“ entahlah dik, abang pun tak tahu nak buat macam mana lagi”
“wanita itu dipilih kerana 4 perkara . Rupa parasnya, nasab
keturunannya, hartanya dan akhir sekali agamanya… tapi wahai abangku, fadzfar
bi dzatid deen taribat yadaak. Pilihlah yang beragama nescaya engkau akan
beruntung”. Aku lihat senyuman dibibirnya terukir, aku turut menguntum
senyuman.
“pandainya adik abang ni yer.. 8 tahun , satu tempoh yan
cukup lama. Kalau ikutkan hati ingin sahaja abang melamar kak Maziah tapi hati kak Maziah bukan pada abang.”
“ Apa yang buat abang jatuh hati dengan kak Maziah?”
“ Dia biasa-biasa sahaja, tak cantik sangat tapi cukup
menenangkan abang dan menggoyahkan perasaan ni. Tiba-tiba hati abang ni rasa
mengilu”
“agamanya?”
“ boleh dididik. InsyaALLAH”
“InsyaAllah.” Aku segera membalas
“Abang baru nak mula belajar semula. Ilmu lebih pentingkan?”
“yup, sudah-sudahlah mengilu dihati”
“fitrah dan rindu ni buat abang tak senang duduk”. Aku tersenyum
lagi mendengar kata-katanya.
“Biasalah tu bang. Enjoy your feeling”
Lantas aku teringat kembali mimpiku semalam. Dia buat sekian
lama, muncul dalam mimpi dan seperti biasa, aku melihatnya dari tingkap dan
pandangan kami bersatu.. dalam mimpi … namun ada ketika aku masih ingat lagi
tika dia mencuri pandang. Jujurnya aku yang lebih kerap memandangnya berbanding
dia.
Sama juga seperti abang Hisyam , lelaki yang aku suka ini tidak
punya apa-apa kelebihan seperti lelaki-lelaki hebat yang lain. Cuma bila
melihatnya, buat aku ingin tersenyum . Menyukainya bukan kerana dia seorang
lelaki kaya, kacak atau sebaliknya. Tetapi menyukainya kerana perkara-perkara
yang membuat hati aku tertarik walau perkara-perkara itu hanyalah sesuatu yang
tak masuk diakal. Caranya membersih, mengemas dan seorang yang sukar untuk
ditafsir. Cinta? Wallahualam. Tidakku pasti adakah ia cinta tapi ia satu
perasaan suka . Abang Hisyam mencintai kak Maziah namun , hati kak Maziah bukan
padanya. Kak Maziah seorang gadis Kelantan,
belajar di UiTM Shah Alam. Orangnya manis. Aku juga suka melihat kak
Maziah.
“Dee.” Nama aku disebut.
“ Ya. Kenapa?
“bila masuk belajar?
“bulan depan , masuk semester 2. “
“ooo.” Aku dan abang Hisyam berpandangan seketika,
sepertinya kami tiada topic untuk dibincangkan.
“Dengar cerita, abang masuk sekolah pondok Darul Kautsar di
Kelantan . Betul ke?”
“yup. Hurm, umur pun dah 24 tahun, 8 tahun abang kat sana
nanti Dee. Entah berapa kali baru boleh balik Sabah dalam tempoh masa ni. Mak abang
pun sakit. “
“takpe la, abang pergi belajar bukan buat apa “
Aku memandangnya. Aku tahu masih ada yang tak sudah dalam
hatinya. Cinta?
Bikin manusia jadi berdebar-debar dan teruja… seperti mana
aku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan