Prof
Dr.Syeikh Yusuf AL-Qaradawi , mufti global berkata:
1.
Saya
ingin tegaskan bahawa saya tidak memuji apatah lagi mengiktiraf apa-apa yang
dikatakan oleh sebahagian orang tentang pentingnya bercinta sebelum menikah
kerana cara seperti ini dikhuatiri berbahaya dan syubhah.
2.
Ramai
orang yang memulai cinta dengan cara yang tidak benar dan tidak adil ,seperti
berpacaran melalui telefon dengan perbualan yang tidak jelas dan dilakukan
ketika waktu kosong atau bosan.
3.
Sebahagian
remaja wanita mahupun lelaki berpacaran melalui internet atau telefon tanpa diketahui oleh ahli
keluarga. Mereka juga tidak memikirkan akibat disebalik tindakan mereka itu.
4.
Disebabkan
perasaan ingin tahu dan mencuba yang mendalam, remaja biasanya sekadar ingin
mencuba, namun kemudian menjadi ketagih pula. Pada awalnya bergurau tetapi
akhirnya menjadi serius.
5.
Amat
jarang ditemui mereka yang ‘bercinta’ sebelum menikah tidak terlibat dalam
tegahan agama sama ada perbuatan ,percakapan atau nawaitu. Apatah lagi apabila
dilakukan secara bersunyian , didalangi perasaan dan hawa nafsu, ditambah
dengan godaan syaitan.
6.
Dalam
keadaan seperti ini ,remaja terjerumus dalamlembah maksiat ,sebab
kedua-duanya bukanlah malaikat dan para
nabi yang maksum.
7.
Kadang-kadang
bercinta antara dua orang yang tidak serasi dari segi status sosisal ataupun
pendidikannya. Kesannya, kedua-duanya dipisahkan oleh dinding pemisah dan
tentangan yang menghalang mereka mengakhiri hubungan mereka dengan pernikahan. Keadaan
ini boleh menyebabkan jiwa tertekan
8.
Cara
terbaik untuk menikah ialah cara yang dilakukan oleh masyarakat Islam Arab sebelum Barat memerangi kita, iaitu dengan
memilih kita , iaitu memilih calon pasangan hidupnya dengan tenang setelah merisik
peribadi calon masing-masing.
9.
Perkara
yang sesuai dirisik ialah :
1. Menilai keserasian antara
kedua-duanya.
2. Menilai kemampuan pasangan
dari segi psikologi,kematangan akal ,ekonomi dan status sosial.
3. Tidak ada penghalang yang akan
menghambat pernikahan sama ada pihak keluarga ,adat tradisi masyarakat
,undang-undang negara atau pelbagai halangan lain.
10. Jika sudah merisik,seseorang
pemuda hendaklah dengan berani(gentleman) oergi ke rumah calonnya untuk menemui
keluarganya. Si pemuda berhak melihat calonnya walaupun dalam keadaan gadis itu
tidak mengetahui bahawa pemuda itumenaruh minat kepadanya. Ini supaya si gadis
tidak terluka jika pemuda tersebut tidak tertarik kepadanya.
11. Apabila ‘kapak sudah menancap
dikepala’(cinta berputik), keluarga hendaklah menilai calon pilihan si anak
dengan bijaksana dan penuh hikmah. Janganlah pula menolak lamaran tanpa sebab
yang munasabah. Keluarga hendaklah mengamati dengan saksama sebagaimana
dianjurkan oleh hadis nabi , maksudnya “ tiada yang lebih patut kepada dua orang
yang saling mencintai kecuali
pernikahan.” (Riwayat Ibnu Majah dan al Hakim). Dengan kata lain, nikah ialah
cara yang paling tepat untuk meraikan fitrah cinta yang indah ini.
12. Yang menjadi kayu ukur dalam
menilai calon suami atau isteri ialah agama dan akhlaknya. Hanya inilah sumber
dan faktor kebahagiaan yang boleh diraih
dalam kehidupan berumah tangga.
(Fatwa
Mu’asirah,jilid 2 ,halaman 348-349)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan