“Bajet
bagus la tu pakai purdah, tutup habis konon”
“nak
berselindung disebalik niqab , bukan cantik pun”
“dah
mcm hantu kum kum je, kelubung sana sini”
“ada
ke lelaki nak kat dia, tutup hbis nampak mata je tu?”
Lidah mereka itu , umpama pedang yang tajam, namun,
sunnah orang berjuang, macam2 halangan,
macam2 cacian. Hati jadi lapang bila teringat kata-kata seorang ustaz “ dalam
melalui jalan agama itu, pasti akan merasa kesusahan,kepayahan, dan sekiranya
kita merasa senang dalam membawa perjuangan maka ada yang tidak kena
dengan perjuangan itu, ada kecacatan.
Kita pasti merasa sakit tapi sakit itu
setimpal dengan apa yang kita perolehi kelak bahkan buat selama-lamanya
iaitu menghuni syurga yang terdapat air yang mengalir dibawahnya.”
“Subhanallah.
Moga Allah kuatkan hati ini”. Doaku sendiri.
Usah
dikisahkan tentang apa yang diperkatakan oleh mereka itu.
“kakak
tu macam robot, jalan terus kedepan,tak pandang kiri kanan”
“kakak
tu mcm ninja, nampak mata je”
Robot atau ninja, aku tetap seorang muslimah.
Katakanlah apa yang kalian ingin perkatakan namun, aku tekad biarlah aku
istiqamah dengan caraku kini. Aku merasakan ketenangan. Itu yang penting.
“Rania
Iman, tunggu kejap”, aku seperti kenal suara itu. Ai. Tuan Aizam Tuan Kamal.
“Assalamualaikum.”
Aku memberi salam sambil aku tundukkan mataku. Tak mampu untuk menatap
wajahnya, kerana masih ada getar yang tersembunyi dalam hati. Bilalah mahu
hilang..
“Waalaikumsalam,
Rania, saya nak minta tolong sikit
boleh”, Ai berkata sambil menjarakkan diri dari aku, mungkin dia menghormati
aku.
“Tolong
apa?”
“tolong
saya menguruskan majlis perpisahan nanti, boleh?” dia tampak sungguh-sungguh.
“InsyaAllah.”
“Terima
kasih, saya pergi dulu dan jaga diri”, bunyi mcm gelabah , aku melihat dia
terus berlalu, hanya belakangnya sahaja aku perhatikan.
Sisihkan rasa ini ya Allah, aku tak layak
untuknya.
“Mira,
what happened?”
Aku
lihat Mira jadi sungguh tak keruan, “Ren , Zamil minta putus dengan aku. 2
tahun aku dengandia, sekarang dia taknak aku lagi. Aku benci Zamil, sampai hati
dia buat aku mcm ni. Argh, Ren aku kecewa sangat. Aku tak sanggup hidup macam
ni.”
“Mira,let
bygone be bygone, perkara ni memang susah nak hilangkan sekelip mata . Mungkin
tak mampu untuk hilang tapi bersabar dan berlapang dadalah. Apa yang engkau
rasakan ni, akan pergi secara perlahan-lahan. Zamil bukan lelaki yang baik
untuk kau.”
“betul
Ren, selama ni Zamil banyak perempuan lain tapi aku tak kisah sebab aku
sayangkan dia. Aku buta dalam menilai kasih sayang manusia”.
Dalam hatiku, manusia senang untuk jatuh cinta.
Ah, terlalu mudah. Harga cinta manusia
yang hanya berlandaskan rupa dan material. Cinta itu membina peribadi menjadi
mulia. Ya, aku pasti. Aku akan terus berusaha mencari cinta.
Seusai
solat maghrib, ibu datang kepadaku.
“Rania,
ibu nak cakap sesuatu”.
“Cakap
la ibu, Rania dengar”.
“Ada
orang ingin mengkhitbah Rania”. Aku agak terkejut . dalam hati aku
tertanya-tanya siapa gerangan yang ingin mengkhitbah aku itu.
“Siapa
?”.
“InsyaAllah,
lelaki ini baik dan soleh. Ibu rasa dia boleh bimbing Ren. Ibu yakin, kalau
boleh, ibu mahu Ren terima pinangan dia. Ibu berkenan dengan dia , ibu yakin
dia boleh jadi suami yang baik dan ini antara harapan ibu . Boleh tak Ren
pertimbangkan “.
Siapakah
dia yang ingin menjadi suamiku itu. Ah, harapan ibu? Ibu bagaimana aku harus
mencintai orang lain sedangkan getar rasa nan satu itu masih tidak hilang.
“Ibu
bagi Ren solat istikharah dulu ya”.
“Baik sayang”.
“Ya
Allah ya tuhanku, ku memohon padamu untuk menjadi hamba yang mencintaiMu,
mencintai hamba-hamba yang mencintai agar bertambah kekuatanku mencintaiMu, dan
jadikanlah perasaan cintaku padaMu lebih kusukai berbanding air yang sejuk. Ya
Allah, sungguh aku tak mampu untuk melupakan dia, maka sekiranya bukan dia
takdirku ,kau hilangkan rasa kasih ini terhadapnya. Aku memohon yang terbaik
dariMu. Bantulah aku dalam membuat keputusan. “
Pagi itu sungguh syahdu. Aku tidak mengungkap
siapakah nama si dia, cukup
hanya aku memanggilnya si dia. Si dia yang aku sendiri tidak pasti.
Hari
pernikahan, aku tidak tahu siapakah calon suamiku sehingga hari aku dinikahkan.
Aku bersetuju kerana aku yakin dengan pilihan ibuku , dan aku ingin
menggembirakan ibu selagi masih ada peluang.
“Tuan
Aizam bin Tuan Kamal, aku nikahkan dikau dengan Rania Iman binti Megat Ahmad dengan mas kahwin sebanyak RM 80.00 tunai”
“Aku
terima nikahnya, Rania Iman binti Megat Ahmad dengan mas kahwin sebanyak RM
80.00 tunai”
“Sah?”
‘”Sah”..
saksi-saksi semua mengatakan sah.
Takku
sangka yang ingin menyunting aku ialah Ai. Sewaktu dia masuk ke dalam kamar
pengantin untuk menyarungkan cincin, aku sedikit terkesima. Sungguh aku tak
menyangka dia yang menjadi suamiku.
Aku menikah pada malam jumaat. Kami mengadakan
walimah dalam keadaan yang sederhana. Perasaan aku sukar untuk ditafsirkan.
Kebesaran tuhan mengizinkan aku menjadi isteri Ai.
Malam
pertama kami, sebelum masuk ke kamar tidur, aku solat terlebih dahulu, Ai pula
solat dibilik yang lain.
Seusai
solat isyak aku mengintai Ai yang sedang sujud menghadap ilah yang satu.
Tenang. Cintanya dia pada DIA yang satu itu. Menitis air mata .Murah dengan air
mata sejak kebelakangan ini.
Ai
, masuk ke dalam bilik sambil memberi salam,”Assalamualaikum”.
“Waalaikumsalam”
Dia
datang dekat terhadapku dan tangannya membuka niqab yang terlekat dimukaku.
Muka aku menjadi merah. Malu!!
“kenapa
awak pilih saya jadi isteri awak. Saya tak cantik macam wanita lain”
“sebab
awak berniqab.”
Aku
tunduk dan dia terus menyambung,” sebab awak pandai jaga diri awak, awak lain
dari perempuan lain, awak yang saya pilih dengan nama Allah, awak yang sesuai
menjadi ibu untuk anak-anak saya. Saya mula jatuh hati bila awak menjauhi saya
dan menjadi seorang muslimah yang baik. Waktu itu saya rasa sangat cemburu dan
bila lama-lama saya rasa awak yang sesuai jadi pendamping saya”
“tapi..”tiba-tiba
bibirku disentuh dengan jarinya.
“tiada
tapi-tapi inilah takdir ilahi. Dan abang nak berterima kasih kepada Puan Rania
Iman kerana sudi menerima abang menjadi suami dan moga kita kekal hingga ke
akhirat kelak. Rania ialah bidadari abang. Abang berkahwin dengan Rania untuk
membina ummah bukan kerana ingin mengecap bahagia yang sebentar”
Aturan
Allah cukup cantik. Ai rupanya seorang lelaki soleh. Hadiah daripada
Allah, diberi suami yang memahami. Aku
tak pernah mengenali Ai dengan sebetul-betulnya. Allah bagi peluang bercinta
dengan Ai selepas menikah. Cinta yang lebih indah. Cinta yang sebenar-benar
cinta.
“tanda
cinta abang untuk Rania ialah abang ingin sama-sama masuk syurga dengan Rania.
Sekiranya abg melakukan sesuatu perkara yang mencampakkan kita ke neraka maka
telah hilang cinta antara kita.Rania ialah qurratu aini abg. “
“terima
kasih abang sebab pilih Ren jadi isteri abg, Ren akan berusaha untuk jadi
isteri yang solehah buat abg. InsyaAllah”. Air mataku segera diseka Ai.
“Uhibbukifillah
jiddan jiddan” Ai menutur kata cinta
“wa
kaman ana, Rania dah lama jatuh cinta dengan abang..” aku mengaku dihadapannya.
“abang
tahu, sebab tu abang cepat-cepat masuk meminang”..dia tersenyum dan aku pun
tersenyum...
Moga
perkahwinan ini berkekalan sehingga ke jannahNya. Amin.
Tiadalah ubat yang lebih baik melainkan mendekati Ilahi.
Saat engkau berkesedihan, engkau akan rasa diselimuti kasihNya,
saat engkau bergembira, engkau akan rasa diraikan oleh Dia.
Apakah yang lebih menggembirakan jiwa,
selain apabila bersama yang mulia?
Maka apakah yang lebih mulia,
daripada Allah SWT Yang Maha Esa?
Saat engkau berkesedihan, engkau akan rasa diselimuti kasihNya,
saat engkau bergembira, engkau akan rasa diraikan oleh Dia.
Apakah yang lebih menggembirakan jiwa,
selain apabila bersama yang mulia?
Maka apakah yang lebih mulia,
daripada Allah SWT Yang Maha Esa?
~TAMAT~
P/S: mode jiwang tapi beriman... apasal aku tulis cerita
jiwang ? layan je la!! Kena belajar untuk menulis dari hati agar sampai ke
hati... aku tahu cerita ni tak berapa nak umphh...tapi gasak je
la..alhamdulillah...
Created by ummu farhan_hidayah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan