Jumaat, 11 Februari 2011

Bidadari - Munif Ahmad


AKU INGIN JADI BIDADARI SYURGA...
AKU CUMA WANITA BIASA ..NAMUN AKU CARI IMAN. FAHAMILAH WAHAI PEMUDA.

Jumaat, 14 Januari 2011

Mother...

Blessed is your face
Blessed is your name
My beloved
Blessed is your smile
Which makes my soul want to fly
My beloved
All the nights
And all the times
That you cared for me
But i never realised it
And now it’s too late
Forgive me

Now i’m alone filled with so much shame
For all the years i caused you pain
If only i could sleep in your arms again
Mother i’m lost without you

You were the sun that brightened my day
Now who’s going to wipe my tears away
If only i knew what i know today
Mother i’m lost without you

Ummahu, ummahu, ya ummi
Wa shawqahu ila luqyaki ya ummi
Ummuka, ummuka, ummuka ummuka
Qawlu rasulika
Fi qalbi, fi hulumi
Anti ma’i ya ummi
Mother... mother... o my mother
How i long to see o mother
“your mother, your mother, your mother”
Is the saying of your prophet
In my heart, in my dreams
You are always with me mother

Ruhti wa taraktini
Ya nura ‘aynayya
Ya unsa layli
Ruhti wa taraktini
Man siwaki yahdhununi
Man siwaki yasturuni
Man siwaki yahrusuni
‘afwaki ummi
Samihini...
You went and left me
O light of my eyes
O comfort of my nights
You went and left me
Who, other than you, will embrace me?
Who, other than you, will cover me?
Who, other than you, will guard over me?
Your pardon mother, forgive me......

bismillahirrahmanirahim....entri aku pada kali ini tentang UMMI,IBU,MAK,MUMMY,MOTHER,AMMA....Apa sahaja yang gelaran dipanggil namun ia satu penghormatan yang tertinggi...gelaran yang mulia bagi kaum wanita....aduh..sungguh aku juga terkesima.....

Mengapa aku terkesima....?
Permulaan ibu yang mengandungkan seorang lagi makhluk ciptaan Allah...wanita ini bekerja untuk Allah...subhanallah...pekerjaannya berat....namun ganjarannya tak ternilai .... diberi cuti selama 60 hari..... tapi bukan cuti itu yg menggembirakannya namun, pemberi cahaya mata ..memberi satu perasaan yang tidak dapat digambarkan dalam setiap sudut sanubari.....Wanita yang deciptakan agar dapat menerima segala penolakkan dari dalam...ALLAHUAKBAR... Lahir penyeri kehidupan iaitu KITA...siapakah kita????

KITA hambaNYA.......LAHIR DIBUMI CINTA INI.......

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.


Khamis, 30 Disember 2010

PeRkHaBaran daRIkU.

Berkali-kali berkata pada hati, namun masih tak berdaya istiqamah..
Wahai hati....bawa pergi semua ini...
Nak berkata ibarat orang bijak pandai rasanya tak bersesuai.
Nak berdiskusi ibarat perdana menteri , lagi entah ke mana..
Melihat sahabatku Amira sedang tekun dalam menaip blognya,aku turut tidak terlepas meluahkan apa yangterbuku dalam pemikiran dan hati ku. Menjelang esok , mulanya tahun baru 2011. Tahun dimana aku melangkah sebagai seorang pelajar tingkatan 5. SPM pun mula memburu aku,mula untuk memaksa aku untuk belajar lebih gigih, Teringat aku pada minggu yang lepas. Pergi ke kem easymath itu memudahkan pelajaran addm3ku.. Dikala itu, kata-kata sepupuku terimbau kembali dalam benakku ini. Apa yang berlaku atas muka bumi ini manusia hanyalah asbab(perantaraan). Contoh yang mudah Ikhwan ajarkan pada aku,: kenapa kita kenyang waktu makan? aku menjawab kerana kita makan lantas kita kenyang. Tapi jawapan yg keluar ialah BUKAN KERANA MAKANAN ITU KITA KENYANG, namun kerana Allah yang mengenyangkan kita . Makanan itu cuma asbab bagi kita. Ada juga orang yang makan banyak tapi masih lagi tak kenyang-kenyang. Its very a good example for me. Ikhwan juga mengajar aku, sebelum meminta sesuatu daripda orang lain, minta dulu daripada Allah....subhanallah.. pergi ke kem itu buat aku terlupa yang Allah mengizinkan aku untuk menimba ilmu fardhu kifayah ini. Kini aku memohon pada Allah agar hati aku ini,Allah bukakan pintu hidayah untuk aku menjadi hambaNya yang bertaubat sebelum terlambat. Amin.

PELIKNYA MANUSIA


Peliknya manusia
Pelik ya, duit RM50 kelihatan begitu besar bila di bawa ke kotak derma masjid,Tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.Pelik ya, 30 minit terasa terlalu lama untuk berzikir,Tapi betapa pendeknya waktu itu untuk satu cerita komedi.Pelik ya, betapa lamanya satu jam berada di masjid,Tapi betapa cepatnya dua jam berlalu saat menonton wayang di panggung.Pelik ya, tak sampai 30 minit dengar khutbah jumaat, dah rasa jemu,Tapi tak pernah puas dengar lagu kesukaan kita walaupun dah ulang dua tiga kaset berkali – kali.Pelik ya,dengar iklan jaulan murah dalam TV, rasa tak sabar – sabar nak pergi beli belah,Tapi dengar laungan azan tak sabar – sabar nak tukar channel lain.Pelik ya, pasar malam jauh sanggup naik kereta pergi,Tapi masjid dekat dengan rumah rasa berat pula kaki nak melangkah pergi.Pelik ya, susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau solat,Tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang dengan kawan – kawan.Pelik ya, betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu pertandingan bola sepak jadi kegemaran kita,Tapi betapa bosannya bila imam solat Tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama dan panjang.Pelik ya, rasa susah sungguh untuk habiskan al – Quran walau satu halaman,Tapi majalah hiburan dan novel best – seller 100 halaman pun habis dilahap.Pelik ya, ramai orang berebut paling depan untuk menonton bola atau konsert,Tetapi berebut cari saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar.Pelik ya, susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah,Tapi mudahnya orang menyertai dan menyebarkan gossip.Pelik ya, kita begitu percaya pada yang dikatakan di email yang laying di internet,Tapi kita sering mempertikaikan apa yang dikatakan al – Quran.Pelik ya, kita boleh mengirimkan ribuan jenaka dan surat berantai dalam email,Tapi bila mengirim yang berkaitan dengan ibadah sering berfikir dua tiga kali.Pelik tak kita…?
Tepuk dada… tanyalah iman di hati.

Selasa, 9 November 2010

Hatiku Milik-Nya

Jemari kemas menggengam pena,
Melakar karya cinta pada-Nya,
Fikiran lemas tipuan buana,
Inilah puisi hatiku milik-Nya.

Hati tunduk mengabdikan diri,
Jiwa teguh ujian ilahi,
Tarbiah nafsu didik peribadi,
Insan soleh tetamu syurgawi.

Mata melirik semesta duniawi,
Telinga mendengar zikir yang suci,
Akal mentafsir yang tersurat,
Naluri menyingkap yang tersirat.

Susuri jalan yang satu,
Redahi ujian dalam rahmat-Nya,
Semakin berpadu cahaya kasih-Nya,
Benarlah kini, hatiku milik-Nya.

Mencari cinta ku temui noktah,
Mencari rindu ku temui sendu,
Mencari kasih ku temui sedih,
Mencari gembira ku temui lara.

Kian tercipta denai cinta,
Bisa terlukis hamparan rindu,
Moga terlakar gelombang kasih,
Agar terpahat lukisan gembira.

Pena ini terus bertinta,
Menanti ilham menukil kata,
Hatiku ini tetap milik-Nya,
Dari azali hingga akhir nyawa.

Fananya Cinta

Kini telah berakhir sebuah kitab

Hanya menanti penutup hijab

Kini engkau dustai sebuah kitab

Untuk nafsu yang terperangkap dihijab...

Berkat Muhammad sudah diketahuan

Namun banyak mulut menjadi dombaan

Banyak kebaikan sudah ketahuan

Subahat zina dan syaitan jua menjadi pujaan...

Tanda bermulanya hari pembalasan

Anak dikandungan gugur tiada ketahuan

Tanda bermulanya hari pembalasan

Anak berzina di puja tanpa sempadan...

Engkau dustai sebuah janji

Kerana takut miskin melandai

Engkau subahati lunaskan janji

Untuk khuatiri kelaparan zina yang dijanji...

Bila sudah dipilih sahabat zina

engkau dihiasi pujian ina

Bila engkau memilih sahabat zina

Syaitan bersuka engkau sahabat ina...

Satu jalan telah termaktuk

Zina bukan lagi terkutuk

Satu jalan sudah tertutuk

Zina sudah lagi tidak tertutup...

Seraut cahaya sudah kelam

Tanda cukupnya syiar Islam

Siang sudah disangka malam

Itu tandanya jiwamu semakin kelam...

Mata berzina memandang yang haram

Tangan berzina menyentuh yang haram

Apakah sudah tidak tertahan

Menanti ia menjadi bara di neraka jahanam...

Lidah melafazkan ungkapan cinta

Sedang ia berbau dosa nista

Masih disambut dengan noda

Cukup hisab terhukumlah ia...

Nafsu dilempias pada yang haram

Belum halal sudah ditangan

Atas godaan perempuan syaitan

Moga dikau cepat kembali ke pangkal jalan

TATIHKU.

Bismillahirahmanirahim..
Entriku pada hari minggu ini..mengenai PERSAHABATAN.
Apa yang sebenarnya kita tahu tentang persahabatan. Bagi aku sahabat itu separuh dari jiwaku. Keseluruhan jiwaku milik Allah s.w.t. Bercabang kepada 3. Pertama:Allah dan RasulAllah saw.
Kedua:Ibubapa. Ketiga: Sahabat.

Aku mencintai kalian dengan sepenuh hatiku. Walau diri ini acapkali melakukan khilaf namu wahai sahabat,ketahuilah kalian semangatku..Hilang kalian hilanglah separuh kekuatan diri ini.

Ya Allah, andai diri ini pergi jauh dari mereka ,Jagalah Mereka untukku...

Persahabatan Itu Terjalin Apabila Terjadinya Pertemuan, Persahabatan Itu Adalah Persaudaraan Yang Akrab Atas Dasar Ketulusan Keikhlasan

Tak dikatakan seseorang itu beriman andai tidak mencintai saudaranya yang lain.

Barangkali aku ini belum cukup sempurna. Namun mana ada manusia yang sempurna...aku cuma mampu menjadi aku..teruskan perjuangan wahai sahabat.