Bismillahirahmanirahim.
Mata ini melihat satu figura wanita solehah,
seorang zaujah yang setia terhadap suaminya. Tidak pernah walau sekali
meninggikan suara terhadap suami, amanah dengan tanggungjawab mendidik
anak-anak, tidak pernah tinggalkan solat, dan terbit kekaguman dalam hati ini,
melihat ketabahan dan kegigihan dalam menjalani kehidupannya sebagai seorang
isteri,ibu dan muslimah.
Setiap wanita perlukan pembimbing?
Ya, sekiranya aku ditanya soalan ini pasti aku
katakan , “semestinya aku juga ingin seseorang yang memimpin aku ke jalan yang
benar. Mendampingi setiap masa, berkongsi kasih sayang, kesusahan dan menjalani
sebuah kehidupan berkeluarga yang Allah berkati”. Setiap wanita inginkan
pembimbing, tapi aku melihat dari sudut yang berlainan. Andai kata bukan aku
yang terpilih dalam hidup bersama yang tercinta maka dimanakah pembimbingku
yang sebenar. Saban kali aku mendengar, segelintir akan berubah baik apabila
sudah berjumpa dengan pembimbing masing-masing. Walhal, baru kini aku sedar ,
aku yang membimbing diriku. Kalau ikutkan hati, aku begitu penat dan amat penat
hidup keseorangan, aku bukan abid bahkan bukan yang alim. Aku cuma seorang
perempuan biasa yang sering khilaf. Namun begitu,tatkala aku mengatakan aku
keseorangan sebenarnya tidak. Allah lengkapi hidup ini dengan keluaga dan
sahabat-sahabat.
Bimbingan hanya dari lelaki?
Penyataan tu siapa yang keluarkan? SALAH. Women
can survive without men. But she cannot survive without Allah. Adakah kesedaran
yang aku peroleh ini daripada seorang lelaki? Semestinya tidak. Bukankah Allah
pernah berfirman dal surah al Qasas ayat 56
Sesungguhnya
engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah pertunjuk kepada sesiapa
yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang
berkuasa memberi hidayah pertunjuk kepada sesiapa yang dikehendakkiNya (menurut
undang-undang peraturanNya) dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan
orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah pertunjuk (kepada
memeluk Islam).
Then,
ones again. Its not from a men but it comes to us if we find it. (english aku
memang berterabur, jangan komen lebih-lebih).
Bukan aku membuka aib sendiri tapi kelemahan
aku, aku kerap menghadapi situasi futhur. Keep try and error. Sungguh rugi diri
ini kalau berterusan sedemikian.
Zaujah pendamping suami.
Bila masuk bab kahwin, memang topik yang
paling paling paling paling paling aku minat. Senyum sikit sampai nampak
gigi...:) ngeeeee. JIWANG TAPI BERIMAN..
kriteria yang harus ada pada bakal suamiku. Hehe(ini bukan gatal tapi kena cari
yang sekufu la katakan). Baiklah, definisi kahwin ialah percantuman antara
lelaki dan perempuan. Lelaki dan perempuan Allah ciptakan untuk saling
melengkapi. Kahwin itu amatlah indah tapi aku amat mengetahui apabila terbinanya
sebuah pernikahan maka pernikahan atau perkahwinan itu ialah satu perjanjian
berat dimana pasangan itu sudah mampu dan bersedia untuk menggalas
tanggungjawab dalam melahirkan generasi pembina ummah. Rumahtangga tercipta
adalah bertujuan untuk pembinaan ummah yang bersatu padu dan meneruskan
delegasi Islam. Masih lagi aku ingat apabila Habib Ali Zaenal Abidin pengasas
majlis taalim Kuala Lumpur dalam kuliyah di masjid Muadz bin Jabal, menerangkan
perkahwinan itu satu perjanjian berat dan berkahwinlah mereka(iaitu orang-orang
yang mampu). MAMPU. Ulang lagi sekali MAMPU. Mampu dari segi zahir dan batin .
bahkan tidak bertujuan untuk menyeksa wanita itu.
Aku sukakan perkahwinan tapi bukanlah sekarang
,kerana masanya belum tiba( ye la baru umur 18 tahun kot, tak matang lagi untuk
memahami erti tanggungjawab). Berusahalah wahai sahabtku dalam mencari jodoh
yang terbaik untuk dirimu.
Bila orang yang tersayang meninggalkan aku dan
keluarga , aku lihat zaujah itu kepiluan, masih aku ingat air mata yang
mengalir, masih segar dalam ingatanku betapa kelamnya hari-hari yang dihadapi. Namun
zaujah itu tetap kuat menghadapi hari yang seterusnya tanpa suami tercinta. Kerana
anak-anak, hidup perlu diteruskan.
Simbolik cinta zaujah itu, mengajar aku untuk
sebuah persediaan menghadapi hari yang seterusnya tanpa seorang PELINDUNG. Dan perlindunganku
hanya kepada Allah.
PESAN PADA DIRI YANG LEMAH INI, BERSEDIALAH WAHAI DIRI UNTUK SEBARANG KEMUNGKINAN KERANA SEDIH DAN GEMBIRA ITU PASTI AKAN ADA PENGAKHIRANNYA,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan