Rabu, 24 Oktober 2012

syabab musafir kasih v3

Dialog entah dari siapa, saya nak tambah sikit:-
----

Ustaz: Lawa rambut. Awak pakai ape?

Awek : Ustaz nak kenakan saya ke?

Ustaz : Taklah. Rambut anak perempuan saya yang kecil tu selalu je kusut. Lagi lagi bila kena cahaya matahari. Benda yang awak pakai ni tahan cahaya matahari ke?

Awek : Ooo.. Saya pakai jenama ZZZ ustaz. Nak lagi lawa tambah WWW sikit. Bla bla bla. Memang tahan cahaya matahari dan tahan haba.

Ustaz : Agak-agak tahan tak bara api neraka?

Sambungan part II dari saya:
----

Awek : Ustaz, kenapa majoriti orang kita bila nasihat dia akan cakap macam tu? Misalnya, "hot la sangat, hot lagi api neraka!". Ustaz tahu tak, nasihat semacam itu tidak berapa efektif. 

Ustaz: Dah tu, sape suruh tak pakai tudung sangat. Kita kasi perli la sikit.

Awek: Ustaz tahu tak, dalam diri wanita tu ada rasa nak berubah. Saya dah cuba beberapa kali pakai. Tapi tak dapat istiqamah. Saya tahu dan saya baca apa yang orang post kat fb tentang aurat tu semua. Saya tahu salah. 

Ustaz: Dah tu, pakai lah kalau tahu salah.

Awek: Ustaz ni, dari ustaz perli macam tu...bukan ke lebih baik ustaz berikan tips-tips atau ilmu untuk istiqamah. Berikan tunjuk ajar, bagaimana untuk orang-orang seperti saya ni bila cuba sekali pakai tudung, akan rasa nak pakai lagi. 

Ustaz: Tak faham.

Awek: Ustaz, maksud saya berikan guide dia satu persatu. 

Ustaz: La, nak guide apa lagi. Pakai je lah. Tu kan tuntutan agama! Nak cerewet-cerewet la pula pada suruhan Tuhan!

Awek terdiam dan minta diri.

** Setahun kemudian **

Suatu hari, ustaz terserempak dengan awek tersebut. Alhamdulillah sudah bertudung dengan baik.

Ustaz: Alhamdulillah kamu sudah berubah ya.

Awek: Saya berubah bukan kerana sindiran ustaz dulu. Jujur, perlian itu sememangnya langsung tidak membantu. Sehinggalah saya bertanyakan seorang pemuda di fb yg sy tidak kenali. Dia berikan guide dan tunjuk ajar untuk konsisten tutup aurat.

Ustaz: Apa yang dia ajar?

Awek: Dia ajar begini;

1. Pertama adalah memilih tudung syariat. Tak kisah fesyen macam mana, janji labuhi dada, tutup rambut, leher telinga dan kawasan² yg sepatutnya ditutup. Ada ustaz ajar step ni? Tidak ada. Jika saya ikut tudung yg saya ingini tanpa ada org ajar, sudah pasti sy hanya pakai tudung. Tapi tak tutup aurat pun.

2. Pilih kawan. Pengaruh kawan sgt kuat. Bila lihat kawan tak pakai tudung, rasa tak malu nak buka tudung. Bila kawan dengan yg pakai tudung elok-elok, rasa malu tu hadir. Pilih kawan yang baik. Kawan yang baik boleh bawa sampai ke Syurga.

3. Pekakkan telinga pada apa saja kata-kata sinis orang pada kita yang mula bertudung. Imaginasikan, orang yang berkata-kata itu bukan dirinya sebenar. Tapi syaitan. Jadi, jangan dengar bisikan syaitan suruh buka aurat.

4. Selalu baca doa, "Allahumma anta ahsanta khalqi wa ahsin khuluqi" ( Ya Allah, Engkau telah menciptakanku sedemikian indah, maka perindahkanlah akhlakku jua. )

5. Bila dugaan makin kuat, bersolatlah dan bersabarlah. Bangunlah tahajjud. Jika malas nak bangun, bangun awal sikit sebelum Subuh, solatlah tahajjud. Masih sempat. Tahajjud menguatkan hati, menabahkan iman.

6. Bila dah buat dari satu hingga lima, insyaAllah istiqamah tu ada. Konsisten tu ada. InsyaAllah tak buang tudung lagi."

Ustaz: Oh, benda ni tak payah ajar pun semua dah tahu la.

Awek: Mungkin semua orang dah tahu, tapi saya jahil dan tak tahu. Minta diri dulu. Salam maghrib.

Ustaz tersebut melihat awek tersebut berlalu dengan rasa tak puas hati. Dalam hatinya berkata: "Hidayah tu bukan dari pemuda fb tu la! Sah-sah berkenan kat pemuda tu lettew sampai berubah macam tu sekali! Pigidaaa..tak lama lagi tu kembali ke perangai asal lettew..!"

Ustaz tu lupa mungkin. Lupa yang...

..hidayah dari Allah, bukan dari ustaz atau sesiapa.

Syabab Musafir Kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan