadi pendamping saya”
“tapi..”tiba-tiba bibirku disentuh dengan jarinya.
“tiada tapi-tapi inilah takdir ilahi. Dan abang nak berterima kasih kepada Puan Rania Iman kerana sudi menerima abang menjadi suami dan moga kita kekal hingga ke akhirat kelak. Rania ialah bidadari abang. Abang berkahwin dengan Rania untuk membina ummah bukan kerana ingin mengecap bahagia yang sebentar”
Aturan Allah cukup cantik. Ai rupanya seorang lelaki soleh. Hadiah daripada Allah,  diberi suami yang memahami. Aku tak pernah mengenali Ai dengan sebetul-betulnya. Allah bagi peluang bercinta dengan Ai selepas menikah. Cinta yang lebih indah. Cinta yang sebenar-benar cinta.
“tanda cinta abang untuk Rania ialah abang ingin sama-sama masuk syurga dengan Rania. Sekiranya abg melakukan sesuatu perkara yang mencampakkan kita ke neraka maka telah hilang cinta antara kita.Rania ialah qurratu aini abg. “
“terima kasih abang sebab pilih Ren jadi isteri abg, Ren akan berusaha untuk jadi isteri yang solehah buat abg. InsyaAllah”. Air mataku segera diseka Ai.
“Uhibbukifillah jiddan jiddan” Ai menutur kata cinta
“wa kaman ana, Rania dah lama jatuh cinta dengan abang..” aku mengaku dihadapannya.
“abang tahu, sebab tu abang cepat-cepat masuk meminang”..dia tersenyum dan aku pun tersenyum...
Moga perkahwinan ini berkekalan sehingga ke jannahNya. Amin.

Tiadalah ubat yang lebih baik melainkan mendekati Ilahi.
Saat engkau berkesedihan, engkau akan rasa diselimuti kasihNya,
saat engkau bergembira, engkau akan rasa diraikan oleh Dia.
Apakah yang lebih menggembirakan jiwa,
selain apabila bersama yang mulia?
Maka apakah yang lebih mulia,
daripada Allah SWT Yang Maha Esa?

~TAMAT~

P/S: mode jiwang tapi beriman... apasal aku tulis cerita jiwang ? layan je la!! Kena belajar untuk menulis dari hati agar sampai ke hati... aku tahu cerita ni tak berapa nak umphh...tapi gasak je la..alhamdulillah... 

Created by ummu farhan_hidayah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan