Bismillhirahmanirahim.
Hari ini 21 September 2012.
Seorang kawan sekolah aku meninggal dunia di Hospital Raja
Permaisuri Bainun ,Ipoh. Namanya Nor Amirah Binti Ghazali. Aku tahu semua orang sedih dengan kehilangan
seorang kawan yang baik macam dia. But La Tahzan semuanya. Ajal maut, jodoh dan
pertemuan itu di tangan Allah. Sudah tercatat di loh mahfuz , sudah tiba detik
untuk dia menemui tuhan yang menciptakannya.
Perjalanannya baru bermula didunia akhirat sana, tapi kita
masih didalam perjalanan dunia yang kita tidak tahu bila akan terhentinya waktu
buat kita. Kita datang dari Allah, kita pulang kepada Allah.
Insaf. L
Sebab hidup ini cuma sementara. Bahkan semuanya pinjaman
buat kita. Yang masih hidup ini terus perjuangan dalam menjadi seorang hamba
Allah. Sahabat baik kita kelak disana ialah amal bukan lagi keluarga, mak, ayah, suami,isteri
mahupun teman.
Aku tahu semua orang sedih. Semua orang rasa kehilangan
lebih-lebih keluarga mira dan kawan-kawan baik dia. Aku yang baru kenal dengan
dia pun , rasa sedih tapi kesedihan ini usah berlanjutan. Terus maju dalam
hidup. Doa pada Allah moga kita bertemu dengannya di Syurga Allah kelak.
Syurga itu bukan senang digapai. Ia perlu dengan
pengorbanan. Kematian kadang kala buat kita insaf, melembutkan hati yang keras.
Sahabat yang baik adalah sentiasa saling ingat mengingati. Sedekah al fatihah
dan yassin untuk allahyarhamah.
Nak tahu?
Orang baik pasti akan pergi dahulu.
Sebab..?
Allah nak sentiasa orang baik ini berada disampingNya..
Alhamdulillah, mira meninggal hari jumaat… moga terbuka
pintu syafaat buatnya.
Ketahuilah…. Tiada satu pun milik kita, semuanya milik
Allah..bahkan teman seperjuangan….
La Tahzan semuanya… Allahhumma inni a’u’zubika minnal hammi
wal hazzan…
Ya Allah ,Kau cucurilah rahmat untuk sahabat kami Nor Amirah
Binti Ghazali, moga dia kau jadikan antara bidadari disyurgaMu. Ameen..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan