Cerita ini berlaku khamis yang lalu.. one part yang takkan pernah aku lupa dalam memori hidup aku..
September 13, 2012
Today is my traumatic day. Hari di mana aku tak pernah menyangka
kenalan sekolah yang aku kenal akan terbaring di atas jalan kerana kemalangan.
Walaupun aku tak rapat dengan amirah tapi aku masih rasa terkejut. Sungguh aku
tak sangka..
Pagi ini aku keluar agak lewat untuk ke sekolah gara-gara terlalu
mengantuk . get ready go to school , dah dekat nak sampai sungai siput, di
hujung jalan sebelum lampu trafik, aku tengok ramai orang yang berkerumun.
Pada
mulanya aku sangkakan ada roadblock rupanya tidak. Ada kemalangan. Semakin aku
dekat, aku Nampak seorang budak perempuan pakai kain hitam . pelajar tingkatan
6 sekolah aku pakai kain warna hitam jadinya aku dah mula syak budak sekolah
aku dan motor yang dinaikinya itu juga aku kenali. Aku berhentikan motor aku
untuk tengok apa yang terjadi. Seorang budak perempuan terbaring dengan kepala
yang berdarah. Motornya pula ada disampingnya. Mira tak sedarkan diri. Aku
ternampak Farid kawan sekolah aku juga.
Kami menggunakan jalan yang sama untuk pergi ke sekolah. Aku turun dan aku
seperti tak mengenali mira sebab mukanya lain sangat. Aku jadi keliru. Farid
kata nama dia mira tapi kenapa otak aku macam tak boleh nak proses sesuatu.
Otak aku tak dapat bertindak dengan cepat dan aku agak keliru . seorang pakcik
suruh aku pergi sekolah untuk inform dekat cikgu-cikgu dekat sekolah supaya
boleh call mak ayah mira. Nasib baik jarak sekolah tak berapa nak jauh dah.
Waktu aku bawa motor tu, betapa tak keruannya aku, hati aku tak sedap. Sampai
je sekolah aku cari parking, dah parking, aku nak turun motor boleh pula
sangkut dengan motor sebelah. For sure aku dah jd agak kelam, teramat kelam
kabut. Dapat je keluar dari masalah kena sangkut dengan motor lain, aku buka
helmet, buka sweater , cabut kunci motor, beg aku lg satu aku tinggalkan, aku
terus berlari cari cikgu.
“cikgu, ada budak form 6 accident.. nama amira,”
First, cikgu ingat aku sebut Amirul , aku kata amira buka amirul…
dah tu dah jd kecoh la juga.. yang aku ni TRAUMA sebab first time berhadapan perkara mcm tu
dah tu aku ni rupanya jenis lemah semangat. Badan aku terketar-ketar dan aku
tak boleh control dari tak menangis. Seriously aku memang jenis yang kuat
menangis . aku tak tahu nak sembunyikan rasa sedih aku. Bayangkan cikgu terus
peluk aku sebab cikgu faham aku tak pernah hadapi perkara macam ni dan cikgu
pun pernah rasa apa yang aku rasakan.
Kondisi aku masih tak betul, jam belum tunjuk pukul 8pg, kejadian
baru berlaku beberapa puluh minit yang lalu.. aku ambil beg aku dalam raga
motor dan aku terketar-ketar lagi waktu berjalan dan aku terpaksa lalu depan
alif dengan wan. Aku tahu alif dgn wan pelik kenapa aku tiba terketar-ketar ,
aku terus jalan …dan bila aku masuk dalam kelas aku Nampak atin, sampai je
tempat duduk aku , aku dah tak tahan, aku terus menangis. Wei .. memang la
orang yg tengok akan kata aku mengada-ngada tapi masalahnya aku tak buat-buat ,
aku rasa takut sgt, aku rasa tak tahu knp tuhan tunjuk aku kejadian macam tu.
Waktu ketika aku tengah menulis ni, aku ada dekat rumah dah. Aku
tadi balik sekolah ikut jalan lain . tak ikut jalan estet tapi ikut jalan
felda. Kesian Faez sebab kena potong dengan aku tadi.(tak menyesal2 lagi
aku bawa motor laju2, dah la bahaya).
Tapi lepas ni aku akan lebih hati-hati dan mungkin Allah nak suruh aku ingat
mati banyak-banyak. Ajal maut kita tak pernah tahu terjadi bila. Sekarang mira
ada dekat hospital ipoh. Aku tak tahu apa lg berita dia tapi aku harap dia akan
sembuh. Ameen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan