Khamis, 24 November 2011

Memandang sejenak impian yang belum tergapai










Seandainya kamu bertawakal sungguh-sungguh kepada Allah,nescaya Allah akan memberi rezeki kepadamu sebagaimana burung yang keluar pagi dengan perut kosong dan kembali senja hari dalam keadaan kenyang. Hadis riwayat Tirmidzi.
Konsep rezeki meluas. Rezeki yang berbentuk material mahupun berbentuk rohaniah. Allah itu Maha Adil. Termangu seketika memikirkan yang akan dihadapi selepas ini. “yesterday is history, tomorrow is mystery and today is a gift.
Ada cita-cita tak?. Mestilah ada. Apa dia?. Saya nak jadi wanita solehah. Semua orang nak jadi solehah. Macam mana ciri-ciri wanita solehah? Taat pada tuhannya,berbuat baik pada ibubapa dan patuh akan suaminya. Sebelum berkahwin syurga saya dibawah tapak kaki ibu, selepas menikah syurga saya dibawah suami saya. Syurga ialah tempat untuk isteri-isteri yang diredhai oleh suami. Awak tak sabar nak kahwin ke? Asyik bicara pasal rumah tangga sahaja? Tergelak seketika. Tidaklah ,Cuma menambahkan ilmu pengetahuan,bekalan untuk masa hadapan kelak. Siapa yang tidak ingin untuk dipimpin oleh imam masing-masing tetapi sebaik-baik pimpinan ialah pimpinan iman dan ketaatan pada Allah. Cukup taat sudahkah pada Allah? Terdiam lagi, saya cuba sedaya upaya untuk melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Wanita ini antara majority yang memasuki neraka. Ya, saya tahu. Wanita ini punya kelemahan terutama pada lidahnya. Aku tunduk dan menjawab,ya saya tahu. Saya mungkin tergolong dalam kalangan itu,tapi saya tidak mahu menjadi ahli neraka. Saya mahu menjadi antara golongan kanan kelak,saya ingin menatap Allah dan rasul saya dengan senyuman. Dan saya nak bertemu dengan orang yang saya cintai disyurga.
Pertama, saya nak jadi anak yang menyayangi ibubapanya dan menjadi penyelamat ibu ayah diakhirat walaupun saya anak perempuan. Saya sayang ibu ayah saya yang memberi kasih sayang lebih daripada yang diperoleh rasulallah saw yang tak pernah mendapat nikmat kasih sayang bonda dan ayahanda baginda.
Kedua ,saya nak jadi isteri yang patuh. Saya nak mencintai suami saya selepas Allah dan rasul. Saya bukan mencari suami tetapi saya mencari ayah kepada anak-anak saya. Menjadi zaujah mahbubah ibarat Siti Khadijah,sentiasa menemani suami ketika susah dan senang, menerima kekurangannya sebagai kelebihan , dan kelebihannya untuk mendidik anak-anak kami.
Ketiga,saya nak jadi seorang ummi yang kasih akan anak-anaknya. Mungkinkah saya mampu menjadi setabah Rumaisa? Kehilangan anak masih mampu untuk cekalkan hati. Anak-anak akan menjadi penyelamat saya dan suami ketika diakhirat nnanti. Saya mahu didik anak-anak dengan kecintaan pada Islam dan saya mahu anak-anak menjadikan Rasulallah saw sebagai idola dan Allah yang kekal dihati.
Hari perkahwinan saya nanti akan munculkah? Saya teringin untuk menyarungkan sepersalinan pakaian pengantin putih hasil tangan emak tercinta, sambil memakai hijab tunduk pada yang Esa. Menanti lafaz nikah diucapkan tanda menjadi hak milik yang bergelar suami atau mungkinkah saya akan menyarungkan pakaian yang lapisan terakhirnya merupakan telekung putih pemberian emak sambil menanti talkin dibaca.wallahualam .
Bercinta memang mudah tetapi untuk mendapatkan cinta yang suci begitu banyak yang perlu ditempuh. Islam mengajar untuk bertaaruf apabila menyukai sesuatu pihak. Berkenalan dan mungkin mengikat tali pertunangan ,tempoh pertunangan bukanlah tempoh untuk mengenali pasangan sepenuhnya tetapi memberi peluang untuk berfikir mungkinkah dia pasangan yang sesuai. Sekiranya tidak ,pertunangan boleh dibatalkan dan hubungan kekeluargaan masih mampu untuk tetap dieratkan. Perumpamaan tiada jodoh tidak boleh memutuskan hubungan silaturahim kekeluargaan. Serta haram untuk lelaki lain meminang wanita yang sudah dikhitbah oleh lelaki lain.
Manusia memang suka bila bicara bab cinta. Saya pernah jatuh cinta tapi masa memperbaiki pandangan saya mengenai cinta. Cinta hanya pada yang hak, saya pernah menyukai lelaki lain tetapi tidak bermakna saya serahkan seluruh jiwa dan raga saya untuk perkara yang sia-sia. Saya cuma menanti hari dimana Allah temukan saya dengan yang selayaknya. Mungkin akan bertemu, mungkin juga tidak.. apapun setiap yang terjadi terkandung hikmah. Kalau sayang, sungguh-sungguh sayang dengan menjadi pelindung pada pasti miliknya. Wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan wanita yang berzina untuk lelaki penzina.
Pesanan pada diri dan bakal teman hidupku yang ku tak ketahui.. tuntutlah ilmu, perbaiki peribadi , jadilah manusia yang hebat. InsyaAllah ,Allah suka. Nabi pun suka, yang lain bertambah cinta. Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan