Aku tak mengerti
diri ini…
Hari ini aku malu
terhadap diriku yg kurang rasa malu…
Malu itu cabang
iman bukan?
Kesedihan makin
menapak di jiwa…
Aku kian lelah…
bagaimana lagi mahu aku tempuhi…
Keluhan-keluhan
ini masih tak mampu mengubah rasa kecewa ini…
Nafas dan detik
berlalu…..
Bikin aku tidak
terkutik dalam pesona kehidupan ini…
Fitrah ini
mencari sakinah…
Mencari cinta yg
abadi…
Kerna ilmu
dipelajari tidak mampu diamalkan seistiqamah mungkin…
Ya Allah… kau
jadikanlah aku hamba-hambaMu yg bertaubat…
Dengan
sebenar-benar taubat…
Ampunkanlah aku
ya Allah…
Tuhanku yg
satu….yg Maha Esa…
Yg mengurniakan
cinta dihati…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan