Sambungan entry the way I overcome my stress. Kali
ini tajuk husnuzon is the best treatment for me.
Nak buat mcm mana la agaknya. Masuk form 6 8/5
,test JPJ dekat subang 10/5. Agaknya macam mana aku nak buat yer?
So, my mom suggest me, petang 8/5 aku balik
kl sebab 9/5 ada driving class dan 10/5
test jpj. Moga Allah beri keizinan untuk meluluskan aku. Amin.
Tapi yang tak bestnye, aku kena ponteng, apa
tidaknya, baru daftar esok dan lusa kena ponteng. Tapi aku akan cuba tabahkan
hati.walau aku tahu aku akan banyak ketinggalan dalam masa 2 hari itu
ditambahkan STMAA dah ada pengetua baru!!
Nak buat mcm mana, lama sangat baru nak test jpj. Belum lagi dgr mak aku
bising sebab aku ambil driving class dekat KL bukan dekat PERAK. Apa pun sekali
lagi tabahkan hati.
Jadinya sebab lesen L kereta dah mati , hari
ini aku pergi pejabat pos dekat jalan gurney sebelah pejabat akak aku, Jabatan
Ukur Dan Pemetaan Malaysia(JUPEM) . Sambil duduk-duduk dekat situ aku
menyembang dengan seorang makcik dan seorang baby comel berumur setahun lebih .
Nama baby tu Nurul Huda Batrisya. Makcik
tu penjaga baby tu sebab mak baby tu kerja cikgu dekat sekolah area Keramat. Kisah
sedih bermula bila baby huda waktu 7
bulan kandungan ibunya , ayah dia meninggal dunia. Baby huda memang comel. Sukenye
maksu ni, bulu mata lentik gitu..huhuhu..cantik sangat-sangat, semoga baby huda
jadi muslimah solehah bila besar kelak ..amin... baru 7 bulan dalam kandungan
dah hilang ayah.. apa la sangat dengan aku ni, sekurang-kurangnya selama 16
tahun aku hidup dengan adanya abah disisi. Semoga Allah tempatkan abah dalam
kalangan hamba-hamba yang soleh. Makcik
tu cerita, bila baby huda nampak baby lain dgn ayah mereka mesti baby huda kan
pandang lama-lama. Baby huda mesti rindu dan nakkan ayah. Mode sedih aku pun
kunjung tiba waktu tu. Baby huda ada abg, abg dia kalau ditanya mana ayah, abg
dia ckp, ayah naik ambulans. Dah ajal
seseorang nak buat mcm mana, go on with our life and do the best fot our next
destination ...AKHIRAT.
Turn aku nak pergi Renew lesen...renew lesen
kereta RM32.00...mak aih...mahalnya...buat muke hampeh sikit aku ni... kalau L
motor memang la RM 4.00. huhuuuu..duit
lagi...haish..ni yang maksu tak berkenan
kalau bab2 duit..huhu... sebelum balik
rumah kena fotostat ic dan kena hantar dekat Metro Driving. Harapnya en.nazri
ambil salinan ic tu,kalau tak, entah bila dan berapa lama aku nak test jpj...lama
maksu tunggu ni ha..
Balik rumah, kena bawak qalesya naik tangga,
dah sendi lutut aku sakit ditambahkan semalam sebab tension keluar rumah
berjalan jauh, jalan kaki je... penat tak hilang lagi. BerFB sebentar sementara tggu nabil,
berkomen2 dengan Ain Mior dan Firdaus...lps tu offline... sebenarnya aku nak
check interview maktab... pkul 2 baru bukak server dia... so, after dah siapkan
nabil pergi sekolah, maksu pun ajak qalesya and qaisara sleeping...dengan maksu
sekali tidur sampai pukul 2 lebih... bangun solat kejap,lepas tu bukak notebook
balik... masak belum lg, huhuhu..nabil makan pun makan kuetiau ibu buat yang
masih banyak dekat kuali... bawa bekal lauk maksu masak semalam... masih sedap
lagi yer..
“MAAF ANDA TIDAK TERPILIH UNTUK TEMUDUGA MAKTAB”
Hurm....... takde la kecewa sangat..okey sikit
tapi MAK!! My mom want me become a teacher.. takpe la takde rezeki... diorang
nak student 8A je... kalau aku guna result PMR boleh tak? PMR aku 8A.. SPM aku
just 1A+,3A.1A-,1B.2C.1D.1E..semuanya
aku rembat,,:P tak boleh ke guna result
PMR? (kenapa aku tanya soalan bodoh?)
Oh, lupa, waktu tgh tidur dgn babies , mak ada
call, mak kata jangan kecewa-kecewa sangat... alhamdulillah, my ummi always
besides me.. my ummi is the best mom in the world...i love Puan Jamaliah Asri
so much...:) then she should know, i am type people who like
husnuzon!!
Akak balik dari kerja pun , aku terus cakap..”Adik
tak dapat interview la kak”...buat muka sedih sikit... akak aku cakap “ mungkin
rezeki dekat tempat lain”.
So. Kini, aku amat-amat berlapang dada walau
timbul sedikit perasaan cemburu(sewajarnya dan harus untuk cemburu tapi belum
kategori wajib) .. rezeki kita Allah yg tentukan, Allah itu sebaik-baik pemberi
nikmat...
Kerana esok aku akan pergi Pesta Buku
Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL 12) maka , esok aku akan enjoy sepuas-puasnya
jalan-jalan dalam syurga buku.. senyum sambil tunjuk tanda aman!!
Aku tidak mampu menjadi seperti khalifah Umar
Al Khatab kerana aku bukan dia, walaupun Umar seorang yang pemarah namun bila
Umar masuk Islam , dia jdi seorang yg tegas...aku Cuma mohon secebis ketegasan
Umar, kelembutan mengikuti sunnah2 Rasul
yang aku rindukan itu...Muhammad saw .. aku memohon semangat dan
keazaman namun bukan untuk menjadi mereka... aku inginkan secebis semangat Ummu
Sulaim yang redha dgn kematian anaknya, lalu...hanya semangat..bukan menjadi
mereka... kerana aku hanya seorang Hidayah....
Hanya ingin jadi manusia yang sentiasa percaya
Islam itu sentiasa membantu aku... InsyaAllah...
“Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah,
nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya . dan
barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan
(keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki)Nya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu”
(At Thalaq :ayat 2-3)
huhuhuhu~ rajin pulak aku membacanya !! maklumlah tgh borink~
BalasPadamhttp://browannkshare.blogspot.com/2012/08/masuk-je-form-six-dah-mengeluh.html?showComment=1344238801655#c5097208271279086441
Padam