Jumaat, 27 April 2012

THE POWER OF HUSNUZON!!

This article , I dedicate to Nur Rafidah Binti Husni and  she gives me an idea to write something in my bloggy.. syukran Cik Dodora!

Sekarang semua pelajar SPM 2011 duk pakat pening kepala dan ralit memikirkan nak masuk belajar kat mana pun dema tak tahu. So, disini , aku rasa sepatutnya kita harus berhusnuzon!!

KENAPA?

Sebab borang UPU sudah pun kita hantar dan hanya menanti sama ada kita dapat masuk IPTA atau sebaliknya. Selain menanti tawaran IPTA, IPTS  turut mengambil peluang menawarkan  pelbagai kursus untuk disertai oleh sesiapa sahaja. Tapi IPTS memakan banyak kos dan mcm2 lagi la(aku ni bukannya anak org senang, jadinya belajar dengan kemampuan sendiri je la).

RISAU?

Sudah-sudahlah untuk risau. Memang la rasa tak senang duduk memikirkan masa depan tapi berusahalah untuk berHUSNUZON...

HUSNUZON TU APE?

Husnuzon tu dalam bahasa arab, bahasa melayu ialah BERSANGKA BAIK!!

HUSNUZON KEPADA ALLAH.




Sebab apa kita kena husnuzon dengan Allah? Sebab takdir kita ditanganNya dan kita sebagai manusia harus berusaha. Borang dah hantar, sekarang ni tunggu tawaran je kan? Takpe2...chill and relax. Sebab, setiap yang terjadi pasti terkandung hikmah. Orang mukmin ialah orang yang sentiasa memikirkan jalan positif supaya hati mereka tenang. Pinjam kata-kata Hilal Asyraf, bersangka baik itu dapat menghilangkan  tawar dihati. MEMANG PUN!!

Serahkan segalanya pada ALLAH... remember readers, Allah always give us the best!!

THE POWER OF HUSNUZON MAY GIVES YOU SOMETHING THAT YOU CANNOT PREDICT!!

INSYAALLAH, ..

Kita ini sedang dalam destinasi menuju ilmu. Destinasi kita bermula apabila kita sampai ditapak yang kita ingini bukan maksudnya terhenti. ILMU!! Something precious. Ya... sesuatu yang BERHARGA!!
Bagi aku yang bergelar NUR HIDAYAH BINTI BAHARUDIN , NO I/C 94010708**** , telah menyatakan pada diri sendiri, dimana sahaja kita berada, Allah always with us.. Allah will help us. And tiada apa pun yang mudah dalam hidup ini, semuanya dimulakan dengan sesuatu yang sukar..

Dan bersangka baiklah kepada Allah, dan mohonlah padaNya dengan bersungguh-sungguh ,akan datang pertolongan Allah dari arah yang tak disangka-sangka( antara ayat 1000 dinar).

Macam aku,pada mulanya nak masuk tingkatan 6 setelah aku membuat pelbagai jenis kajian, nanti kalau aku stay form 6 , aku akan ceritakan kehidupan tingkatan 6 tapi aku pun sedang menanti tawaran IPTA dan IPG. My mom  want me become a TEACHER... Cikgu Hidayah..alahai.. no komen la...nanti kalau dapat InsyaAllah, aku akan tunaikan harapan seorang ibu... dah tu, Emak aku tinggal seorang je, mak mertua takde lagi... nanti dah sambung belajar dekat mana-mana, baru nak mulakan misi cari mak mertua...:)
Well, Nur Rafidah...don’t worry be happy...this article special made up for u...

p/s:senyum sambil tunjuk tanda aman.!!!

BERSEDIA UNTUK TERUS BERJUANG MENUNTUT ILMU....ALLAHUAKBAR!!

Ahad, 22 April 2012

sunnah orang berjuang

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela tauhid

Dipisah dia berkelana

Dibelenggu dia uzlah menagih mehnah
Namun jiwa tetap mara memburu cinta
Membara demi Allah dan rasulNya

Berjuang tak pernah senang

Ombak derita tiada henti
Tenang resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

*Chorus

Malamnya bagai rahib merintis sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa dirimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Berjuang memang pahit

Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban

Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan
Dunia yang fana...atau syurga

Jumaat, 20 April 2012

AKU WANITA AKHIR ZAMAN.

Ya Allah,
Aku ditakdirkan lahir sebagai wanita akhir zaman
Saban hari mencuba
Menjadi wanita solehah
Namun aku sering kufur dengan nikmat-Mu
Meski dalam gelap aku masih tercari-cari arahku
Ya Allah,
Dalam kesenangan duniawi
Aku sering terlupa pada keperitan Zinnirah
Mempertahankan cinta-Mu yang satu
Sedangkan aku begitu tega
Membiarkan cinta pada-Mu layu
Ya Allah,
Dalam kesamaran dangkalnya iman
Aku tidak pernah mengambil peduli
Tentang bagaimana sejarah Asiah
Yang telah membuktikan iman bukan penjara jiwa
Ya Allah,
Dalam takdir-Mu
Aku mencuba lagi untuk menjadi
Teman pendamping persis Siti Khadijah
Namun aku hanya seorang wanita akhir zaman
Yang ada kalanya terlupa
Ya Allah,
Teguhkanlah rasa cintaku pada-Mu
Jadikanlah aku hamba-Mu yang tidak pernah melupakan-Mu
Sentiasa berpegang pada sunnah Rasul-Mu
Menjadi anak yang berbakti kepada ayah dan ibu
Dan juga seorang isteri yang taat kepada suami
Semoga wanita akhir zaman ini sentiasa dekat dengan-Mu
P/S: puisi ini bukan ciptaanku....

AL INSYIRAH(PENGLUASAN)


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
~Bukankah Kami(Allah) telah melapangkan dadamu(ya Muhammad)~
~Dan telah Kami ringankan bebanmu yang berat~
~yang memberati punggungmu~
Dan Kami tinggikan(muliakan)namamu?~
~Sesungguhnya di samping kesukaran itu ada kemudahan~
~Sesungguhnya disamping kesukaran itu ada kemudahan~
~Apabila engkau telah selesai,(mengerjakan sesuatu pekerjaan),maka bersusah payahlah(mengerjakan yang lain)~
~Dan kepada Tuhanmu, berharaplah~


Keterangan Surah AL INSYIRAH
Erti terbuka dada Muhammad ialah senang hatinya dan tenteram jiwanya kerana telah memperolehi ilmu pengetahuan (wahyu) yang dianugerahi oleh Allah swt kepadanya. Sebenarnya nama Nabi Muhammad saw telah ditinggikan oleh Allah swt, yakni namanya mahsyur dimana-mana sahaja. Setiap kali azan, terdengar nama nabi Muhammad saw , setiap sembahyang disebut nama Nabi Muhammad saw. 

Orang-orang yang beriman kepada Allah swt dan hari kemudian ,jika ditimpa satu bala (ujian kesusahan) dia teringat akan firman Allah swt ini( disamping kesukaran terkandung kemudahan, disamping kesempitan ada kelapangan, sesudah bala menggoda , dibelakangnya terdapat nikmat berlipat ganda. Sebab itu dia tidak berduka cita dan berkeluh kesah benar atas cubaan Allah swt ,kerana dia percaya  selepas kesukaran ,kemudahan akan datang. Hanya orang beriman sahaja yang akan memperolehi  kelebihan yang sedemikian rupa. Tidak seperti orang yang tidak beriman, yang mudah berputus asa dan akhir sekali akan terlibat dalam perkara-perkara yang dilarang Allah swt seperti membunuh diri..nauzubillahminzalik.

Khamis, 19 April 2012

Pesanan pengerusi majlis ulama sedunia tentang “bercinta”


Prof Dr.Syeikh Yusuf AL-Qaradawi , mufti global berkata:

1.     Saya ingin tegaskan bahawa saya tidak memuji apatah lagi mengiktiraf apa-apa yang dikatakan oleh sebahagian orang tentang pentingnya bercinta sebelum menikah kerana cara seperti ini dikhuatiri berbahaya dan syubhah.
2.    Ramai orang yang memulai cinta dengan cara yang tidak benar dan tidak adil ,seperti berpacaran melalui telefon dengan perbualan yang tidak jelas dan dilakukan ketika waktu kosong atau bosan.
3.    Sebahagian remaja wanita mahupun lelaki berpacaran melalui internet  atau telefon tanpa diketahui oleh ahli keluarga. Mereka juga tidak memikirkan akibat disebalik tindakan mereka itu.
4.    Disebabkan perasaan ingin tahu dan mencuba yang mendalam, remaja biasanya sekadar ingin mencuba, namun kemudian menjadi ketagih pula. Pada awalnya bergurau tetapi akhirnya menjadi serius.
5.    Amat jarang ditemui mereka yang ‘bercinta’ sebelum menikah tidak terlibat dalam tegahan agama sama ada perbuatan ,percakapan atau nawaitu. Apatah lagi apabila dilakukan secara bersunyian , didalangi perasaan dan hawa nafsu, ditambah dengan godaan syaitan.
6.    Dalam keadaan seperti ini ,remaja terjerumus dalamlembah maksiat ,sebab kedua-duanya  bukanlah malaikat dan para nabi yang maksum.
7.    Kadang-kadang bercinta antara dua orang yang tidak serasi dari segi status sosisal ataupun pendidikannya. Kesannya, kedua-duanya dipisahkan oleh dinding pemisah dan tentangan yang menghalang mereka mengakhiri hubungan mereka dengan pernikahan. Keadaan ini boleh menyebabkan jiwa tertekan
8.    Cara terbaik untuk menikah ialah cara yang dilakukan oleh masyarakat Islam Arab  sebelum Barat memerangi kita, iaitu dengan memilih kita , iaitu memilih calon pasangan hidupnya dengan tenang setelah merisik peribadi calon masing-masing.
9.    Perkara yang sesuai dirisik ialah :
1.     Menilai keserasian antara kedua-duanya.
2.    Menilai kemampuan pasangan dari segi psikologi,kematangan akal ,ekonomi dan status sosial.
3.    Tidak ada penghalang yang akan menghambat pernikahan sama ada pihak keluarga ,adat tradisi masyarakat ,undang-undang negara atau pelbagai halangan lain.
10. Jika sudah merisik,seseorang pemuda hendaklah dengan berani(gentleman) oergi ke rumah calonnya untuk menemui keluarganya. Si pemuda berhak melihat calonnya walaupun dalam keadaan gadis itu tidak mengetahui bahawa pemuda itumenaruh minat kepadanya. Ini supaya si gadis tidak terluka jika pemuda tersebut tidak tertarik kepadanya.
11.  Apabila ‘kapak sudah menancap dikepala’(cinta berputik), keluarga hendaklah menilai calon pilihan si anak dengan bijaksana dan penuh hikmah. Janganlah pula menolak lamaran tanpa sebab yang munasabah. Keluarga hendaklah mengamati dengan saksama sebagaimana dianjurkan oleh hadis nabi , maksudnya “ tiada yang lebih patut kepada dua orang yang saling mencintai  kecuali pernikahan.” (Riwayat Ibnu Majah dan al Hakim). Dengan kata lain, nikah ialah cara yang paling tepat untuk meraikan fitrah cinta yang indah ini.
12.  Yang menjadi kayu ukur dalam menilai calon suami atau isteri ialah agama dan akhlaknya. Hanya inilah sumber dan faktor kebahagiaan  yang boleh diraih dalam kehidupan berumah tangga.
(Fatwa Mu’asirah,jilid 2 ,halaman 348-349)

DASAR PEMBINAAN CINTA?..ANDA BAGAIMANA?

Somebody asked me about LOVE. Quite speechless to answer because she more older then me. Theres a lot of definition of LOVE. LOVE  is subjective, LOVE  ....LOVE...and LOVE....Lol,  however, when people asked me, I need to give the answer, right? 

But for me..

Manusia selalu silap dalam cinta . mereka fikir cinta hanyalah perasaan suka antara lelaki dan perempuan . hakikatnya cinta lebih besar daripada itu. Cinta yang benar sepatutnya akan membina peribadi manusia. Menjadi lebih baik daripada dahulu. Itulah cinta yang suci dan bersih kerana cintanya berhubung dengan Allah. Cinta sesama manusia belum tentu indah penghujungnya. Namun cinta pada Allah, tidak pernah membawa padah. Maka sepatutnya kita merenung,atas dasar apakah kita membina cinta itu?.....

DASAR PEMBINAAN CINTA KITA?

Pastinya setiap kita ingin memiliki pasangan soleh dan solehah. Tapi, terdetik pada pemikiran dan hatiku, lihat sahaja Siti Asiah, isteri Firaun. Wanita solehah dan taat pada Allah pada zaman  nabi Musa alaihissalam. Perhatikan isteri nabi Lut dan isteri nabi Nuh. Kadang-kadang juga kita tak dapat apa yang kita inginkan tapi Allah mencukupkan dengan segala keperluan kita.  Kalian rasa Siti Asiah tu sayang tak dengan Firaun? Siti Asiah sayang dgn Firaun sebab begitu menjaga Asiah dgn sebaik mungkin, Asiah juga berdoa pada Allah agar Firaun kembali menyembah yg Maha Esa, Allah swt.  Tapi dah ketentuan ilahi, Firaun tetap mati dalam keadaan kufur, berbangga dengan harta kemewahan dan kekuasaan  sehingga mengaku dirinya tuhan. Kalian rasa nabi Lut dengan nabi Nuh sayang tak dengan isteri mereka dan anak-anak mereka. Semestinya sayang, tetapi Allah beri ujian yang sedemikian terhadap kekasih-kekasihNya.
Ada yang mengatakan kami takperlu cinta manusia..kami ada cinta Allah dan Rasul..

Hairan.

Kenapa mereka tak berkata sebegini..kami memerlukan cinta mereka yang mencintai Allah agar ,kami turut bertambah cinta kepada Allah dan Rasul.

Sekarang ini, ramai yg sibuk nak mencari pasangan-pasangan soleh dan solehah. Tapi kenapa tak ramai nak cari hidayah Allah terlebih dahulu? Cukup-cukup menghairankan... tapi itulah senario yang terjadi dalam masyarakat Islam. Kalau ditanya kepada aku, aku cukup muak dengan pos-pos cinta islamik yg semakin berleluasa... kerana, natijah dari pos itu, makin ramai yang hanya berharap untukmemiliki pasangan soleh dan solehah tanpa berusaha untuk memperbaiki dan menjadi diri sendiri itu soleh dan solehah. Itulah  umat akhir zaman.

Ditambahkan lagi dengan budaya ‘couple’ yang sememangnya sudah terang lagi bersuluh. Antara tanda-tanda kiamat ialah bila zina berada berleluasa dihadapan umat akhir zaman ini. Zina dianggap seperti perkara biasa. 

Daripada Abu Hurairah. Aku telah mendengar Rasulallah saw bersabda, “ perkara yang aku larang daripada melakukannya hendaklah kamu jauhkan diri daripdanya. Dan perkara yang aku perintahkan kamu lakukan ia hendaklah kamu lakukan ia, hendaklah kamu laksanakan dengan sepenuh keupayaan kamu. Sesungguhnya umat sebelum kamu telah dibinasakan disebabkan oleh banyaknya persoalan mereka serta percanggahan ke atas apa yang diajarkan oleh para nabi yang diutuskan kepada mereka.”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dasar pembinaan cinta ialah kita bercinta untuk Allah, untuk Rasulallah saw dan untuk ummah. Maka jangan dinodai cinta itu lagi...

Hayati puisi ini...

Tak mampu kudustai rasa ini,
cukuplah dengan pertautan hati.
Belum masanya berhubung saban hari,
awasi hati dan anggota,takutkan Ilahi.
 Aduh! Beratnya menggalas perasaan cinta tatkala pacaran menjadi budaya,
mujurlah wahyu menunjuk cara,
jangan diikuti sebahagian manusia,
 cintaku bukan cinta murahan,
 jati diri benteng pertahanan ,
 cabaran komunikasi kutundukkan,
 mengawal hati formula kekuatan.
 Aku berazam pada diri, kuingin mahligai kasihku berdiri tanpa kenangan cinta yang dicemari, tanda noda kemurkaan Ilahi...
-FATIMAH SYARHA-.

For man, please ask yourself..do you love her because Allah?
For women,please ask yourself...do you love him because Allah?
If yes,whoever love somebody because Allah, she or he might be love Allah at the first place. Then Rasulallah saw.
What is the prove that you love them because Allah?

The prove is, want to be with she/he in jannah..and never let them jump into the hell.

Melompat ke neraka??

Sekiranya kau terjatuh kedalam neraka, aku akan terjun kesana untuk tarik tangan kau keluar dari neraka itu dan berpimpinan tangan memasuki syurga...

Menyayangi sesiapa sahaja ..tidak kira pasangan ,ibu ayah, adik beradik, guru dan kawan-kawan..ialah kita berusaha mengajak semua masuk syurga Allah. Semua orang boleh masuk syurga Allah selagi tidak menyekutukan Allah.. Allah itu maha pembericinta..Allah itu maha Penyayang..jangan disangkal kelebihan Allah..
Bercinta dan menyayangi dalam kata erti yg sebenar... dan berjaya dalam erti yang sebenar bila kami masuk syurga Allah dan terselamat dari azab seksaan neraka....

Jangan risau.. semua daripada kita pasti jatuh cinta dan pastikan cinta itu berada dalam landasan kebenaran. Mungkin kadang-kadang kita pernah melakukan kesilapan  dalam membina cinta tapi....selagi diberi kesempatan yang sebentar Cuma ini.. lakukan pembaikan dan pulihkan kembali cinta..

So, guys, please...please and please.. jangan jatuh cinta atau bercinta secara sembarangan...
Menghayati cinta kurniaan Ilahi apabila hati tunduk hanya pada yang satu...ALLAH!!.
Menghayati cinta ajaran Muhammad untuk terus berkasih sayang sesama manusia seperti mana ansar dan muhajirin...

Ya, I know, my article not good enough.. bila aku rasa aku nak tulis then aku akan tulis dan inilah hasilnya...tak bagus mana ,tak seilmiah mcm blogger lain, tak secantik, tak seindah kata-kata..Cuma mari niatkan hati untuk memupuk  diri kembali menjadi hamba....
Last but not least....syukran because read my article walaupun hanya artikel yang tak seberapa dan mungkin juga tak menarik..:)
~Allahumma solli a’la Muhammad~

Rabu, 18 April 2012

Sekiranya kita bersangka baik,maka damailah hati.



                                             Membaca Al Quran sememangnya satu penawar untuk hati.





What should I do? I’m not a good writer, I’m not good in debating, I’m not good in nothing? Ahay... mesti ada punya kelebihan, nanti aku secure sendiri...


Almost 4 months in KL as a caretaker for my sister’s childrens ...Muhammad Nabil Afnan, Muhammad Haziq Fitri, Fatin Qaisara ..last but not least, my sweetheart, Fatin Qalesya.  Sepanjang menjaga mereka macam-macam pengalaman yang aku peroleh... dan perkara-perkara yang selama ini aku tak pernah buat secara sendirian antaranya MEMASAK .Since become their caretaker , I must do all the works that i really rare do it when I was in kampung..because my mom and sis in law yg selalu buat..example: masak, menyapu,cuci kain,sidai kain,angkat kain,lipat kain..dan macam-macam lagi.. the conclusion is aku tahu mesti ada yang kata aku ni anak MANJA, PEMALAS(itu ayat kakak2 aku) dan whatever  je la...

My mom really give me a lot of freedom. I admit it, i’ve got anything I want.. and what should I do? Bila aku kenangkan kembali, pelaburan emak terhadap aku melebihi adik-adik yang lain sebab adik beradik aku semuanya tinggal dekat asrama tapi aku je yg tinggal dengan mak lepas tingkatan 3. Sejak abah meninggal, aku menjadi orang yg lebih berdikari...percaya tak kalau aku kata aku pernah tolong mak aku kutip getah buku, jual getah,jual sawit..(sebenarnya banyak juga anak gadis dkt kampung aku buat mcm tu, ada juga yang tak mahu kerana takutkan pacat). Abah aku bekas askar pencen pangkat sarjan..mak pula Cuma tukang jahit. Kehidupan aku..very simple and sederhana..but syukur alhamdulillah ..kami semua gembira..


Kesabaran aku sampai kemuncaknya!!! Habis SPM aku jaga anak2 kakak aku denga rela hati... dan disini aku diuji dengan macam-macam perkara... need  to facing Muhammad Nabil Afnan yang punya susah nak dengar cakap..!!waktu aku tengah menulis ni, tengah menahan perasaan marah sebab nabil dah mula buat perangai... (geram+marah= nak mengamuk). I’m not good in control my temper. Hari-hari terpaksa bertempik , tertekan dengan sekeliling, tertekan denga perangai anak-anak kakak aku yg kuat menangis, yang suka buat sepah, kena menyapu rumah sampai 2,3,4,5 kali.. sidai kain,basuh kain, angkat kain, lipat kain, iron baju sekolah dengar si nabil asyik membebel tak sudah-sudah.. PENAT !!!  Qaisara selalu kena marah dengan aku, (kejam ?? ) maybe...  pernah ada satu saat tu, aku marah yg teramat sgt sampai aku masuk bilik menangis-nangis.. ah..memang amat tertekan.. marah hingga menitiskan air mata.. waktu tu, darah aku rasanya dalam tahap tinggi la juga... tiba-tiba aku teringat waktu mak jaga nabil dekat kampung dulu pun, darah mak naik sampai ada kemungkinan boleh pengsan bila-bila masa..macam tu juga la aku.. Haziq dengan dunianya sendiri, Sara dengan Qalesya merancangkan pelbagai perkara yg membuatkan aku kena kemas balik benda2 yg dibuat sepah oleh mereka... aku TERTEKAN!!

I lost in my world... I’M TIRED...TOTTALLY TIRED. ..... PENAT...CAPEK TAU N’GAK!!

Betul-betul meguji kesabaran. Bukan tu je, bila aku nak tentukan  masa depan aku untuk belajar dekat mana pun, semua tak setuju. Keinginan aku nak masuk tingkatan 6 tapi family aku semua tak suka, semua tak setuju, kata masuk tingkatan 6 rugi la, tak menjamin masa depan la... walhal mereka semua tak tau kelebihan tingkatan 6.. semuanya nak menentukan masa depan aku..habis tu, aku ni apa? TUNGGUL KAYU!!?.. aku marah dan tersangat marah..semua benda nak buat aku marah..fikiran aku dah berserabut.. hati aku sakit tapi siapa yg tahu?? Argh... dejected sangat... sangat2... aku lelah sangat.. semua benda buat aku jadi down.. hati aku sakit dengan perangai nabil yg taknak dengar cakap.. kalau aku tak ikut kehendak dia..’MAKSU JAHAT,MAKSU KEJAM...’.... aku kalau aku marah, memang aku bertempik , suara aku kuat..lantang dalam bersuara.. .kalau aku marah, memang  aku menjerit..!!(nampak sangat  aku dah sakit jiwa)..

........................................................................................................................................................................
MENANGIS.

Ya Allah, banyak sungguh kekurangan hambaMu ini.

Ya Allah, gagal sudahkah aku menjadi hambaMu yg sabar?

Ya Allah, aku penat..aku tertekan , aku lemah, aku yg hina... memohon keamanan hati, dunia dan akhirat.

Ya Allah, jadikan aku hambaMu yang sedar.

Ya Allah, ku pohon menjadi muslimahMu yg taat dan ikhlas dalam beragama.

Ya Allah, kau sebaik pembantuku.

Ya Allah, jadikan aku hamba yg bersyukur.

........................................................................................................................................................................
Aku teringat satu hadis  Sungguh ajaib dalam urusan orang mukmin! Sesungguhnya setiap urusannya baginya  ada kebaikan dan perkara ini tidak berlaku melainkan kepada orang mukmin. Sekiranya dia diberikan dengan seseuatu kebaikan maka dia mensyukuri  maka kebaikan baginya,dan sekiranya dia ditimpa dengan kesusahan lalu dia bersabar maka kebaikan baginya

Muncul ayat-ayat penyejuk hati.

26. Katakanlah: "Ya Allah yang memiliki kerajaan! Engkau berikan kerajaan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkau cabut (lenyapkan) kerajaan itu dari sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkau muliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan sesiapa yang Engkau kehendaki. Di dalam tangan (kekuasaan) Engkaulah segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau berkuasa di atas segala sesuatu.. surah imran

Ujian bukan dijadikan untuk kita lari darinya atau berpatah balik dari kehidupan , namun ia dijadikan untuk kita menghadapi dan melepasinya . Pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu , tapi mungkin itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yg sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab denganNya
.
Bukan allah tak  tahu kecewa dan tertekannya aku, tapi allah ingin aku kembali muhasabah diri aku ini.

Yang pertama.
 Statement aku anak manja & pemalas...

Kehidupan aku sebagai anak bongsu banyak mempengaruhi gaya hidup aku yg lebih suka dengan kesenangan. Tapi aku juga tahu ,aku bertindak sebagai peneman emak sejak abah tiada lagi disamping kami. Aku memang jarang buat kerja rumah tapi bila aku jaga anak kakak aku, bukan setakat jaga anak, aku juga kena buat kerja seperti suri rumah tangga, aku menjaga anak-anak, aku masak, macam-macam lagi tapi aku hanya berjaya dalam erti menjaga anak-anak kakak aku, bukan mengasuh sebab mengasuh ini lebih kepada mendidik. Kehidupan aku macam seorang ibu. Tapi belum menjadi ibu, makcik aku sendiri kata kepada aku, memang aku tak boleh nak rasa lagi kasih sayang terhadap anak-anak sebab aku belum lagi ada anak sendiri. Tapi pada masa yg sama, aku tahu Allah itu mencampakkan rasa sayang kepada aku untuk menyayangi anak-anak kecil. Aku tak pernah menjaga adik sebab tu bila aku terus kena jaga anak , aku rasa lain sangat. Disini aku belajar sesuatu yg aku belum sesuai untuk berumah tangga...sebabnya, Allah hanya mahu aku rasakan bagaimana payah nak jaga anak. Kena ada kekuatan,kesabaran dan yg penting mendidik anak-anak.. so far, aku kena belajar didik hati dan diri aku terlebih dahulu.dan anta sunnah Rasulallah saw adalah menyayangi anak-anak kecil, mengucupi mereka, membuat mereka gembira , melayan mereka dengan rasa hormat dan kasih sayang. Mungkin aku kurang memberi perhatian dlm mempraktikkan amalan ini, tapi jauh disudut hati, masih ada sayang untuk anak-anak kecil dan aku teramat pasti ,bila aku dah tak jaga anak-anak kakak aku ni, aku akan rindukan mereka terutama Qalesya  yg dari kecil lagi aku jaga .

Bukannya aku sentiasa merasa senang. Aku juga hamba Allah yg diuji dengan pelbagai kekurangan..kesunyian, kesedihan, kejatuhan , bagai2 lagi tapi, setiap yg terjadi terkandung hikmah..kerana aku ialah seperti hamba-hambaNya yg lain..dan tidaklah dikatakan seseorang itu beriman sebelum ia diuji..

Saya minta kepada Allah setangkai bunga yang segar. DIA bagi saya kaktus berduri.  Saya minta rama-rama yang indah.Dia beri saya ulat berbulu. Saya sedih dan kecewa. Namun kemudiannya kaktus ituberbunga,indah sekali dan ulat itupun bertukar menjadi rama-rama yang indah. Itulah jalan Allah. Indah pada masanya ,Allah tidak memberi apa yang kita harapkan tapi DIA beri apa yang kita perlukan. Kadangkala kita sedih dan kecewa tapi jauh diatas segalanya DIA sedang mengaturkan yang terbaik dalam kehidupan kita.

Allah hadirkan Nabil sebagai ujian.. sebagai medium aku mengawal marah aku selepas ini.

Yang kedua
Mereka-mereka yang menentukan hala tuju masa depan aku.

Sebenarnya bukan niat mereka nak tentukan masa depan aku tapi mereka nak yg terbaik buat aku. Mereka nak aku berjaya dalam hidup dan kerjaya. Perbualan telefon dengan emak  beberapa hari lalu buat hati aku kembali berdetik keinsafan dan kesedaran. Bila aku bertegas nak masuk tingkatan 6 , mak kata “ budak bertuah ni, rugilah dik masuk form 6”.. aku jawab, “ apa yg ruginya mak?.. “masuk maktab guru je la dik”..,” kalau dapat , adik pergi la”. Like a flash, when I was 5 years, I said to my abah, “ bila besar nanti, adik nak jadi cikgu”...CIKGU HIDAYAH...masyaAllah.. emak nak anak dia yg ni jd cikgu sbb anak2 dia yg lain tak pernah lg jadi cikgu. Then, I realise , my mom want me become a teacher, and that is her dream .. maybe my dream too... i keep changing my dream..always...sometimes nak jadi chef, nak jadi entrepreneur , nak jadi kaunselor, nak jadi itu dan nak jadi ini...but my first words when abah said what ambition that I like.. i said...TEACHER!!..
Take a deep breath..

Allah always with me.. aku meletakkan tanganku ke dada, sambil berkata ‘Ya Allah ya tuhanku, ampunkan dosaku kerana bersangka buruk terhadap mereka. Ya Allah ya tuhanku, dengan keagunganMu, aku sujud hanya padaMu..kau yg menentukan segalanya..dan biarlah setiap perkara yg terjadi membuatkan aku hanya kembali kepadaMu...”

.........................................................................................................................................................

PENUTUP.
Moral of story. BERSANGKA BAIK, SABAR DAN TERUS PERBAIKI DIRI.

2. Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi.Al Ankabut

Setiap perkara yg terjadi , mematangkan lagi individu dalam kehidupan mereka. Negative point dalam diri aku ialah aku bersikap keanak-anakkan, aku sukar mengawal amarahku, aku mengaku..itu kekurangan aku.. tapi selagi masih diberi kesempatan menghirup udara dibumi Allah ini, aku akan berusaha untuk terus memperbaiki diri.. better late than never. Thanks to Allah, kerana sentiasa menyedarkan aku.. Allah LOVE me... apa pun yang terjadi selepas ini.. BERSANGKA BAIKLAH...KERANA DENGAN BERSANGKA BAIK MAMPU  MENGHILANGKAN TAWAR DIHATI..

Kita mengeluh : "tak mungkin"
Allah menjawab : "jika Allah mengkehendaki sesuatu, cukup dgn berkata jadi,maka jadilah ia --->(surah Yasin:82)

kita mengeluh : "saya terlalu penat dan lelah"
Allah menjawab : "Aku ciptakan tidurmu untuk istirahatmu"--->(Surah An-naba:9)

Kita mengeluh : "saya tak mampu menanggung dugaan ini"
Allah menjawab : "Allah tidak mmbebankan sesuatu pd seseorang melainkan sesuai dgn kemampuannya"--->(surah Al-baqarah:286)

Kita mengeluh : "saya sangat stress"
Allah menjawab : "hanya dgn mngingati Allah, maka hati akan menjadi tenang"-->(Surah Ar-Ra'du:28)

Kita mengeluh : "tak ada guna nya"
Allah menjawab : "maka barang siapa mengerjakan amal kebaikan walaupun seberat zarah, nescaya ia akan melihat kebaikannya"-->(Surah Al-zazalah:7)

ALLAH LOVE ME, ALLAH LOVE US… NO DOUBT OF THAT….
To all readers thank you because visit this blog…
May Allah bless us…Allahumma solli a’la Muhammad..
~sekian~