Jumaat, 27 April 2012

Destinasi Cinta Rania Iman

“ Siapa budak yang kau suka tu?” tiba-tiba Mira tanya soalan yang buat aku terkejut.
“Entahlah, aku pun tak tahu dia macam mana.”
“Kau tau nama dia apa?”
“Nama dia Ai. Erm , tak usah la cakap pasal dia ,makin kau cakap makin hati aku ni, susah untuk ditafsir”. Aku duduk termangu seketika. Hanya dengan sekali pandangan, aku mula rasa sesuatu di hati tapi aku sedaya upaya aku cuba untuk sisihkan. Namun semakin aku cuba untuk sisihkan , semakin bayangan dia datang menerpa minda ini.
“Ren, kau tak boleh mcm ni. Takpe la . sabar ye.”
“Thanks Mira”.
Ai. Seorang lelaki kacak, yang punya banyak kelebihan, sememangnya menjadi rebutan ramai wanita dan banyaknya persaingan. Kenapa la dalam banyak-banyak lelaki aku suka dengan dia. Argh...aku tak boleh sukakan dia. Aku dan dia tak setaraf. Aku harus lupakan dia.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Rania atau Ren telah mengADD Ai sebagai rakan di facebook.
 TING!!
“Assalamualaikum, thanks approve....may Allah bless you”
“Waalaikumsalam, sama2 , moga Allah merahmati kamu jua”
Bermulalah episod dimana Ren mengenali Ai. Dalam diam Ren suka dengan Ai tapi Ren tak mahu meluahkannya kerana ada pelbagai sebab. Cinta facebook la kononnye. Bila Ai reply chat Ren, Ren rasa bahagia. Ren rasa macam Ren sudah jatuh cinta tapi Ren tahu Ai tiada apa-apa perasaan dengan dia. Ren sedar dia tidak secantik wanita-wanita yang berada disekeliling Ai. Ai lelaki tampan tidak sesuai dengan gadis yang tidak punya wajah seindah bidadari. Alahai galangnya hati Ren.
----------------------------------------
“Rania Iman, nak ikut ibu pergi usrah di masjid” tiba-tiba ibu menegurku, semua  ingatan aku terbang lari entah kemana.
“Usrah?”
“iye ,usrah”
“boleh juga bu,lama Ren duk umah sorang-sorang pun buat apa..ibu nak pergi sekarang” soal aku pula.
“iye,sekarang,pergi bersiap cepat”
Dengan pantas aku pergi masuk kedalam bilik,memakai baju kurung. Erm, boleh tahan la aku ni,manis juga orangnya...ceh, perasan..nak juga rasa cantik...huhuhu. sambil membelek-belek diri dihadapan cermin. namun hati ini masih disapa kesedihan ,memendam perasaan bagai tak sudah.
------------------------------------
Air mata tak sudah-sudah mengalir. Tidak rugi aku ikut ibu ke masjid. Ibarat disapa hidayah ,hati aku betul-betul terkesan dengan kata-kata naqibah itu.

“manusia ini sememang ingin mencintai dan dicintai. Sememangnya , cinta itu tampak indah namun cinta itu juga merupakan satu tanggungjawab. Indahnya bercinta, itu yang kita sering tuturkan. Tapi tanpa kita sedari, cinta juga terselit seribu satu kepayahan, kesakitan yang sebenarnya paling banyak kita hadapi dalam hidup ini. Cinta itu asyik berubah-ubah, itulah cinta kepada manusia. Kita tak boleh sangkal, cinta itu fitrah, siapa yang mengharamkan cinta ibarat mengharamkan fitrah. Apabila kita jatuh cinta pada manusia ,tanya kembali iman kita ini, apakah sebab kita jatuh cinta? Apakah yang kita akan peroleh sekiranya kita jatuh cinta? Kita usah bincangkan mengenai cinta monyet, cinta antara lelaki  perempuan yang hanya cinta pada luaran, cinta pada nafsu, cinta kerana itu ini ,cinta yang membuang masa.. kita nak cinta yang sampai ke hati, cinta yang mampu membuatkan kita kembali pada pemilik cinta ,AL WADUD.Cinta memang mudah untuk dilafazkan namun bukan mudah untuk diterjemah dan pesan saya kalau ingin bercinta, bercinta dengan bersungguh-sungguh. Bercinta biar sampai syurga. Cinta pada yang selayaknya, cinta pada yang hak. Cinta dahulu pada pemilik cinta sebelum mencintai makhluknya. “

“Allahurabbi, ustazah itu katakan cinta dengan sebenar-benar erti cinta.  Cinta dengan sebenar-benar cinta”....aku bercakap seorang diri
“ jika benar cinta maka bersungguh-sungguh. Cinta itu perlukan pengorbanan, cinta itu memerlukan keberanian, cinta itu mampu mencipta sesuatu yang luar biasa.. CINTA SEJATI itulah namanya. “
“Cinta perlu pengorbanan?”
“ya, bukan berkorban duit, membuang masa, bermesej,bercakap di telefon tanpa sebab musabab yang memerlukan, berdating ,brcouple tak tentu hala  tapi mengorbankan masa untuk membentuk jati diri, membentuk peribadi mulia , menjadi contoh teladan untuk keturunan yang seterusnya,cinta yang membina jati diri Rania...luahkan cinta anti pada yang selayaknya. Cinta pada yang bergelar yang halal ,cinta pada yang haq, cinta pada arjuna pilihan ilahi”.
Sambung ustazah lagi, “Rania , hati kita ini, hanya Allah yang tahu, maka pinta pada Allah”
“Pinta pada Allah?” selama ini aku tak pernah pun minta cinta pada Allah...seperti angin lembut terhembus di hati... tiba-tiba, aku rindukan Ilah yang satu. ALLAH. 
------------------------------------------------------------------------------------------
Aku damba cinta manusia tapi akhirnya cinta Dia yang kunjung tiba tanpa kusangka. Sejak pulang dari usrah tempoh hari, hati ini disapa untuk mengubah diri kepada yang lebih baik. Aku utarakan keinginanku untuk berniqab kepada ibu.
“Ren nak pakai niqab? Tapi kenapa?”
“Ren nak jaga pandangan Ren ibu,Ren nak berubah ibu,Ren nak jaga diri Ren,Ren nak jadi muslimah yang kembali kepada jalan Allah”.
“Ren, buatlah apa yang Ren nak buat, ibu sokong, ibu doakan Ren mampu menggapai cita-cita menjadi mukminah yang solehah”.
“Terima kasih ibu”, aku tersenyum bahagia

Aku kini jatuh cinta, aku berniqab bukan kerana apa, aku mengambil keputusan untuk berniqab  kerana aku cintakan sunnah Rasulallah saw. Semenjak itu, aku mula menjauhi Ai, walau masih ada getar rasa terhadap Ai, namun getar cinta pada DIA lebih kuat. Semua terkejut dengan penampilan aku yang kini berniqab, aku mula mengurangkan melayari laman facebook, aku kini berada dalam jalan dakwah. Aku mula belajar perkara-perkara baru mengenai ISLAM, dan aku kini menjadi Rania Iman yang baru. Rania Iman yang mencintai Allah dan Rasulnya. Rania Iman yang ingin belajar cinta yang sebenarnya bukan mengejar cinta yang tidak pasti.
Ingin aku kongsikan pengalaman pertama kali aku memakai niqab , rasa begitu aman dan tenteram. Mira menegurku, “ Rania, aku lihat kau begitu tenang, aku dapat rasakan sesuatu dari kau”.

“Alhamdulillah, aku pun begitu. Hati aku kini penuh dengan cinta. Cinta yang menenangkan”.

Air mata tidak segan menitis lagi, ah, bila aku mula belajar erti cinta DIA, aku kerap menangis terutama ketika  sepertiga malam.
Destinasi cinta kini bermula....



p/s: cerita tak habis lagi,,,,ada destinasi cinta Rania Iman yang masih tak berkesudahan.



4 ulasan: