“ kenapa nangis?”
“rindu”, pendek
jawapannya.
“rindu? Kau rindu
kat sapa?”
“kau percaya …aku
merindukan seseorang yang tak pernah aku jumpa dan setiap detik hingga penghujung
nafas ini tak mungkin aku berjumpa dengannya”.
“ah, karut la kau…
mana ada org boleh rindu seseorang yg dia tak pernah jumpa. “
“aku tak tipu”
“yer la tu. Sapa org
yg kau rindukan tu”
“aku rindukan
Rasulallah saw”, suara tiba-tiba serak kerana hati juga sebak. Bunyi esakan
terdengar.
“Rasulallah saw?” gadis
itu terpempan seketika dengan jawapan sahabatnya.
“aku tak tahu kenapa
dan mengapa aku berperasaan sebegini tapi aku tak dapat tahan air mata ni
keluar. Aku rasa macam tersentuh. Sgt-sgt tersentuh dan ia satu perkara yg
ajaib, bila kita merindui seseorang yg tak pernah kita jumpa dan x akan pernah
kita dapat jumpa spnjg hayat kita didunia ini melainkan di akhirat nanti”
“Bee, aku minta maaf
yer”
“so k.” dia hanya
tersenyum. Air ditubir mata segera disapu dengan telekungnya.
Teman ,kau ingin
tahu satu perkara tentang aku?
Dulu , aku pernah
jatuh cinta dengan seorang syabab pelajar aliran tahfiz. Setiap malam panggilan
telefon tidak pernah lekang. Entah apa silapnya. Kami bodoh dalam erti
perhubungan. Nama sahaja kami ini pelajar agama tapi sama seperti orang lain
yang sentiasa melakukan maksiat. Kami lagha, kami leka.. sehinggalah satu saat. Aku ibarat
tersedar dari lena yang panjang.
“awak , kita jadi
kawan je la lps ni”
“kenapa?. Awak nak
tinggalkan saya?”
“apa yg kita buat ni
silap. “
“baru sekarang
sedar. Selama nix de plak “, nadanya sinis.
“maafkan saya”
“awak ada lelaki
lain kan. Cakap je la. Tak payah awak nak sorok apa-apa” suaranya mula
meninggi.
“maafkan saya. Saya bukan
tinggalkan awak sbb lelaki lain.. awak lelaki yg pertama.. tetapi saya tak
pasti adakah yg terakhir atau sebaliknya. Saya pergi dulu. Assalamualaikum”,
gagang telefon segera diletak..
Saya takde apa-apa dapat
kongsikan dengan awak .. hanya rasa cinta Allah dan Rasulallah saw je yg saya
ada untuk saya kongsikan bersama-sama dengan awak…bukan saya tak cinta, bukan
saya tak rindukan awak tapi saya pilih cinta Allah dan Rasulallah saw
Kerana syg ini saya tggalkan
awak.. kerna syg ini saya taknak awak terus leka dgn cinta yang kita semai
selama beberapa tahun ini…
Pertama dan
selamanya buatmu Rasulallah…
Air mata dosa ini
masih belum dapat menebus sesalanku yang lepas….
Aku menjadi teramat
rindu bila mengingatimu…
Aku menjadi teramat
sedih mengenang pengorbananmu…
Belum aku diberi
kesempatan menatap wajahmu….
Namun, hati ini…
rindu ya Allah… sesal… hanya aku bukan
umat baginda yang baik…
Tetapi baginda masih
rindukan aku… masih memberikan syafaatnya walau aku ini jauh ….
p/s: bru lps layan cerita pendek Naskhah Cinta buat Rasulallah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan