Jumaat, 5 Oktober 2012

Wahai Gadis Kesayanganku






Dia melihat aku dengan pandangan sayu. Menghampiri aku .

Semakin dekat datang kepadaku namun langkahnya terhenti. Menjarakkan dirinya sedikit dari aku. Tiba-tiba berpaling ke belakang dengan tiba-tiba dan meninggalkan aku. Bicara kami tidak kesampaian.

Apa yang ingin kau bicarakan wahai gadis?

Aku bermonolog sendiri.

Hati ini, berdebar-debar bila melihat engkau .
Tiap kali aku mencuri pandang terhadapmu tanpa kau sedari. Kadang-kadang pandangan mata ini bertembung dengan anak matamu yg turut memandangku.

“wahai lelaki yang beriman, tundukkanlah pandanganmu”….. antara ayat dalam surah an nisa.

Sejenak selepas aku mentadabbur  ayat dari surah an nisa itu, aku tidak lagi kerap memandangmu  wahai gadis kesayanganku. Aku pendam rasa itu dalam hati ini tanpa meluahkannya.


Entah kenapa, aku dapat rasakan kita berbicara dalam diam tanpa komunikasi lisan . Hanya mendiamkan diri.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..





Aku pinang kau dengan Bismillah.

Aku pilih kau,wahai gadis kesayangan , kerana kau yg aku pilih atas nama Allah
Aku pilih engkau kerana engkau punya ciri wanita solehah

Aku pilih engkau kerana engkau susuk muslimah yg bakal taat mencintaiku

Aku pilih engkau kerana engkau yg bakal menjadi  permaisuri buat anak-anakku

Disaat lafaz sakinah terlafaz, aku lihat engkau menitiskan air mata . penantian kita sudah berakhirkah wahai gadis kesayanganku?

Kisah cinta kita baru bermula wahai gadis kesayanganku..

Mahligai baru kita cipta, ayuh hiasi bersama dengan bunga-bunga iman dan kepercayaan terhadap pemilik Cinta.. Rab yang agung.

Ayuh kita serikan mahligai ini dengan membentuk anak-anak soleh .. baiti jannati…

Mari gadis kesayanganku..

Kita menyemai cinta ini sampai syurga ilahi.. aku ingin memimpin tanganmu bukan sahaja di dunia ini bahkan aku ingin menjadikan engkau sebagai ketua bidadari yg setia mendampingiku …

Gadis kesayanganku…

Dahulu tiada ikatan yang menyatukan kita….

Kini…..

Akulah imammu..

Dan

Engkau , wahai gadis kesayanganku…


Makmum yg bakalku pimpin…

Ayuh…gapailah tanganku ini..

Dia tersenyum memandangku… turut menghulurkan tangannya .. akhirnya..
Kami berpimpinan menuju jalan ke  syurga Allah.


p/s: entah.. saja suke buat cerita mcm ni..  enjoy membacanya? Komen-komen la kalau rajin.. J
miss deen jiwang karat? Eh tak la. Miss Deen ni jenis loving ..muahaha.. manja and mengada-ngada dalam buat cerita ting tong dia…  Bismillahirrahmanirahim.. sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan