Dengan
nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
~Bukankah
Kami(Allah) telah melapangkan dadamu(ya Muhammad)~
~Dan
telah Kami ringankan bebanmu yang berat~
~yang
memberati punggungmu~
Dan
Kami tinggikan(muliakan)namamu?~
~Sesungguhnya
di samping kesukaran itu ada kemudahan~
~Sesungguhnya
disamping kesukaran itu ada kemudahan~
~Apabila
engkau telah selesai,(mengerjakan sesuatu pekerjaan),maka bersusah
payahlah(mengerjakan yang lain)~
~Dan
kepada Tuhanmu, berharaplah~
Keterangan Surah AL INSYIRAH
Erti terbuka dada Muhammad ialah senang hatinya dan
tenteram jiwanya kerana telah memperolehi ilmu pengetahuan (wahyu) yang
dianugerahi oleh Allah swt kepadanya. Sebenarnya nama Nabi Muhammad saw telah
ditinggikan oleh Allah swt, yakni namanya mahsyur dimana-mana sahaja. Setiap
kali azan, terdengar nama nabi Muhammad saw , setiap sembahyang disebut nama
Nabi Muhammad saw.
Orang-orang yang beriman kepada Allah swt dan hari
kemudian ,jika ditimpa satu bala (ujian kesusahan) dia teringat akan firman
Allah swt ini( disamping kesukaran terkandung kemudahan, disamping kesempitan
ada kelapangan, sesudah bala menggoda , dibelakangnya terdapat nikmat berlipat
ganda. Sebab itu dia tidak berduka cita dan berkeluh kesah benar atas cubaan
Allah swt ,kerana dia percaya selepas
kesukaran ,kemudahan akan datang. Hanya orang beriman sahaja yang akan
memperolehi kelebihan yang sedemikian
rupa. Tidak seperti orang yang tidak beriman, yang mudah berputus asa dan akhir
sekali akan terlibat dalam perkara-perkara yang dilarang Allah swt seperti
membunuh diri..nauzubillahminzalik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan