Isnin, 18 April 2011

PENGALAMAN



Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Teringat aku pada firman Allah.”sesungguhnya manusia itu berada didalam kerugian melainkan orang yang sabar dan beramal soleh”. 5 tahun di bumi STMAA memberi pelbagai seribu satu rasa,gembira,suka,duka dan pengalaman serta pengajaran untuk hari esok. Alhamdulillah,Allah itu maha mengasihi hamba-hambanya. STMAA merupakan medan perjuangan untuk berjihad dalam medan ilmu yang para pendidiknya menginginkan setiap anak didiknya itu akan berjaya. Ya, aku pasti..itulah harapan guru-guru termasuk aku yang ingin turut menggapai cita-citaku sebagai seorang guru. Mendidik dan melahirkan anak-anak harapan agama,bangsa dan negara. Ada suatu ketika aku mengunjungi sekolah rendahku,terbaca aku sebuah kata-kata.. “ sultan yang bertakhta pada hari ini,perdana menteri yang mentadbir sebuah kerajaan pada hari ini , doktor pada hari ini, dan setiap apa yang kita berjaya lakukan pada hari ini, permulaannya dari GURU. Persekolahanku akan tamat sehabisnya SPM 2011 . Guru-guruku, aku mewakili semua pelajar tingkatan 5 mengucapkan ribuan terima kasih dan aku tahu ucapan ini masih tidak mampu untuk membalas setiap nikmat ilmu yang dicurahkan. Guru itu asbab(perantara) untuk kami ini menerima ilmu yang tak sudah dan maafkanlah kami atas kelancangan sifat yang tidak kami sengajakan. Bumi STMAA jugalah menemukan aku dengan sahabat-sahabat yang pelbagai ragam. Bila ada yang jatuh, ada yang menghulurkan tangan membantu bangun bersama. Kesedihan yang dihadapi dikongsi bersama tanda itulah sahabat. Dan di situ jugalah persahabatan terjalin atas dasar iman. Setiap ahli didalam kelas itu aku rasakan ibarat sebuah keluarga. Ada abang ,adik-adik perempuan dan adik-adik lelaki. Subhanallah, benarlah Allah itu yang menemukan sesama hambanya,berkenalan dan menjalinkan ukhwah. Kelak pasti aku terasa dengan perpisahan. Perpisahan itu jugalah yang membuahkan rasa rindu dan dari situlah jadinya kita hamba yang mensyukuri bahawasanya lebih banyak nikmat yang Allah bagi berbanding dengan dugaan.


Pasti ada kerinduan mendengar suara cikgu Arbaiyah (pk koko) memanggil kami turun dari kelas untuk pergi KOKO. Aura cikgu zabidi yang memberikan kata-kata semangat menggegarkan keazaman kami untuk terus berusaha lebih gigih, guru-guru yang aku cintai. Kaunselor-kaunselor yang prihatin dan yang lain-lain. Aku masih ingat , aku mungkin bukan pelajar yang bijak tetapi hadirnya guru ,aku jadi seorang yang sedar. Mungkin aku bukan pelajar yang terkenal kerana bijak dalam akademik dan handal di dalam medan kesukanan tetapi aku mahu jadi pelajar yang ilmunya berkat sepertimana guru-guruku ini mendidik aku dan pelajar-pelajar lain atas mencari keberkatan Allah itu sendiri. Aku juga turut bersyukur kerana aku lahir sebagai seorang Islam. Kerana aku lahir sebagai seorang Islamlah, aku mengerti semua nilai-nilai yang aku peroleh di bumi STMAA ini tidak ternilai dan tetap tersemat kukuh dalam ingatan . Betapa banyak pengorbanan, rungutan tapi semua itu membuatkan aku menjadi seorang manusia ikhlas ,ikhlas dalam mendoakan kesejahteraan warga STMAA ini agar pada penghujung hari kelak semua ini menjadi hamba yang beriman mengisi syurga-syurga Allah . Hadis riwayat muslim “ tidak dikatakan kamu beriman andai kamu tidak mencintai saudaramu yang lain”. “ Kamu adalah sebahagian yang lain”. Aku tetap yakin kita semua bersaudara, kerana Adam dan Hawa itu permulaannya . Kita ini percambahan dari induk itu.


Tinta ini pasti kehabisan dakwat. Perjuangan di STMAA pasti akan beralih arah di medan ilmu yang lain. Pengalaman dan cabaran yang seterusnya pasti ditempuhi juga. Allah itu maha besar, setiap anak didik di STMAA ini, insyaAllah pasti akan berjaya walaupun bukan gah dimata dunia sekalipun tetapi gah di hati dan mata penciptanya. Oleh itu, wahai adik-adik sekalian ingatlah perjuangan tidak akan tamat dan akan berterusan walaupun kalian semua tamat belajar di STMAA, tamat universiti , sudah bekerja sekalipun dan berkahwin perjuangan itu hanya tamat bila malaikat Izrail menjemput . Perjuangan dalam menjadi insan yang berguna dan STMAA itu merupakan salah satu wasilahnya. Jadikan apa yang berlaku semalam sebagai pengalaman yang indah,dan

yang buruk sebagai pengajaran. Dan usah sedih atas kegagalan lagi kerna dari kegagalan kita menjadi manusia yang sedar dan dari kegagalan itu kita berazam untuk menjadi anak didik STMAA yang cemerlang. Misi utama setiap pejuangan itu ialah rasa bersyukur dan berusaha untuk jadi hambaNya yang lebih mensyukuri dan memahami setiap yang berlaku. Mungkin aku tak sehebat penulis yang hebat mengarang tetapi Rasulallah s.a.w pernah berkata “ballighu anni walau aayah( sampaikanlah walaupun satu ayat).


Nukilan : Full Time Muslimah.

Selasa, 15 Mac 2011

Banyak nikmat berbanding ujian.




Bismillahirrahmanirrahim. Hari ini, tinta yang baru kembali bernafas. Sometimes I like having a very big problems but sometimes it only just a piece of unpredictable issue. Menjadi seorang remaja yang pasti akan mengharungi kehidupan orang yang dewasa. Acapkali aku bertanya pada orang susah ke jadi seorang yang dewasa? Ya, aku tahu, semua ini pasti akan berlaku dan berlalu seiring dengan masa. Universiti, pejabat, rumah dan akhir sekali kubur. It easy to said but hard to done. Nikmat berkeluarga, nikmat belajar, nikmat tinggal di bumi melayu ini... subhanallah, syukur alhamdulillah tapi mengapa masih kurang lagi kepuasan dalam hati tiap-tiap manusia itu. Firman Allah " sesungguhnya manusia itu berada didalam kerugian" . Budaya hedonisme? Yup, there are now AF, MENTOR AND OTHERS,,, . sekarang ni lagi banyak kiamat kecil. Tsunami ni Jepun , kisah Tsunami di Acheh , Phuket beberapa tahun lalu, menggoyahkan dan meranap bangunan2 yang tinggi , menjahanamkan kehidupan manusia. Mutakhir ini, ramai manusia yang khilaf termasuk aku. Apa yang harus aku lakukan untuk menghilangkan lelah umat ini? jangan tanya bagaimana tapi lihat pada diri ini. Sesungguhnya aku tak mahu termasuk dalam kalangan orang yang munafik. Emak sering kata bersederhana dalam bertudung. Kenapa mahu pakai labuh-labuh sangat? Aku tak tahu bagaimana untuk menyatakannya. Kelak biarlah aku jadi manusia yang mampu membezakan yang hak dan batil. Aku masih mahu menjadi hambanya yang beriman. Persoalan ikhlas itu usah dibangkitkan. Semua ini antara aku dan Allah. Hanya Allah yang mengetahui. Kisah percintaanku?? Ramai ahli keluargaku menyuruh aku untuk belajar . Jangan bercinta lagi. Ya, aku mengerti mereka semua mahu yang terbaik, dan aku berusaha untuk bersungguh-sungguh. Namun, biarlah cinta tetap dihati ini. Cintaku bukan bermaksud aku menggadaikan masa, hati dan maruah aku. Tapi bagilah peluang padaku untuk berkorban demi cinta, berkorban mentarbiahkan diri aku, berkorban untuk berusaha menjadi wanita yang sempurna. Kerna cinta aku pada Allah, Rasul dan manusia. Cinta aku perlukan pengorbanan dalam menguatkan iman aku yang ampuh ini. Allah itu maha pengasih...betul tak? kasihnya pada aku bila Dia beri semua kenikmatan ini. Jadi biarlah aku menghargainya sekarang. Agar akhirat nanti aku mampu bersama orang-orang yang aku cintai. Amin.

Jumaat, 11 Februari 2011

Bidadari - Munif Ahmad


AKU INGIN JADI BIDADARI SYURGA...
AKU CUMA WANITA BIASA ..NAMUN AKU CARI IMAN. FAHAMILAH WAHAI PEMUDA.

Jumaat, 14 Januari 2011

Mother...

Blessed is your face
Blessed is your name
My beloved
Blessed is your smile
Which makes my soul want to fly
My beloved
All the nights
And all the times
That you cared for me
But i never realised it
And now it’s too late
Forgive me

Now i’m alone filled with so much shame
For all the years i caused you pain
If only i could sleep in your arms again
Mother i’m lost without you

You were the sun that brightened my day
Now who’s going to wipe my tears away
If only i knew what i know today
Mother i’m lost without you

Ummahu, ummahu, ya ummi
Wa shawqahu ila luqyaki ya ummi
Ummuka, ummuka, ummuka ummuka
Qawlu rasulika
Fi qalbi, fi hulumi
Anti ma’i ya ummi
Mother... mother... o my mother
How i long to see o mother
“your mother, your mother, your mother”
Is the saying of your prophet
In my heart, in my dreams
You are always with me mother

Ruhti wa taraktini
Ya nura ‘aynayya
Ya unsa layli
Ruhti wa taraktini
Man siwaki yahdhununi
Man siwaki yasturuni
Man siwaki yahrusuni
‘afwaki ummi
Samihini...
You went and left me
O light of my eyes
O comfort of my nights
You went and left me
Who, other than you, will embrace me?
Who, other than you, will cover me?
Who, other than you, will guard over me?
Your pardon mother, forgive me......

bismillahirrahmanirahim....entri aku pada kali ini tentang UMMI,IBU,MAK,MUMMY,MOTHER,AMMA....Apa sahaja yang gelaran dipanggil namun ia satu penghormatan yang tertinggi...gelaran yang mulia bagi kaum wanita....aduh..sungguh aku juga terkesima.....

Mengapa aku terkesima....?
Permulaan ibu yang mengandungkan seorang lagi makhluk ciptaan Allah...wanita ini bekerja untuk Allah...subhanallah...pekerjaannya berat....namun ganjarannya tak ternilai .... diberi cuti selama 60 hari..... tapi bukan cuti itu yg menggembirakannya namun, pemberi cahaya mata ..memberi satu perasaan yang tidak dapat digambarkan dalam setiap sudut sanubari.....Wanita yang deciptakan agar dapat menerima segala penolakkan dari dalam...ALLAHUAKBAR... Lahir penyeri kehidupan iaitu KITA...siapakah kita????

KITA hambaNYA.......LAHIR DIBUMI CINTA INI.......

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.


Khamis, 30 Disember 2010

PeRkHaBaran daRIkU.

Berkali-kali berkata pada hati, namun masih tak berdaya istiqamah..
Wahai hati....bawa pergi semua ini...
Nak berkata ibarat orang bijak pandai rasanya tak bersesuai.
Nak berdiskusi ibarat perdana menteri , lagi entah ke mana..
Melihat sahabatku Amira sedang tekun dalam menaip blognya,aku turut tidak terlepas meluahkan apa yangterbuku dalam pemikiran dan hati ku. Menjelang esok , mulanya tahun baru 2011. Tahun dimana aku melangkah sebagai seorang pelajar tingkatan 5. SPM pun mula memburu aku,mula untuk memaksa aku untuk belajar lebih gigih, Teringat aku pada minggu yang lepas. Pergi ke kem easymath itu memudahkan pelajaran addm3ku.. Dikala itu, kata-kata sepupuku terimbau kembali dalam benakku ini. Apa yang berlaku atas muka bumi ini manusia hanyalah asbab(perantaraan). Contoh yang mudah Ikhwan ajarkan pada aku,: kenapa kita kenyang waktu makan? aku menjawab kerana kita makan lantas kita kenyang. Tapi jawapan yg keluar ialah BUKAN KERANA MAKANAN ITU KITA KENYANG, namun kerana Allah yang mengenyangkan kita . Makanan itu cuma asbab bagi kita. Ada juga orang yang makan banyak tapi masih lagi tak kenyang-kenyang. Its very a good example for me. Ikhwan juga mengajar aku, sebelum meminta sesuatu daripda orang lain, minta dulu daripada Allah....subhanallah.. pergi ke kem itu buat aku terlupa yang Allah mengizinkan aku untuk menimba ilmu fardhu kifayah ini. Kini aku memohon pada Allah agar hati aku ini,Allah bukakan pintu hidayah untuk aku menjadi hambaNya yang bertaubat sebelum terlambat. Amin.

PELIKNYA MANUSIA


Peliknya manusia
Pelik ya, duit RM50 kelihatan begitu besar bila di bawa ke kotak derma masjid,Tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.Pelik ya, 30 minit terasa terlalu lama untuk berzikir,Tapi betapa pendeknya waktu itu untuk satu cerita komedi.Pelik ya, betapa lamanya satu jam berada di masjid,Tapi betapa cepatnya dua jam berlalu saat menonton wayang di panggung.Pelik ya, tak sampai 30 minit dengar khutbah jumaat, dah rasa jemu,Tapi tak pernah puas dengar lagu kesukaan kita walaupun dah ulang dua tiga kaset berkali – kali.Pelik ya,dengar iklan jaulan murah dalam TV, rasa tak sabar – sabar nak pergi beli belah,Tapi dengar laungan azan tak sabar – sabar nak tukar channel lain.Pelik ya, pasar malam jauh sanggup naik kereta pergi,Tapi masjid dekat dengan rumah rasa berat pula kaki nak melangkah pergi.Pelik ya, susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau solat,Tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang dengan kawan – kawan.Pelik ya, betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu pertandingan bola sepak jadi kegemaran kita,Tapi betapa bosannya bila imam solat Tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama dan panjang.Pelik ya, rasa susah sungguh untuk habiskan al – Quran walau satu halaman,Tapi majalah hiburan dan novel best – seller 100 halaman pun habis dilahap.Pelik ya, ramai orang berebut paling depan untuk menonton bola atau konsert,Tetapi berebut cari saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar.Pelik ya, susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah,Tapi mudahnya orang menyertai dan menyebarkan gossip.Pelik ya, kita begitu percaya pada yang dikatakan di email yang laying di internet,Tapi kita sering mempertikaikan apa yang dikatakan al – Quran.Pelik ya, kita boleh mengirimkan ribuan jenaka dan surat berantai dalam email,Tapi bila mengirim yang berkaitan dengan ibadah sering berfikir dua tiga kali.Pelik tak kita…?
Tepuk dada… tanyalah iman di hati.

Selasa, 9 November 2010

Hatiku Milik-Nya

Jemari kemas menggengam pena,
Melakar karya cinta pada-Nya,
Fikiran lemas tipuan buana,
Inilah puisi hatiku milik-Nya.

Hati tunduk mengabdikan diri,
Jiwa teguh ujian ilahi,
Tarbiah nafsu didik peribadi,
Insan soleh tetamu syurgawi.

Mata melirik semesta duniawi,
Telinga mendengar zikir yang suci,
Akal mentafsir yang tersurat,
Naluri menyingkap yang tersirat.

Susuri jalan yang satu,
Redahi ujian dalam rahmat-Nya,
Semakin berpadu cahaya kasih-Nya,
Benarlah kini, hatiku milik-Nya.

Mencari cinta ku temui noktah,
Mencari rindu ku temui sendu,
Mencari kasih ku temui sedih,
Mencari gembira ku temui lara.

Kian tercipta denai cinta,
Bisa terlukis hamparan rindu,
Moga terlakar gelombang kasih,
Agar terpahat lukisan gembira.

Pena ini terus bertinta,
Menanti ilham menukil kata,
Hatiku ini tetap milik-Nya,
Dari azali hingga akhir nyawa.