Mukadimahnya
,cinta itu mestilah diiringi dengan pengorbanan. Tanpa pengorbanan ,itu bukan
cinta namanya.
Percaya?
Allah itu yang
maha membolak-balikkan hati.
Berapa ramai wahai
sahabatku, dalam cinta ini yang bercinta atas dasar keimanannya kepada Allah?
Cinta…
Siapa boleh kawal
kalau jatuh cinta?
Kalau dah jatuh
cinta ,jatuhlah juga .
Kadang-kadang
sebab terjumpa, ternampak atau sekadar mendengar cerita.
Begitulah peliknya
cinta.
Kenapa boleh jadi
begini?
Sebab cinta itu
fitrah.
Manusia memang ada
fitrah untuk dicintai atau mencintai
Tetapi
Cinta itu
hendaklah dibina atas dasar keimanan . jangan cinta yang mengawal keimanan kita
. tetapi iman kitalah yang mengawal cinta.
Sebab itu, cinta
itu perlu diiringi pengorbanan. Bukan korbanKan maruah ,harta atau masa untuk pasangan kita .
Tetapi
Kita korbankan
masa, harta ,diri kita untuk tarbiyah
diri agar kita bersedia membina keluarga
yang diredhai Allah.
“Apakah kamu
mengira kami menciptakan kamu untuk bermain-main? Dan kamu menyangka kepada
kami kamu tidak akan dikembalikan?” Al
Mukminun:115
p/s: salah satu
cerita dalam novel Sinergi oleh Hilal Asyraf. Kata-kata yang sangat menarik dan
penerangan tentang cinta. Sangat –sangat
menarik. Hilal Asyraf memang menulis dari hati dan ia turut sampai ke hati
pembaca.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan