Khamis, 24 November 2011

Kisah author kesukaanku..

Dr Ala' Hilat pernah bercerita di dalam kelas berkenaan 'Cinta Sepenuh Hati'.
---------------------------------------
Seorang lelaki, jatuh hati pandang pertama kepada seorang wanita di universitinya. Kerana cinta yang sangat mendalam, terus lelaki itu pergi melamar perempuan tersebut dengan bertemu bapanya.

Memandangkan lelaki itu pelajar, dan tidak pula punya harta yang banyak, Sang Bapa keberatan untuk menerima. Tetapi lelaki itu berkata:

"Saya mencintainya sepenuh hati. Apa sahaja sanggup saya lakukan, asal saya dapat berkahwin dengan dia. Saya sanggup gadaikan segalanya."

Bapa perempuan: "Benar?"
Lelaki: "Iya."
Bapa perempuan: "Jadi, maharnya adalah sekian-sekian(harga yang teramat mahal). Tetapi kerana engkau pelajar, maka aku anggap itu sebagai hutang. Bayar semula ketika engkau sudah mula bekerja."
Lelaki(dengan nada tersangat gembira): "Baik!"

Maka mereka berkahwin. Pada awalnya kelihatan indah. Tetapi kerana lelaki tersebut tiada wang, hidup mereka susah. Perempuan itu pula akhirnya selalu merungut. Kecantikan wajahnya hilang ditelan akhlak buruk. Lelaki itu pula tidak mendapat kerja yang bergaji besar. Hanya bergaji sederhana. Tidak mampu memberikan kemewahan kepada isterinya.

Saban hari rungutan isteri semakin kasar dan mula ditambah dengan cercaan dan makian. Lelaki itu mula merasa hidupnya penuh derita dan kesukaran. Tiada cinta dan kasih sayang dalam keluarganya. Akhirnya si isteri menuntut cerai, dan mereka berpisah. Dalam keadaan, mahar si lelaki masih perlu membayar mahar isterinya yang merupakan hutang.

Hiduplah lelaki itu dengan kehidupan yang sempit. Saban bulan gajinya dipotong hingga menjadi sedikit untuk melunaskan hutangnya, dan dia hanya hidup seperti layaknya orang miskin.
-----------------------------------------------

"Maka aku mengingatkan kepada kamu anak-anak muridku yang aku kasihi, tiada cinta sepenuh hati, melainkan kepada Ilahi. Engkau tidak akan tahu bagaimana perempuan atau lelaki yang akan engkau kahwini itu. Dan ketahuilah, sesungguhnya apabila engkau mencintai sesuatu melebihi Allah SWT, maka Allah SWT akan mengujimu dengan perkara itu."

ps: Kadang-kadang, kita ini senang mencintai sesuatu, melebihi cinta kita kepada Allah SWT.

Terjumpa sesuatu yang menarik. Sembang-sembang dua sahabat.

Sahabat A: "Aku dengar, perempuan yang kau sangat cintai itu tak balas cinta engkau."
Sahabat B: "Ya."
Sahabat A: "Tapi kenapa aku tengok engkau tidak bersedih pun?"
... Sahabat B: "Buat apa aku nak bersedih? Aku hanya kehilangan orang yang tidak cintakan aku. Tetapi dia kehilangan orang yang benar-benar mencintai dirinya."

-- Hilal Asyraf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan