Bismillahirahmanirahim.
With the name of Allah . Allahumma solli a’la
muhammad. Tiada tuhan yang kusembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad saw itu
pesuruh Allah..
.
Today entry is something about myself and it
just one way I motivate myself and remind me to learn about my past.
I may lied people with my fake akhlak, with my fake
attitude, with the way i clothes but I
never can lie Allah swt.
Allah always see what i’m doing. Allah know
what i’m hiding from other people.
Duduk mengenang setiap perkara yang telah
terjadi , buat aku belajar sesuatu. Iaitu aku harus
JADI
DIRI SENDIRI!!
Kalau dulu aku rasa , aku sentiasa
keseorangan, aku takde kawan yang boleh tarbiah aku, suasana sekeliling aku
bukanlah dalam kalangan yang tergolong mereka-mereka yang bersifat agamawan,
aku tak pernah duduk dalam bulatan gembira, aku takde kawan yang sama-sama aku
boleh ajak pakai tudung labuh, aku takde
kawan yang boleh sembang-sembang pasal agama, aku takde kawan yang aku
boleh ajak pergi masjid sama-sama dengar ceramah duduk sebelah aku , kalau
pergi mana-mana masjid , aku Cuma keseorangan. Aku mengaku sifat aku ialah aku
seorang yang pemarah, aku mengaku aku manusia yang pengecut tak berani dalam
bersuara, aku mengaku aku malas dalam berusaha, aku mengaku aku bukan hamba
yang baik ,aku mengaku kadang-kadang aku bersifat berpura-pura...
nauzubillah... aku belum cukup baik...belum cukup baik...
But , today i learn something from my past.
Allah bagi aku kawan-kawan yang sentiasa caring dengan aku, kawan-kawan yang sentiasa
menyokong tatkala aku jatuh, kawan-kawan yang sentiasa menghiburkan aku dengan
pelbagai gelagat dan dari kwan-kawan inilah aku belajar ibrah kehidupan .
mungkin Allah tak beri kawan yang aku inginkan tapi Allah beri kawan-kawan yang
aku perlukan. Kawan-kawan yang menyedarkan aku hakikat bahawa berteman itu
antara salah satu anugerah Allah. Allah bagi aku seorang Amira yang selama 5
tahun bertahan dengan sifat-sifat aku
yang tak dijangka, Allah bg aku seorang Fatin untuk aku belajar erti sabar, Allah
beri aku seorang Rafidah untuk mengajar aku erti sakit itu antara salah satu
cara aku mengingati Allah,Allah beri aku seorang Afiqah yang mengajar aku jangn
cepat berputus asa, Allah bagi aku seorang Najihah agar aku belajar erti ceria,
Allah bagi aku dua kawan lelaki iaitu
Khalaf dan Syazwan bahawa lelaki itu antara pembantu seorang wanita dan tanpa lelaki, wanita itu bukan
sesiapa ...Allah beri aku Allah beri aku kawan-kawan yang aku perlukan. Mungkin
apabila dilihat dari pandangan kasar mereka ini serta aku dalamhidup mereka
umpama tiada peranan apa-apa tapi dalam hidup aku, aku belajar, mereka-meraka
yang hadir ini adalah salah satu bentuk pengajaran untuk aku ambil buat bekalan hidup
yang seterusnya.
INI BUKAN MASA UNTUK AKU MENULIS SESUATU YANG
MENGUNDANG LAGHA ATAU SESUATU YANG MEMBUANG MASA. INI BUKAN MASA UNTUK AKU
MENULIS SEBUAH KISAH KEPURA-PURAAN KERANA AKU HIDUP DI ALAM REALITI BUKAN
FANTASI!!
Aku juga pernah berkata aku perlukan kasih
sayang dari seseorang yg berlainan gender. Aku juga membayang rasa bahagia yang
akan dikecapi, aku juga pernah jatuh hati, aku juga sering lakukan
perkara-perkara yang lagha , aku juga sentiasa khilaf dalam melakukan
keputusan. Ah, banyak keburukan yang aku lakukan...
TAPI...
Disebalik semua itu, aku belajar lagi.. Allah
ajar lagi aku tentang hidup ini bukan hanya untuk bahagia yang smentara ..bukan
bahagia anganan indah yang akhirnya akan roboh kerana hambatan nafsu ,bukan
kerana kita suka maka kita akan buat perkara-perkara yang tak patut tapi kalau
kita suka ,kalau kita CINTA maka biarlah CINTA ITU MEMBINA PERIBADI MULIA.
Allah loves me!! Ya, I know.... the way Allah loves me, Allah always make me
learn and realised my mistakes ... Allah jadikan aku antara hambaNya yang
positif walau dalam diri aku masih tersemat sifat amarah. Allah itu maha
penyayang. Aku sentiasa lupakan Dia tapi Dia tak pernah sekali pun lupakan aku.
Aku bukan hambaNya warak jauh lagi seorang hamba yang abid. Aku memandang diri
sendiri tanpa apa-apa kelebihan. Masih dibawah tapi dihadapan hambaNya yang
lain, ada yang memandang aku sebagai manusia yang ada kelebiha-kelebihan yang
lain. Maka, aku tanyakan diri ini sekali lagi, mana datang kelebihan ini kalau
bukan dari Allah. Allah bagi aku terlalu banyak dalam hidup..
Aku inginkan seseorang yang mengajak aku masuk
ISLAM...menjadi sebenar-benar Islam.. adakah ingin masuk ISLAM itu dengan
menanti? Lagi sekali, aku lakukan kesilapan. Hidayah Allah sentiasa menyapa ,
sama ada aku yang ingin menggenggamnya atau aku biarkan ia berlalu. Tatkala
tangan pantas menaip kata-kata, ibarat satu perasaan sedih menerpa , sedih
kerana aku belum cukup baik dalam melaksanakn amal-amal yang lain. Dan
sesungguhnya aku amat tahu, aku dipertanggungjawabkan dengan apa yang aku
tulis.. tulisan yang melambangkan siapa aku yang sebenarnya...
Buat apa ingin berpura-pura sedangkan menjadi
diri sendiri itu lebih baik dan lebih mendamaikan. Aku harap aku tak pernah
kesal dengan apa yang aku lakukan. Aku harap aku akan istiqamah untuk
sentiasa untuk bersangka baik dengan
Allah.
Nikmat kasih sayang Allah bagi dekat dunia
inipun buat aku rasa bahagia, dengar gelak ketawa mereka-mereka, kata-kata
semangat dari mereka-mereka itu, ...bagaimana pula dengan syurga disana nanti?
Adakah aku antara
yang mendapat tempat disana?
Semua manusia termasuk aku dambakan syurga
Allah, namun mengapa masih tidak bergerak?
Solat masih tidak cukup 5 waktu, perintah Allah tidak dipatuhi, larangan Allah
tidak dijauhi...
Tunduk termangu seketika, air mata keluar
lagi, sebak menghambat setiap sanubari...
ISLAM MENGAJAR AKU UNTUK HIDUP DALAM
KESEDERHANAAN.
Namun BERSUNGGUH-SUNGGUH dalam
melaksanakan kewajipan didunia.
Semoga Allah terus kurniakan mereka-mereka
yang mampu memimpin aku.
Mereka-mereka yang sama-sama menjalinkan
ukhwah atas namaNya.
Dan aku akan terus BELAJAR DARI SEMUA
KETENTUAN ALLAH. DAN SETIAP PELAJARAN ITU MEMATANGKAN AKU UNTUK TERUS MENJADI
HAMBA-HAMBA YANG BERTAMBAH KEPERCAYAAN BAHAWA ALLAH ITU SEBAIK
PELINDUNG,PENEMAN, PENGHILANG DUKA, DAN PEMBERI CINTA.