Bismillahirahmanirahim...
entri kali ini nak buat pendek je...
jika hari ini kamu berubah menjadi yg lebih baik dari semalam ,kamu dari kalangan yg beruntung.
jika hari ini kamu masih tidak berubah dan asyik dgn kehidupan yg melalaikan , maka kamu dari kalangan yg rugi...
=)
setiap yg kita lakukan adalah untuk Allah... jadikan zikir, selawat dan istighfar sebagai pembantu dalam diri kita.. insha Allah... lakukan semua kerana Allah dan berusaha juga keranaNya... maka kita tidak akan kecewa.... moga Allah golongkan kita dari golongan yg sedikit itu... ameen,....
Isnin, 28 Januari 2013
Jumaat, 25 Januari 2013
Bila Rindu Menerpa.
*Kalau rindukan seseorang,baca ALFATIHAH sambil tangan di dada dan berzikir kepada Allah dengan niat semoga dia merasai rindu kita padanya... =) ~ Subhanallah.
Benar katanya.. sungguh cinta itu satu
perjuangan…
Mencari cintaNya tak semudah yang
disangka..harus melepasi setiap peringkat-peringkat yg disediakanNya… mencintaiNya butuh
pengorbanan nafsu… perjuangan … dan pengorbanan…
Mujahadah , adakah aku mampu?
Sabar, adakah engkau ada dalam diri aku?
Keinsafan, engkau tersemai sudahkah dalam
jiwa ini?
Wahai taqwa mana tempat yang harus engkau
aku cari?
Tak semudah bicara dan tinta yang aku tulis
bukan? Hanya kerana aku insan lemah…
Allah… lemanhnya aku… futur setelah
mengenalMu… masih ada jalankah bagiku wahai tuhan?
Menyemai baja cinta padaMu… walau aku tak
gagah dalam menyebarkan dakwahMu.. walau aku hanya manusia tanpa sebarang
kemuliaan… dan hanya denganMu, Kau
mengangkatku menjadi muslimah, Kau tutup aibku walau aku bukan sesiapa ..
Hanya Hamba…
=(….
Walau kerap aku ingkar perintahMu…..
Kau luaskan jalan menujuMu….
Belum lagi Kau tutup ….
Sebelum mataku yang tertutup…
Ampuni aku ya Allah…
Aku hanya hamba yg tahu bermadah….
Dengan harapan bila aku bermadah…
Aku kenal diriku…
Aku bisa pupuk cintaMu…
Rasulallah saw dan seorang sahabat
baginda… “ya Rasulallah saw, aku
mencintai Allah “, memandang ke terus kepada baginda… Rasulallah saw menangis..
Aku tak pernah melihat mereka… tapi bila sahabat baginda berkata sedemikian… aku
rasa jauh dalam qalbu aku… qalbu aku
betul-betul tersentuh… “aku mencintai Allah”, meresap dalam jiwa… dihadam oleh
hati.. disuntik dengan ketenangan dan tunduk bahawa ada hamba yang
mencintaiNya… disapa makcik
Hidayah… air mata pun tak mampu ditahan
ditubir mata .. hanya yang disapa makcik Hidayah lebih mengetahui…
POSITIF + KUAT
Bismillahirahmanirahim...
dah lama tak update pasal daily life aku...so let me story molly sikit sambil dengar lagu bosson, one in a million.
=)
Hari ini pergi ke sekolah sambil memakai kai biru firuz.... lil bit awkward coz i'm already form 6 that should wear black kain.. and i'm now a prefect for my school...the green kain..hahaha... banyak kain sekolah aku...
BIRU+HITAM+HIJAU.... kesannya, aku dipanggil Alif sebagai adik yang silap masuk kelas... pagi-pagi lagi aku dah tutup muka bila alif pandang aku semcam ..mana taknya, pergi sesat pakai kain biru.. (the real story saja meregek pakai kain biru, rindu la kononnya)... =='.
dah tu, sebelum masuk kelas , ada assembly.. nak naik kelas, ada la pulak budak2 pengawas kene preach dgn cikgu disiplin..nak buat mcm mana redho je la... yang penting kite buat keje yer adik-adik...
okey, tiba masa nak mendaki tangga... aku tak pernah bayangkan aku akan dapat kelas pd tingkat tertinggi sekali.. semput aku.. sambil berjalan panjat tangga tu aku mengomel, kenapa la KZ dulu taknak pasang lif...huish...complain and bapak demand jugak aku ni..huhuhu..biasalah manusia biasa la katakan... boleh kata gembira la juga sbb khamis semalam cuti, memang kembang hati...pastu hari ni jumaat balik awal... dah tu ismim pun cuti..yahooooo...gumbiranya hati... budak kelas lain duk susah hati pikio koje sekoah, pbs la, tu la ni la..aku ni mcm xde prasaan..budak pandai la katakan(huish prasan nok)...erm... xde la... aku buat la koje tu takkan nak biar bersemut plakkan walaupun mostly byk barang aku selalu kene hurung semut, especially laptop asus ni ha... aku tak tau la sbb apa... =='(lagi sekali muka poyo)
otw masuk kelas, fahmie plak menegur, pakai kain biru tuuuuuu... =='... FAHMIE.... bahaya cakap pasal dia ni...hahaha... habis aku kene band ngan budak2 prempuan stmaa.... byk betul admirers dia... sampai ada yg menganggap aku kapel dengannya... FYI, idok le teman nak buat mcm tu... maybe he is a cute( ==' kau cute ke? tp apasal org kata muke dia mcm artis korea, aku sendiri tak mengerti....lantak la) tapi kawe ni takmo la jd mcm ni..hanya sekadar hubungan friendship.. not more.not less... so, dear girls outside there, akak sedo, akak ni tak sama macam kome, kulit pun hitam manis, ada tahi lalat manis...pendek pun pendek... tak sesuai pun ngan sapa2... the beauty on the eyes of the beholder... ececece.. .. i tak cari pakwe you... i cari laki terus.. xtau brapa tahun lagi.. selagi peribadi aku pun tak mantap dengan iman, terhuyung hayang mcm mana nak kawen..idok gitu...
cakap pasal kawen, buat aku teringatkan kawan aku yang sama nama dengan kakak aku.. she needs to get marry... i know her reasons.. aku simpati kot.. aku takde kat tempat dia... aku akan support dia walau mcm mana pun.. dan aku taknak ulang kesilpan yg sama buat kli kedua... sama bila aku tak support khalaf dulu.. ya, i'm not a good friend..oh Allah ,please forgive me bcoz i'm not doing my duty perfectly..
habis semua apa yang telah berlaku di sekolah.... so aku pun merempit balik rumah... 14 kilometer from sungai siput...---->kg.Lintang.....
hari2 aku pg sg.siput..apasal mak aku tak beli rumah kat sana je( bajet mak aku kaya la sangat).. sorry mak, i luv u,muah muah...
balik2 je... ya Allah.... sorang abg n sorang kakak aku tak mandi2 lagi... cis kurang asam dan hapak juga mereka...ops... mengata manja..jgn marah..yg sorang berutube, yang sorang bermain tab.. si arif pun main tablet juga...adei... mak aku dah terbaring atas sofa, malas nak layan deme ni ha...hurm..sambil2 tu ada rancangan Al-Hidayah, aku pun dengo la...
mak aku ada keluarkan ayat buat apa duit banyak kalau solat pun taknak... i know it sound sarcastic lil bit ... haha... then story about Rasulallah saw... hey... its make me touched okay...
okey..this evening, my mom keep babbling to me.. okey mom...(mom la sgt, padahal pgl emak je,..)... everything mak yang kena buat ... cri duit pun mak, smua smui ..mcm2... i know..mak penat dan aku ni anak kategori sdkit malas then nak kawin mcm mana...huhuhuhu..kawin lg yer..
erm..cakap pasal kawin... mmg btul umur mcm aku ni dah boleh kahwin tp difikirkan balik, attitude aku, malas, asyik nak berfb je, mcm mana nak kawen? perangai pun entah kadang2 elok, kdg2 naik syeikh aku... ha, mmg la tak padan langsung..nak bg suami makan apa? laptop...uish...jgn... dan perkahwinan adalah bertujuan untuk melengkapkan sunnah nabi dalam kehidupan kita.. hurm... hafiz selalu kata aku gatal...adei... semua nama lelaki yer dalam post ni... haruslah... nak mention nama aten pun dah pernah mention utk post2 yg lepas... smua ni classmate aq yg bg aku boleh la go on utk berkawan... KAWAN sahaja... kwn aku yg sorang lg tu, tak sudah2 marah ngan aku lg kot... hri tu dah maafkan tp ntah la.. kalau aku fikir stress je...
mcm mana nak bernikah kalau sebelum nikah peribadi tunggang terbalik?
macam mana nak bernikah kalau diri tak sempurna... betul kata pak kecik remaja hri ni kena kahwin awal.. utk elak tempias zina... aku pun dah byk kena... =(... tp Allah akn permudahkan sesuatu perkara dan perkahwinan akan berlangsung dengn ijinnya juga... kau tau, aku sekarang sedang memuhasabahkan diri aku supaya aku didik diri aku menjadi orang bujang yang beriman.... tak mudah.. baru nak bertatih... berapa ramai lagi muslimah diluar sana berjuang mengekang nafsu masing2... ramai.. masih ada yg menemani aku walau aku tak kenal siapa mereka... biaq ceq success dlm STPM ni...insyaAllah...
pertama: didik diri menjadi anak yang baik..
kedua: buat persiapan menjadi isteri yg taat
ketiga: belajar cara2 menjadi ibu yg penyayng..
step dua dan tiga perlu disemai sebelum menikah lagi..bukan lepas menikah... recent post yg lepas... aku sendiri tak tahu aku bila maut mnjemput dan aku juga tak tahu ada atau tidak istilah perkahwinan dalam hidup aku nnti... sabar sabar dan terus sabar...
perlukah aku nak meratap nasib sendri.. .argh...aku harap putri2 ku nnt akan peroleh seorang wali yg membimbing mereka, dunia dan akhirat..i hope so.. please Allah..perkenankanlah... dan biar aku sedaya upya utk berubah jd yg lebih baik drpd hari ini... walaupun aku juga byk kekurangan.. semoga apa yg aku tulis ini jd kenyataan...
Allah doesn't ask you to be perfect, but He does ask you to try your best to become as "perfect" as you can be
6.33 p.m 25 januari 2013
Khamis, 24 Januari 2013
~Iman Cinta~part2
Dhiya dan Nera berpandangan antara satu sama
lain. 6 bulan sudah berlalu.
“seronok rasanya dapat belajar disini” Dhiya
berkata sambil mengemas baju untuk dimasukkan ke dalam beg
“ha’a, aku tak menyesal sebab ibu aku paksa
aku belajar dekat sini” Nera tersenyum.
“Nera”, nama Nera dipanggil Dhiya lalu Nera
terus berpaling memandangnya
“yes”, senyuman terukir antara dua mereka.
“kau nak tahu, aku sayangkan kau. Kali
pertama kita berjumpa, aku suka melihat kau
dan hati aku mengatakan kau bakal menjadi sahabat aku “, Dhiya mula
bersuara.
“Dhiya, that so sweet. Aku pun macam tu juga
dia. Aku sayangkan kau juga. Uhibukifillah jiddan. Beruntung aku dhiya. Mana
taknya, aku dapat belajar dalam suasana yang cukup-cukup indah , ibarat hidup
dalam taman syurga saja bahkan aku dapat seorang teman yang cukup baik dan
manis seperti kau Dhiya. Uhibukifillah juga… aku sayang kau”, mereka berdua
berpelukan.
Mereka berdua terdiam sambil melayani
perasaan masing-masing dan mengemas baju.
“nanti kau datanglah rumah aku ,dhiya”
“okey, boleh je.”
“kita boleh pergi shopping sama-sama”
“wah, shopping yer. Untunglah kau, next month
nak pergi Dubai”
“oh, kau nak ikut?”
“nak sangatttt,hahaha” tawa dhiya meletus
“nanti aku bagtau sama ibu aku okey?”
“hish, aku main je la. Aku pasti rindukan kau
lepas ni”
“kita apply la university yang sama”
“ha’a kan. Kenapa aku tak terfikir yer”
“tu la, lain kali banyakkan berfikir”
“iyer la cik sayang oi…”
“Dhiya, aku nak tanya sesuatu boleh?”
“boleh, tanyalah”
“ kau pernah jatuh cinta tak?” soalan klise dari Nera.
“erm,, pernah”, Dhiya menjawab sepatah.
“cerita la wei, teringin aku nak dengar”,
Nera teruja.
“kau tau nera, aku ni dulu jenis yang mudah
sgt jatuh cinta dan perasaan tu pasti akan berlalu setelah satu tempoh masa yg
singkat”
“sama la macam aku”nera menyampuk.
“tapi bila aku sukakan seseorang, aku tak
segera untuk beritahu sama dia sebab satu perkara yang aku tahu, orang yang
kita suka belum tentu jodoh kita”, Dhiya mengambil nafas, kemudian menyambung.
“ Nera, kau sendiri tahu yang kita baru
melepasi umur belasan tahun, waktu tu la segala-galanya bagai bergolak dalam
diri, mencari identiti yang sebenarnya, merasakan sentiasa kosong dalam jiwa,
rasa ingin berteman. Sungguh benar, teruji dengan situasi mcm tu. Tapi aku
sangat bernasib baik sebab aku punya beberapa teman yang memahami aku. Mereka
menasihati dan mendengar kisah aku. Memang betul, menyukai tak bermakna dapat
memiliki. Sampai satu tahap, aku berhenti seketika untuk buang masa dari
memikirkan . Aku rasa aku sudah cukup banyak bermain. Fikiran aku tak
sudah-sudah memikirkan kenapa aku tak
mampu nak kekang perasaan ni.sehinggalah teman aku, Asyiqin menegur aku supaya
kembali ke landasan yang benar, tak usah untuk terus-terusan hanyut dalam
anganan nafsu yang tak sudah. Pesannya agar aku kembali giat membaca alquran,
solat taubat dan lebihkan berzikir. Aku
cuba bertahan, dan terus bertahan. Kau nak tahu Nera, pada pertengahan semester
lepas, ada seorang lelaki yang pernah menegurkan dalam sebuah majlis
perkahwinan telah berada dalam satu sekolah yang sama dengan aku. Tatkala itu,
hati aku sangat-sangat teruja. Dia duduk bersebelahan mejaku. Si Arjuna ini
juga disukai ramai adik-adik senior di sekolah. Aku tak mengendahkan dia,
kerana perasaan aku ,biarlah hanya aku yang tahu. Semua ini Cuma ujian
perasaan. Berapa kali kami terserempak , hanya diam ,kelu dalam memandang sesama
sendiri. Aku tak tahu adakah itu cinta atau apa, tapi ia amat sia-sia kalau
tiada hubungkait dengan tuhanku yang satu itu.” Dhiya ibarat mengeluh.
“kau sangat lain berbanding dengan aku
Dhiya”, Nera bersuara setelah melihat Dhiya diam.
“kita sama Nera. Takde perbezaan. Kau pernah
buat silap, aku juga pernah buat silap”, Dhiya menyambung.
“Dhiya, aku bukan perempuan yang suka
selingkuh, aku tak pernah untuk melakukan perkara-perkara yang bukan-bukan
dalam duniaku yang sebenar. Tapi aku gagal dahulu, gagal untuk istiqamah dalam
melaksanakan apa yang aku pilih. Dahulu, aku memilih untuk memakai tudung
labuh, sehingga mak dan kakak-kakakku menentang kerana aku kelihatan sangat
fanatic agama. Mula-mula aku mampu bertahan, tapi nafsu aku untuk mencuba
pakaian-pakaian tabarruj makin memuncak, makin memakan diri aku. Pergaulan aku
dengan lelaki masih tidak berubah. Bertepuk tampar , berbual-bual tanpa urusan
yang perlu. Di sekolah bertudung labuh, di luar sekolah aku menjadi orang lain.
Bila aku kenangkan kembali, aku malu. Aku malu sangat”, Nera mula emosi dan
akhirnya air mata menitis.
Dhiya terus duduk berdekatan dengan Nera dan
memeluknya.
“sabar sahabatku, sabar. Baguslah engkau
sedar, itulah kebaikan untuk mu. Menyedari kesilapanmu dan kembali
memperbetulkannya. Bertuah kau Nera,
Allah masih beri kau peluang untuk perbetulkan semuanya.”
“Dhiya, aku dahulunya punya seorang teman
lelaki, tapi dia suka untuk mengajak aku lakukan zina. Aku sering mengelak
untuk berjumpa dengannya tapi aku masih melayannya di dalam telefon. Ada suatu
hari, akhirnya kami berjumpa di taman berdekatan rumahku. Dia cuba mengambil
kesempatan tapi Allah masih ingin menjaga diriku ini apabila ada beberapa
penduduk menjerkah kami. Ya Allah, ampunkan aku ya Allah. Aku hina, aku silap
lagi ketika itu.” Menggigil gigil badan Nera, menahan tangis namun tangisnya
tetap pecah dan sangat penuh dengan sendu.
“Ya Allah, Nera. Takpe Nera, itu kenangan
yang lepas. Astaghfirullahalazim.
Astaghfirullah rabbal barraya, astaghfirullah minnal khotoya”..Dhiya
menenangkan Nera.
“sahabat, manusia suci mana yang tak pernah
mempunyai kenangan silam, hamba berdosa mana yang Allah tak berikan peluang
untuk bertaubat. Sabarlah sahabat. Kini kau adalah susuk wanita yang kuat dalam
mengamalkan Islam dalam seluruh kehidupanmu. Kini kau anak yang bakal memimpin
ibu dan saudaramu.”
“syukran ya ukhti. Syukran”… tangisan sudah sedikit reda.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kediaman Puan Dee Laila.
Dee laila menatap setiap madah kata-kata itu
dalam sekeping kad ,hadiah peninggalan arwah suaminya. Hari itu, Dee laila merasakan
dirinya sangat merindui arwah suaminya. Sudah 3 tahun berlalu . Yusuf Mikhail seorang suami yang sangat baik, memahami dan
suami yang ikhlas memimpinnya mengenali dunia yang sebenarnya.
Momento Mori.
“Dee”
“yer abang”, Dee Laila malu-malu apabila
namanya disebut oleh Mikhail.
“I love you”, senyuman nakal terukir. Dee
Laila malu sehingga mukanya merah.
“ish.”
Mukanya berasa tebal, nak-nak pertama kali berada dekat sengan seorang
lelaki mahram yang bergelar suaminya. Pertama kali , mendengar lafaz cinta dari
mulut seorang lelaki.
Perkahwinan yang sangat dipermudahkan tuhan.
Mereka bertemu dan berpandangan dengan sekali pertemuan, lalu Mikhail
menghantar rombongan merisik dan meminang Dee Laila ketika mereka berdua
masing-masing berumur 21 tahun. Dee Laila menerima Mikhail setelah melakukan solat istikharah dan bermimpikan
lelaki itu hampir setiap malam. Lelaki itu menghulurkan tangan dan al quran
dalam mimpinya. Hatinya mantap memilih lelaki itu bukan kerana rupa dan harta
tetapi kerana agama yang ada.
“ kenapa saya?”
“kenapa awak?”
“saya malu la”, Dee Laila memberitahu perkara
yang sebenar sambil menundukkan kepalanya ke bawah , merenung lantai.
“ makin awak malu, makin saya suka, makin
saya cinta”, alahai jiwang juga suami aku ni, ayat romantis gitu.
Mikhail menyambung,” abg memang romantic,
tapi dengan awak sorang je Dee Laila”,
macam tahu-tahu je apa yang ada dalam hati Dee laila.
“ sekarang saya isteri abang, saya akan
taatkan abg, saya akan cuba sedaya upaya saya untuk setia dan terus mencintai abg keranaNya”, ah, ingin
menuturkan ayat ini sahaja Dee Laila cukup rasa malu tapi Mikhail ialah
suaminya.
Mikhail meletakkan tangannya ke atas kepala
Dee Laila.
“Bismillahirahmanirahim,.ya Allah, jadikan
isteriku ini ketua biadadriku di syurga nanti. Jadikanlah dia isteri yang
solehah, wanita yang kental dan permaisuri terindah dalam hidupku, dan
cukupkanlah kami dengan apa yang kau berikan hingga kami tidak meminta-meminta
kepada yang lain melainkan Engkau, Ya Allah. Rabbana hablana min azwajina wa
zurriyatina quuratun a’yun lil muttaqina imama”… Mikhail dan Dee Laila
mengaminkan doa itu lantas Mikhail mengucap ubun-ubun kepala Dee Laila. Bahagia
menggembur dalam diri setelah menjadi zaujah seorang lelaki soleh.
“Abang tak tahu nak jawab apa bila Dee tanya
kenapa abg pilih Dee. Tapi yang abg tahu, bila aban pandang Dee, hati abang
kuat menyuruh abg menyunting Dee menjadi isteri abang yang sah”.
“Dee takut satu perkara ni. Ramai wanita yang
menghuni neraka bukan kerana dia kufur terhadap Allah tapi kerana kufur
terhadap suaminya”.
Mikhail memandang Dee Laila.
“ Dee, abang akan pastikan Dee takkan pergi
jauh , tersasar dalam hidup ni. Abang akan terus pimpin sayang dengan keizinan
Allah. Abang takkan biarkan sayang tercampak dalam neraka. Ini janji abang “,
Mikhail bersungguh-sungguh.
Dee laila tersentuh dengan kata-kata Mikhail.
Mikhail menyambung.
“nanti zuriat-zuriat kita abang nak semuanya
bercita-cita untuk masuk syurga. Abang nak keluarga kita bukan saja bersama
dalam dunia yang sementara ini tapi tetap bersama dengan Rasulallah saw di
akhirat kelak”.
Dalam hati Dee laila bersyukur, sangat-sangat
bersyukur dikuriakan suami seperti Mikhail.
Dee Laila menunggu Dhiyatun Nadwa keluar dari
asramanya. Matanya memandang sekeliling persekitaran asrama. Sejuk mata
memandang . melihat akhwat-akhwat yang
manis menundukkan pandangan, memberi salam sesama mereka.
Bersambung....
Rabu, 23 Januari 2013
~Iman Cinta~ part 1
Dia duduk ditikar sejadah itu untuk tika masa yang
agak lama. Sejadah itu basah dengan air matanya.
“Ya Allah, aku ini wanita hina, tak layak masuk
syurgaMu tapi yaAllah aku takut dengan azab seksaMu. Ampunkan aku ya Allah”…
tersedu-sedu menahan tangis.
Kenangan lalu berputar dalam malam yang suram.
“Baby, sekali je, boleh la, give me yours”
“hish, taknak la. Abang dah janjikan just nak
jumpa Nera je bukan nak buat benda tu”
“ sayang, sporting la sikit. Nanti kita kahwin la”
“taknak la bang”
“please sayang, abang tak tahan tengok sayang”……
Nera terus- terusan dicumbu oleh Malik.
Tiba-tiba..
“Hoi”, suara jerkahan entah dari mana tidak kami
ketahui.
“ buat maksiat je kerja korang”…
Malik dan Nera terus berlari .
“tak guna Malik, kau tinggalkan aku sorang diri je
. nasib baik aku tak bodoh nak bagi diri aku dekat kau”
Malik berlari meninggalkan Nera, manakala Nera
menyorok di belakang salah sebuah pohon ditaman itu.
Sekeliling taman itu seperti aman, Nera segera
pulang ke rumah.
Di rumah….
“Nera pergi mana?” ibu menegur
“Nera keluar ambil angin ibu”…
“lewat dah ni”
“oh,Nera tak sedar. Maaf ibu” jantung Nera bagai
mahu pecah menahan debar…
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
“Ibu nak hantar Nera masuk sekolah agama” ibu
bersuara ketika kami sedang berehat di anjung rumah.
“what?” aku terkejut dengan keputusan ibu itu.
“bukan lama pun, kejap je 6 bulan. Sementara
tunggu result STPM keluar apa salahnya kan? Kamu duduk rumah pun, takde guna.
Ibu tengok kamu ni dah lain sangat. Dulu bertudung labuh, berstokin la, baju
labuh, sekarang ni, semuanya makin mengecil. Apa nak jadi dengan kamu? “
Aku menelan air liur apabila tiba-tiba ibu
berkata-kata sedemikian. Aku sangka ibu tak perasan dengan perubahan aku.
“tapi takkan sampai hantar masuk pondok kot ibu?”
“apasal , tak boleh ke?”
Dari aku terus menjawab baik aku setuju
“yer la bu, Nera pergi”
“bagus, pergi pack baju kau, ibu hantar pergi
Pondok Pasir Tumboh dekat Kelantan hari sabtu ni”
“cepatnya” aku terkejut. Banyak sungguh kejutan
ibu hari ini. Kalau ada sakit jantung dah lama dah arwah aku ni.
“memang pun, sebab ibu kena pergi outstation dekat
Dubai jadinya ibu hantar kamu pergi mengaji”
“ibu nak ke Dubai tak bgtau pun” aku merajuk
“toksah buat muka lagu tu..ibu minta maaf, nnt 7
bulan dari sekarang kamu pulak akan ke Dubai”
“untuk apa?” Nera kembali teruja kerana dia seudah
lama teringin pegi ke Dubai.
“saja, kita jalan-jalan pergi sana tp ibu kena
outstation dlu. So, pack your bag now because I want to send you go to
Kelantan”.
---------------------------------------------------------------------------------------------------
“Orang mati boleh rindu dekat kita tak?” tiba-tiba
dhiya bertanya kepada umminya.
Ummi tersentak seketika. “ kenapa Dhiya tanya
macam tu?”
“Baba rindukan kita tak ummi?”, sebak menghurung
kalbu ummi dan Dhiya.
“InsyaAllah ,baba rindukan kita juga”. Hanya
jawapan itu yang ummi boleh berikan..
Dhiya terus berkata-kata, “ Dhiya rindukan baba.
Orang lain semua ada baba, dhiya je takde. Dhiya tgk org lain Baba mereka ambil
dari sekolah, Baba mereka datang ambil result mereka sama-sama tp….”, tewas
juga, air mata menitik … ummi terus memeluk Dhiya.
“Dhiya nak tahu, baba sayang dgn kita tapi Allah
lebih sayangkan dia. Ummi pun rindukan baba dan kalau rindu kita kena selalu
sedekahkan al-Fatihah yer sayang”.
“baik ummi”, dhiya mengiyakan walau masih ada
sendu .
------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Dhiya,
Dhiya , Dhiya…. Tunggu la aku
kejap..kau nak pergi mana? Laju je menonong” jerit Atiqah.
“aku nak pergi tugas dekat kantin la, minggu ni
aku tugas”
“ooo, boleh la aku ikut, aku pun nak pergi makan
laksa makcik kantin..fuh, sedap, nak-nak ada abang hensem kerja kat situ”
“what? Tolong la tiqah ,takde keje lain ke, tengok
anak teruna orang pulak kau ni”
“kau kenal aku kan? Aku kan suka menghayati
kekacakan lelaki,hehehe”
“whatever..” makin lama aku layan dia makin teruk
pulak loyar buruk minah sorang ni.
Aku perhatikan sekeliling kawasan kantin. Pelajar
beratur untuk membeli makanan. Panjang.
Perkataan yang sesuai utk situasi barisan itu.
20 minit berlalu….
Loceng berbunyi, masa untuk masuk ke dalam kelas.
Aku bertembung dengan seseorang tapi aku terus berlalu tanpa menghiraukannya.
Sama seperti aku, dia juga terus berlalu .
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Dhiya dan Si Arjuna…
“hey you, you have such a beautiful eyes”
Aku terkedu
seketika. Siapakah dia yang tiba-tiba menegurku. Aku terus melihatnya. Tergamam. Hati berdegup dengan kencang.
“ I am sorry. Am I know you?”
“nope, you not know me?”
“ooo” aku ingin terus berlalu tapi..
“Miss, serius your eyes memang cantik, I love it..
I think like I not just love the eyes but fall in love with its owner”, dia tersenyum nakal lalau berlalu.
Siapa dia?
Apa –apa je la… lelaki memang macam tu..
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
“panjangnya cuti”
“ops , cuti apanya? Kitakan dah habis sekolah… for
the last 7 years aku habiskan masa dekat sekolah… haha…STPM dah hbis…so kita
enjoy la beb” sampuk atiqah.
“enjoy? Ya benar..jom enjoy dengan aku dekat
Pondok Pasir Tumboh,Kelantan nak?”
“ha? Apa kau mengarut..enjoy apanya dekat situ.
Itu tempat orang mengaji la, jadi mak tunduk … tak boleh pandang lelaki-lelaki
kacak …hah…. Stress aku kalau macam tu” atiqah mula mengomel.
“ aku dah daftar. Aku akan ke sana sabtu ni”
“awat hang tak habaq kat aku? Aku nak buat apa
sorang-sorang kat kampong ni…eeiiii…kau
teruk la Dhiya. Sampai hati kau”
“sebab tu aku ajak kau”
“taknak la, mak aku mesti tak bagi. Dhiya tak
payah la pergi”
“alahai Tuan puteri Atiqah aku pergi kejap je la,
cuti aku balik la. Ummi aku yang nak sgt aku pergi sana”
“hurm, tak sama la. Siapa nak layan kerenah aku
nanti. Kau je kawan yang sanggup layan sifat annoying aku ni”
“eh, tau plak yg kau ni annoying yer”
“aku tau, sbb dgn kau je aku buat macam tu” tawa
tiba-tiba meletus antara kami.
“haha, ada-ada je kau ni. Kau jangan risau .
doakan aku yer “
“yer la, aku bukan boleh halang kau.. belajar
elok-elok dekat sana tau”
“okey”
Kami berpelukan. Erat. Tumbuh sayang yang menjalar
dalam sanubari… Nikmat dariNya juga.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pondok Pasir Tumboh ,Kelantan.
Bermulanya persahabatan antara dua muslimah…
Zanera Liyana dan Dhiyatun Nadwah.
Tersenyum kedua mereka. Sama-sama melangkah ke kelas Sirah yang
dikendalikan ustaz Zamri.
Manis si gadis muslimah. Menutur kata sopan,
menundukkan pandangan. Akhwat-akhwat yang terpelihara …
First thinking Zanera kata… Dhiya Cuma tersenyum.
.........bersambung
Ahad, 20 Januari 2013
Aku Cemburu..
Aku cemburu sebab aku tak kuat macam kamu.
Aku cemburu kehidupan kamu lebih berkah berbanding aku.
Aku cemburu aku tak kuat berusaha macam kamu...
Aku cemburu sebab aku tak mampu istiqamah macam kamu...
Aku cemburu sebab kamu mampu untuk tempuhi segala dugaan...
Aku cemburu kamu bisa jadi murabbi untuk anak-anak kecil....
Aku cemburu kerana kau susuk wanita solehah namun bukan bagi aku yang sering lalai dan alpa..
Aku cemburu kerana engkau begitu jauh dari aku berbanding orang lain..
Aku cemburu...cemburuku tak dapat kubendung bila kutatap tulisanmu, ku lihat peribadimu...
Aku cemburu kerna kau tak mudah jatuh cinta seperti mana aku..
Aku cemburu kerana kau mampu bertahan hingga kini....
dan aku harap kamu akan terus mewangi hingga ke akhir nanti.... di syurga menjadi bidadari...
dan aku harap aku bisa jadi dan bertemu denganmu......
Langgan:
Catatan (Atom)