Dhiya dan Nera berpandangan antara satu sama
lain. 6 bulan sudah berlalu.
“seronok rasanya dapat belajar disini” Dhiya
berkata sambil mengemas baju untuk dimasukkan ke dalam beg
“ha’a, aku tak menyesal sebab ibu aku paksa
aku belajar dekat sini” Nera tersenyum.
“Nera”, nama Nera dipanggil Dhiya lalu Nera
terus berpaling memandangnya
“yes”, senyuman terukir antara dua mereka.
“kau nak tahu, aku sayangkan kau. Kali
pertama kita berjumpa, aku suka melihat kau
dan hati aku mengatakan kau bakal menjadi sahabat aku “, Dhiya mula
bersuara.
“Dhiya, that so sweet. Aku pun macam tu juga
dia. Aku sayangkan kau juga. Uhibukifillah jiddan. Beruntung aku dhiya. Mana
taknya, aku dapat belajar dalam suasana yang cukup-cukup indah , ibarat hidup
dalam taman syurga saja bahkan aku dapat seorang teman yang cukup baik dan
manis seperti kau Dhiya. Uhibukifillah juga… aku sayang kau”, mereka berdua
berpelukan.
Mereka berdua terdiam sambil melayani
perasaan masing-masing dan mengemas baju.
“nanti kau datanglah rumah aku ,dhiya”
“okey, boleh je.”
“kita boleh pergi shopping sama-sama”
“wah, shopping yer. Untunglah kau, next month
nak pergi Dubai”
“oh, kau nak ikut?”
“nak sangatttt,hahaha” tawa dhiya meletus
“nanti aku bagtau sama ibu aku okey?”
“hish, aku main je la. Aku pasti rindukan kau
lepas ni”
“kita apply la university yang sama”
“ha’a kan. Kenapa aku tak terfikir yer”
“tu la, lain kali banyakkan berfikir”
“iyer la cik sayang oi…”
“Dhiya, aku nak tanya sesuatu boleh?”
“boleh, tanyalah”
“ kau pernah jatuh cinta tak?” soalan klise dari Nera.
“erm,, pernah”, Dhiya menjawab sepatah.
“cerita la wei, teringin aku nak dengar”,
Nera teruja.
“kau tau nera, aku ni dulu jenis yang mudah
sgt jatuh cinta dan perasaan tu pasti akan berlalu setelah satu tempoh masa yg
singkat”
“sama la macam aku”nera menyampuk.
“tapi bila aku sukakan seseorang, aku tak
segera untuk beritahu sama dia sebab satu perkara yang aku tahu, orang yang
kita suka belum tentu jodoh kita”, Dhiya mengambil nafas, kemudian menyambung.
“ Nera, kau sendiri tahu yang kita baru
melepasi umur belasan tahun, waktu tu la segala-galanya bagai bergolak dalam
diri, mencari identiti yang sebenarnya, merasakan sentiasa kosong dalam jiwa,
rasa ingin berteman. Sungguh benar, teruji dengan situasi mcm tu. Tapi aku
sangat bernasib baik sebab aku punya beberapa teman yang memahami aku. Mereka
menasihati dan mendengar kisah aku. Memang betul, menyukai tak bermakna dapat
memiliki. Sampai satu tahap, aku berhenti seketika untuk buang masa dari
memikirkan . Aku rasa aku sudah cukup banyak bermain. Fikiran aku tak
sudah-sudah memikirkan kenapa aku tak
mampu nak kekang perasaan ni.sehinggalah teman aku, Asyiqin menegur aku supaya
kembali ke landasan yang benar, tak usah untuk terus-terusan hanyut dalam
anganan nafsu yang tak sudah. Pesannya agar aku kembali giat membaca alquran,
solat taubat dan lebihkan berzikir. Aku
cuba bertahan, dan terus bertahan. Kau nak tahu Nera, pada pertengahan semester
lepas, ada seorang lelaki yang pernah menegurkan dalam sebuah majlis
perkahwinan telah berada dalam satu sekolah yang sama dengan aku. Tatkala itu,
hati aku sangat-sangat teruja. Dia duduk bersebelahan mejaku. Si Arjuna ini
juga disukai ramai adik-adik senior di sekolah. Aku tak mengendahkan dia,
kerana perasaan aku ,biarlah hanya aku yang tahu. Semua ini Cuma ujian
perasaan. Berapa kali kami terserempak , hanya diam ,kelu dalam memandang sesama
sendiri. Aku tak tahu adakah itu cinta atau apa, tapi ia amat sia-sia kalau
tiada hubungkait dengan tuhanku yang satu itu.” Dhiya ibarat mengeluh.
“kau sangat lain berbanding dengan aku
Dhiya”, Nera bersuara setelah melihat Dhiya diam.
“kita sama Nera. Takde perbezaan. Kau pernah
buat silap, aku juga pernah buat silap”, Dhiya menyambung.
“Dhiya, aku bukan perempuan yang suka
selingkuh, aku tak pernah untuk melakukan perkara-perkara yang bukan-bukan
dalam duniaku yang sebenar. Tapi aku gagal dahulu, gagal untuk istiqamah dalam
melaksanakan apa yang aku pilih. Dahulu, aku memilih untuk memakai tudung
labuh, sehingga mak dan kakak-kakakku menentang kerana aku kelihatan sangat
fanatic agama. Mula-mula aku mampu bertahan, tapi nafsu aku untuk mencuba
pakaian-pakaian tabarruj makin memuncak, makin memakan diri aku. Pergaulan aku
dengan lelaki masih tidak berubah. Bertepuk tampar , berbual-bual tanpa urusan
yang perlu. Di sekolah bertudung labuh, di luar sekolah aku menjadi orang lain.
Bila aku kenangkan kembali, aku malu. Aku malu sangat”, Nera mula emosi dan
akhirnya air mata menitis.
Dhiya terus duduk berdekatan dengan Nera dan
memeluknya.
“sabar sahabatku, sabar. Baguslah engkau
sedar, itulah kebaikan untuk mu. Menyedari kesilapanmu dan kembali
memperbetulkannya. Bertuah kau Nera,
Allah masih beri kau peluang untuk perbetulkan semuanya.”
“Dhiya, aku dahulunya punya seorang teman
lelaki, tapi dia suka untuk mengajak aku lakukan zina. Aku sering mengelak
untuk berjumpa dengannya tapi aku masih melayannya di dalam telefon. Ada suatu
hari, akhirnya kami berjumpa di taman berdekatan rumahku. Dia cuba mengambil
kesempatan tapi Allah masih ingin menjaga diriku ini apabila ada beberapa
penduduk menjerkah kami. Ya Allah, ampunkan aku ya Allah. Aku hina, aku silap
lagi ketika itu.” Menggigil gigil badan Nera, menahan tangis namun tangisnya
tetap pecah dan sangat penuh dengan sendu.
“Ya Allah, Nera. Takpe Nera, itu kenangan
yang lepas. Astaghfirullahalazim.
Astaghfirullah rabbal barraya, astaghfirullah minnal khotoya”..Dhiya
menenangkan Nera.
“sahabat, manusia suci mana yang tak pernah
mempunyai kenangan silam, hamba berdosa mana yang Allah tak berikan peluang
untuk bertaubat. Sabarlah sahabat. Kini kau adalah susuk wanita yang kuat dalam
mengamalkan Islam dalam seluruh kehidupanmu. Kini kau anak yang bakal memimpin
ibu dan saudaramu.”
“syukran ya ukhti. Syukran”… tangisan sudah sedikit reda.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kediaman Puan Dee Laila.
Dee laila menatap setiap madah kata-kata itu
dalam sekeping kad ,hadiah peninggalan arwah suaminya. Hari itu, Dee laila merasakan
dirinya sangat merindui arwah suaminya. Sudah 3 tahun berlalu . Yusuf Mikhail seorang suami yang sangat baik, memahami dan
suami yang ikhlas memimpinnya mengenali dunia yang sebenarnya.
Momento Mori.
“Dee”
“yer abang”, Dee Laila malu-malu apabila
namanya disebut oleh Mikhail.
“I love you”, senyuman nakal terukir. Dee
Laila malu sehingga mukanya merah.
“ish.”
Mukanya berasa tebal, nak-nak pertama kali berada dekat sengan seorang
lelaki mahram yang bergelar suaminya. Pertama kali , mendengar lafaz cinta dari
mulut seorang lelaki.
Perkahwinan yang sangat dipermudahkan tuhan.
Mereka bertemu dan berpandangan dengan sekali pertemuan, lalu Mikhail
menghantar rombongan merisik dan meminang Dee Laila ketika mereka berdua
masing-masing berumur 21 tahun. Dee Laila menerima Mikhail setelah melakukan solat istikharah dan bermimpikan
lelaki itu hampir setiap malam. Lelaki itu menghulurkan tangan dan al quran
dalam mimpinya. Hatinya mantap memilih lelaki itu bukan kerana rupa dan harta
tetapi kerana agama yang ada.
“ kenapa saya?”
“kenapa awak?”
“saya malu la”, Dee Laila memberitahu perkara
yang sebenar sambil menundukkan kepalanya ke bawah , merenung lantai.
“ makin awak malu, makin saya suka, makin
saya cinta”, alahai jiwang juga suami aku ni, ayat romantis gitu.
Mikhail menyambung,” abg memang romantic,
tapi dengan awak sorang je Dee Laila”,
macam tahu-tahu je apa yang ada dalam hati Dee laila.
“ sekarang saya isteri abang, saya akan
taatkan abg, saya akan cuba sedaya upaya saya untuk setia dan terus mencintai abg keranaNya”, ah, ingin
menuturkan ayat ini sahaja Dee Laila cukup rasa malu tapi Mikhail ialah
suaminya.
Mikhail meletakkan tangannya ke atas kepala
Dee Laila.
“Bismillahirahmanirahim,.ya Allah, jadikan
isteriku ini ketua biadadriku di syurga nanti. Jadikanlah dia isteri yang
solehah, wanita yang kental dan permaisuri terindah dalam hidupku, dan
cukupkanlah kami dengan apa yang kau berikan hingga kami tidak meminta-meminta
kepada yang lain melainkan Engkau, Ya Allah. Rabbana hablana min azwajina wa
zurriyatina quuratun a’yun lil muttaqina imama”… Mikhail dan Dee Laila
mengaminkan doa itu lantas Mikhail mengucap ubun-ubun kepala Dee Laila. Bahagia
menggembur dalam diri setelah menjadi zaujah seorang lelaki soleh.
“Abang tak tahu nak jawab apa bila Dee tanya
kenapa abg pilih Dee. Tapi yang abg tahu, bila aban pandang Dee, hati abang
kuat menyuruh abg menyunting Dee menjadi isteri abang yang sah”.
“Dee takut satu perkara ni. Ramai wanita yang
menghuni neraka bukan kerana dia kufur terhadap Allah tapi kerana kufur
terhadap suaminya”.
Mikhail memandang Dee Laila.
“ Dee, abang akan pastikan Dee takkan pergi
jauh , tersasar dalam hidup ni. Abang akan terus pimpin sayang dengan keizinan
Allah. Abang takkan biarkan sayang tercampak dalam neraka. Ini janji abang “,
Mikhail bersungguh-sungguh.
Dee laila tersentuh dengan kata-kata Mikhail.
Mikhail menyambung.
“nanti zuriat-zuriat kita abang nak semuanya
bercita-cita untuk masuk syurga. Abang nak keluarga kita bukan saja bersama
dalam dunia yang sementara ini tapi tetap bersama dengan Rasulallah saw di
akhirat kelak”.
Dalam hati Dee laila bersyukur, sangat-sangat
bersyukur dikuriakan suami seperti Mikhail.
Dee Laila menunggu Dhiyatun Nadwa keluar dari
asramanya. Matanya memandang sekeliling persekitaran asrama. Sejuk mata
memandang . melihat akhwat-akhwat yang
manis menundukkan pandangan, memberi salam sesama mereka.
Bersambung....
congrant !!! nice work
BalasPadam