Hari ini memang tak dijangka-jangka. Semua ni
start bila En.Nazri call aku untuk bagitau test JPJ 10 haribulan.
WHAT?
Aku nak daftar masuk form6 8 haribulan. Mahu tak
menangis aku. Dah la Kl dengan perak 4 jam baru nak sampai. KECEWA!! Dengan tak
semena-mena aku pandang surat tawaran tingkatan6.
Mak dan kakak aku bising dengan aku. Everybody
pointing over me!!
Argh.. what the......
Aku rasa amat serabut dan aku rasa sangat
sedih sebab apa yang di rancang tak menjadi. Dengan anak-anak kakak aku yang
dah mula buat bising dalam rumah lagi la aku tertekan.. waktu dah nak dekat
azan asar. Aku tukar baju . isi beg
dengan telekung ,tafsir quran dan sebuah buku karangan Imam Ghazali kepunyaan
atin(aku bukan nak lari rumah...HARAP MAKLUM!!). Then, aku keluar rumah , sebab
aku dah tak tahan . aku terus jalan kaki keluar dari Desa Tun Hussein Onn, aku
lalu depan guard askar dengan selambenye.. terus aku menuju Masjid Muadz Bin
Jabbal. Dan aku masuk je, ambil wudhuk..aku solat asar berjemaah... perjalanan
dari kuarters ke depan masjid dengan berjalan kaki memang buat aku penat.. tapi
aku go on juga...anggap satu exercise yang boleh hilangkan resah aku ,...
Siap2 solat asar, baca surah yassin sikit then
aku keluar masjid... dah la aku sentiasa pergi mana
keseorangan!! .
Waktu nak keluar dari pintu pagar, atas tu ada
papan tanda tertulis...”JALAN BERJEMAAH LEBIH BAIK DAN SELAMAT BERBANDING JALAN
KESEORANGAN”... aku dah tersenyum..macam perli aku pula..haha.
Nak pergi mana pun aku tak tau, so,aku
round-round la dekat depan-depan tu tgk kedai-kedai yang menjual pelbagai jenis
barang!!! METRO DRIVING dekat situ je... tapi aku malas nak masuk...yang
penting aku kena RENEW aku punya lesen L...24 haribulan 4 dah MATI!!!! GERAM LAGI NI!! Aku masuk kedai buku, rasa
macam nak beli buku, tapi MASYAALLAH, panas la pula dalam kedai ni!! Aku terfikir 1/5 ni
nak pergi PWTC dengan Angah. Tak jadi nak beli.. aku pergi kedai QQ yang jual
aksesori...ada patung..macam2 la... aku usha semua benda..yang menarik hati aku
ni sbentuk cincin..aku asyik usha sampai aku jemu n puas..haha..tak payah beli
walaupun rasa macam nak beli..mentang2 dah gaji...sapa jd laki aku senang
je,,bawak aku window shopping..aku hanya beli barang yang betul2 berguna utk
aku.
Lepas tu, aku pergi kedai kasut...KASUT!!! aku
perlukan kasut sarung untuk interview atau masuk tingkatan 6...haha..gelak
sikit...so, macam2 kasut aku tengok...jenama BETTY BLUE..kalau ada banyak duit
aku nak cuba pakai STILETTO..pergh...warna MERAH KUAT...haha...duk mengarut lagi aku nih!! Cari
punya cari dapat la sepasang kasut... RM39.90... NAK DEKAT RM 40.00.. aku mana
pernah beli kasut mahal2..selalunya kasut aku beli kat pasar malm RM10.00..
takpun bawah RM20.OO ke bawah. Aaa...kalaau kasut sekolah dulu aku tak berapa
nak ingat..hehe....berapa harga pun ,mak aku yang bayar..sekarang ni guna duit
sendiri!!! Agaknya kalau aku dah kerja , ada duit banyak, tak tau la, kasut apa
lg and berapa mahal aku beli... MEMBAZIR!!!
Sebenarnya,aku ni mula-mula je resah macam
orang tak betul, lepas tu aku dah chill mcm sekarang...sebab aku tahu, semua ni
pasti akan berlalu. Penat sangat berjalan kaki, naik bukit turun bukit...Desa
Tun Hussein Onn ni berbukit-bukit...mahu tak penatnye...tapi mood aku dah okey
la... sebelum aku keluar rumah,aku call abg aku, ecece, mengadu kat dia sebab
makpergi mesyuarat...
Pasti ada jalan utk stiap masalah. Ujian diberi
utk kita muhasabah atau tuhan memang nak
uji aku. Malam ni je,mak aku call, dia kata tu la, ambil lesen takde pun
nak bincang dgn mak... haish... aku kena lagi... nak buat mcm mana, takkan aku
nak salahkan org...SEMUANYA SALAH AKU!!! PUAS!!
Tapi stiap apa yang terjadi nak suruh aku
belajar dari kesilapan...diam itu lebih baik..aku luahkan dekat blog supaya aku
akan ingatkan diri aku...LEARN FROM MISTAKE...SHARE YOUR PROBLEMS WITH
OTHERS...DON’T MAKE DECISION BY YOUR OWN....BLABLABLABLA..ONE MORE, ALWAYS
ALERT, BERSEDIA SEPANJANG MASA,.....AND
CHILL ALWAYS!!!
CHILL D ..U MAY DO IT D.
Go D...
hidayah@ D.... easy rite when just call me D...haha
Bila aku lihat dan renung kembali, aku jenis
bila dah down, aku akan jd ok balik dengan izin Allah....and juST LEARN FROM MISTAKE!!!
Aku sebenarnya seorang yang tinggi motivasi(PERASAN
LEBIH)
I just accept my fate, and do much better
improvement after this...with the name of Allah..I hope Allah always make me a
positive woman...and always remember Allah and the prophet Muhammad(peace be
upon him)
Jangan memberatkan segala perkara hingga semua
kerja yang lain tak boleh go on...
sebab, Allah setiap masalah ada jalan penyelesaian...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan