Rabu, 11 Disember 2013

Malu Yang Hilang

Hari demi hari…
Aku tak mengerti diri ini…
Hari ini aku malu terhadap diriku yg kurang rasa malu…
Malu itu cabang iman bukan?
Kesedihan makin menapak di jiwa…
Aku kian lelah… bagaimana lagi mahu aku tempuhi…
Keluhan-keluhan ini masih tak mampu mengubah rasa kecewa ini…
Nafas dan detik berlalu…..
Bikin aku tidak terkutik dalam pesona kehidupan ini…
Fitrah ini mencari sakinah…
Mencari cinta yg abadi…
Kerna ilmu dipelajari tidak mampu diamalkan seistiqamah mungkin…
Ya Allah… kau jadikanlah aku hamba-hambaMu yg bertaubat…
Dengan sebenar-benar taubat…
Ampunkanlah aku ya Allah…
Tuhanku yg satu….yg Maha Esa…
Yg mengurniakan cinta dihati…

Ahad, 17 November 2013

Tuhanku sepiku tak bertepian…

Tuhanku sepiku tak bertepian…
Sedang hatiku tau bahawa Engkau dan Muhammad yg paling istimewa…
Namun tuhanku, aku tak betah hidup tanpa pendamping…
Tanpa imamku sendiri…
Adakah aku begitu terdesak wahai tuhanku?
Tuhanku , andai aku menjadi seorang isteri kelak, jadikanlah aku bidadari dunia yg menyenangkan hari-harinya..
Tak pernah kutahu apa yg Engkau rencanakan…
Sama ada aku ini berjodoh atau sebaliknya….
Aku sendiri tidak tahu bilakah saat pertemuan itu….
Tetapi tika itu, aku akan memastikan aku seorang wanita yg terbaik buatnya..
Menjadi zaujah bgnya, ibu kepada anak-anak kami….
Aku mencari murabbi dihati….
Aku mencari kasih yg abadi….
Lantas mengingatkan aku pdMu….
Dan ya Allah ajarkanlah aku cara menghayati nikmat Iman ,Islam dan Ihsan
……..
Aku sendiri kini…. Sering tak mengerti apa yg hatiku kehendaki…
Bisakah aku bertahan sebegini lama….
Ya Allah, jodohkanlah aku dengan seseorang yg mengembalikan dan menguatkan cintaku padaMu….
Yg mendidik aku dengan ikhlas…walau aku tahu aku tidak layak untuk menerima ia…

Teteapi kini aku hilang dalam lautan kesepian..

Sabtu, 27 Julai 2013

A friend from Palestine.

I have a friend from Palestine. His name is Ahmad Qazzaz. 
I am feel touched with his words. 

Khamis, 18 Julai 2013

Hati

yang dikaitkan dengan hati ialah ketaatan pada tuhan..
kerana namanya hatilah... manusia perlu berhati-hati..

Sabtu, 22 Jun 2013

cinta yg tak halal lama kelamaan pasti akan pudar

Isnin, 13 Mei 2013

tahap kematangan cinta kita

Bismillahrahmanirahim

macam mana kau tahu kau telah matang dlm cinta ?

pengalaman mematangkan kita...huhuhu

no la, mencintai seseorang tak bermaksud kita akan memiliki dia bukan?

mencintai seseorang membutuhkan satu pengorbanan... dan mencintai Allah memerlukan pengorbanan dalam mengorbankan keinginan nafsu ... dan pengorbanan dalam mencari dan menggapai cinta Allah lebih diutamakan.

jatuh cinta biarlah berpada.
jatuh cinta jangan sampai merana.
jatuh cinta biarlah bersederhana agar nanti tidak ada yg kecundang mahupun kecewa menanggung rasa terseksa.

kata hati
rasa cinta makin bertambah-tambah dalam sanubari
namun kata akal
hati dan cinta ini juga mampu menjurus kepada perbuatan yg kurang wajar.

sebab aku juga pernah tersungkur.
dalam menjalani erti kehidupan, cinta amat penting.
kerana cinta kita tidak keseorangan
kerana cinta memberi kekuatan
kerana cinta menghidupkan hati yg subur.

hati aku sendiri sukar untuk aku tebak..
hati seorang perempuan...
dan aku sgt mengetahui ada susuk-susuk muslimah yg begitu menjaga cinta..

bagaimana dengan aku?
tidakkan aku menjaga cinta hatiku?

aku belajar sesuatu perkara,
cinta mematangkan manusia...
cinta mematangkan manusia yang sedaya upaya mengambil ibrah setiap apa yg terjadi..

cinta ... cinta dan cinta
cinta yg merupakan fitrah semula jadi
cinta juga menyesakkan dada bagi mereka yg bercinta tanpa panduan cinta yg telah ditetapkan...


cinta membentuk peribadi..
kerana cinta Umar kepada Islam
cinta Umar kepada Allah
cinta Umar kepada Rasul saw
seorang yg keras hatinya bertukar menjadi seorang hamba yg paling tawadhuk, yg paling tunduk, yg tidak gentar terhadap musuh Allah

kerana cinta kepada Allah, Rasul dan Islam, Umar Abdul Aziz membuka Kota Constatinople
kerana cinta kepada Allah, Rasul dan Islam ,Salehuddin Al Ayubi menguasai kembali Baitul Muqaddis.


dan aku? bagaimana aku? apakah erti cintaku?

aku sendiri tidak pasti... yg hanya aku mahukan ialah aku ingin mencintai setiap perkara dengan tahap kematangan yg berpandukan panduan yg benar.

walau aku sendiri mengakui aku juga sering silap menilai cinta... 

walaupun cinta telah kuurai dan kuterang dengan panjang lebar
namun tanpa kata-kata, cinta itu lebih indah

kata-kata pecah berkeping-keping
begitu sampai kepada cinta

dlm mguraikan cinta
akal berbaring tak berdaya
hanya lah cinta yg benar mampu menyedarkan kita...


~madah bercinta pulak malam ni~



Khamis, 25 April 2013

Mati itu pasti bagi Aku.

Bismillahirahmanirahim.

Segala puji-pujian buat tuhan semesta Alam.. Al Khaliq , AlGhaffar , Al Majid.
Dia yang Menghidupkan dan Dia juga yg mematikan. Genap 19 tahun hidup di muka bumi Allah ini banyak dosa dan noda hamba ini... 
Andai aku mati esok hari aku tidak tahu cukupkah amalanku... aku merasakan tiada satu amalan pun didunia ini yg mampu untuk aku istiqamah... aku ini hamba yg sering futhur...  kerna telah menjadikan nafsu sebagai tuhan... 
aku beristighfar.... ya Allah ampunkan aku... 


Andai aku mati ... wahai Tuhanku Ya Malik... Kau saksikanlah ibuku sudah menjalankan segala tanggungjawabnya kepadaku, mendidikku, menyayangiku, memberi ilmu agama kepadaku , mengajar aku erti hidup susah, mengajarku erti kesabaran tatkala dia membesarkan aku ... dia jugalah contoh terbaik dan yg paling dekat padaku dalam mengagungkan Kau ya Allah... solatnya tidak pernahku lihat ditinggal semata-mata kerana leka dengan duniawi..sungguh dia itu bidadariku...Kau rahmatilah ibuku... kau limpahkan rezeki kepada ibuku...  
ya Tuhanku, andai aku tidak cukup solehah buat kedua ibubapaku...mohon ampunkan dosaku... 

Aku bersyukur padaMu tuhan kerna Engkau memberi aku saudara-saudara menemani dan memenuhi ruang kehidupan...Kau tidak lahirkan aku ke dunia ini keseorangan, sebagai anak tunggal mahupun anak yg terbiar tp Kau lahirkan aku dalam sebuah keluarga yg begitu ramai, keluarga yg harmoni, keluarga yg saling sayang menyayangi.. walau apapun, hati hamba ini terpalit dengan dosa kerana tidak mampu ikhlas mengharungi hidup bersaudara... hamba ini sombong dengan manusia yg lain... Kau ampunkan aku ya Allah. Bukan aku membenci , bukan aku tak suka tapi aku ini lemah dengan perasaan amarah .. hari ini Tuhanku, tiada dosa daripada mereka , hanya kesilapan yg berpunca dari kelemahan hambaMu ini... Ya Allah bukakanlah pintu hati mereka untuk memaafkan aku yg hina ini...

Andai aku mati ..... Matikanlah aku dalam keadaan beriman... tuhanku... aku mengasihi sahabat-sahabatku...sahabat-sahabat yg setia denganku, yg ikhlas menerima kelemahanku... berikanlah mereka kesejahteraan... Tuhanku... teman-temanku di dunia ini mengajarku banyak perkara... erti sabar, erti rindu, erti marah, erti kesakitan tapi ya Allah ..teman-teman inilah yg memberi peluang pada hati ini , pd jiwa ini memikirkan keagunganMu , perancanganMu , pengajaran dalam hidup hamba yg serba dhaif ini...

Tuhanku, Kau sahaja tuhan yg satu, tuhan yg Esa.. aku tidak punya kekuatan sepertiMu kerna Kau lebih hebat dariku...Kau telah memberikan aku kejayaan demi kejayaan, Kau telah limpahkan hidayahMu bagai tak sudah...walau kerap aku tergelincir ...walau seringkali aku berpaling... Kau tetap sentiasa disisiku... Kau sentiasa mendengar rintihanku tika aku jatuh...segala puji-pujian bagiMu ya Allah...

Ya Rabb.... aku ini pasti mati... matikanlah aku dalam khusnul khatimah..jauhkan aku dari su'ul khatimah... golongkanlah aku dalam golongan yg sedikit ..golongkanlah aku dalam golongan yg sedikit di dunia dan di akhirat... selawat dan salam untuk junjugan Rasulallah saw......


Amiin(perkenankanlah ya Allah)