Memaparkan catatan dengan label cerpen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cerpen. Papar semua catatan

Khamis, 24 Januari 2013

~Iman Cinta~part2




Dhiya dan Nera berpandangan antara satu sama lain. 6 bulan sudah berlalu.

“seronok rasanya dapat belajar disini” Dhiya berkata sambil mengemas baju untuk dimasukkan ke dalam beg

“ha’a, aku tak menyesal sebab ibu aku paksa aku belajar dekat sini” Nera tersenyum.
“Nera”, nama Nera dipanggil Dhiya lalu Nera terus berpaling memandangnya
“yes”, senyuman terukir antara dua mereka.
“kau nak tahu, aku sayangkan kau. Kali pertama kita berjumpa, aku suka melihat kau  dan hati aku mengatakan kau bakal menjadi sahabat aku “, Dhiya mula bersuara.
“Dhiya, that so sweet. Aku pun macam tu juga dia. Aku sayangkan kau juga. Uhibukifillah jiddan. Beruntung aku dhiya. Mana taknya, aku dapat belajar dalam suasana yang cukup-cukup indah , ibarat hidup dalam taman syurga saja bahkan aku dapat seorang teman yang cukup baik dan manis seperti kau Dhiya. Uhibukifillah juga… aku sayang kau”, mereka berdua berpelukan.

Mereka berdua terdiam sambil melayani perasaan masing-masing dan mengemas baju.

“nanti kau datanglah rumah aku ,dhiya”
“okey, boleh je.”
“kita boleh pergi shopping sama-sama”
“wah, shopping yer. Untunglah kau, next month nak pergi Dubai”
“oh, kau nak ikut?”
“nak sangatttt,hahaha” tawa  dhiya meletus
“nanti aku bagtau sama ibu aku okey?”
“hish, aku main je la. Aku pasti rindukan kau lepas ni”
“kita apply la university yang sama”
“ha’a kan. Kenapa aku tak terfikir yer”
“tu la, lain kali banyakkan berfikir”
“iyer la cik sayang oi…”
“Dhiya, aku nak tanya sesuatu boleh?”
“boleh, tanyalah”
“ kau pernah jatuh cinta tak?”  soalan klise dari Nera.
“erm,, pernah”, Dhiya menjawab sepatah.
“cerita la wei, teringin aku nak dengar”, Nera teruja.

“kau tau nera, aku ni dulu jenis yang mudah sgt jatuh cinta dan perasaan tu pasti akan berlalu setelah satu tempoh masa yg singkat”
“sama la macam aku”nera menyampuk.
“tapi bila aku sukakan seseorang, aku tak segera untuk beritahu sama dia sebab satu perkara yang aku tahu, orang yang kita suka belum tentu jodoh kita”, Dhiya mengambil nafas, kemudian menyambung.
“ Nera, kau sendiri tahu yang kita baru melepasi umur belasan tahun, waktu tu la segala-galanya bagai bergolak dalam diri, mencari identiti yang sebenarnya, merasakan sentiasa kosong dalam jiwa, rasa ingin berteman. Sungguh benar, teruji dengan situasi mcm tu. Tapi aku sangat bernasib baik sebab aku punya beberapa teman yang memahami aku. Mereka menasihati dan mendengar kisah aku. Memang betul, menyukai tak bermakna dapat memiliki. Sampai satu tahap, aku berhenti seketika untuk buang masa dari memikirkan . Aku rasa aku sudah cukup banyak bermain. Fikiran aku tak sudah-sudah memikirkan  kenapa aku tak mampu nak kekang perasaan ni.sehinggalah teman aku, Asyiqin menegur aku supaya kembali ke landasan yang benar, tak usah untuk terus-terusan hanyut dalam anganan nafsu yang tak sudah. Pesannya agar aku kembali giat membaca alquran, solat taubat dan lebihkan berzikir.  Aku cuba bertahan, dan terus bertahan. Kau nak tahu Nera, pada pertengahan semester lepas, ada seorang lelaki yang pernah menegurkan dalam sebuah majlis perkahwinan telah berada dalam satu sekolah yang sama dengan aku. Tatkala itu, hati aku sangat-sangat teruja. Dia duduk bersebelahan mejaku. Si Arjuna ini juga disukai ramai adik-adik senior di sekolah. Aku tak mengendahkan dia, kerana perasaan aku ,biarlah hanya aku yang tahu. Semua ini Cuma ujian perasaan. Berapa kali kami terserempak , hanya diam ,kelu dalam memandang sesama sendiri. Aku tak tahu adakah itu cinta atau apa, tapi ia amat sia-sia kalau tiada hubungkait dengan tuhanku yang satu itu.” Dhiya ibarat mengeluh.






“kau sangat lain berbanding dengan aku Dhiya”, Nera bersuara setelah melihat Dhiya diam.
“kita sama Nera. Takde perbezaan. Kau pernah buat silap, aku juga pernah buat silap”, Dhiya menyambung.
“Dhiya, aku bukan perempuan yang suka selingkuh, aku tak pernah untuk melakukan perkara-perkara yang bukan-bukan dalam duniaku yang sebenar. Tapi aku gagal dahulu, gagal untuk istiqamah dalam melaksanakan apa yang aku pilih. Dahulu, aku memilih untuk memakai tudung labuh, sehingga mak dan kakak-kakakku menentang kerana aku kelihatan sangat fanatic agama. Mula-mula aku mampu bertahan, tapi nafsu aku untuk mencuba pakaian-pakaian tabarruj makin memuncak, makin memakan diri aku. Pergaulan aku dengan lelaki masih tidak berubah. Bertepuk tampar , berbual-bual tanpa urusan yang perlu. Di sekolah bertudung labuh, di luar sekolah aku menjadi orang lain. Bila aku kenangkan kembali, aku malu. Aku malu sangat”, Nera mula emosi dan akhirnya air mata menitis.

Dhiya terus duduk berdekatan dengan Nera dan memeluknya.

“sabar sahabatku, sabar. Baguslah engkau sedar, itulah kebaikan untuk mu. Menyedari kesilapanmu dan kembali memperbetulkannya.  Bertuah kau Nera, Allah masih beri kau peluang untuk perbetulkan semuanya.”
“Dhiya, aku dahulunya punya seorang teman lelaki, tapi dia suka untuk mengajak aku lakukan zina. Aku sering mengelak untuk berjumpa dengannya tapi aku masih melayannya di dalam telefon. Ada suatu hari, akhirnya kami berjumpa di taman berdekatan rumahku. Dia cuba mengambil kesempatan tapi Allah masih ingin menjaga diriku ini apabila ada beberapa penduduk menjerkah kami. Ya Allah, ampunkan aku ya Allah. Aku hina, aku silap lagi ketika itu.” Menggigil gigil badan Nera, menahan tangis namun tangisnya tetap pecah dan sangat penuh dengan sendu.

“Ya Allah, Nera. Takpe Nera, itu kenangan yang lepas.  Astaghfirullahalazim. Astaghfirullah rabbal barraya, astaghfirullah minnal khotoya”..Dhiya menenangkan Nera.
“sahabat, manusia suci mana yang tak pernah mempunyai kenangan silam, hamba berdosa mana yang Allah tak berikan peluang untuk bertaubat. Sabarlah sahabat. Kini kau adalah susuk wanita yang kuat dalam mengamalkan Islam dalam seluruh kehidupanmu. Kini kau anak yang bakal memimpin ibu dan saudaramu.”
“syukran ya ukhti. Syukran”…  tangisan sudah sedikit reda.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kediaman Puan Dee Laila.






Dee laila menatap setiap madah kata-kata itu dalam sekeping kad ,hadiah peninggalan arwah suaminya. Hari itu, Dee laila merasakan dirinya sangat merindui arwah suaminya. Sudah 3 tahun berlalu . Yusuf Mikhail  seorang suami yang sangat baik, memahami dan suami yang ikhlas memimpinnya mengenali dunia yang sebenarnya.

Momento Mori.
“Dee”
“yer abang”, Dee Laila malu-malu apabila namanya disebut oleh Mikhail.
“I love you”, senyuman nakal terukir. Dee Laila malu sehingga mukanya merah.
“ish.”  Mukanya berasa tebal, nak-nak pertama kali berada dekat sengan seorang lelaki mahram yang bergelar suaminya. Pertama kali , mendengar lafaz cinta dari mulut seorang lelaki.

Perkahwinan yang sangat dipermudahkan tuhan. Mereka bertemu dan berpandangan dengan sekali pertemuan, lalu Mikhail menghantar rombongan merisik dan meminang Dee Laila ketika mereka berdua masing-masing berumur 21 tahun. Dee Laila menerima Mikhail setelah  melakukan solat istikharah dan bermimpikan lelaki itu hampir setiap malam. Lelaki itu menghulurkan tangan dan al quran dalam mimpinya. Hatinya mantap memilih lelaki itu bukan kerana rupa dan harta tetapi kerana agama yang ada.

“ kenapa saya?”
“kenapa awak?”
“saya malu la”, Dee Laila memberitahu perkara yang sebenar sambil menundukkan kepalanya ke bawah , merenung lantai.
“ makin awak malu, makin saya suka, makin saya cinta”, alahai jiwang juga suami aku ni, ayat romantis gitu.
Mikhail menyambung,” abg memang romantic, tapi dengan awak sorang je Dee Laila”,  macam tahu-tahu je apa yang ada dalam hati Dee laila.
“ sekarang saya isteri abang, saya akan taatkan abg, saya akan cuba sedaya upaya saya untuk setia dan terus  mencintai abg keranaNya”, ah, ingin menuturkan ayat ini sahaja Dee Laila cukup rasa malu tapi Mikhail ialah suaminya.
Mikhail meletakkan tangannya ke atas kepala Dee Laila.
“Bismillahirahmanirahim,.ya Allah, jadikan isteriku ini ketua biadadriku di syurga nanti. Jadikanlah dia isteri yang solehah, wanita yang kental dan permaisuri terindah dalam hidupku, dan cukupkanlah kami dengan apa yang kau berikan hingga kami tidak meminta-meminta kepada yang lain melainkan Engkau, Ya Allah. Rabbana hablana min azwajina wa zurriyatina quuratun a’yun lil muttaqina imama”… Mikhail dan Dee Laila mengaminkan doa itu lantas Mikhail mengucap ubun-ubun kepala Dee Laila. Bahagia menggembur dalam diri setelah menjadi zaujah seorang lelaki soleh.

“Abang tak tahu nak jawab apa bila Dee tanya kenapa abg pilih Dee. Tapi yang abg tahu, bila aban pandang Dee, hati abang kuat menyuruh abg menyunting Dee menjadi isteri abang yang sah”.

“Dee takut satu perkara ni. Ramai wanita yang menghuni neraka bukan kerana dia kufur terhadap Allah tapi kerana kufur terhadap suaminya”.
Mikhail memandang Dee Laila.
“ Dee, abang akan pastikan Dee takkan pergi jauh , tersasar dalam hidup ni. Abang akan terus pimpin sayang dengan keizinan Allah. Abang takkan biarkan sayang tercampak dalam neraka. Ini janji abang “, Mikhail bersungguh-sungguh.

Dee laila tersentuh dengan kata-kata Mikhail.
Mikhail menyambung.
“nanti zuriat-zuriat kita abang nak semuanya bercita-cita untuk masuk syurga. Abang nak keluarga kita bukan saja bersama dalam dunia yang sementara ini tapi tetap bersama dengan Rasulallah saw di akhirat kelak”.

Dalam hati Dee laila bersyukur, sangat-sangat bersyukur dikuriakan suami seperti Mikhail.


Dee Laila menunggu Dhiyatun Nadwa keluar dari asramanya. Matanya memandang sekeliling persekitaran asrama. Sejuk mata memandang  . melihat akhwat-akhwat yang manis menundukkan pandangan, memberi salam sesama mereka. 





Bersambung....




Rabu, 23 Januari 2013

~Iman Cinta~ part 1





Dia duduk ditikar sejadah itu untuk tika masa yang agak lama. Sejadah itu basah dengan air matanya.

“Ya Allah, aku ini wanita hina, tak layak masuk syurgaMu tapi yaAllah aku takut dengan azab seksaMu. Ampunkan aku ya Allah”… tersedu-sedu menahan tangis.

Kenangan lalu berputar dalam malam yang suram.


“Baby, sekali je, boleh la, give me yours”
“hish, taknak la. Abang dah janjikan just nak jumpa Nera je bukan nak buat benda tu”
“ sayang, sporting la sikit. Nanti kita kahwin la”
“taknak la bang”
“please sayang, abang tak tahan tengok sayang”…… Nera terus- terusan dicumbu oleh Malik.

Tiba-tiba..

“Hoi”, suara jerkahan entah dari mana tidak kami ketahui.
“ buat maksiat je kerja korang”…

Malik dan Nera terus berlari .

“tak guna Malik, kau tinggalkan aku sorang diri je . nasib baik aku tak bodoh nak bagi diri aku dekat kau”

Malik berlari meninggalkan Nera, manakala Nera menyorok di belakang salah sebuah pohon ditaman itu.
Sekeliling taman itu seperti aman, Nera segera pulang ke rumah.

Di rumah….

“Nera pergi mana?” ibu menegur
“Nera keluar ambil angin ibu”…
“lewat dah ni”
“oh,Nera tak sedar. Maaf ibu” jantung Nera bagai mahu pecah menahan debar…

-----------------------------------------------------------------------------------------------------
“Ibu nak hantar Nera masuk sekolah agama” ibu bersuara ketika kami sedang berehat di anjung rumah.

“what?” aku terkejut dengan keputusan ibu itu.
“bukan lama pun, kejap je 6 bulan. Sementara tunggu result STPM keluar apa salahnya kan? Kamu duduk rumah pun, takde guna. Ibu tengok kamu ni dah lain sangat. Dulu bertudung labuh, berstokin la, baju labuh, sekarang ni, semuanya makin mengecil. Apa nak jadi dengan kamu? “

Aku menelan air liur apabila tiba-tiba ibu berkata-kata sedemikian. Aku sangka ibu tak perasan dengan perubahan aku.

“tapi takkan sampai hantar masuk pondok kot ibu?”
“apasal , tak boleh ke?”
Dari aku terus menjawab baik aku setuju
“yer la bu, Nera pergi”
“bagus, pergi pack baju kau, ibu hantar pergi Pondok Pasir Tumboh dekat Kelantan hari sabtu ni”
“cepatnya” aku terkejut. Banyak sungguh kejutan ibu hari ini. Kalau ada sakit jantung dah lama dah arwah aku ni.
“memang pun, sebab ibu kena pergi outstation dekat Dubai jadinya ibu hantar kamu pergi mengaji”
“ibu nak ke Dubai tak bgtau pun” aku merajuk
“toksah buat muka lagu tu..ibu minta maaf, nnt 7 bulan dari sekarang kamu pulak akan ke Dubai”
“untuk apa?” Nera kembali teruja kerana dia seudah lama teringin pegi ke Dubai.
“saja, kita jalan-jalan pergi sana tp ibu kena outstation dlu. So, pack your bag now because I want to send you go to Kelantan”.


---------------------------------------------------------------------------------------------------

“Orang mati boleh rindu dekat kita tak?” tiba-tiba dhiya bertanya kepada umminya.

Ummi tersentak seketika. “ kenapa Dhiya tanya macam tu?”

“Baba rindukan kita tak ummi?”, sebak menghurung kalbu ummi dan Dhiya.

“InsyaAllah ,baba rindukan kita juga”. Hanya jawapan itu yang ummi boleh berikan..

Dhiya terus berkata-kata, “ Dhiya rindukan baba. Orang lain semua ada baba, dhiya je takde. Dhiya tgk org lain Baba mereka ambil dari sekolah, Baba mereka datang ambil result mereka sama-sama tp….”, tewas juga, air mata menitik … ummi terus memeluk Dhiya.

“Dhiya nak tahu, baba sayang dgn kita tapi Allah lebih sayangkan dia. Ummi pun rindukan baba dan kalau rindu kita kena selalu sedekahkan al-Fatihah yer sayang”.

“baik ummi”, dhiya mengiyakan walau masih ada sendu .

------------------------------------------------------------------------------------------------------

“Dhiya,    Dhiya   , Dhiya…. Tunggu la aku kejap..kau nak pergi mana? Laju je menonong” jerit Atiqah.
“aku nak pergi tugas dekat kantin la, minggu ni aku tugas”
“ooo, boleh la aku ikut, aku pun nak pergi makan laksa makcik kantin..fuh, sedap, nak-nak ada abang hensem kerja kat situ”
“what? Tolong la tiqah ,takde keje lain ke, tengok anak teruna orang pulak kau ni”

“kau kenal aku kan? Aku kan suka menghayati kekacakan lelaki,hehehe”
“whatever..” makin lama aku layan dia makin teruk pulak loyar buruk minah sorang ni.

Aku perhatikan sekeliling kawasan kantin. Pelajar beratur untuk  membeli makanan. Panjang. Perkataan yang sesuai utk situasi barisan itu.

20 minit berlalu….

Loceng berbunyi, masa untuk masuk ke dalam kelas. Aku bertembung dengan seseorang tapi aku terus berlalu tanpa menghiraukannya. Sama seperti aku, dia juga terus berlalu .

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Dhiya dan Si Arjuna…


“hey you, you have such a beautiful eyes”
 Aku terkedu seketika. Siapakah dia yang tiba-tiba menegurku.  Aku terus melihatnya. Tergamam.  Hati berdegup dengan kencang.

“ I am sorry. Am I know you?”

“nope, you not know me?”

“ooo” aku ingin terus berlalu tapi..

“Miss, serius your eyes memang cantik, I love it.. I think like I not just love the eyes but fall in love with its owner”,  dia tersenyum nakal lalau berlalu.

Siapa dia?
Apa –apa je la… lelaki memang macam tu..


--------------------------------------------------------------------------------------------------------

“panjangnya cuti”
“ops , cuti apanya? Kitakan dah habis sekolah… for the last 7 years aku habiskan masa dekat sekolah… haha…STPM dah hbis…so kita enjoy la beb”  sampuk atiqah.

“enjoy? Ya benar..jom enjoy dengan aku dekat Pondok Pasir Tumboh,Kelantan nak?”
“ha? Apa kau mengarut..enjoy apanya dekat situ. Itu tempat orang mengaji la, jadi mak tunduk … tak boleh pandang lelaki-lelaki kacak …hah…. Stress aku kalau macam tu” atiqah mula mengomel.
“ aku dah daftar. Aku akan ke sana sabtu ni”
“awat hang tak habaq kat aku? Aku nak buat apa sorang-sorang kat  kampong ni…eeiiii…kau teruk la Dhiya. Sampai hati kau”
“sebab tu aku ajak kau”
“taknak la, mak aku mesti tak bagi. Dhiya tak payah la pergi”
“alahai Tuan puteri Atiqah aku pergi kejap je la, cuti aku balik la. Ummi aku yang nak sgt aku pergi sana”
“hurm, tak sama la. Siapa nak layan kerenah aku nanti. Kau je kawan yang sanggup layan sifat annoying aku ni”
“eh, tau plak yg kau ni annoying yer”
“aku tau, sbb dgn kau je aku buat macam tu” tawa tiba-tiba meletus antara kami.
“haha, ada-ada je kau ni. Kau jangan risau . doakan aku yer “
“yer la, aku bukan boleh halang kau.. belajar elok-elok dekat sana tau”
“okey”
Kami berpelukan. Erat. Tumbuh sayang yang menjalar dalam sanubari…   Nikmat dariNya juga.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pondok Pasir Tumboh ,Kelantan.

Bermulanya persahabatan antara dua muslimah… Zanera Liyana dan Dhiyatun Nadwah.

Tersenyum kedua mereka.  Sama-sama melangkah ke kelas Sirah yang dikendalikan ustaz Zamri. 


Manis si gadis muslimah. Menutur kata sopan, menundukkan pandangan. Akhwat-akhwat yang terpelihara …

First thinking Zanera kata… Dhiya Cuma tersenyum.





 .........bersambung

Jumaat, 14 September 2012

Cabaran Hidup..( cerpen )



Orangnya seindah nama yang diberi, Syarifah Farhannah. Sedang tekun menelaah mata pelajaran  Pengajian Perniagaaan. Orang yang memandang Syarifah Farhannah tidak mengerti apa yang terbuku dalam hatinya.

Kekesalan yang menggunung kerana tidak hadir pada peperiksaan taksiran sekolah kerana takut untuk menghadapi soalan-soalan yang dia fikir dia tak mampu untuk menjawabnya, walhal, dia sendiri yang tidak pernah bersungguh-sungguh untuk belajar. Bukan mata pelajaran  Pengajian Perniagaan je yg dia tak jawab, matapelajaran Sejarah pada hari yang sama pun tidak diambilnya. Senang cerita cik Syarifah Farhannah telah ponteng sekolah pada hari itu.
Kekesalan demi kekesalan menghimpit, lantas membuat dia kembali berazam untuk belajar bersungguh-sungguh. Kalau dulu SPM hanya cukup-cukup makan takkan dia nak buat STPM pun cukup-cukup makan. Masih terngiang dalam kepalanya kata-kata dari cikgu-cikgu ,
“ kalau masuk form 6 sekadar untuk jumpa kawan-kawan , nak bersembang-sembang, nak tidur, nak menghabiskan masa , lebih baik awak berhenti sekolah”
“masuk form 6 ni, awak kena jadi rajin dan komited dalam setiap perkara”
“form 6 memerlukan kerajinan”
Okey , itu kata-kata panduan la agaknya dari cikgu-cikgu atau boleh dikatakan WARNING.
“argh…..aku tak boleh terus macam ni, sampai bila nak main-main.  Aku tahu walaupun budak-budak kelas aku banyak yang bermain-main, banyak mempengaruhi tapi aku tak boleh jadi mcm mereka. Aku kena ambil side positif , tak boleh malas-malas lagi. Kena jadi rajin, dapatkan pointer yang tinggi untuk semester ni.. Target nak masuk Universiti Kebangsaan Malaysia 2014… I CAN DO IT… INSYAAllah”, dengan penuh keazaman cik Syarifah Farhannah bagi semangat dekat diri sendiri. Nak buat macam mana itu je yg mampu.

Penangan masuk form 6 ni satu je, KEBOSANAN TAHAP GABAN + PERSEKITARAN YG AGAK POYO(TAKDE  BUDAK-BUDAK YG MUKA CEMERLANG, BERKREDIBILITI,BERSUNGGUH-SUNGGUH, KEPIMPINAN TAK BERAPA NAK ADA SANGAT LA KATAKAN)
Namun begitu, wajar ke aku terus buat macam tu? Asyik salahkan orang lain tanpa terus berusaha. Masa makin suntuk , aku tak mahu perkara dahulu terjadi, aku tak mahu jadi anak yang hanya tahu menghabiskan duit mak, bukan aku tak tahu mak aku susah payah cari duit sediakan macam-macam untuk aku, walaupun aku masih lagi tak cukup untuk menggembirakan dia. Abi dah takde, tinggalkan aku, mak dengan kakak je. Bukan aku tak tahu mak pergi menoreh getah pagi-pagi lagi dengan naik motosikal buruk peninggalan arwah abi, petangnya , mak menjahit baju sampai ke malam. Aku ni hanya ditugaskan untuk belajar  sahaja untuk mencari ilmu. Takkan itupun susahkan?

Peristiwa yang terjadi beberapa hari dahulu menginsafkan aku.

Secara tak sengaja Syarifah Farhannah bertemu dengan seorang muslimah yang bernama Siti Ainum. Siti Ainum seorang wanita yang berniqab tapi sebalik hijab yang menutupi wajahnya, ada sesuatu perkara yang menarik hati Syarifah Farhannah . Apa dia?
Kesungguhan wanita itu dalam berusaha menjadi wanita yang baik, yang sama-sama berdakwah mengajak manusia melakukan perkara-perkara kebaikan dan keinginannya untuk melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah. Kenapa Siti Ainum ini mampu mepunyai impian sedemikian?
Aku terkesima dengan jawapannya,” kerana manusia ini dilahirkan untuk menjadi yang terbaik. Berikanlah yang terbaik walaupun didunia ini kita tidak dapat ganjaran namun ganjaran disana sudah tersedia”.
 Masih ingat lagi ceritanya ketika menjadi terpaksa menggantikan naqibah yang tidak mampu hadir dan dia terpaksa menjadi bidan terjun. Dia menceritakan  sebuah cerita “Turning point in her life”.
 Katanya ada seorang budak perempuan ni yang sangat nakal. Mesti orang ingat kalau kanak-kanak kecil je nakal mereka biasa-biasa tapi ada suatu hari tu dia cakap kurang ajar dengan mak dia sebab mak dia taknak hantar dia pergi rumah kawan dia “ kalau kau tak hantar aku, aku boleh pergi sendiri “ sambil tengking-tengking mak dia.
Nakal giler budak ni, kalau gaduh dengan kakak dia pun dia takkan bagi chance dan kakak dia selalu akan menangis. Sampai dia besar pun dia jadi macam tu. Kiranya dia spesies yang memberontak. Cakap tak pernah baik dan dia tak suka dengan apa yg terjadi. Kadang-kadang tu juga dia akan buat tanda salib dekat tangan dia untuk protes Allah. Memang budak ni ada masalah jiwa.
Sampai satu saat tu dia bergaduh dengan kakak dia , semua benda dia baling kecuali tafsir quran tu. Kakak dia cakap “tafsir tu kau taknak baling ke?”
Dek kerana tercabar dengan dengan kata-kata kakak dia , dia pun balinglah tafsir quran tu. Meraung dan menangis kakak dia  sebab dia buat sampai macam tu sekali. Tak hormat langsung dengan kitab suci.

Mesti semua orang ingat budak ni memang KEPALA BATU dan tak dapat nak ubah perangai lagi. Ataupun ending dia mesti budak ni dapat balasan burukkan?


Sebaliknya, one day dia baca sebuah novel islami, novel yang ada fikrah tanpa sedar hatinya mengajak dia untuk berubah. Kalau dulu dia kasar sekarang dia jadi lembut. Kalau dulu dia suka memberontak sekarang tak lagi. Siapa sangka. Tak siapa sangka macam mana Allah membolak balikkan hati budak perempuan ni. Kalau dia rasa serabut dia akan buka tafsir al quran kecil yg sentiasa dibawa ke mana-mana. Dan satu hari  bila dia dilanda kesusahan dia buka tafsir tu dan setiap ayat-ayat yang terkandung bagi dia ketenangan. Ingat Allah tu buat semua ni secara kebetulan ke? Tak. Sebab Allah nak bantu dan sentiasa ada disisi hambaNya. 
Ada orang tanya kenapa berubah?
Jawabnya, sebab Allah itu ArRahim dan ArRahman. Tiada jawapan yang lebih baik berbanding memang benar Allah  itu Maha Pengasihani dan Penyayang. Siapa sangkakan?

Cerita Siti Ainum membuka mata dan minda aku. Aku rasa terkesan. Kalau budak itu boleh berubah dengan kuasa Allah yang maha Penyayang, aku yang masih dalam keadaan waras dan sedar untuk mensyukuri nikmat Allah ini, mengapa tidak segera untuk kembali bertaubat untuk setiap kejahilan ,kesilapan yang telah aku lakukan?
Air mata turun tidak henti-henti.” Aku bertaubat ya Allah. Aku mahu jadi hambaMu yang kembali taat, yang kembali mencintaiMu, yang sentiasa bersungguh dalam melakukan setiap pekerjaan”.

Aku sentiasa fikir orang-orang sekeliling aku tak mampu untuk membantu aku. Ia benar sebab seharusnya aku yang membantu diri aku bukan yang lain.
Peperiksaan tak lama lagi, aku berazam pada diri untuk melakukan yang terbaik.
 Gantunglah citamu setinggi langit dan cubalah untuk menggapainya (HAMKA.)


Aku Syarifah Farhannah binti Syed Yusuf berjanji dengan diri aku sendiri, aku akan melakar sebuah kejayaan bukan sahaja yang mampu tercatat dalam dunia ini bahkan hingga ke akhir nanti.
Aku kembali mendongak memerhatikan keadaan sekelilingku. Kawan-kawan sekelasku kebanyakkannya sedang bersembang, makan dan ada juga yang keluar ke tandas. Agak terganggu dengan kondisi sedemikian kerana persekitaran dan keinginanku tidak sama. Aku ingin Berjaya, biarlah apa pun yang terjadi aku tahu, Allah sedang mengujiku untuk aku berusaha bersungguh-sungguh dalam mencari ilmu .
Jika engkau inginkan dunia hendaklah kau berilmu, jika kau  inginkan akhirat hendaklah engkau berilmu dan jika engkau inginkan kedua-duanya sekali hendaklah engkau berilmu.



p/s: cerpen ringkas 

Jumaat, 27 April 2012

Arjuna Hati..(Destinasi Cinta Rania Iman Part 2)

“Bajet bagus la tu pakai purdah, tutup habis konon”
“nak berselindung disebalik niqab , bukan cantik pun”
“dah mcm hantu kum kum je, kelubung sana sini”
“ada ke lelaki nak kat dia, tutup hbis nampak mata je tu?”

Lidah  mereka itu , umpama pedang yang tajam, namun, sunnah orang berjuang, macam2  halangan, macam2 cacian. Hati jadi lapang bila teringat kata-kata seorang ustaz “ dalam melalui jalan agama itu, pasti akan merasa kesusahan,kepayahan, dan sekiranya kita merasa senang dalam membawa perjuangan maka ada yang tidak kena dengan  perjuangan itu, ada kecacatan. Kita pasti merasa sakit tapi sakit itu  setimpal dengan apa yang kita perolehi kelak bahkan buat selama-lamanya iaitu menghuni syurga yang terdapat air yang mengalir dibawahnya.”
“Subhanallah. Moga Allah kuatkan hati ini”. Doaku sendiri.
Usah dikisahkan tentang apa yang diperkatakan oleh mereka itu.
“kakak tu macam robot, jalan terus kedepan,tak pandang kiri kanan”
“kakak tu mcm ninja, nampak mata je”
Robot atau ninja, aku tetap seorang muslimah. Katakanlah apa yang kalian ingin perkatakan namun, aku tekad biarlah aku istiqamah dengan caraku kini. Aku merasakan ketenangan.  Itu yang penting.


“Rania Iman, tunggu kejap”, aku seperti kenal suara itu. Ai. Tuan Aizam Tuan Kamal.
“Assalamualaikum.” Aku memberi salam sambil aku tundukkan mataku. Tak mampu untuk menatap wajahnya, kerana masih ada getar yang tersembunyi dalam hati. Bilalah mahu hilang..
“Waalaikumsalam, Rania, saya nak minta tolong  sikit boleh”, Ai berkata sambil menjarakkan diri dari aku, mungkin dia menghormati aku.
“Tolong apa?”
“tolong saya menguruskan majlis perpisahan nanti, boleh?” dia tampak sungguh-sungguh.
“InsyaAllah.”
“Terima kasih, saya pergi dulu dan jaga diri”, bunyi mcm gelabah , aku melihat dia terus berlalu, hanya belakangnya sahaja aku perhatikan.
Sisihkan rasa ini ya Allah, aku tak layak untuknya. 


“Mira, what happened?”
Aku lihat Mira jadi sungguh tak keruan, “Ren , Zamil minta putus dengan aku. 2 tahun aku dengandia, sekarang dia taknak aku lagi. Aku benci Zamil, sampai hati dia buat aku mcm ni. Argh, Ren aku kecewa sangat. Aku tak sanggup hidup macam ni.”
“Mira,let bygone be bygone, perkara ni memang susah nak hilangkan sekelip mata . Mungkin tak mampu untuk hilang tapi bersabar dan berlapang dadalah. Apa yang engkau rasakan ni, akan pergi secara perlahan-lahan. Zamil bukan lelaki yang baik untuk kau.”
“betul Ren, selama ni Zamil banyak perempuan lain tapi aku tak kisah sebab aku sayangkan dia. Aku buta dalam menilai kasih sayang manusia”.
Dalam hatiku, manusia senang untuk jatuh cinta. Ah, terlalu mudah. Harga  cinta manusia yang hanya berlandaskan rupa dan material. Cinta itu membina peribadi menjadi mulia. Ya, aku pasti. Aku akan terus berusaha mencari cinta.


Seusai solat maghrib, ibu datang kepadaku.
“Rania, ibu nak cakap sesuatu”.
“Cakap la ibu, Rania dengar”.
“Ada orang ingin mengkhitbah Rania”. Aku agak terkejut . dalam hati aku tertanya-tanya siapa gerangan yang ingin mengkhitbah aku itu.
“Siapa ?”.
“InsyaAllah, lelaki ini baik dan soleh. Ibu rasa dia boleh bimbing Ren. Ibu yakin, kalau boleh, ibu mahu Ren terima pinangan dia. Ibu berkenan dengan dia , ibu yakin dia boleh jadi suami yang baik dan ini antara harapan ibu . Boleh tak Ren pertimbangkan “.
Siapakah dia yang ingin menjadi suamiku itu. Ah, harapan ibu? Ibu bagaimana aku harus mencintai orang lain sedangkan getar rasa nan satu itu masih tidak hilang.
“Ibu bagi Ren solat istikharah dulu ya”.
 “Baik sayang”.


“Ya Allah ya tuhanku, ku memohon padamu untuk menjadi hamba yang mencintaiMu, mencintai hamba-hamba yang mencintai agar bertambah kekuatanku mencintaiMu, dan jadikanlah perasaan cintaku padaMu lebih kusukai berbanding air yang sejuk. Ya Allah, sungguh aku tak mampu untuk melupakan dia, maka sekiranya bukan dia takdirku ,kau hilangkan rasa kasih ini terhadapnya. Aku memohon yang terbaik dariMu. Bantulah aku dalam membuat keputusan. “
Pagi itu sungguh syahdu. Aku tidak mengungkap siapakah nama si dia, cukup 
hanya aku memanggilnya  si dia. Si dia yang aku sendiri tidak pasti.


Hari pernikahan, aku tidak tahu siapakah calon suamiku sehingga hari aku dinikahkan. Aku bersetuju kerana aku yakin dengan pilihan ibuku , dan aku ingin menggembirakan ibu selagi masih ada peluang.
“Tuan Aizam bin Tuan Kamal, aku nikahkan dikau dengan Rania Iman binti Megat Ahmad  dengan mas kahwin sebanyak RM 80.00 tunai”
“Aku terima nikahnya, Rania Iman binti Megat Ahmad dengan mas kahwin sebanyak RM 80.00 tunai”
“Sah?”
‘”Sah”.. saksi-saksi semua mengatakan sah.
Takku sangka yang ingin menyunting aku ialah Ai. Sewaktu dia masuk ke dalam kamar pengantin untuk menyarungkan cincin, aku sedikit terkesima. Sungguh aku tak menyangka dia yang menjadi suamiku.
Aku menikah pada malam jumaat. Kami mengadakan walimah dalam keadaan yang sederhana. Perasaan aku sukar untuk ditafsirkan. Kebesaran tuhan mengizinkan aku menjadi isteri Ai.

Malam pertama kami, sebelum masuk ke kamar tidur, aku solat terlebih dahulu, Ai pula solat dibilik yang lain.
Seusai solat isyak aku mengintai Ai yang sedang sujud menghadap ilah yang satu. Tenang. Cintanya dia pada DIA yang satu itu. Menitis air mata .Murah dengan air mata sejak kebelakangan ini.
Ai , masuk ke dalam bilik sambil memberi salam,”Assalamualaikum”.
“Waalaikumsalam”
Dia datang dekat terhadapku dan tangannya membuka niqab yang terlekat dimukaku. Muka aku menjadi merah. Malu!!
“kenapa awak pilih saya jadi isteri awak. Saya tak cantik macam wanita lain”
“sebab awak berniqab.”
Aku tunduk dan dia terus menyambung,” sebab awak pandai jaga diri awak, awak lain dari perempuan lain, awak yang saya pilih dengan nama Allah, awak yang sesuai menjadi ibu untuk anak-anak saya. Saya mula jatuh hati bila awak menjauhi saya dan menjadi seorang muslimah yang baik. Waktu itu saya rasa sangat cemburu dan bila lama-lama saya rasa awak yang sesuai jadi pendamping saya”
“tapi..”tiba-tiba bibirku disentuh dengan jarinya.
“tiada tapi-tapi inilah takdir ilahi. Dan abang nak berterima kasih kepada Puan Rania Iman kerana sudi menerima abang menjadi suami dan moga kita kekal hingga ke akhirat kelak. Rania ialah bidadari abang. Abang berkahwin dengan Rania untuk membina ummah bukan kerana ingin mengecap bahagia yang sebentar”
Aturan Allah cukup cantik. Ai rupanya seorang lelaki soleh. Hadiah daripada Allah,  diberi suami yang memahami. Aku tak pernah mengenali Ai dengan sebetul-betulnya. Allah bagi peluang bercinta dengan Ai selepas menikah. Cinta yang lebih indah. Cinta yang sebenar-benar cinta.
“tanda cinta abang untuk Rania ialah abang ingin sama-sama masuk syurga dengan Rania. Sekiranya abg melakukan sesuatu perkara yang mencampakkan kita ke neraka maka telah hilang cinta antara kita.Rania ialah qurratu aini abg. “
“terima kasih abang sebab pilih Ren jadi isteri abg, Ren akan berusaha untuk jadi isteri yang solehah buat abg. InsyaAllah”. Air mataku segera diseka Ai.
“Uhibbukifillah jiddan jiddan” Ai menutur kata cinta
“wa kaman ana, Rania dah lama jatuh cinta dengan abang..” aku mengaku dihadapannya.
“abang tahu, sebab tu abang cepat-cepat masuk meminang”..dia tersenyum dan aku pun tersenyum...
Moga perkahwinan ini berkekalan sehingga ke jannahNya. Amin.

Tiadalah ubat yang lebih baik melainkan mendekati Ilahi.
Saat engkau berkesedihan, engkau akan rasa diselimuti kasihNya,
saat engkau bergembira, engkau akan rasa diraikan oleh Dia.
Apakah yang lebih menggembirakan jiwa,
selain apabila bersama yang mulia?
Maka apakah yang lebih mulia,
daripada Allah SWT Yang Maha Esa?

~TAMAT~

P/S: mode jiwang tapi beriman... apasal aku tulis cerita jiwang ? layan je la!! Kena belajar untuk menulis dari hati agar sampai ke hati... aku tahu cerita ni tak berapa nak umphh...tapi gasak je la..alhamdulillah... 

Created by ummu farhan_hidayah