Bismillahirahmanirrahim.
Tautan Hati... latest novel yang baru aku baca.. before that aku baca novel KuTemu CintaNya..
actually ... Fatimah Syarha dengan Dr.Farhan Hadi ni husband and wife..
okeylah... malam ni terpanggil nak menulis tentang macam mana aku boleh tahu perihal islam dan hukum hakam(sikit je tak banyak yg aku tahu)... aku tahu semua bila aku mula minat dengan novel-novel islamik...
You know what?
penulis-penulis macam Fatimah Syarha, Dr.Farhan Hadi, and Hilal Asyraf memang menulis dari hati mereka ikhlas lillahitaala...
macam mana aku boleh tahu mereka ikhlas?
pesanan mereka meresap menusuk dalam kalbuku.... tulisan mereka menggetarkan jiwaku... dan aku menitiskan air mata ..betapa besar ,luas nikmat Allah... bahkan tulisan-tulisan mereka lebih mengajak manusia kembali menyembah tuhan yang satu...
Hidayah Allah tu akan turun dengan pelbagai cara bukan? ... dalam buku Tautan Kasih ni aku kagum dengan watak-watak seperti Asiah Yusra dan Elya Khadeeja... sememangnya mereka persis Srikandi Umar dan Srikandi Abu Bakar... akhowat Thanawi dari Taman Islami...Allah..subhanallah... sungguh aku jatuh cinta dengan mereka...walau hanya mereka ini watak dalam novel itu tapi aku yakin memang ada lagi muslimah-muslimah seperti itu...
Aku cemburu... cemburu kerana aku tak seperti mereka...sungguh terjaga ..mawar yang berduri... sedangkan aku? aku yang kerap kali futhur... Allah tegur dengan pelbagai cara tiap kali aku lalai...
aku terbayangkan bilakah tiba masa untuk aku dapat berhalaqah dengan pencinta-pencinta Ilahi... sungguh lain dengan sekeliling aku... entah bagaimana aku kenal erti tarbiyah? ... aku tak pernah walau sekali merasakan apa itu usrah...apa itu halaqah...bahkan kalau bertanya sama teman-temanku... mungkin ia kelihatan lain ..
Aku jatuh cinta dengan akhowat Thanawi.. menunduk menjaga pandangan, hati bersih.. sentiasa tersenyum, kuat tahajjud... ikhlas dalam setiap perkara... sampai aku rasa aku ingin jadi seperti mereka... lain benar aku rasakan.... aku ingin jadi seperti gadis-gadis Thanawi yg sentiasa menjaga imej Islam... hati mereka lebih kepada menjaga imej, ukhwah Islam... takut melakukan dosa...
Ya Allah, betapa jauh bezanya aku dan mereka...
sungguh, aku tak tipu...aku sangat-sangat cemburu kerana aku tak setanding mereka..
tarbiyah dari secebis buku.... :)
aku terfikir.... andai aku punya anak perempuan suatu masa kelak... aku ingin anak gadisku menjadi gadis thanawi yang terpelihara... mujahidah ansorullah.. ... namun aku terlebih dahulu merubah diriku menjadi seorang muslimah dan mukminah yang taatkan tuhannya.... aku futur namun aku tidak mahu berkeadaan begini selamanya..
aku pasti bangkit.... InsyaAllah...Allahuakbar...
I love my sisters.... I want to be like them... I never seen them..but one day I will meet them...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan