“ Siapa budak yang kau suka tu?” tiba-tiba
Mira tanya soalan yang buat aku terkejut.
“Entahlah, aku pun tak tahu dia macam mana.”
“Kau tau nama dia apa?”
“Nama dia Ai. Erm , tak usah la cakap pasal
dia ,makin kau cakap makin hati aku ni, susah untuk ditafsir”. Aku duduk
termangu seketika. Hanya dengan sekali pandangan, aku mula rasa sesuatu di hati
tapi aku sedaya upaya aku cuba untuk sisihkan. Namun semakin aku cuba untuk
sisihkan , semakin bayangan dia datang menerpa minda ini.
“Ren, kau tak boleh mcm ni. Takpe la . sabar
ye.”
“Thanks Mira”.
Ai. Seorang lelaki kacak, yang punya banyak
kelebihan, sememangnya menjadi rebutan ramai wanita dan banyaknya persaingan. Kenapa
la dalam banyak-banyak lelaki aku suka dengan dia. Argh...aku tak boleh sukakan
dia. Aku dan dia tak setaraf. Aku harus lupakan dia.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Rania atau Ren telah mengADD Ai sebagai rakan
di facebook.
TING!!
“Assalamualaikum, thanks approve....may Allah
bless you”
“Waalaikumsalam, sama2 , moga Allah merahmati
kamu jua”
Bermulalah episod
dimana Ren mengenali Ai. Dalam diam Ren suka dengan Ai tapi Ren tak mahu
meluahkannya kerana ada pelbagai sebab. Cinta facebook la kononnye. Bila Ai
reply chat Ren, Ren rasa bahagia. Ren rasa macam Ren sudah jatuh cinta tapi Ren
tahu Ai tiada apa-apa perasaan dengan dia. Ren sedar dia tidak secantik
wanita-wanita yang berada disekeliling Ai. Ai lelaki tampan tidak sesuai dengan
gadis yang tidak punya wajah seindah bidadari. Alahai galangnya hati Ren.
----------------------------------------
“Rania Iman, nak
ikut ibu pergi usrah di masjid” tiba-tiba ibu menegurku, semua ingatan aku terbang lari entah kemana.
“Usrah?”
“iye ,usrah”
“boleh juga
bu,lama Ren duk umah sorang-sorang pun buat apa..ibu nak pergi sekarang” soal
aku pula.
“iye,sekarang,pergi
bersiap cepat”
Dengan pantas aku
pergi masuk kedalam bilik,memakai baju kurung. Erm, boleh tahan la aku ni,manis
juga orangnya...ceh, perasan..nak juga rasa cantik...huhuhu. sambil
membelek-belek diri dihadapan cermin. namun hati ini masih disapa kesedihan
,memendam perasaan bagai tak sudah.
------------------------------------
Air mata tak
sudah-sudah mengalir. Tidak rugi aku ikut ibu ke masjid. Ibarat disapa hidayah
,hati aku betul-betul terkesan dengan kata-kata naqibah itu.
“manusia ini
sememang ingin mencintai dan dicintai. Sememangnya , cinta itu tampak indah
namun cinta itu juga merupakan satu tanggungjawab. Indahnya bercinta, itu yang
kita sering tuturkan. Tapi tanpa kita sedari, cinta juga terselit seribu satu
kepayahan, kesakitan yang sebenarnya paling banyak kita hadapi dalam hidup ini.
Cinta itu asyik berubah-ubah, itulah cinta kepada manusia. Kita tak boleh
sangkal, cinta itu fitrah, siapa yang mengharamkan cinta ibarat mengharamkan
fitrah. Apabila kita jatuh cinta pada manusia ,tanya kembali iman kita ini,
apakah sebab kita jatuh cinta? Apakah yang kita akan peroleh sekiranya kita
jatuh cinta? Kita usah bincangkan mengenai cinta monyet, cinta antara lelaki perempuan yang hanya cinta pada luaran, cinta
pada nafsu, cinta kerana itu ini ,cinta yang membuang masa.. kita nak cinta
yang sampai ke hati, cinta yang mampu membuatkan kita kembali pada pemilik
cinta ,AL WADUD.Cinta memang mudah untuk dilafazkan namun bukan mudah untuk
diterjemah dan pesan saya kalau ingin bercinta, bercinta dengan
bersungguh-sungguh. Bercinta biar sampai syurga. Cinta pada yang selayaknya,
cinta pada yang hak. Cinta dahulu pada pemilik cinta sebelum mencintai
makhluknya. “
“Allahurabbi,
ustazah itu katakan cinta dengan sebenar-benar erti cinta. Cinta dengan sebenar-benar cinta”....aku
bercakap seorang diri
“ jika benar cinta
maka bersungguh-sungguh. Cinta itu perlukan pengorbanan, cinta itu memerlukan
keberanian, cinta itu mampu mencipta sesuatu yang luar biasa.. CINTA SEJATI
itulah namanya. “
“Cinta perlu
pengorbanan?”
“ya, bukan
berkorban duit, membuang masa, bermesej,bercakap di telefon tanpa sebab musabab
yang memerlukan, berdating ,brcouple tak tentu hala tapi mengorbankan masa untuk membentuk jati
diri, membentuk peribadi mulia , menjadi contoh teladan untuk keturunan yang
seterusnya,cinta yang membina jati diri Rania...luahkan cinta anti pada yang
selayaknya. Cinta pada yang bergelar yang halal ,cinta pada yang haq, cinta
pada arjuna pilihan ilahi”.
Sambung ustazah
lagi, “Rania , hati kita ini, hanya Allah yang tahu, maka pinta pada Allah”
“Pinta pada Allah?”
selama ini aku tak pernah pun minta cinta pada Allah...seperti angin lembut
terhembus di hati... tiba-tiba, aku rindukan Ilah yang satu. ALLAH.
------------------------------------------------------------------------------------------
Aku damba cinta
manusia tapi akhirnya cinta Dia yang kunjung tiba tanpa kusangka. Sejak pulang
dari usrah tempoh hari, hati ini disapa untuk mengubah diri kepada yang lebih
baik. Aku utarakan keinginanku untuk berniqab kepada ibu.
“Ren nak pakai
niqab? Tapi kenapa?”
“Ren nak jaga
pandangan Ren ibu,Ren nak berubah ibu,Ren nak jaga diri Ren,Ren nak jadi
muslimah yang kembali kepada jalan Allah”.
“Ren, buatlah apa
yang Ren nak buat, ibu sokong, ibu doakan Ren mampu menggapai cita-cita menjadi
mukminah yang solehah”.
“Terima kasih ibu”,
aku tersenyum bahagia
Aku kini jatuh cinta, aku berniqab bukan
kerana apa, aku mengambil keputusan untuk berniqab kerana aku cintakan sunnah Rasulallah saw. Semenjak
itu, aku mula menjauhi Ai, walau masih ada getar rasa terhadap Ai, namun getar cinta
pada DIA lebih kuat. Semua terkejut dengan penampilan aku yang kini berniqab,
aku mula mengurangkan melayari laman facebook, aku kini berada dalam jalan
dakwah. Aku mula belajar perkara-perkara baru mengenai ISLAM, dan aku kini
menjadi Rania Iman yang baru. Rania Iman yang mencintai Allah dan Rasulnya.
Rania Iman yang ingin belajar cinta yang sebenarnya bukan mengejar cinta yang
tidak pasti.
Ingin aku kongsikan pengalaman pertama kali
aku memakai niqab , rasa begitu aman dan tenteram. Mira menegurku, “ Rania, aku
lihat kau begitu tenang, aku dapat rasakan sesuatu dari kau”.
“Alhamdulillah, aku pun begitu. Hati aku kini
penuh dengan cinta. Cinta yang menenangkan”.
Air mata tidak segan menitis lagi, ah, bila
aku mula belajar erti cinta DIA, aku kerap menangis terutama ketika sepertiga malam.
Destinasi cinta kini bermula....
p/s: cerita tak habis lagi,,,,ada destinasi
cinta Rania Iman yang masih tak berkesudahan.
bez.. bile nk wat smbongan??
BalasPadamhehe..seronk la..ko wat sndiri ker??
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Padamthat word make me feel love...
BalasPadam