Orangnya seindah nama yang diberi,
Syarifah Farhannah. Sedang tekun menelaah mata pelajaran Pengajian Perniagaaan. Orang yang memandang
Syarifah Farhannah tidak mengerti apa yang terbuku dalam hatinya.
Kekesalan yang menggunung kerana tidak
hadir pada peperiksaan taksiran sekolah kerana takut untuk menghadapi
soalan-soalan yang dia fikir dia tak mampu untuk menjawabnya, walhal, dia
sendiri yang tidak pernah bersungguh-sungguh untuk belajar. Bukan mata
pelajaran Pengajian Perniagaan je yg dia
tak jawab, matapelajaran Sejarah pada hari yang sama pun tidak diambilnya.
Senang cerita cik Syarifah Farhannah telah ponteng sekolah pada hari itu.
Kekesalan demi kekesalan menghimpit,
lantas membuat dia kembali berazam untuk belajar bersungguh-sungguh. Kalau dulu
SPM hanya cukup-cukup makan takkan dia nak buat STPM pun cukup-cukup makan.
Masih terngiang dalam kepalanya kata-kata dari cikgu-cikgu ,
“ kalau masuk form 6 sekadar untuk
jumpa kawan-kawan , nak bersembang-sembang, nak tidur, nak menghabiskan masa ,
lebih baik awak berhenti sekolah”
“masuk form 6 ni, awak kena jadi rajin
dan komited dalam setiap perkara”
“form 6 memerlukan kerajinan”
Okey , itu kata-kata panduan la agaknya
dari cikgu-cikgu atau boleh dikatakan WARNING.
“argh…..aku
tak boleh terus macam ni, sampai bila nak main-main. Aku tahu walaupun budak-budak kelas aku
banyak yang bermain-main, banyak mempengaruhi tapi aku tak boleh jadi mcm
mereka. Aku kena ambil side positif , tak boleh malas-malas lagi. Kena jadi
rajin, dapatkan pointer yang tinggi untuk semester ni.. Target nak masuk
Universiti Kebangsaan Malaysia 2014… I CAN DO IT… INSYAAllah”, dengan penuh
keazaman cik Syarifah Farhannah bagi semangat dekat diri sendiri. Nak buat
macam mana itu je yg mampu.
Penangan masuk form 6 ni satu je, KEBOSANAN
TAHAP GABAN + PERSEKITARAN YG AGAK POYO(TAKDE
BUDAK-BUDAK YG MUKA CEMERLANG, BERKREDIBILITI,BERSUNGGUH-SUNGGUH,
KEPIMPINAN TAK BERAPA NAK ADA SANGAT LA KATAKAN)
Namun begitu, wajar ke aku terus buat
macam tu? Asyik salahkan orang lain tanpa terus berusaha. Masa makin suntuk ,
aku tak mahu perkara dahulu terjadi, aku tak mahu jadi anak yang hanya tahu
menghabiskan duit mak, bukan aku tak tahu mak aku susah payah cari duit
sediakan macam-macam untuk aku, walaupun aku masih lagi tak cukup untuk menggembirakan
dia. Abi dah takde, tinggalkan aku, mak dengan kakak je. Bukan aku tak tahu mak
pergi menoreh getah pagi-pagi lagi dengan naik motosikal buruk peninggalan
arwah abi, petangnya , mak menjahit baju sampai ke malam. Aku ni hanya
ditugaskan untuk belajar sahaja untuk
mencari ilmu. Takkan itupun susahkan?
Peristiwa yang terjadi beberapa hari
dahulu menginsafkan aku.
Secara tak sengaja Syarifah Farhannah
bertemu dengan seorang muslimah yang bernama Siti Ainum. Siti Ainum seorang
wanita yang berniqab tapi sebalik hijab yang menutupi wajahnya, ada sesuatu
perkara yang menarik hati Syarifah Farhannah . Apa dia?
Kesungguhan wanita itu dalam berusaha
menjadi wanita yang baik, yang sama-sama berdakwah mengajak manusia melakukan
perkara-perkara kebaikan dan keinginannya untuk melahirkan anak-anak yang soleh
dan solehah. Kenapa Siti Ainum ini mampu mepunyai impian sedemikian?
Aku terkesima dengan jawapannya,”
kerana manusia ini dilahirkan untuk menjadi yang terbaik. Berikanlah yang
terbaik walaupun didunia ini kita tidak dapat ganjaran namun ganjaran disana
sudah tersedia”.
Masih ingat lagi ceritanya ketika menjadi
terpaksa menggantikan naqibah yang tidak mampu hadir dan dia terpaksa menjadi
bidan terjun. Dia menceritakan sebuah
cerita “Turning point in her life”.
Katanya ada seorang budak perempuan ni yang
sangat nakal. Mesti orang ingat kalau kanak-kanak kecil je nakal mereka
biasa-biasa tapi ada suatu hari tu dia cakap kurang ajar dengan mak dia sebab
mak dia taknak hantar dia pergi rumah kawan dia “ kalau kau tak hantar aku, aku
boleh pergi sendiri “ sambil tengking-tengking mak dia.
Nakal giler budak ni, kalau gaduh
dengan kakak dia pun dia takkan bagi chance dan kakak dia selalu akan menangis.
Sampai dia besar pun dia jadi macam tu. Kiranya dia spesies yang memberontak.
Cakap tak pernah baik dan dia tak suka dengan apa yg terjadi. Kadang-kadang tu
juga dia akan buat tanda salib dekat tangan dia untuk protes Allah. Memang
budak ni ada masalah jiwa.
Sampai satu saat tu dia bergaduh dengan
kakak dia , semua benda dia baling kecuali tafsir quran tu. Kakak dia cakap
“tafsir tu kau taknak baling ke?”
Dek kerana tercabar dengan dengan
kata-kata kakak dia , dia pun balinglah tafsir quran tu. Meraung dan menangis
kakak dia sebab dia buat sampai macam tu
sekali. Tak hormat langsung dengan kitab suci.
Mesti semua orang ingat budak ni memang
KEPALA BATU dan tak dapat nak ubah perangai lagi. Ataupun ending dia mesti
budak ni dapat balasan burukkan?
Sebaliknya, one day dia baca sebuah
novel islami, novel yang ada fikrah tanpa sedar hatinya mengajak dia untuk
berubah. Kalau dulu dia kasar sekarang dia jadi lembut. Kalau dulu dia suka
memberontak sekarang tak lagi. Siapa sangka. Tak siapa sangka macam mana Allah
membolak balikkan hati budak perempuan ni. Kalau dia rasa serabut dia akan buka
tafsir al quran kecil yg sentiasa dibawa ke mana-mana. Dan satu hari bila dia dilanda kesusahan dia buka tafsir tu
dan setiap ayat-ayat yang terkandung bagi dia ketenangan. Ingat Allah tu buat
semua ni secara kebetulan ke? Tak. Sebab Allah nak bantu dan sentiasa ada
disisi hambaNya.
Ada orang tanya kenapa berubah?
Jawabnya, sebab Allah itu ArRahim dan
ArRahman. Tiada jawapan yang lebih baik berbanding memang benar Allah itu Maha Pengasihani dan Penyayang. Siapa
sangkakan?
Cerita Siti Ainum membuka mata dan
minda aku. Aku rasa terkesan. Kalau budak itu boleh berubah dengan kuasa Allah
yang maha Penyayang, aku yang masih dalam keadaan waras dan sedar untuk
mensyukuri nikmat Allah ini, mengapa tidak segera untuk kembali bertaubat untuk
setiap kejahilan ,kesilapan yang telah aku lakukan?
Air mata turun tidak henti-henti.” Aku
bertaubat ya Allah. Aku mahu jadi hambaMu yang kembali taat, yang kembali
mencintaiMu, yang sentiasa bersungguh dalam melakukan setiap pekerjaan”.
Aku sentiasa fikir orang-orang
sekeliling aku tak mampu untuk membantu aku. Ia benar sebab seharusnya aku yang
membantu diri aku bukan yang lain.
Peperiksaan tak lama lagi, aku berazam
pada diri untuk melakukan yang terbaik.
Gantunglah citamu setinggi langit dan cubalah untuk
menggapainya (HAMKA.)
Aku Syarifah Farhannah binti Syed Yusuf
berjanji dengan diri aku sendiri, aku akan melakar sebuah kejayaan bukan sahaja
yang mampu tercatat dalam dunia ini bahkan hingga ke akhir nanti.
Aku kembali mendongak memerhatikan
keadaan sekelilingku. Kawan-kawan sekelasku kebanyakkannya sedang bersembang,
makan dan ada juga yang keluar ke tandas. Agak terganggu dengan kondisi
sedemikian kerana persekitaran dan keinginanku tidak sama. Aku ingin Berjaya,
biarlah apa pun yang terjadi aku tahu, Allah sedang mengujiku untuk aku
berusaha bersungguh-sungguh dalam mencari ilmu .
Jika engkau inginkan dunia hendaklah
kau berilmu, jika kau inginkan akhirat
hendaklah engkau berilmu dan jika engkau inginkan kedua-duanya sekali hendaklah
engkau berilmu.
p/s: cerpen ringkas
Tiada ulasan:
Catat Ulasan