Selasa, 9 Oktober 2012

Kerana ia tidak dipandang & memandang?




Bismillahirahmanirahim…


Aku penulis cerita kehidupanku sendiri?

Mana mungkin… aku cuma antara watak-watak dalam kehidupan ini.. penulisnya yang pasti bukan aku tapi Dia..


Cuma barangkali watak yang aku bwa dalam hidup ini satu watak gadis egois .

Egois dalam setiap perkara.

Adakah watak itu sendiri mengaku ia punya ego yang tinggi?


Dasar gadis kurang ajar dalam menutur kata-kata yang  yang kasar walaupun terhadap saudara kandungnya?


Ah, aku memang kurang di ajar barangkali… mungkin dia yg patut mengajarku…


Siapalah aku?


Cuma watak yg lemah imannya. Yang tidak mampu untuk mengawal amarahnya sedangkan manusia hanya patut marah sekiranya ada yg mencaci agama dan rasulnya. Tapi mungkin aku gadis egois yg sukar dalam mengawal nafsu amarah.. L


Setiap kali hati ini berbisik untuk sabar ,memberi maaf dan belajar dari kesilapan, timbul satu lagi perasaan.. perasaan amarah ..mengatakan mengapa aku yang harus mengalah.


Aku gadis cengeng dan sentiasa merajuk bagai tak sudah. Kerap memikirkan masalah-masalah yg melanda diriku.


Kamu pikir hanya kamukah yg dirudum masalah wahai gadis?


Bahkan kamu sendiri tidak pernah ketahui ada yg lebih berat dan susah masalah yang dihadapi oleh watak-watak yang lain.



“kau teruk”


“bajet baik”


Mungkin ..


Terasakah?


Aku rasa mungkin ini balasan aku barangkali.


Mungkin watak yang lain pernah disakiti oleh gadis ini.


Mana maafmu wahai gadis egois?


Apakah kamu penat memberi maaf?


Apa kamu fikir kamu siapa?


Hidup ini bukankah lebih bermakna jika kita memberi.


Sedang Rasul ampunkan umat. Inikan kamu?


Tidakkah kamu mencintai Rasul saw?


Air mata mulai bertakung.  Mana tidaknya, siapa aku berbanding baginda. Aku mula rindu dengan baginda. Baginda itu penuh dengan sifat pemaaf dan sekiranya melakukan kesilapan baginda tidak malu meminta maaf. Baginda antara orang yang paling lembut dengan keluarganya. Yang paling kasih dengan anak-anak kecil.


Tetapi aku …umat baginda…


Seorang gadis egois… yang sukar untuk meniti permintaan maaf itu..


KENAPA?


Aku kelam dalam duniku sendiri…


“kau hanya pandai berkata-kata”

“ya, aku memang pandai dalam berkata-kata tp engkau tak pernah tahu 
betapa susah untuk menterjemahnya dalam kehidupan ini”


Ibu, kakak ,abangku,saudara iparku, anak-anak buahku…


Pohon  ampunkan aku ya.. aku malu mohon maaf padamu secara semuka..
Andai kalian baca apa yg kucoretkan ini.. aku mohon ampunkan aku..


Sahabat-sahabatku..
Ampunkan gadis egois ini.. bukan aku tak mahu menutur ucapan maaf..namun inilah gadis yg sering  dibadai  perasaan rajuk..

Kawan tetap kawan. Mungkin aku menyakiti engkau ya teman. Hingga kau kata aku ini teruk.  Aku memang manusia hina wahai temanku. Aku diciptakan dari kejadian air mani yang keluar ditempat yang paling bawah.


Siapa aku?

Aku cuma watak dalam dunia ini…

Aku cuma hambaNya…

Sentiasa khilaf tanpa henti…

Inilah muhasabahku…

Aku akui silapku kerana aku tidak punya apa-apa…

Tiada satu pun milik aku…

Semuanya milik  Dia…


Teman..maafkan aku kerna aku melulu terus menyembur kata ini


“kalau tak puas hati dengan aku, cakap terus terang je la”


Bunyinya kasar ..


Itu tutur gadis egois yg semakin tidak pernah ada puas dalam hati..


Sampai bila harus berlanjutan..


Satu masa aku bakal pergi jauh meninggalkan kalian…


Tuhan,

Apa aku harus jawab denganMu nanti tentang hubunganku dengan manusia lain ?


Gagalkah aku menjadi hambaMu?


~maafkanku hanya kerana hatiku ini rapuh, aku kerap menyakiti kalian~




Tiada ulasan:

Catat Ulasan