Jumaat, 25 Januari 2013



Benar katanya.. sungguh cinta itu satu perjuangan…

Mencari cintaNya tak semudah yang disangka..harus melepasi setiap peringkat-peringkat  yg disediakanNya… mencintaiNya butuh pengorbanan nafsu… perjuangan … dan pengorbanan…

Mujahadah , adakah aku mampu?

Sabar, adakah engkau ada dalam diri aku?

Keinsafan, engkau tersemai sudahkah dalam jiwa ini?

Wahai taqwa mana tempat yang harus engkau aku cari?

Tak semudah bicara dan tinta yang aku tulis bukan?    Hanya kerana aku insan lemah…

Allah… lemanhnya aku… futur setelah mengenalMu… masih ada jalankah bagiku wahai tuhan?

Menyemai baja cinta padaMu… walau aku tak gagah dalam menyebarkan dakwahMu.. walau aku hanya manusia tanpa sebarang kemuliaan…  dan hanya denganMu, Kau mengangkatku menjadi muslimah, Kau tutup aibku walau aku bukan sesiapa ..

Hanya Hamba…  =(….

Walau kerap aku ingkar perintahMu…..

Kau luaskan jalan menujuMu….

Belum lagi Kau tutup ….

Sebelum mataku yang tertutup…

Ampuni aku ya Allah…

Aku hanya hamba yg tahu bermadah….

Dengan harapan bila aku bermadah…

Aku kenal diriku…

Aku bisa pupuk cintaMu…

Rasulallah saw dan seorang sahabat baginda…  “ya Rasulallah saw, aku mencintai Allah “, memandang ke terus kepada baginda… Rasulallah saw menangis..

Aku tak pernah melihat mereka… tapi  bila sahabat baginda berkata sedemikian… aku rasa  jauh dalam qalbu aku… qalbu aku betul-betul tersentuh… “aku mencintai Allah”, meresap dalam jiwa… dihadam oleh hati.. disuntik dengan ketenangan dan tunduk bahawa ada hamba yang mencintaiNya…  disapa makcik Hidayah…  air mata pun tak mampu ditahan ditubir mata .. hanya yang disapa makcik Hidayah lebih mengetahui…




Tiada ulasan:

Catat Ulasan