Sabtu, 6 Oktober 2012

Kerana Dasar itu membutuhkan pengorbanan. (SINERGI)




Mukadimahnya ,cinta itu mestilah diiringi dengan pengorbanan. Tanpa pengorbanan ,itu bukan cinta namanya.

Percaya?
Allah itu yang maha membolak-balikkan hati.


Berapa ramai wahai sahabatku, dalam cinta ini yang bercinta atas dasar keimanannya kepada Allah?


Cinta…
Siapa boleh kawal kalau jatuh cinta?
Kalau dah jatuh cinta ,jatuhlah juga .
Kadang-kadang sebab terjumpa, ternampak atau sekadar mendengar  cerita.
Begitulah peliknya cinta.

Kenapa boleh jadi begini?

Sebab cinta itu fitrah.
Manusia memang ada fitrah untuk dicintai atau mencintai


Tetapi


Cinta itu hendaklah dibina atas dasar keimanan . jangan cinta yang mengawal keimanan kita . tetapi iman kitalah yang mengawal cinta.


Sebab itu, cinta itu perlu diiringi pengorbanan. Bukan korbanKan maruah ,harta atau masa  untuk pasangan kita .

Tetapi

Kita korbankan masa, harta ,diri kita untuk  tarbiyah diri agar kita bersedia  membina keluarga yang diredhai Allah.

“Apakah kamu mengira kami menciptakan kamu untuk bermain-main? Dan kamu menyangka kepada kami kamu tidak akan dikembalikan?”  Al Mukminun:115






p/s: salah satu cerita dalam novel Sinergi oleh Hilal Asyraf. Kata-kata yang sangat menarik dan penerangan tentang cinta.  Sangat –sangat menarik. Hilal Asyraf memang menulis dari hati dan ia turut sampai ke hati pembaca.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan