Membaca Al Quran sememangnya satu penawar untuk hati.
What should I do? I’m not a good writer, I’m
not good in debating, I’m not good in nothing? Ahay... mesti ada punya
kelebihan, nanti aku secure sendiri...
Almost 4 months in KL as a caretaker for my
sister’s childrens ...Muhammad Nabil Afnan, Muhammad Haziq Fitri, Fatin Qaisara
..last but not least, my sweetheart, Fatin Qalesya. Sepanjang menjaga mereka macam-macam
pengalaman yang aku peroleh... dan perkara-perkara yang selama ini aku tak
pernah buat secara sendirian antaranya MEMASAK .Since become their caretaker ,
I must do all the works that i really rare do it when I was in kampung..because
my mom and sis in law yg selalu buat..example: masak, menyapu,cuci kain,sidai
kain,angkat kain,lipat kain..dan macam-macam lagi.. the conclusion is aku tahu
mesti ada yang kata aku ni anak MANJA, PEMALAS(itu ayat kakak2 aku) dan
whatever je la...
My mom really give me a lot of freedom. I
admit it, i’ve got anything I want.. and what should I do? Bila aku kenangkan
kembali, pelaburan emak terhadap aku melebihi adik-adik yang lain sebab adik
beradik aku semuanya tinggal dekat asrama tapi aku je yg tinggal dengan mak
lepas tingkatan 3. Sejak abah meninggal, aku menjadi orang yg lebih
berdikari...percaya tak kalau aku kata aku pernah tolong mak aku kutip getah
buku, jual getah,jual sawit..(sebenarnya banyak juga anak gadis dkt kampung aku
buat mcm tu, ada juga yang tak mahu kerana takutkan pacat). Abah aku bekas
askar pencen pangkat sarjan..mak pula Cuma tukang jahit. Kehidupan aku..very
simple and sederhana..but syukur alhamdulillah ..kami semua gembira..
Kesabaran aku sampai kemuncaknya!!! Habis SPM
aku jaga anak2 kakak aku denga rela hati... dan disini aku diuji dengan
macam-macam perkara... need to facing
Muhammad Nabil Afnan yang punya susah nak dengar cakap..!!waktu aku tengah
menulis ni, tengah menahan perasaan marah sebab nabil dah mula buat perangai...
(geram+marah= nak mengamuk). I’m not good in control my temper. Hari-hari
terpaksa bertempik , tertekan dengan sekeliling, tertekan denga perangai
anak-anak kakak aku yg kuat menangis, yang suka buat sepah, kena menyapu rumah
sampai 2,3,4,5 kali.. sidai kain,basuh kain, angkat kain, lipat kain, iron baju
sekolah dengar si nabil asyik membebel tak sudah-sudah.. PENAT !!! Qaisara selalu kena marah dengan aku, (kejam
?? ) maybe... pernah ada satu saat tu,
aku marah yg teramat sgt sampai aku masuk bilik menangis-nangis.. ah..memang
amat tertekan.. marah hingga menitiskan air mata.. waktu tu, darah aku rasanya dalam
tahap tinggi la juga... tiba-tiba aku teringat waktu mak jaga nabil dekat
kampung dulu pun, darah mak naik sampai ada kemungkinan boleh pengsan bila-bila
masa..macam tu juga la aku.. Haziq dengan dunianya sendiri, Sara dengan Qalesya
merancangkan pelbagai perkara yg membuatkan aku kena kemas balik benda2 yg
dibuat sepah oleh mereka... aku TERTEKAN!!
I lost in my world... I’M TIRED...TOTTALLY
TIRED. ..... PENAT...CAPEK TAU N’GAK!!
Betul-betul meguji kesabaran. Bukan tu je,
bila aku nak tentukan masa depan aku
untuk belajar dekat mana pun, semua tak setuju. Keinginan aku nak masuk
tingkatan 6 tapi family aku semua tak suka, semua tak setuju, kata masuk
tingkatan 6 rugi la, tak menjamin masa depan la... walhal mereka semua tak tau
kelebihan tingkatan 6.. semuanya nak menentukan masa depan aku..habis tu, aku
ni apa? TUNGGUL KAYU!!?.. aku marah dan tersangat marah..semua benda nak buat
aku marah..fikiran aku dah berserabut.. hati aku sakit tapi siapa yg tahu??
Argh... dejected sangat... sangat2... aku lelah sangat.. semua benda buat aku
jadi down.. hati aku sakit dengan perangai nabil yg taknak dengar cakap.. kalau
aku tak ikut kehendak dia..’MAKSU JAHAT,MAKSU KEJAM...’.... aku kalau aku
marah, memang aku bertempik , suara aku kuat..lantang dalam bersuara.. .kalau
aku marah, memang aku
menjerit..!!(nampak sangat aku dah sakit
jiwa)..
........................................................................................................................................................................
MENANGIS.
Ya Allah, banyak sungguh kekurangan hambaMu
ini.
Ya Allah, gagal sudahkah aku menjadi hambaMu
yg sabar?
Ya Allah, aku penat..aku tertekan , aku lemah,
aku yg hina... memohon keamanan hati, dunia dan akhirat.
Ya Allah, jadikan aku hambaMu yang sedar.
Ya Allah, ku pohon menjadi muslimahMu yg taat
dan ikhlas dalam beragama.
Ya Allah, kau sebaik pembantuku.
Ya Allah, jadikan aku hamba yg bersyukur.
........................................................................................................................................................................
Aku teringat satu hadis Sungguh ajaib dalam urusan orang mukmin! Sesungguhnya setiap urusannya
baginya ada kebaikan dan perkara ini
tidak berlaku melainkan kepada orang mukmin. Sekiranya dia diberikan dengan
seseuatu kebaikan maka dia mensyukuri
maka kebaikan baginya,dan sekiranya dia ditimpa dengan kesusahan lalu
dia bersabar maka kebaikan baginya
Muncul ayat-ayat penyejuk hati.
26. Katakanlah: "Ya Allah yang memiliki kerajaan!
Engkau berikan kerajaan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkau cabut
(lenyapkan) kerajaan itu dari sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkau
muliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan sesiapa yang Engkau
kehendaki. Di dalam tangan (kekuasaan) Engkaulah segala kebaikan. Sesungguhnya
Engkau berkuasa di atas segala sesuatu.. surah imran
Ujian bukan dijadikan
untuk kita lari darinya atau berpatah balik dari kehidupan , namun ia dijadikan
untuk kita menghadapi dan melepasinya . Pasti akan damailah hatimu kerana
masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah
tak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu , tapi mungkin itulah yang Dia mahu
kerana Dia tahu hati yg sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk
dekat dan akrab denganNya
.
Bukan allah
tak tahu kecewa dan tertekannya aku,
tapi allah ingin aku kembali muhasabah diri aku ini.
Yang pertama.
Statement
aku anak manja & pemalas...
Kehidupan
aku sebagai anak bongsu banyak mempengaruhi gaya hidup aku yg lebih suka dengan
kesenangan. Tapi aku juga tahu ,aku bertindak sebagai peneman emak sejak abah
tiada lagi disamping kami. Aku memang jarang buat kerja rumah tapi bila aku
jaga anak kakak aku, bukan setakat jaga anak, aku juga kena buat kerja seperti
suri rumah tangga, aku menjaga anak-anak, aku masak, macam-macam lagi tapi aku
hanya berjaya dalam erti menjaga anak-anak kakak aku, bukan mengasuh sebab
mengasuh ini lebih kepada mendidik. Kehidupan aku macam seorang ibu. Tapi belum
menjadi ibu, makcik aku sendiri kata kepada aku, memang aku tak boleh nak rasa
lagi kasih sayang terhadap anak-anak sebab aku belum lagi ada anak sendiri. Tapi
pada masa yg sama, aku tahu Allah itu mencampakkan rasa sayang kepada aku untuk
menyayangi anak-anak kecil. Aku tak pernah menjaga adik sebab tu bila aku terus
kena jaga anak , aku rasa lain sangat. Disini aku belajar sesuatu yg aku belum
sesuai untuk berumah tangga...sebabnya, Allah hanya mahu aku rasakan bagaimana
payah nak jaga anak. Kena ada kekuatan,kesabaran dan yg penting mendidik
anak-anak.. so far, aku kena belajar didik hati dan diri aku terlebih dahulu.dan
anta sunnah Rasulallah saw adalah menyayangi anak-anak kecil, mengucupi mereka,
membuat mereka gembira , melayan mereka dengan rasa hormat dan kasih sayang. Mungkin
aku kurang memberi perhatian dlm mempraktikkan amalan ini, tapi jauh disudut
hati, masih ada sayang untuk anak-anak kecil dan aku teramat pasti ,bila aku
dah tak jaga anak-anak kakak aku ni, aku akan rindukan mereka terutama
Qalesya yg dari kecil lagi aku jaga .
Bukannya
aku sentiasa merasa senang. Aku juga hamba Allah yg diuji dengan pelbagai
kekurangan..kesunyian, kesedihan, kejatuhan , bagai2 lagi tapi, setiap yg
terjadi terkandung hikmah..kerana aku ialah seperti hamba-hambaNya yg lain..dan
tidaklah dikatakan seseorang itu beriman sebelum ia diuji..
Saya minta kepada Allah setangkai bunga yang segar.
DIA bagi saya kaktus berduri. Saya minta
rama-rama yang indah.Dia beri saya ulat berbulu. Saya sedih dan kecewa. Namun
kemudiannya kaktus ituberbunga,indah sekali dan ulat itupun bertukar menjadi
rama-rama yang indah. Itulah jalan Allah. Indah pada masanya ,Allah tidak
memberi apa yang kita harapkan tapi DIA beri apa yang kita perlukan. Kadangkala
kita sedih dan kecewa tapi jauh diatas segalanya DIA sedang mengaturkan yang
terbaik dalam kehidupan kita.
Allah
hadirkan Nabil sebagai ujian.. sebagai medium aku mengawal marah aku selepas
ini.
Yang kedua
Mereka-mereka yang menentukan hala tuju masa depan aku.
Sebenarnya
bukan niat mereka nak tentukan masa depan aku tapi mereka nak yg terbaik buat
aku. Mereka nak aku berjaya dalam hidup dan kerjaya. Perbualan telefon dengan
emak beberapa hari lalu buat hati aku
kembali berdetik keinsafan dan kesedaran. Bila aku bertegas nak masuk tingkatan
6 , mak kata “ budak bertuah ni, rugilah dik masuk form 6”.. aku jawab, “ apa
yg ruginya mak?.. “masuk maktab guru je la dik”..,” kalau dapat , adik pergi la”.
Like a flash, when I was 5 years, I said to my abah, “ bila besar nanti, adik
nak jadi cikgu”...CIKGU HIDAYAH...masyaAllah.. emak nak anak dia yg ni jd cikgu
sbb anak2 dia yg lain tak pernah lg jadi cikgu. Then, I realise , my mom want
me become a teacher, and that is her dream .. maybe my dream too... i keep
changing my dream..always...sometimes nak jadi chef, nak jadi entrepreneur ,
nak jadi kaunselor, nak jadi itu dan nak jadi ini...but my first words when
abah said what ambition that I like.. i said...TEACHER!!..
Take
a deep breath..
Allah
always with me.. aku meletakkan tanganku ke dada, sambil berkata ‘Ya Allah ya
tuhanku, ampunkan dosaku kerana bersangka buruk terhadap mereka. Ya Allah ya
tuhanku, dengan keagunganMu, aku sujud hanya padaMu..kau yg menentukan
segalanya..dan biarlah setiap perkara yg terjadi membuatkan aku hanya kembali
kepadaMu...”
.........................................................................................................................................................
PENUTUP.
Moral
of story. BERSANGKA BAIK, SABAR DAN TERUS PERBAIKI DIRI.
2. Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan
(saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji
lagi.Al Ankabut
Setiap perkara yg terjadi ,
mematangkan lagi individu dalam kehidupan mereka. Negative point dalam diri aku
ialah aku bersikap keanak-anakkan, aku sukar mengawal amarahku, aku
mengaku..itu kekurangan aku.. tapi selagi masih diberi kesempatan menghirup udara
dibumi Allah ini, aku akan berusaha untuk terus memperbaiki diri.. better late
than never. Thanks to Allah, kerana sentiasa menyedarkan aku.. Allah LOVE me...
apa pun yang terjadi selepas ini.. BERSANGKA BAIKLAH...KERANA DENGAN BERSANGKA
BAIK MAMPU MENGHILANGKAN TAWAR DIHATI..
Kita mengeluh : "tak mungkin"
Allah menjawab : "jika Allah mengkehendaki sesuatu, cukup dgn berkata jadi,maka jadilah ia --->(surah Yasin:82)
kita mengeluh : "saya terlalu penat dan lelah"
Allah menjawab : "Aku ciptakan tidurmu untuk istirahatmu"--->(Surah An-naba:9)
Kita mengeluh : "saya tak mampu menanggung dugaan ini"
Allah menjawab : "Allah tidak mmbebankan sesuatu pd seseorang melainkan sesuai dgn kemampuannya"--->(surah Al-baqarah:286)
Kita mengeluh : "saya sangat stress"
Allah menjawab : "hanya dgn mngingati Allah, maka hati akan menjadi tenang"-->(Surah Ar-Ra'du:28)
Kita mengeluh : "tak ada guna nya"
Allah menjawab : "maka barang siapa mengerjakan amal kebaikan walaupun seberat zarah, nescaya ia akan melihat kebaikannya"-->(Surah Al-zazalah:7)
ALLAH LOVE ME, ALLAH LOVE US… NO DOUBT OF THAT….
To all readers thank you because visit this blog…
May Allah bless us…Allahumma solli a’la Muhammad..
~sekian~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan