Ahad, 30 September 2012

Terima Kasih atas teguran..Ia Berbaloi.


Bismillahirahmanirahim.

“Dan kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian  dan cubaan bagi sebahagian yang lain. Apakah kamu mahu bersabar? Dan ingatlah tuhanmu sentiasa melihat keadaan makhlukNya”. Surah Furqan ayat 20.

Today entry is about EXHORTATION @ ADMONITION.

Kenapa?

Tak faham?hehehe…

Maksudnya TEGURAN.

As usual I am just ordinary human that always making mistakes. And for sure, people around me will reprove me. Yes. Indeed.

“dayah, kau tahu tak bahaya kau bawak motor mcm tu”
“erm…aku tahu.” Dengan muka selenge aku,aku jawab acuh tak acuh.
“aku cakap betul-betul ni,ikut la nasihat aku”, nada dia dah lain macam. Macam org tak puas hati dgn jawapan dan respond aku..

Bila aku ingat balik , banyak teguran-teguran yang aku terima daripada sekeliling aku contohnya, mak,kakak-kakak,abang-abang,guru-guru dan ,kawan-kawan malahan mereka yg tak begitu mengenali aku dengan begitu mendalam.

Apa tujuan aku tulis entri ni?

Semestinya aku ada tujuan, takkanlah aku menulis entri ni takde tujuan…itu namanya sesuatu yg sia-sia bukan?

I realize setiap teguran yang mereka tujukan pada aku merupakan tanda mereka sayang, ada juga tanda tak puas hati dan so on. Tapi dari sudut positif , teguran mereka itulah yang menyedarkan aku tentang hakikat hidup. Hakikat untuk aku menerima sesuatu teguran dengan berlapang dada agar aku dapat belajar  menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

Beb and Bro sekalian…

Mungkin pada pertama kali korang tegur aku, aku hanya mampu untuk mendengar sebab aku tak tahu nak kata apa-apa and maybe at that time I can’t give any response. But BELIEVE me , I always thinking about all the advises you all had said to me.

Beb and Bro…

Aku tak tipu… its WORTHY.

SERIOUS..

Why?
Pernah sekali aku post dekat fb , aku cakap boleh ke aku tegur(kesilapan, example expose his or her aurat)  somebody ni dekat komen. Tapi ada sorang bro ni cakap “inboxkan ada”. Hint dia sebenarnya, dia nak bgtau aku yg  tegur secara elok-elok dan sembunyi-sembunyi supaya kita tak mengaibkan org tu.



Once again , aku buat silap dan akan ada org tegurkan aku. It for my own good. It isn’t ?
Aku mengaku, aku memang pandai berkata-kata tp setiap kata-kata aku pun ada terselit nada –nada sinis( bukan nada-nada cinta okay)…

Tapi hari ini, aku rasa sangat bersyukur sebab sekurang-kurangnya teguran-teguran mereka buat aku tersedar dengan khilaf-khilaf yg aku pernah buat..
Ia sgt berbaloi. Bila Allah hantarkan mereka-mereka yg cukup baik untuk beri teguran yg penuh hikmah . kau nak tahu apa aku rasa?

Aku rasa sangat-sangat terharu sampai aku katakan pada diri aku,

 You should be a better muslimah after this.

Terima kasih beb and bro sekalian…

Mungkin pada mula teguran mereka semua tu buat aku annoying tapi jangan risau sebab aku seorang yg sentiasa akan memastikan yg mana baik atau buruk untuk diri aku walaupun kadang-kadang aku ni pun ting tong sikit…

Setiap kali doa aku lepas solat..
“Ya Allah ya tuhanku, ampunkan dosa-dosaku, dosa kedua ibu bapaku, ahli-ahli keluargaku, guru-guruku ,sahabat-sahabatku dan para mukmin dan mukminat sekalian”
Walaupun sahabat-sahabat tu list yg ke-6 tp peranan mereka dalam hidup aku sangat besar. Ia sebahagian dari kehidupan aku dan dari mereka aku belajar macam-macam 
benda….


“aku nak tegur sesuatu ni tp aku harap kau jgn terasa”

“kau boleh tak jgn terlalu pikir masalah kau tu”

“kau tak boleh buat mcm tu tau tak”

“aku takut nak tegur tp aku taknak kau tanggung dosa”

“dik, takyah la beli teddy bear tu , malaikat tak masuk rumah nnt”

“awak tu memang pandai cakap, tp awak buat tak”

“lain kali, nak buat apa-apa bincang dengan mak dulu, jgn buat keputusan sendiri”

“kamu tak malu ke, org lain yg kurang daripada awak tp dia dh dpt apa yg dia nak”

Sebenarnya ada banyak. Banyak tak terkira…

Tp ada satu teguran kasar yg aku akn ingat sampai bila-bila… waktu ni aku tgh makan, aku makan waktu tu memang berbunyi.. makan org yg mengunyah sambil tak tutup mulut dan makan org yg mengunyah sambil tutup mulut berbeza..  waktu tu aku tak ingat umur berapa tahun tp ada la sorang hamba Allah ni..

Elok-elok aku tgh makan, dia pergi tegur cara kasar and sergah “ko x reti makan senyap-senyap ke?”

Mak aih…mahu tak nyentap aku waktu tu. Sorry to say.. giler RUDE… hati aku ni memang pergh… toksah cakap la… rasa nak nangis..rasa malu.. dah bertahun dah tp aku ingat lg beb… susah nak lupa tp aku tak ambik hati sgt dah… teguran dia membuatkan aku makan lebih bersopan santun selepas itu…hehehe…

Tapi memang betul la, kita kena tegur org elok-elok. Amar makruf nahi mungkar.

Ucapan terima kasih je dari td.. let say Alhamdulillah… Allah sampaikan teguranNya melalui hamba-hambaNya yg lain…alhamdulillah..Allah bagi aku peluang untuk sedar stiap kesilapan aku.. dan dari situ rasa sayang dan ukhwah terjalin..

Terima kasih ya Allah…
Terima kasih Ya Allah…

Coretanku : aku tahu Allah tu maha Penyayang dan dia nak aku jadi lebih baik daripada sebelum ni. Sweetnya Allah, tuhanku yang satu.. dan aku beriman hanya padaNya. Amin.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan